Followers

29 March, 2016

Pelik dan Ajaib

Alhamdulillah, di kesempatan ini aku mengambil sedikit masa membuka lembaran blog bagi tahun 2016 walaupun sekarang sudah akhir bulan Mac 2016.

Orang kata, langkah pertama itu penting daripada duduk dan tengok. Betul tak? Aku sayang blog ini. Aku tengok ramai rakan blogger aku sudah tidak mengupdate blog masing-masing padahal blog mereka lagi best dan lagi bagus isi kandungannya. Apa boleh buat, kesibukan diri dan juga perubahan yang dialami dalam kehidupan membuatkan manusia terpaksa meninggalkan apa yang dulunya menjadi permainan mereka.

Itulah... bercakap pasal perubahan, manusia sekarang semakin banyak berubah. Gaya sekarang tak sama macam gaya dahulu. Makanan sekarang tak sama makanan dahulu. Orang sekarang juga tidak sama orang dahulu.

 Hari itu, aku bermain aplikasi wechat. Aku guna shake untuk mencari kenalan. Alhamdulillah, ada seorang awek daripada Sabah. Gambarnya diberikan sekeping sahaja pada aku, katanya tak suka bagi gambar kepada kenalan. Ok. Aku respek prinsip itu sebab betul juga, buat apa kita terlalu mendedahkan diri kepada individu yang kita tidak kenali.

Rupanya agak cantik. Macam model. Dan kebetulan dia memakai pakaian muslimah, dah tentu la macam model jubah muslimah. Makin bertambah respek aku kepada gadis ini, walaupun terdetik juga dalam hati yang dia boleh cilok gambar ini daripada mana-mana sumber sahaja.

Nak dijadikan cerita, dia minta aku topupkan henfonnya. Hangin pula aku sebab dia dah jadi orang ke 3 dalam wechat itu yang minta aku topupkan. Kenapalah perempuan wechat ini suka sangat minta dibelikan topup. Dan kalau kita enggan, itulah mesej terakhir kita dengan mereka.

Aku pun perli dia dengan mesej yang aku susun kemas ayatnya supaya tidak nampak biadap. Tanpa aku sangka, dia mengamuk. Betul-betul punya mengamuk. Berbagai-bagai unsur-unsur cacian dan hinaan dilemparkan. Daripada ketua kejahatan iblis, hinggakan binatang paling menjadi sensitiviti umat Islam. Apa yang tak dikata, semua dia kata. Heyy.. gambar macam model muslimah kot.. tak percaya rasanya tapi itulah yang aku hadapi.

Mujur kematangan usia mengatasi segalanya. Aku handle dengan penuh cool dan bergaya. Akhirnya dia cool dan esoknya aku topupkan dia. Sebab aku dah janji dan aku tidak ada masalah kalau poket aku berisi. Saja jer aku provok sikit supaya dia sedar yang meminta topup bukanlah satu sikap yang baik kerana bukan semua orang senang. Sekarang dia masih mesej aku, dan ayatnya mestilah sebaik gambarnya. Pelik..... berubah 360 darjah.

Pelik dan ajaib perempuan sekarang. Macam ni punya perangai kalau dijodohkan oleh keluarga mahu si suami makan hati berulam jantung bila dah kenal perangai sebenar. Pelik dan ajaib orang sekarang. Di saat aku menyiapkan post ini, kecoh pasal keluarga pengantin bergaduh di masjid kerana hantaran. Ish... ish... ish.... pelikkan.... manusia sekarang.

salah ke aku cakap? sebahagian ada landasan ilmu, sebahagian landasan akal. sekiranya terpesong, maka buangkanlah dan tegur la aku yang lemah ini. Allah juga yang berkuasa atas sesuatu.

1 comment:

Qasya Tan said...

dalam kita mendoakan orang lain , jangan lupa untuk mendoakan diri kita supaya tidak melakukan perkara buruk seperti mereka..

keep on posting..
tak sangka ada lagi blogger (y)