Followers

31 March, 2016

Lurah Dendam

Sejak dunia berubah kepada fesyen baju fit atau slim fit, lelaki badan gemuk macam aku agak sukar nak mencari saiz. Menjelang hari raya, merata aku mencari. Waktu ni la pun, aku beli pakaian. Waktu lain susah. Jika dah terdesak disebabkan koyak atau rosak kat mana-mana, barulah aku gagahkan kaki ke kedai. Tu pun biasanya sasaran aku, Giant, Nilai. Sebab aku rasa boleh dapat harga murah.

Masalah baju cutting slim fit ni, kalau badan ko berlemak dan ko biasa pakai saiz XL sebagai contoh, baju ni akan ngam dekat bahu jer. Dekat lemak ko yang berlapis-lapis macam Michelin Man tu, ko takkan selamat. Betul-betul ko akan jadi Michelin Man kalau ko pakai jugak baju tu. Malu weh... lain la kalau ko ni jenis tak malu dan muka seposen.

Itu mungkin masalah bagi aku jer la kot. Ada orang, rileks jer. Badan slim memang nampak smart. Badan gemuk, kena tengok cutting badan. Ada nampak sado. Ada nampak sendat. Ada nampak pusat. Yang tu kalau jumpa, rasa nak bubuh penerajang jer.

Semalam, aku menghabiskan waktu petang selepas kerja di Giant. Bukan nak cari baju. Takkan asal sebut Giant jer nak beli baju. Mentang-mentang aku ade mention kat atas. Adooiii korang ni. Apabila masuk waktu maghrib, aku seperti insan lain berlumba-lumba menunaikan solat maghrib kerana waktunya singkat. Karang dah leka, tertinggal pulak.

Tengah aku fokus membaca surah wajib bagi solat dan merupakan rukun sembahyang iaitu al-Fatihah, tiba-tiba aku terlihat sesuatu yang rasanya menyesal dilihat. Lurah dendam. Ohhhh...............

Ok. Saje aku sambung perenggan bawah ni. Tiba-tiba aku terlihat lurah dendam. Ohhh... what the **8^&6%%%3? Aku melihat 'keindahan' alur belakang makmum di sebelah aku yang sedang sujud. Saat itu, aku tidak lagi fokus. Kepala aku dah diserang bertubi-tubi persoalan demi persoalan.

Dia sedar tak ni? Soalan pertama.

Ahhh.... ni bukan soalan. Ni cetusan rasa terkilan.

Kenapalah gi pakai baju fit masa sembahyang? Soalan kedua.

Kenapa tak angkat seluar tu sebelum sembahyang, supaya kedudukannya atas pusat? Soalan ketiga.

Aku nak tegur ke tak? Soalan terakhir.

Ah, part ni yang aku rasa sangat berat. Nak tegur ke tak? Apa korang lakukan kalau korang kena situasi aku ni? Kebetulan masa tu, aku selesai dulu solat. Dalam fikiran aku, kalau aku blah sebelum dia habiskan sembahyang, aku terlepas kewajipan menegur dia. Tapi, bila aku siap doa, dia pun selesai solat. Adusss..... Nak tegur ke tak? Aku bangkit dari tempat solat. Aku buat keputusan tak tegur. Aku segera keluar dari surau.

Aku rasa keputusan aku salah. Tapi aku tak berani. Macam-macam benda aku fikir. Tengah aku nak pakai stokin. Tiba-tiba, seorang menyapa aku. Bila aku toleh, eh.. eh... brader lurah dendam tu.

"Bang, jam abang jatuh kat tempat solat tadi. Ada atas kerusi."

Aku..... "Oh ya ker? Terima kasih, ya" Terus aku masuk balik ke surau untuk mendapatkan jam. Dalam hati aku, aku yang patut tegur dia tapi dia yang tegur aku. Oh, apa yang Allah S.W.T mahu tunjukkan pada aku?

Lemahnya aku untuk tegur sesuatu yang batil. Lemahnya imanku. Dan DIA S.W.T menunjukkan lelaki tadi rupanya mempunyai sikap berbeza sekali dengan apa yang aku fikirkan. Perwatakan seperti lelaki tadi rasa aku mungkin bersedia ditegur. Malangnya, aku tidak ambil langkah itu. Bahkan ketika aku diberi peluang bercakap dengan lelaki tadi pun aku tak mampu menegur.

Ya Allah, semoga Engkau kuatkan iman kami. Semoga Engkau memelihara lelaki tadi supaya dia tidak mengulangi kesilapan itu pada masa akan datang. Mungkin hari itu, dia lupa untuk mengangkat sedikit seluarnya. Aamiinn.




Nota admin : Ini hanyalah pendapat. Jika benar, tidaklah ia selama-lamanya benar. Jika salah, tidaklah ia selama-lamanya salah.

29 March, 2016

Pelik dan Ajaib

Alhamdulillah, di kesempatan ini aku mengambil sedikit masa membuka lembaran blog bagi tahun 2016 walaupun sekarang sudah akhir bulan Mac 2016.

Orang kata, langkah pertama itu penting daripada duduk dan tengok. Betul tak? Aku sayang blog ini. Aku tengok ramai rakan blogger aku sudah tidak mengupdate blog masing-masing padahal blog mereka lagi best dan lagi bagus isi kandungannya. Apa boleh buat, kesibukan diri dan juga perubahan yang dialami dalam kehidupan membuatkan manusia terpaksa meninggalkan apa yang dulunya menjadi permainan mereka.

Itulah... bercakap pasal perubahan, manusia sekarang semakin banyak berubah. Gaya sekarang tak sama macam gaya dahulu. Makanan sekarang tak sama makanan dahulu. Orang sekarang juga tidak sama orang dahulu.

 Hari itu, aku bermain aplikasi wechat. Aku guna shake untuk mencari kenalan. Alhamdulillah, ada seorang awek daripada Sabah. Gambarnya diberikan sekeping sahaja pada aku, katanya tak suka bagi gambar kepada kenalan. Ok. Aku respek prinsip itu sebab betul juga, buat apa kita terlalu mendedahkan diri kepada individu yang kita tidak kenali.

Rupanya agak cantik. Macam model. Dan kebetulan dia memakai pakaian muslimah, dah tentu la macam model jubah muslimah. Makin bertambah respek aku kepada gadis ini, walaupun terdetik juga dalam hati yang dia boleh cilok gambar ini daripada mana-mana sumber sahaja.

Nak dijadikan cerita, dia minta aku topupkan henfonnya. Hangin pula aku sebab dia dah jadi orang ke 3 dalam wechat itu yang minta aku topupkan. Kenapalah perempuan wechat ini suka sangat minta dibelikan topup. Dan kalau kita enggan, itulah mesej terakhir kita dengan mereka.

Aku pun perli dia dengan mesej yang aku susun kemas ayatnya supaya tidak nampak biadap. Tanpa aku sangka, dia mengamuk. Betul-betul punya mengamuk. Berbagai-bagai unsur-unsur cacian dan hinaan dilemparkan. Daripada ketua kejahatan iblis, hinggakan binatang paling menjadi sensitiviti umat Islam. Apa yang tak dikata, semua dia kata. Heyy.. gambar macam model muslimah kot.. tak percaya rasanya tapi itulah yang aku hadapi.

Mujur kematangan usia mengatasi segalanya. Aku handle dengan penuh cool dan bergaya. Akhirnya dia cool dan esoknya aku topupkan dia. Sebab aku dah janji dan aku tidak ada masalah kalau poket aku berisi. Saja jer aku provok sikit supaya dia sedar yang meminta topup bukanlah satu sikap yang baik kerana bukan semua orang senang. Sekarang dia masih mesej aku, dan ayatnya mestilah sebaik gambarnya. Pelik..... berubah 360 darjah.

Pelik dan ajaib perempuan sekarang. Macam ni punya perangai kalau dijodohkan oleh keluarga mahu si suami makan hati berulam jantung bila dah kenal perangai sebenar. Pelik dan ajaib orang sekarang. Di saat aku menyiapkan post ini, kecoh pasal keluarga pengantin bergaduh di masjid kerana hantaran. Ish... ish... ish.... pelikkan.... manusia sekarang.

salah ke aku cakap? sebahagian ada landasan ilmu, sebahagian landasan akal. sekiranya terpesong, maka buangkanlah dan tegur la aku yang lemah ini. Allah juga yang berkuasa atas sesuatu.