Followers

01 October, 2015

Ke Mana Menghilang?

Sehari sebelum raya haji, kereta tiba-tiba tak boleh start. Masa tu kat tempat kerja. Nasib la ada kawan datang tengokkan. Dia bukan pakar tapi... boleh la.... lega sikit hati aku... sekurang-kurangnya ada kawan datang toloooong! Alhamdulillah.

Aku try call pomen, nak minta dia datang tapi bizi katanya. Dia suruh try jumper. Alhamdulillah, menjadi. Boleh start. Masa tu dah ada dua orang lagi member yang datang menolong. Semua bukan pakar tapi... boleh la... lega sikit hati aku ni dari tanggung masalah ni sorang-sorang.

Kita ni  kan lemah. Allah yang kuat. Masalah macam ni pun kalau kawan tak datang.... risau kita. Allah juga yang gerakkan hati kawan-kawan datang bantu. Bantu tengok pun ok. Hehehe.

Kereta tu hidup tak lama. Mati lagi sekali on the way nak sampai rumah. Jadi, aku sadaikan ajer kat tepi jalan semalaman. Esok tu aku panggil towing dan towing ke bengkel. Bengkel tutup pulak.... dah balik raya rupanya. Adoii. Maklum la, esoknya raya korban. Tersadai la kereta tu sepanjang raya. Aku pun malam tu dah chow balik raya di kampung. 

Semalam, pomen dah check kereta aku, katanya alternator kereta aku kong. Baru tukar kot bulan lepas, tapi kat lain bengkel. Pomen tu kate yang aku pakai tu, recon punya. Biasa masalah camtu. Nak tak nak aku kena la bawa ke bengkel dulu. Minta dia tukar balik alternator tu. 

Kereta aku tu, pomen tu cuma cas balik bateri kasi aku boleh drive ke bengkel yang aku beli alternator dulu tu. Kena la dalam 5 ringgit, upah cas. Dengan ditemani member aku, dia drive sebijik kereta follow kereta aku, kami ke bengkel tu. Bengkel tu pulak tutup, bercuti! Pishangggg!

Hari ni tersadai lagi kereta aku kat depan bengkel tu pulak. Doakan yer... semoga Allah melancarkan urusan aku.

Allahuakbar. Perancangan Allah ini selalu tepat. Memang tepat. Jadi apa nak dirunsingkan. Just follow the flow. Insya Allah, OK.

Lama tak berkarya di blog. Namun tak ada niat nak menutup blog ni. Sayang... Blog ni tak salah. Aku yang salah sebab tak menghapdetkan beliau. 

Itulah... seperti tagline blog ni... mencari hati sebelum ia hilang, menghambakan sebelum ia menjadi Tuhan. Itulah fasa kehidupan yang sukar dan banyak cabaran. Sukar untuk mencari hati. Serius. Serius susah.

Dalam satu tazkirah, Ustaz berkata, katanya Imam al-Ghazali, mafhumnya, carilah hati kamu dalam solat, jika tidak ada, maka carilah hati kamu dalam membaca al-Quran. Jika tidak ada, pohon la kepada Allah agar diberi hati yang baru. 

Ya Allah, aku banyak dosa. Ya Allah, hati aku tidak taat kepada Engkau. Ya Allah, jadikan hati aku taat kepada Engkau. Kasihani la aku Ya Allah. Aamiin. 

Insya Allah. Aku kembali ke blog. Ke mana aku pergi tidak penting. Yang pentingnya aku akan tetap kembali. Ya Allah beri aku kekuatan. Aku tidak kuat. Tapi Engkau beri aku kuat. Engkau yang Maha Kuat. Aamiin. 

 

No comments: