Followers

16 December, 2013

Apa Yang Anda Belajar Dari Sebuah Universiti?

Maaf, blog ini tidak ber'update'. Busy bukan alasan yang sesuai aku bagi kat sini, sebab semua orang pun ada kerja masing-masing. Masa itu kita aturkan, bukan kita biar 'dia' aturkan kita.

Ada ke follower yang baca blog ni? Kalau ada, maaf banyak-banyak buat korang kecewa sebab setiap kali buka blog ni, tak ada apa-apa entry.

Menulis ni nak kena dari hati, kan? Hati pula nak kena bersih barulah penulisan bagus. Inilah yang susahnya bagi aku. Kadang-kadang ketenangan tu tak ada, jadi macam mana penulisan tu nak datang daripada hati. Kalau keadaan aku macam ni, aku akan tinggalkan dulu update blog. Itu sebab follower tengok blog ini 'tersadai'.

Ok. Tinggalkan cerita pasal blog 'tersadai' dan fokus kepada isu kali ni. Mahasiswa adalah insan terpilih ke universiti atau perkataan yang lama kita tak dengar, Menara Gading. Mereka terpilih atas banyak faktor dan yang utama mestilah kerana kemampuan mereka dalam pelajaran di peringkat menengah.

Dan universiti adalah pusat akademik. Segala jenis tok nenek pensyarah, profesor berkampung di sini dang tujuan hanya satu iaitu untuk menyebarkan ilmu. Budaya ini diteruskan generasi ke generasi.

Namun, apa yang kita belajar di universiti sebenarnya? Adakah menerima ijazah atau apa bentuk sijil sekalipun, sudah cukup mengatakan kita telah belajar?

Manusia tetap manusia. Mereka mempunyai DIA SWT yang sentiasa menilik pandang kelakuan mereka. Seorang mahasiswa yang sanggup menipu di dalam peperiksaan tetap akan mendapat sijil tetapi adakah dia boleh dianggap pelajar? Seorang mahasiswa yang terlibat dengan budaya gaya hidup sosial yang bebas dan juga berjaya dengan segulung ijazah, adakah dia juga pelajar?

Pada pandangan aku, seorang pelajar universiti bukan sekadar belajar untuk sijil tetapi juga belajar menyerapkan nilai-nilai keagamaan, akhlak dan adab dalam diri. Kejujuran, disiplin dan kepatuhan kepada hukum agama bukan gadaian untuk segulung sijil  tetapi inilah ilmu sebenarnya yang harus dituntut di universiti sekiranya belum ada. Dan jika sudah ada, perlulah dikekalkan di dalam diri mereka.

DIA SWT tidak memandang kepada sijil walau sebagus mana. Masyarakat juga akan sedar sijil tidak membawa erti apa-apa jika mahasiswa itu seorang yang korup, kaki perempuan dan tidak amanah. Entry ini sebagai satu teguran kepada mahasiswa kerana aku melihat sistem yang ada sekarang semakin menghkis budaya dan akhlak.

Kerana tesis, seorang mahasiswa sanggup menipu. Kerana markah, seorang mahasiswa sanggup menipu. Kerana pasangan, seorang mahasiswa sanggup menipu. Dan kerana pangkat dan popular, seorang mahasiswa sanggup menipu.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

09 October, 2013

PELABURAN YANG LUMAYAN

Waktu aku menulis entry ini, tersebar di FB sebuah klip video ceramah agama seorang budak lelaki yang aku rasa orang Indonesia. Klip yang berdurasi 1.36 ini simple dan hanya menyentuh isu rugi apabila tidak membaca al-Quran.

Antara kata-kata adik itu, "alangkah ruginya orang yang tak baca al-Quran dan selalu beralasan tak punya masa untuk membaca al-Quran..."

".... buku-buku lain dibaca tetapi al-Quran tak dibaca... Rugiii!"

".... hari-hari dengar musik tetapi al-Quran tak dibaca... Rugiii!"

".... sibuk berniaga tak sempat baca al-Quran... Rugiii!"

".... sibuk bekerja tak ada masa baca al-Quran... Rugiii!"

".... sibuk berpolitik tak pernah baca al-Quran... Rugiii!"

".... pandai menyanyi, karoke, dangdut, joget-joget... tapi tak pandai baca al-Quran... Rugiii!"

".... pandai ilmu-ilmu akademik tapi tak pandai baca al-Quran... Rugiii!"

".... boleh membaca al-Quran tetapi taknak membaca al-Quran... Ruuugii!"

".... tak tahu membaca al-Quran dan tak mahu belajar membaca al-Quran... Rugiii... Rugiii... Rugiii... Rugiii... Rugi sekali... Rugi dunia dan akhirat!"

Kata-kata dia ni memang betul dan takleh nak disangkal lagi. Sikit-sikit terkesan gak la kat aku yang lama tak baca Quran ni. Pujian bagi DIA SWT, dengan izin-Nya, pagi ni sempat la aku buka dan baca sekadar satu muka surat. Hehehe... satu muka jer... memang terukkk! Takpe. Kita cuba baiki pelan-pelan.

Sesungguhnya segala amal perbuatan kita, baik ke, buruk ke... adalah pelaburan. Segala untung dan rugi akan kita peroleh kelak. Tiada siapa yang berbuat jahat, tidak mengakui perbuatan itu jahat. Dan tiada siapa yang berbuat dosa, tidak mengakui yang perbuatan itu akan dibalas Tuhan. Akal waras pasti mengakuinya.

Keyakinan kepada ganjaran pahala dan kebaikan yang bakal diperoleh hasil daripada usaha yang baik juga perlu. Sebagaiman kita yakin perbuatan jahat akan dibalas azab, sekuat itu keyakinan bahawa kebaikan akan dibalas baik.

DIA SWT pasti menunjukkan kekuasaan-Nya sekiranya keyakinan kita betul. Yakin la apa yang aku cakap ini. Moga DIA SWT menjadikan aku dan kalian orang-orang yakin dan dengan keyakinan ini kita berusaha meninggalkan maksiat yang telah bersarang sekian lamanya dalam hati kita.

Satu kisah yang terjadi kepada aku beberapa hari lepas mungkin boleh dikongsikan bersama sebagai pengajaran. Jangan tengok kepada apa yang aku buat, tetapi tengok kepada bagaimana DIA SWT membalas setiap keyakinan yang kita berikan kepada-Nya.

Hari itu, seorang kawan mengadu kepada aku tentang masalahnya yang kekurangan wang. Jujur aku kata, ini bukan masalah pertama. Sudah kerapkali dia datang dengan masalah yang sama. Oleh kerana bulan ni, aku pun pakai banyak duit, aku memang tidak dapat nak membantu.

Pun begitu, hati kecik aku seperti menyuruh menolong kawan aku ni. Katanya, inilah saat kita perlu tolong kawan. Teringat peribadi Dia SAW yang tidak pernah menolak sebarang permintaan daripada orang yang datang kepada baginda. Huhuhu.... Sungguh mulia pekerti baginda SAW.

Aku pun ambil keputusan untuk tolong kawan aku ni. Dalam hati, kalau tak dapat bagi banyak, bagi sikit pun jadilah. Aku pun tariklah RM50. Aku kata dalam hati aku, ini ujian DIA SWT untuk tengok aku sayang tak kepada duit aku. Padahal kat mulut selalu kata, rezeki itu dari DIA SWT. Tetapi bila dalam kes macam ni, takut hendak beri hanya kerana takut duit tidak cukup untuk guna bulan ni.

Sungguh DIA SWT itu melihat, mendengar dan membalas!

Malam semalam, setelah sehari kejadian bagi pinjam ni, aku keluarkan sebuah buku nota kecik yang dah lama aku simpan dalam kotak. Itu pun disebabkan aku ingin berjumpa dengan seseorang dan perlukan buku itu untuk membuat catitan jika perlu.

Dengan takdir DIA SWT... Sungguh DIA SWT Maha Tahu apa yang DIA rancangkan... buku itu terjatuh dari pegangan aku ke lantai. Masa itu juga terkeluar dua keping duit RM50 dan sekeping RM20. Oh, jangan terkejut. Itu bukan duit dari langit. Itu duit yang pernah aku sorokkan satu ketika dulu sehingga aku sudah lupa.

Walaupun tu duit aku jugak dan aku sudah lupa, tapi kalau DIA SWT tidak tunjukkan aku di mana duit itu maka hakikatnya aku kehilangan duit sebanyak rm120. Hanya kerana DIA SWT mahu kembalikan duit itu kepadaku, barulah ditunjukkan aku. Agaknya inilah anugerah-Nya kepada aku untuk apa yang dah aku lakukan kepada kawan aku. Adakah kalian bersetuju?

Aku sayang ALLAH SWT dan mudah-mudahan sayang aku beserta amal soleh yang diterima oleh-Nya. Mohon semua sayang pada ALLAH SWT dan yakinlah sayang kalian kepada ALLAH SWT tidak akan rugi.
   
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

02 October, 2013

KESUSAHAN ITU PENGHAPUS DOSA

Oh sungguh tak sangka aku tidak post apa-apa entry untuk bulan September. Tak perasan, atau mungkin cepat masa berlalu. Mungkin juga... lalai.

****

Fendi berhentikan mesin rumput, lalu memandang aku dan Cikgu Maidin. "Telur ayam" katanya. Rupanya dalam semak setinggi pinggang itu, ada ibu ayam sedang mengeram telur. Mencicit lari bila lalang tempat dipotong. 

Haiwan ini tiada perasaan. DIA SWT mahukan mereka berkhidmat untuk manusia. Baik ayam atau telur, kedua-duanya untuk dimakan. Ibu ayam takkan sedih kalau telurnya diambil. Pastinya amat haruuu kalau ibu ayam menangis-nangis supaya telurnya tidak diambil. Bersyukurlah atas pemberian Tuhan ini.

****

Kesusahan itu penghapus dosa. Oleh itu, jangan benci pada kesusahan. Cuma ini janji DIA SWT untuk orang Islam saja. Bagi yang bukan Islam, kamu tidak termasuk dalam perjanjian Tuhan ALLAH SWT.

Mengapa tak masuk? Sebab kesetiaan, kepatuhan dan ketaatan kamu dalam beragama tidak sampai kepada Tuhan ALLAH SWT.

DIA SWT adalah Tuhan yang satu. Yang Maha Berkuasa. Manusia boleh berurusan dengan-Nya secara terus. Tanpa ada perantara atau wakil. Manusia boleh bermohon apa sahaja dengan melafaz doa kerana DIA SWT Maha Mendengar. DIA SWT Maha Suci dan tidak memerlukan apa-apa rekabentuk mewakili diri-Nya di dunia ini. Inilah ALLAH, Tuhan yang memilih Islam sebagai agama-Nya.

Aku manusia berdosa. Sesiapapun.... pasti berdosa. Oleh itu, tidak hairanlah kalau kita sering dilanda kesusahan. DIA SWT mahu hapuskan dosa kita. DIA SWT tidak mahu kita memikulnya di akhirat. Andainya di sana kita masih banyak dosa, ke nerakalah jawapnya. Sedangkan masa di akhirat pastinya lebih panjang. Dan hidup di sana pastinya kekal dan tidak mati. Maka, bila pengakhiran seksaan itu akan berakhir?

Hari yang kelam kabut dengan kerja. Dari malam lagi, aku sudah berada di pejabat untuk menyiapkan keperluan esoknya. Dengan harapan, esok pastinya lebih lancar. Peralatan yang akan digunakan dipasang sebahagian dan sebahagian yang lain ditinggalkan untuk pemasangan kemudian. 

Pagi esoknya, langsung tidak sempat nak bersarapan. Selesai punch in, aku terus bergegas ke Tesco. Aku kena dapatkan bahan mentah untuk digunapakai dalam kerja. Macam orang gila isim. Tolak trolley laju, lalu hampir semua celah rak barang kat Tesco.

Penat tu penat. Tapi semua barang ni kena sampai kat ofis sebelum jam 10 pagi. Tak senang mencari barang mentah yang aku jarang beli. Ada sampai 2 atau 3 kali juga pusing-pusing. Ada juga yang terpaksa patah balik kerana bimbang tak cukup.

Masa di kaunter, aku cepat-cepat keluarkan barang daripada trolley. Aku memang nak cepat sebab jam sudah menghampiri jam 10 pagi. Sangatttt menghampiri.

Rupanya, penjaga kaunter itu sedang menunggu pelanggan yang sepatutnya membayar, namun meninggalkan kaunter atas sebab-sebab tertentu yang aku tak tahu. "Tak bolehkah kira dan scan yang saya dulu?" tanyaku.

"Tak boleh encik", kata gadis yang sederhana rendah itu.

Nak taknak, masa berjalan dan makin hampir jam 10 pagi, aku terpaksa mengangkut kembali barang ke dalam trolley dan menolak ke kaunter sebelah.

Kesusahan ini tidak berakhir di situ. Aku ingatkan semuanya selesai dibeli. Apabila sampai di ofis dan mengagihkan barang, barulah perasan 2 jenis barang tiada. Satu memang lupa beli, satu lagi sudah beli tetapi aku tak tahu di mana ia tercicir. Terpaksalah aku ke kedai berhampiran. Nak ke Tesco, rasanya sudah penat.

Pada hari ini, aku perlu tunjukkan cara penggunaan alat. Aku mulakan dengan memasang peralatan yang ditinggalkan semalam. Apabila selesai pasang, perasan ada satu kepala connection antara tiub angin mampat dengan alat rupanya telah berkarat dan menjejaskan fungsinya.

Puas aku try, angin tetap keluar. Waktu aku berhempas pula membaiki connection itu, semua mata penonton tertumpu pada aku. Aku pula terkial-kial. Akhirnya aku surrender dan aku minta maaf sebab tidak dapat meneruskan demonstrasi.

Oh Tuhan. Inikah kesusahan aku pada hari ini. Aku mungkin susah, tetapi ada lagi yang susah. Hendak tak hendak pun kena terima kesusahan ini. Tak hendak dia datang, hendak pun dia datang. Kesusahan ini pastinya dibayar pahala oleh DIA SWT setelah dijual dengan kesabaran oleh kita semua.

Malu atau tidak, aku mengaku kesusahan hari ini berpunca dari dosa semalam. Andai kata dosa itu dihapuskan dengan kesusahan yang kecil ini, aku redha kepada-Mu dan semoga Engkau redha kepada kita semua. 

 

27 August, 2013

Bijaknya...

Bijak...

Bila Ramadhan datang, surau dan masjid penuh. Paling ketara, subuh pun boleh bangga la.

Bijak...

Bila Ramadhan datang, ada bazar Ramadhan. Macam-macam benda diorang jual. Ada yang tak pernah jumpa. Bijak... orang yang tak pernah meniaga pun berniaga di bulan Ramadhan.

Bijak...

Bila Ramadhan datang, orang yang tak pernah bangun awal pagi, bangun awal pagi. Nak sahur katanya. Tak sahur karang, lapow pulak siang nanti. Bijak... alang-alang dah bangun tu, sembahyang subuh terus walaupun sebelum ni, subuh la sembahyang yang slalu miss.

Bijak...

Bila Ramdhan datang, rasa senang nak buat amalan sunat. Selama ni, susah betul nak sembahyang sunat. Dalam bulan ni, sembahyang terawih, sembahyang rawatib dan sembahyang sunat lain semua dia sapu. Bijak... sedekah pun banyak. Tu belum kira membaca Quran berdebu, yang dah lama di rak. Boleh la bersihkan debu kat kulit Quran tu buat sementara sebelum terbiar lagi sekali.

Bijak...

Rupanya Ramadhan bukan ubah individu saja, bahkan tv pun berubah. Banyak pula ceramah-ceramah agama. Sedap pula didengar. Bijak... drama dan filem pun semua mengajak nak menginsaf jer. 

Bijak... 

Dulu lupa macam mana rasa jadi orang miskin. Bila Ramadhan datang, tau macam mana orang miskin lapar sebab tak ada duit nak beli makanan. Tu yang tergerak hati nak bersedekah. Kesian. Kalau kita lapar, mereka lagi lapar. Sekurang-kurangnya kita ni masih mampu beli makanan mewah-mewah untuk berbuka.

Bijak... 

Bila Ramadhan datang, dapat la merasai badan cam ringan sikit. Dulu, pagi makan, tengahari makan, malam makan, tengah malam makan lagi. Bila dah kurang makan, siang tu rasa la perut mengempis sket sebelum berbuka puasa. Rupanya kajian kata, orang berpuasa dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka. Bijaaak!

Bijak...

Sahur itu dilewatkan, berbuka itu diawalkan. Itu sunnah, sunat dan dapat pahala. Bijak... Rupanya yang sunnah itulah selalu bertentangan dengan perasaan. Perasaan kita nak sahur awal supaya boleh tidur lama dan berbuka lewat pun tak apa sebab masa maghrib tu dah hilang dah rasa penat berpuasa.

Bijak... 

Apabila Dia SAW berbuka kurma, kita fikir itu mungkin budaya orang Arab. Bijak... rupanya DIA SWT menyangkal pendapat kita bila kajian membuktikan kurma makanan paling sesuai dimakan di waktu perut kosong. Lebih bijak... apabila ini turut membuktikan sunnah Dia SAW bukan sekadar perbuatan biasa seperti kita. Bukan juga kerana pengaruh masyarakat Arab tempat Dia SAW dibesarkan. Ia tidak lain adalah wahyu.

Bijak... 

Bila Ramadhan datang, bukan Melayu-Cina-India-Lain-lain bangsa yang Islam dapat untung berniaga. Bahkan Melayu-Cina-India-Lain-lain bangsa yang bukan Islam pun dapat untung. Mereka yang berniaga, tentulah dapat untung hasil jualan. Mereka yang tak berniaga, untung dengan jualan murah yang merata-rata tempat.

Paling bijak...

Bila Ramadhan ini datang seperti hendak mengajarkan kita macam mana nak menyusun jadual harian kita. Pagi-pagi lagi sudah bangun. Makan dan buat sembahyang sunat sebelum subuh. Sembahyang subuh, kemudian pergi kerja. Masuk kerja pula sharp sebab tak boleh nak melepak kedai makan. Makan malam waktu maghrib, lepas tu sepanjang malam disibukkan diri dengan solat terawih atau solat sunat. Berjemaah pula tu. Itukan dituntut setiap hari. Bahkan ada ulama kata sembahyang jemaah ini wajib!

Paling bijak...

Diikat segala syaitan yang selalu mengganggu manusia. Nah... tiada lagi syaitan yang selama ini menjadi alasan kita berbuat maksiat dan mungkar. Engkau manusia, pilihlah jalan hidupmu sekarang. Mahu jadi baikkah? Mahu jadi jahatkah? Nak masuk nerakakah? Atau nak senang-lenang di syurga?

Paling bijak.... 

Disembunyikan lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Supaya kita buat persediaan awal dan terancang. Diletakkan malam itu di sepuluh yang akhir, supaya kita boleh fokus dan meningkatkan lagi usaha kita. Diberikan malam ini supaya amalan kita berganda seolah-olah mengerjakannya selama seribu bulan. Ini peluang untuk menyamai usia orang terdahulu yang hidup mereka lebih panjang daripada kita, beribu-ribu tahun.

Paling bijak...

DIA SWT, Tuhan yang tiada dua. Tuhan sekalian manusia-Melayu-Cina-India-Lain-lain bangsa. Manusia merancang, DIA SWT merancang. Perancangan DIA SWT pastinya lebih baik. DIA SWT yang menyayangi makhluknya, menghadiahkan kita dengan bulan Ramadhan. Kemudian, masa itu mencemburui sehingga Ramadhan mula bergerak pergi. 

Selamat datang syawal dan puasa enam.  
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

22 August, 2013

TUHAN ITU TAHU MEMBERI, adakah kita tahu menilai?

Dapat minum air kaler merah sampai habis satu gelas  di waktu kita sangat-sangat dahaga, rasa sungguh syok sekali. Tambah pulak minum masa tengah puasa. Berdasarkan hadis Dia SAW, barangsiapa yang termakan atau terminum dengan sengaja itu tidak membatalkan puasa dan ia merupakan pemberian DIA SWT kepadanya. Maka boleh terus berpuasa.

Sungguh bertuah. Wajarlah aku mengucapkan syukur kepada-Nya, Dengan rasa gembira, aku berkata, "Aku bersyukur atas pemberian-Mu ini, ya Allah". Kemudian, tidak semena-mena aku terjaga daripada tidur. Aku dapati aku masih berpuasa dan tiada segelas air pun di sisi. Waktu berbuka ada lagi sekitar 4 jam.

Oh, mimpi. Rupanya aku diberi minum di dalam tidur. Ok, ya Allah. Sekurang-kurangnya Engkau memberikan perasaan itu seperti benar. Sekalipun di dalam tidur.

Itulah yang berlaku di hari pertama aku berpuasa enam. Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari terakhir. Kepada mereka di luar sana, aku menyeru supaya amalkan berpuasa enam. Jangan salah faham. Bukan nak menunjuk baik. Aku sedar aku jahat sebab itu aku berpuasa. Moga-moga kejahatan kita akan dihapus dengan kebaikan kita yang tidak seberapa ini. Inilah tujuan aku menyeru kepada mereka yang rasa-rasa jahat seperti aku.

Puasa enam ini akan men'cover' segala compang camping puasa di bulan ramadhan yang mungkin tanpa kita ketahui ada di situ ketidaksempurnaan kita sebagai makhluk yang lemah. Janganlah terlalu ego untuk tidak berbuat amal kebajikan kerana belum tentu kita dapat melaksanakannya apabila kita sudah tua kelak. Waktu kita sihat ini, gunakanlah untuk mencari pahala. Mungkin tidak banyak, tapi ada daripada tidak ada.

DIA SWT sentiasa memberikan kita yang terbaik.Betul kan? Sebagai manusia yang waras, orang Melayu ke, orang Cina ke, India atau apa bangsa sekalipun, jika berfikir secara waras akan mengkagumi bagaimana DIA SWT sentiasa melayan manusia dengan begitu baik sekali.

Sebagai tambahan, umat Islam diminta berpuasa enam hari selepas Ramadhan untuk mendapat pahala puasa sepanjang tahun. Ini kerana, puasa Ramadhan selama sebulan (purata 30 hari) digandakan dengan 10 kebajikan dan ini menyamai 300 kebajikan. Apabila ditambah 6 hari di bulan Syawal dan juga diganda 10 kebajikan. Maka keseluruhan kebajikan yang diperoleh menyamai 360 bersamaan 360 hari (hampir menyamai bilangan hari bagi kalendar Islam dalam setahun).

Lihatlah bagaimana DIA SWT menawarkan tawaran kepada hamba-hamba-Nya. DIA SWT membuat perkiraan dengan matematik mudah yang difahami supaya manusia berlumba membuat kebaikan. Siap dengan pakej istimewa lagi. Padahal kalau DIA SWT hendak keluarkan arahan supaya berpuasa setahun teruspun boleh. Siapa yang berani menghalang apabila Tuhan mengeluarkan perintah?

Itulah DIA SWT. Tuhan yang Maha Pemurah dalam memberi yang terbaik kepada manusia. Cuma manusia kadang-kadang tidak reti menilai.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

22 July, 2013

RAHMAT ALLAH

Aku taknak buat internet mobile, sebab aku dah ada broadband. Dulu aku guna broadband tu kat laptop. Skang ni, sejak laptop dah kena curik, aku pakai simkad broadband tu kat handphone aku, SII ni.

Susah tu memang susah sebab aku kena offkan dulu, kena bukak casing, kuarkan simkad dan taruk simkad broadband... tutup casing, on kan balik dan tunggu handphone nyala pulak. Banyak keje la.. leceh. Tapi nak buat macam mana sebab nak jugak pakai internet kan.

Selalunya macam tu la aku buat. Tak kira kat pejabat ker, rumah ker, kedai makan ker... itulah proses dari awal sampai akhir. Aku takleh online lama-lama sebab risau kalau-kalau orang call... mesti tak dapat, ye tak?

Mintak maaflah pada kawan-kawan yang pernah kena masa tu, tak dapat call aku. Lain kali, tinggal mesej. Insya Allah aku call balik.

Pada 5 Jun 2013, sebelom pose ni la... aku ke Klang. Ada pertandingan pemilihan silat olahraga Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Selangor. Buat di Kompleks Rakan Muda. Ada member aku yang masuk. Masa entry ni ditulis dia dah terpilih wakil Selangor. Tahniah.

Pertandingan tu dijangka 2 hari. Aku tak larat nak berulang Nilai ke Klang, jadi aku tumpang tido rumah member aku ni. Malam tu, kitorang pergi ke Kompleks Rakan Muda untuk sesi briefing. Peserta lain semua tido di asrama kecuali member aku ni sebab alasan rumah di Bukit Raja kira-kira 20 minit jer.

Balik daripada sana, kitorang singgah makan kat kedai masakan Thailand, dekat ngan rumah. Sambil rehat-rehat nak habiskan air, aku bukak simkad phone dan pasang simkad broadband. Layan internet. 

Balik rumah jer, terus siap-siap nak tido. Padam lampu. Baring. Tiba-tiba aku perasan, casing handphone aku tak ada. Melilau aku carik. Cari atas katil, takder. Carik kat meja solek, takder. Tengok atas lantai takder jugak.

Aku rasa mesti cicir kat kedai makan tu sebab last aku bukak casing tu kat kedai tu. Nak gi amik sekarang pun, aku dah siap nak tido. Member aku lak nak kena tido awal sebab esoknya ada tournament. Nak tak nak, aku kena sabar la.

Pagi tu, aku singgah di kedai tu. Kedai tu tutup belah pagi. Aku carik la sekitar tempat makan semalam. Takder jugak. Member aku cakap, nanti malam dia try tanya orang kedai ni kot-kot ada simpan sebab malam tu aku dah balik Nilai. Ok la... Nak taknak, aku pasrah.

Aku cakap dalam hati, ini semua DIA SWT sudah tentukan. Harta yang aku ada ni, milik DIA SWT. Bila-bila masa DIA SWT boleh amik. Kalau diizinkan-Nya, casing tu aku dapat balik. Insya Allah dapat balik. Kalau tak pun, aku kena redha sebab ini adalah takdir-Nya. Terpaksa la aku pakai SII tanpa casing.. bogel jer nampak bateri ngn simkad. Sob...sob...sob...

Aku ingatkan lagi diri aku, bahawa DIA SWT sentiasa bagi rahmat kepada hamba-Nya. Andai kita dapat nikmat. Nikmat itu sendiri adalah rahmat. Dan dalam nikmat itu, ada rahmat lain pula yang akan kita temui. Kalau kita terima musibah, musibah itu juga adalah rahmat DIA SWT. Dan, kita kerna menerimanya dengan redha kerana hanya cara ini baru kita dapat menyingkap rahmat di sebalik musibah itu. DIA SWT terlalu pemurah sehinggakan dalam musibah kepada manusia, dikurniakan-Nya rahmat.

Aku tak dapat nak menghuraikan dengan lebih detail lagi macam mana dikatakan rahmat dalam nikmat dan rahmat dalam musibah kerana kedangkalan ilmu aku. Cukup aku katakan di sini... ianya sesuatu yang menyenangkan perasaan. Apabila kita sedar rahmat DIA SWT meliputi musibah-Nya, maka kita akan lebih tenang menerima musibah.

Itulah yang aku cuba lakukan. Bertenang dan mencari rahmat di dalam musibah yang aku terima ni. Walaupun dalam hati tu, aku dah terbayang-bayang terpaksa pakai SII ni tanpa casing sampai handphone ni rosak. Malam tu, member aku call bagitau yang orang kedai tu tak jumpa casing aku tu. Jadi terpaksalah aku terima hakikat, casing tu dah hilang.

Redha la. Kita ni hamba jer. DIA SWT yang Maha Kuasa. DIA SWT berkuasa hilangkan. DIA SWT juga yang boleh kembalikan.

Esoknya pergi keje macam biasa dengan handphone yang takde casing. Dok di meja macam biasa. Buka pc dan  buat keje macam biasa. Menjelang tengahari, aku perasan casing tu ada atas meja aku!! 

SUBHANALLAH.

Ini semua rahmat DIA SWT. Di saat aku yakin casing telah hilang, namun aku yakin rahmat DIA SWT kepada hamba-Nya tak putus-putus. DIA SWT membalas dengan memberi casing aku semula. 

Mungkin aku tersalah letak casing aku. Mungkin aku dah tertinggal dari awal lagi kat meja tu sebelum aku pergi Klang. Apapun bagi aku, ini semua satu keajaiban. Mungkin keajaiban itu terletak pada cara DIA SWT 'menyapa' aku. Rahmat MU YA ALLAH... Rahmatilah kami. 




salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

05 July, 2013

ANUGERAH CEMERLANG DAN SINDROMNYA

Post ni kredit untuk Fiza Kecik dan Wani Betuii. Pembaca 'tegar' blog aku.... sannnngat?! Dorang komen blog aku ni bahasa cam novel. Jadi, kali ni takde novel-novel. Straight to the point jer.

Pagi ni aku tak jadi nak follow gi Hotel Sama-sama. Nama hotel tu camtu. Takyah nak ngada-ngada jawab terima kasih pulak. Company buat majlis anugerah kat sana. Antara yang pergi tu penerima anugerah, Fiza Kecik dan Wani Betuii. Perasan tak beza ayat aku tu? Maknanya Fiza Kecik dan Wani Betuii tu bukan penerima anugerah. Mereka nak makan meraikan kawan-kawan yang berjaya.

Kalau kita tengok, majlis anugerah ni ada kat mana-mana organisasi. Terpulang jenis macam mana yang dorang nak. Cuma mungkin kita tak perasan, atau ada yang perasan majlis anugerah ni ade sesuatu yang aku panggil sindrom majlis anugerah!!

Dulu.. aku dok asrama dari form 1 hingga form 5. Selalunya hari Sabtu, hari inspection kebersihan dorm oleh warden dan pengawas. Kitorang boleh keluar ke bandar lepas inspection. Tu pun kalau dorm bersih. Kalau kotor, kena bersihkan dulu baru keluar.

Biasanya, lepas subuh dan sarapan, semua budak asrama akan kemas dorm. Sapu sampah. Lap kipas. Lap tingkap dan bingkai kayu. Cadar semua nak kena tegang dan bersih. Baju semua kena letak kat ampaian koridor. Bawah katil pun kena kemas. Kalau boleh, dorang taknak tengok kasut ker, beg ker kat bawah katil.

Saper yang jadi form 1 tu memang sakit la. Dorang la mangsa ketegasan warden dan pengawas-pengawas ni. Yang senior, kalau kantoi pun ngan warden jer. Pengawas tu member-member senior jer. Mereka 'pejam' mata jer kalau kotor. Pendek kata, jadi junior lagi merana la. Hehehe.

Satu kali, warden buat pengumuman nak adakan pertandingan kebersihan dorm untuk setiap minggu. Mana-mana dorm yang bersih, kemas, dihias cantik dan ahlinya berdisiplin akan diumum sebagai pemenang. Maka, nampak la inisiatif budak-budak ni nak cantikkan bilik. Ada yang buat carta organisasi. Ada yang hias pintu la, rak kasut la. Kagum jugak la ngan perubahan dorang ni.

Kalau tak silap, first pemenang adalah dorm budak senior form 5. Padahal dulu, dorm dorang tu hampeh. Pernah lagi 10 minit nak inspection baru bagun tido, nak gi mandi. Nampak berjaya jugak la apa yang warden rancang. Sebagai hasil kemenangan, mereka dapat hadiah jam dinding. Minggu kedua, dorm yang sama menang lagi. Hadiah sama jugak - jam dinding. Agaknya pihak asrama ni beli pukal jer.. setiap minggu hadiah jam dinding.

Minggu-minggu seterusnya, ada la satu dua dorm lain yang menang. Tukar-tukar yang tu jer la. Tak dorm tu menang, dorm lagi satu. Budak-budak asrama dah mula tak puas hati dah. Mereka rasa cam baik takyah kemas lebih-lebih kalau dorm sama jer menang. Pada pendapat aku masa tu, dorm-dorm yang menang tu memang layak pun. Cuma manusia biasa la mana nak puas hati ngan orang lain.

Lagi satu isu yang timbul, hadiah sama jer - jam dinding. Kalau mula-mula menang dapat jam dinding, ok la. Bila kali kedua menang, ok lagi. Tapi kalau dah empat lima kali menang dorm yang sama, sampai dapat empat lima bijik jam dinding, nak buat ape kan? Warden pun perasan jer. So, dorang buat keputusan nak gilir-gilirkan pemenang. Alasannya taknak bagi budak down sebab asyik dorm sama jer menang.

Bagus jugak tu.. dorm aku pun nak merasa menang. Hehehe... tu mula-mula pikir camtu la. Bila dah lama, masing-masing dah rasa takyah nak bersihkan dorm sungguh-sungguh sangat, nanti akan menang jugak. Warden dah cakap dah nak bagi jam tu setiap dorm. Lambat ngan cepat jer.

Ahkirnya, bila semua dorm dah dapat jam dinding, anugerah dorm bersih tu senyap gitu jer. Kembali la pada inspection kebersihan biasa takde hadiah apa-apa. 

Ni la sindrom anugerah cemerlang. Kalau tak bagi, kesian pada yang cemerlang. Tapi, kalau dia jer yang konsisten cemerlang, anugerah pun selalu dia jer sapu, orang mengata pulak. Mula la kecik hati dan buat perangai malas keje sebab tak dapat anugerah. 

Kalau digilirkan pulak anugerah tu... dorang akan cakap, "Aku malas pun nanti aku dapat jugak anugerah."

Entah la... cerdik pandai kena buat kajian ni macam mana nak atasi sindrom anugerah cemerlang.  

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

25 June, 2013

BUAT PENAT!

Melihat kepada jerebu mengingatkan kita betapa lemahnya diri kita sebagai manusia dan makhluk DIA SWT. Pandangan terhad dengan kabus asap memenuhi setiap ruang udara. Di mana hendak lari? Setiap ruang pastinya ada udara kerana manusia tak dapat hidup tanpa udara.

Namun, udara seperti jerebu pastinya bukan udara sihat yang manusia mahukan. Risau juga. Seakan jerebu ini 'membunuh' kita dalam senyap. Setiap orang di Malaysia khususnya pasti sangat peka dengan bacaan indeks IPU di kawasan mereka. Masing-masing khuatir IPU akan menjadi tahap merbahaya. Persoalannya, di mana hendak lari?

Berkurung dalam rumah mungkin membantu, tapi untuk seketika. Asap jerebu ini tetap akan masuk selagi udara mampu sampai ke situ. Penutup muka yang aku pakai pun masih tidak dapat menghalang asap ini. Aku tetap dapat mencium bau terbakar sekalipun sudah bertopeng!

Oh, Tuhan. Aku pohonkan kepada-MU keselamatan. Di saat ini aku tidak mampu menyelamatkan diriku. Hakikatnya, aku tidak mampu menyelamatkan diriku di mana-manapun, daripada apa-apapun. Dan hanya Engkau, oh Tuhanku, Yang Maha Penyelamat. Amiin.

Terdahulu, kita dikejutkan dengan trragedi bot karam di Belaga, Sarawak. Sangat menyedihkan. Padahal, perkara seumpama itu boleh dielakkan sekirannya muatan yang dibawa oleh bot tidak berlebihan. Bayangkan bot yang sepatutnya memuatkan 70 orang diisi sehingga mencecah lebih dua ratus.

Syukur kepada DIA SWT kerana lebih separuh mangsa terselamat. Namun, takziah kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga masing-masing. Perkara sudah terjadi dan sudah ditakdirkan. Apa yang boleh dilakukan adalah menerima ketentuan DIA SWT dan mengambil ini sebagai satu peringatan.

Kita tidak boleh menidakkan kebenaran ayat al-Quran apabila DIA SWT berfirman yang bermaksud segala apa musibah yang melanda manusia adalah disebabkan 'tangan' atau usaha manusia itu sendiri.

Lihat saja peristiwa jerebu dan bot karam ini. Jerebu datang disebabkan manusia membakar tanaman mereka. Bot karam pula disebabkan muatan yang berlebihan. Kedua-duanya hasil daripada 'tangan' atau tindakan manusia itu sendiri.

Sudah menjadi sunnatullah atau ketetapan DIA SWT. Setiap yang diusahakan akan diberikan hasilnya. Setiap perkara yang dilakukan secara berlebihan, pastinya mengandung musibah yang tidak sanggup untuk dihadapi kelak.

Apabila lapar, sungguh bagus sekali kalau dapat makan. Namun, makan berlebihan membuatkan manusia akan menyandar keletihan. Apabila mengantuk, tidur merupakan ubat yang paling ampuh. Namun, tidur yang berlebihan sering sekali menyebabkan kepala berat dan binggung sebentar.

Dan, sekali lagi benar apabila dikatakan kepada kita "Bersabarlah.....'Bersabar itu separuh daripada iman'. Kerna sabar itu kunci kepada sikap berlebih-lebihan. Hanya sabar yang dapat memasung rasa berlebih-lebihan yang nyata datangnya dari nafsu manusia yang tidak pernah puas.

Sesungguhnya DIA SWT itu bersama-sama ORANG YANG SABAR. Sabarlah di dalam segala aspek kehidupan. Sabarlah ketika menunggu pelayan datang mengambil pesanan atau menunggu makanan dihantar kepada kita. Sabarlah ketika menunggu giliran di kaunter bank atau pejabat pos. Sabarlah ketika berdepan dengan 'jammed'.

Sabarlah. Sabarlah menghabiskan 5 minit masa solat anda. Sabarlah ketika menghabiskan rangkap-rangkap zikir harian yang menjadi amalan para sahabat Dia SAW dan para ulama terkemudian. Sabarlah memohon rahmat DIA SWT supaya kita dijauhkan daripada maksiat dan dosa. Sabarlah dalam segala aspek kehidupan. Insya Allah. Semoga DIA SWT memudahkan sabar itu untuk kalian. Semoga DIA SWT memudahkan sabar itu untuk aku.

Sabar itu sifatnya ahli syurga!!!

Suatu hari, aku terpandang sebuah rumah yang kosong dan dipasang papan tanda pada sebelah dalam cermin 'sliding door'nya. Segera ianya menarik perhatianku.

"Saya nak gi tengok papan tanda tu. Kalau rumah itu nak jual, nak ambil nombor contact." ujar aku kepada seorang teman. Tanpa berlengah, aku pun menghidupkan motorsikal dan memecut ke arah rumah yang sebenarnya tidak jauh dari tempat kami berada. Kira-kira dalam 20 meter sahaja.

Seketika aku kembali kepadanya. Sedikit senyum pahit. "Tak sangka papan tanda itu tertulis, - Maaf, rumah ini bukan untuk dijual. Bukan untuk disewa!!!"

Buat penat tengok. Sabar.... sabar itu lebih baik. Hehehe.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

27 May, 2013

TOLONG TRANSLATE...

Pada 25 Mei 2013,  menyaksikan satu rekod baru dalam hidup aku apabila dapat menjejakkan kaki di sebuah rumah anak yatim yang juga merupakan sekolah tahfiz al-Quran. Sewaktu Ain, pelajar tahun 3 Bioteknologi Makanan, USIM menghantar mesej, mempelawa aku bersama-sama mereka ke rumah anak yatim ini, aku fikir tiada apa-apa kelainan pada rumah  anak yatim ini. Mungkin sama saja seperti sebuah asrama yang dipagar sekelilingnya dan dihiasi dengan lanskap hijau, bunga-bunga dan tanaman lain. Namun, keluar satu perkataan dari mulut Ain yang membuatkan aku terpaku semasa kami bertemu untuk aku dapatkan maklumat detail daripadanya... 'ROHINGYA'

Madrasah Tahfiz dan Rumah Anak Yatim Hashimiah, tersorok di antara deretan rumah kedai di kawasan Pasar Borong Selayang. Kawasan kejiranan ini dibanjiri oleh manusia dari segenap pelosok negara yang kita selalu labelkan sebagai warga asing. Di sini berkumpulnya Indon, Bangla, Vietnam dan bermacam-macam lagi bangsa dari negara dunia ke-3 yang dicop sebagai mundur, miskin atau setidak-tidaknya dalam proses membangun.

Di kawasan inilah tinggalnya sebilangan anak-anak yatim etnik Rohingya yang kebanyakan mereka merupakan pelarian perang. Aku sebenarnya tidak mengikuti apa yang berlaku di Myanmar, tempat tinggal etnik Rohingya ini. Apa yang aku tahu, hanya secebis maklumat bahawa di negara mereka berlaku penghapusan etnik Rohingya.

Bagi aku, bunyinya amat mengerikan. Lebih ngeri daripada peperangan. Kerana, peperangan melibatkan pihak tentera dengan tentera. Akan tetapi, penghapusan etnik ini melibatkan gerakan membunuh semua manusia yang dikategorikan dalam etnik tersebut!!

Serius aku cakap, suasana di kawasan rumah kedai ini tidak menggambarkan Malaysia sebagaimana yang kita kenal. Ruang niaga di sini nampaknya dipelopori oleh bangsa asing. Imejnya bawaan daripada budaya mereka di sana. Suasana kedai yang kusam dengan perabot yang lama, keadaan lantai yang kotor dari dalam kedai hingga ke muka kedai. Ada pula yang membuka meja-meja kecil di kaki lima atau berdepan dengan kedai dan menjual pelbagai bahan makanan basah.

Kalau dilihat pada setiap tingkat rumah kedai ini, penuh dengan pakaian yang disidai dengan bermacam-macam ragam. Cermin tingkat yang kotor dan dipenuhi dengan tampalan bermacam-macam sticker dan poster. Kadang-kadang, aku tertanya-tanya adakah tingkat itu berpenghuni atau tidak bila melihat keadaan yang tidak terurus padahal di bilik dinding itulah tinggalnya orang-orang ini.

Sesungguhnya DIA SWT Maha Kaya.

Nur agama-Nya tidak pernah padam. Tidak di mana-mana sekalipun tanpa izin DIA SWT. Dan juga, tidak di sini. Di sebalik hiruk pikuk suasana di sini, berkumpul anak-anak yatim Rohingya yang di dalam dada mereka bersemadi al-Quran. Berkat ajaran guru-guru mereka yang ikhlas dengan sumber kewangan yang terhad, ada di antara mereka sudah ada 17 juzuk di dalam dada mereka. SUBHANALLAH.

Alangkah kerdilnya aku sebagai rakyat Malaysia yang bertuah ini. Ditemani dengan kemewahan dan kesenangan, hidup sudah menjangkau 32 tahun namun hanya surah-surah pendek yang bertakhta di hati. Inilah yang diulang-ulang setiap kali sembahyang 5 waktu.

Aktiviti di rumah anak yatim ini berjalan lancar walaupun ada di kalangan mereka yang tidak berapa memahami bahasa Melayu. Pun begitu, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Mereka sentiasa menonjolkan sikap mereka yang polos membuatkan kita sentiasa menyayangi mereka tidak kira apa bangsa sekali pun. ALLAHUAKBAR.

Menyedari masalah berkomunikasi antara aku dan mereka, aku mengambil inisiatif sendiri bagi memahami Uwais, salah seorang anak Rohingya yang mengelengkan kepala apabila aku tanyakan sama ada dia faham bahasa Melayu.

Aku minta bantuan Ismail yang juga kanak-kanak Rohinya tetapi nampak lebih yakin berbahasa Melayu.

"Tanyakan kepadanya, mak dia ada ke tak ada?" mintaku pada Ismail.

Ismail pun segera bercakap dengan Uwais. "Mak ada??" katanya dengan pelat lidah Rohingya.

Uwais lantas menjawab, "Tak ada"

Aku tanyakan lagi, "Tanyakan dia, bapa dia ada ke tak ada?"

Sekali lagi Ismail bertanya kepada Uwais, "Bapa ada??"

Uwais menjawab, "Ada"

Aku meminta lagi, "Tanyakan dia, bapa ada dimana?"

Ismail pun bertanya, "Bapa mana?"

Uwais menjawab, "Rumah"

Itu soalan akhir aku kepadanya sebelum membiarkan kanak-kanak ini pergi makan. Cuma aku kebingungan, di perenggan manakah kata-kataku diterjemahkan Ismail dalam bahasa Rohingya? Dan aku tertanya-tanya, pada jawapan yang manakah Uwais bercakap dalam bahasa Rohingya. Kalaulah ini macam, baik aku jer yang tanya terus kat dia. Haiih...
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

Madrasah Anak-Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah
Pengetua: Ustaz Hafiz Hashim Bin Qassim (019-2621671)
Sumbangan boleh dibuat di Bank Islam, atas nama Abdul Jalil B Ahmad, no. akaun 14-069-02-008512-3

Mohon dipanjangkan... Insya Allah.

03 May, 2013

SELAMAT MENGUNDI

Salam kepada semua pembaca dan follower.

Aku ada perasan follower bertambah lagi. Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi menjadi follower blog ini. Orang hebat seperti korang, tetapi sanggup follow blog aku yang biasa-biasa saja, amat menyentuh hati.

Dan kepada yang membaca tetapi tidak jadi follower, korang juga orang yang hebat. Terima kasih. Kesudian meluangkan masa membaca coretan dan ngomelan aku yang tah hape-hape ni, juga menyentuh hati.

Suasana petang Jumaat di ofis aku hari ini agak sepi. Mungkin ini semua bahang pilihanraya yang akan berlangsung 5 Mei 2013 nanti. Semua nak balik mengundi. Terpaksalah mengatur waktu untuk ke destinasi masing-masing bagi mengelakkan jem.

Pilihanraya kali ini dirasakan satu pertembungan yang agak sengit antara parti-parti bertanding. Parti PAS, DAP dan Keadilan dilihat sudah boleh mencabar kedudukan BN. Perang poster, perang bendera, perang isu, perang ceramah dan macam-macam perang lagi la berlaku di semua tempat.

Kewujudan calon-calon bebas yang lahir daripada beberapa isu juga melihatkan suatu bentuk perkembangan yang menarik. Sebagai contoh kewujudan calon bebas yang bertanding hanya kerana nama mereka tidak dicalonkan oleh parti yang dianggotai mereka. Ada juga NGO yang bertanding atas dasar untuk menjaga kemaslahatan ummah yang nyata semakin berpecah.

Kepada makcik aku dan pakcik aku yang bekerja kuat untuk menjayakan parti mereka, dan kepada korang yang sama seperti makcik dan pakcik aku.... Tahniah semuanya. Korang adalah pejuang yang sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi perjuangan. Orang seperti koranglah yang sebenarnya menjadi tulang belakang pemimpin-pemimpin besar ini. Seharusnya pemimpin ini memandang korang apabila dia sudah berjaya mendapat kedudukan yang diimpikan. Bukannya melupakan jasa orang di bawah, hanya melihat kepada kroni dan kaki-kaki bodek.

Sembang pasal politik adalah sembang yang paling best. Kerana politik buat kita beremosi. Politik buat kita rasa kita betul dan orang lain salah. Politik buat kita rasa kita pandai dan orang lain bodoh. Politik juga buat kita rasa dianiaya dan orang lain penindas. Paling parah jika politik buat kita rasa kita paling Islam dan orang lain kurang Islam. Paling celaka, bila politik buat kita kutuk ulama dan melabelkan mereka ulama dunia.

Pepatah ada mengatakan yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Agaknya sangat sinonim dengan suasana politik di negara kita. Apabila umat sudah tidak memandang keamanan sebagai suatu yang lebih penting daripada kemenangan politik, maka di situ hadirnya kebimbangan.

Apabila DIA SWT berfirman supaya umat Islam ini didamaikan antara kedua-dua pihak,  maka perpaduan adalah saranan-Nya. Kepada yang bertelagah maka diseru oleh-Nya, kembalilah kepada DIA SWT dan Dia SAW, Kerana hanya mengingati DIA SWT, maka hati kita menjadi tenang. Dengan mengingati Dia SAW, kita akan berakhlak dengan akhlak al-Quran. Tiadalah akhlak yang lebih mulia melebihi ahklak al-Quran dan Dia SAW adalah modelnya.

Dan ingatlah tatkala DIA SWT menghabiskan kalam-Nya dalam surah al-asr.... "BERPESAN-PESANLAH KAMU DENGAN KEBENARAN. DAN BERPESAN-PESANLAH DENGAN KESABARAN."


Selamat Mengundi dan Bersabarlah. Sesungguhnya Sabar itu separuh dari iman.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

26 March, 2013

KEROPOK LEKOR LOSONG

Orang yang bukan berasal dari Terengganu tahu pasal keropok Losong.  Mereka kata sedap. Kepada kawan-kawan yang berasal dari Terengganu, mereka akan diminta belikan keropok Losong.

Mereka ini tahu ker apa itu Losong? Rata-rata orang luar yang aku tanya, tak tahu Losong tu nama sebuah kampung di Terengganu. Keropok Losong femes sebab kampung tu jadi tumpuan pelancong untuk beli keropok lekor satu masa dahulu.

Mungkin dari segi saiz keropok, ada sedikit perbezaan kerana keropok Losong biasanya digentel kecil berbanding keropok di tempat lain.  Dari segi rasa, bagi aku semua keropok Terengganu tak ada beza yang ketara. Semua sedap dan rasa ikannya.

Aku susah hati bila ada kawan mintak dibelikan keropok Losong. Bagi yang biasa ke Terengganu, mereka tahu banyak gerai jual keropok ada tertulis, "Keropok Losong dijual di sini". Persoalannya, kalau la keropok tu peniaga tu buat sendiri dan gerainya pula bukan terletak di Kampung Losong, boleh ker dipanggil keropok Losong?

Yang nampak Losongnya hanya pada saiz keropok yang seakan sama. Kat sini buat aku keliru... aku tertanya-tanya samada aku nak beli kat gerai yang tertulis "keropok Losong ada dijual di sini" atau aku nak kena pergi Kampung Losong. Jauh kot... tu yang susah hati tu. Hahaha.

Sekarang kat area rumah aku, gerai keropok BTB (Bukit Tok Beng) tengah naik. Korang kalau datang sini, jangan terkejut la kalau kena amik nombor macam kat bank tu. Haii... ingat servis keropok biasa-biasa jer ker... Haa... jangan main-main, tau!

Keropok untuk bungkusan vakum kena tempah lagi awal. Tempah hari ni, nasib baik... boleh amik esok. Nasib tak baik, amik la lusa ker. Nak amik time tu gak jangan harap la. Tempahan biasanya dah penuh. Uiii... lagi la kalau musim cuti sekolah... Memang gilerrr... susah aku nak citer.

Nak dijadikan citer, aku ke gerai keropok BTB ni untuk buat tempahan nak bawak balik Nilai. Masa ni bukan musim cuti, jadi senang la sket kerja aku. Pergi jer terus dapat ke kaunter tempahan. Ada seorang brader, muda daripada aku, yang dok kat situ.

"Berapa nak?" tanya brader tu.

Aku bagitau, " Bungkus 5 ringgit, nak 20 ringgit". Maknanya sama dengan 4 bungkus.

Tiba-tiba aku tengok brader tu tulis '5 x 20', bermaksud 20 bungkus. Ah, terkejut aku.... sape nak bayar banyak tu. Paling penting, sape yang nak bawak. Banyak tu. Berat!!!!!!

Sebelum kesalahan ni jadi makin parah, aku cuba betulkan keadaan. "Bang, nak 4 bungkus jer. Buat 5 ringgit."

"Oh... " brader tu perasan kesalahan dia menulis. Tersenyum dan cepat-cepat dia betulkan. Kali ni, dia potong nombor 2 tu dan digantikan dengan nombor 4.

5 x 40

Giler.... Lagi banyak pulak brader ni tulis!!!!

"Ehh... bukan 40." cemas suara aku.

"Ohhh... " brader tu tersenyum lagi. Sekali lagi dia betulkan kesalahan tulisan tu. Lega aku.

Firman DIA SWT.. bermaksud "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Sebagai manusia, tiada yang dapat lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, aku harus merasakan betapa diri ini kerdil dan hina. Sentiasa melakukan kesilapan kepada DIA SWT sedangkan dalam masa yang sama tidak pernah malu menerima nikmat yang DIA SWT kurniakan.

Sebagai orang yang sedar akan kelemahan diri, adalah lebih elok aku juga menerima nasihat daripada mereka yang menyedari kekhilafan yang aku lakukan. Kadang-kadang terpesona melihat angkasa, lupa diri berpijak di tanah merah.

Kepada yang menegur, tegurlah dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. Hanya DIA SWT yang lebih layak membalas segala teguran kalian. Jangan berharap agar mereka yang ditegur terus berubah, sebaliknya bimbinglah mereka sekadar yang mereka mampu menerimanya. Kita bukan hendak jadi juara dengan mengubah perangai orang lain. Dia SAW pun tidak mampu mengubah pendirian Abi Talib. Apa yang kita harap supaya teguran kita menjadi amal baik kepada kita yang mampu membantu kita di akhirat kelak.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

01 March, 2013

DIA YANG MEMILIH

Aiseyy.... rupanyer aku miss nak post bulan dua. Tak sangka pulak sebab banyak benda yang berlaku dan boleh dikongsi bersama kat sini. Aku pun sebenarnya ada draftkan, tapi selalu tertangguh nak siapkan.

Bulan feb ni kononnya bulan memperingati kekasih. Aku pulak, takder nak berkasih mana la... Bulan ni banyak kejadian 'malang' berlaku kat aku. Cuma, sebagai Islam, kita tak boleh la anggap itu kejadian malang. Cukuplah anggap itu semua kifarah (penghapusan dosa) DIA SWT ke atas dosa-dosa kita yang banyak dan tak putus-putus ni.

Raya Cina hari tu, 8 Febuari 2013, aku nyaris-nyaris tak dapat balik kampung sebab bas ekstra yang aku patut naik tu penuh. Ejen tiket tu bagitau, kawan dia yang shift petang dah salah jual tiket lebih. Masa tu, ada 6 orang yang tak dapat seat. Ejen tu ofer naik bas malam esok!

Dah la bas tu pun bas ganti sebab bas asal rosak. Kitorang patut naik jam 9 malam, bas tu sampai jam 1 pagi. Berapa lama dah menunggu, tiba-tiba kena naik malam esok pulak. Entah apa keajaiban.... DIA SWT punya kuasa, ada seat kosong untuk 1 orang dan aku disuruh naik. Lima orang lagi, laki semuanya tinggal di situ. Tak tau la ape nasib diorang.

11 Febuari 2013 malam, aku berada di terminal Kuala Terengganu untuk naik bas balik ke Seremban selepas puas bercuti. Hahahah...maner puas pun kalau cuti ni kan. Rupanya kejutan malam ni sama dahsyat ngan kejutan takde seat tu. Aku dapat tahu yang aku datang menunggu bas terlalu awal. Bukan lagi awal 10 minit sebelum bas gerak, tapi awal sebulan kerana tiket aku sebenarnya bertarikh 11 Mac 2013.

Setelah deal lebih kurang dengan 2 orang driver tu, Abang Roslan dan Abang Zulkarnain bermurah hati menolong. Dan aku bermurah hati pulak 'membayar' mereka untuk duduk di seat rehat driver. Nasib la kan, saper suruh tak cek tiket betul-betul. Tapi aku dapat tukar tiket tu dengan charge tambahan sebanyak 4 ringgit seminggu selepas tu.

Kejadian paling gempak lepas dua kejadian ni, masih berlaku bulan dua adalah.... laptop kena curi. Rumah kena masuk. Pintu kena umpil. Waaa....!!!!!!

Member aku cakap padan muka jer sebab aku suka biarkan pagar terbuka dan pintu grille tak berkunci. Huhuhu... aku bairkan jer pintu tu sebab sebelum tu mane ade dengar rumah kena pecah kat situ. Korang kalau duduk area aku ni, Desa Casuarina Nilai.... sila hati-hati.

Semua kejadian ni tak akan terjadi dengan sendiri melainkan semua ini perancangan satu kuasa yang Maha Merancang. Dalam berjuta manusia, aku yang mengalami masalah ini dan ini bukan suatu kebetulan melainkan dipilih oleh satu kuasa yang Maha Memilih.

Aku percaya, ini semua perancangan DIA SWT yang Maha Bijaksana dan DIA SWT  memilih aku kerana aku ni paling layak. Aku kata macam tu kerana firman DIA SWT, tidak diuji manusia itu melainkan mengikut kemampuan mereka. Dan juga, tidak tertimpa sesuatu musibah kepada manusia melainkan kerana hasil daripada tangan-tangan (sikap dan perbuatan) mereka sendiri.

Aku tau aku boleh jadi lebih baik dengan ujian ini. Aku tau, aku lebih mengingati DIA SWT selepas ini. Sekurang-kurangnya, sejak laptop ini tiada, aku 'terpaksa' tidur awal dan bangun awal. Aku jugak akan jadi lebih peka bila nak beli tiket nanti. Hahaha... ok, lagi jumpa.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

29 January, 2013

NGAMNGAM STYLE

Cuba baca betol-betol tu...
 
Jangan salah baca pulak. Ni bukan nak cerita pasal Gangnam Style. Tu KOREA PUNYER. Lantak diorang laa. Ini nak citer pasal kita punyer style.
 
Hebat betol la Gangnam style punyer penangan. Aku sempat merayau kat Kompleks Bukit Jambul di Penang ni. Boleh katakan banyak betul kedai yang jual gadget ni pasang klip video ni kat tablet dan laptop diorang. Macam dah takder benda yang lagi hebat dan boleh digunakan sebagai marketing diorang.
 
Apa yang hebat sangat Psy tu kalau kita punyer style lagi hebat?? Aku pinjam kata-kata seorang ustaz yang datang berceramah kat Surau Kasturi Height Nilai Spring, kita ni rupanya ada style yang dinamakan Ngam ngam style.
 
Apa tu Ngam ngam style?
 
 
Haa... Ustaz tu cakap, orang kita ni bila dah berkumpul dalam surau untuk sembahyang jemaah dan kebetulan pulak takder imam tetap, maka akan berlakulah kecenderungan untuk tolak menolak. Mereka ni tolak menolak bukanlah kerana beratnya amanah menjadi imam, akan tetapi tidak yakin untuk jadi imam kerana kekurangan ilmu. Soalan ustaz, takkan la umo dah 40, tak yakin lagi. Ada yang dah bersara dah pun, pun tak yakin lagi?? (Untuk renungan bersama)
 
Kata mereka, "Bukan tak yakin. Bacaan saya ngam ngam jer...!"
 
Apa boleh buat, ye tak? Perasaan tak kisah kadang-kadang menghalang kita dari terus menimba ilmu agama. Kemudian, bila umur semakin berusia, bila melihat yang belajar semuanya orang muda-muda, kita mula rasa malu. Secara tak sedar, kita menjauhi majlis ilmu dan orang-orang alim.
 
Kepada mereka yang muda, bersedialah dari sekarang supaya hari tua anda tidak sekelam si tua yang jahil.
 
Kepada yang tua, apa nak kisahkan umur anda, belajarlah selagi nyawa belum dijemput ajal. Buangkanlah rasa malu kerana ini sahaja cara untuk anda tidak malu di hadapan DIA SWT nanti.
 
Semoga DIA SWT menunjukkan kita jalan, membantu kita ke arah jalan itu, dan meredhai usaha kita yang sedikit yang langsung tidak setimpal jika dibandingkan nikmat syurga dan kurniaan-Nya di dunia ini.
 
Sebelum menutup entry ini, aku ingin ingatkan jugak kepada peniaga nasi campur! Jangan sesekali kamu menjual nasi campur dengan lauk pauk yang tidak bermutu. Contohnya, lauk daging kicap tetapi dagingnya banyak lemak dan urat. Lepas tu, mentang-mentanglah kicap itu hitam, senang lenang kamu masukkan ubi kentang dan lobak merah yang dipotong iras-iras saiz daging sehingga mengelirukan pembeli. Ingat ker dah senduk daging tapi rupanya kentang dan lobak!
 
 
Itu contoh. Cuma cara penulisan nampak macam dah terkena, kan? kan? Huhuhuh....
 
Peniaga sekarang ini haruslah ingat bahawa perniagaan adalah satu ibadah yang juga dinilai pahala dan dosanya oleh DIA SWT. Janganlah kerana keuntungan, semuanya dibuat tanpa mengira kebajikan pembeli.
 
Contoh lagi, penjual gulai kawah yang taknak bagi bila pembeli mintak nak beli gulai kawah dua ringgit. Padahal pembeli nak rasa jer pastu nak makan berdua jer ngan adik. Nak buat bukak poser lak tu... (tak kesian ker?). Kena jugak beli tiga ringgit, dah peniaga letakkan harga. Ok la, tiga ringgit tak mahal pun kalau puas hati, ye tak? Ini dagingnya kurang, yang banyak cuma sejenis buah hutan yang biasa digunakan di Kelantan dalam masakan gulai kawah. Menipu la tu!!
 
Contoh jer.... jangan emo sangat (pesan kat diri sendiri). Nampak macam betul kan?
 
Dek kerana peniaga mahu untung, aku sampai hari ni terkilan dengan beberapa makanan yang dulu febret aku semasa kecik. Antaranya:
  • Karipap inti daging : sekarang dah hilang daging, kentang jer semuanya. Nasib baik kalau kentang, dah ada yang nak cut cost lagi ganti dengan keledek.
  • Pulut bakar : Dulunya penuh inti. Pulutnya pun banyak. Sekarang pulut dah cam halus jari-jari kita jer. Carilah inti kalau jumpa. Mungkin suapan last kot.
  • Nasi lemak bilis ; Dulu ikan bilis dimasak sekali dengan sambal dan bilisnya pun besar-besar. Sekarang, kacang goreng dan bilis goreng. Nasib tak baik, kacang tu lagi banyak dari bilis. Pastu, sibuk dok cari produk nak hilangkan jerawat padahal sendiri makan kacang.
  • Teh ais : Dah terang-terang tu teh.... bancuhlah pakai susu. Tapi kerana nak untung, susunya sikit jer bagi kaler jer berubah. Nak manis tambah gula. So, tak payah lah terkejut kalau level kencing manis korang naik mendadak.  
Itu jer kot.... Kalau diikut perasaan, nak jer aku taip lagi. Sabar... sabarkan separuh dari iman. Lagi jumpa!!! (pinjam ayat Sin Chan)
 
 
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

25 January, 2013

Setompok Minyak Gamat

Hujan mencurah-curah kat luar, di bumi Penang pada 25 Jan 2013. Dah masuk hari ke-5 aku berada di sini. Tak sangka pulak Penang kerap hujan. Hari tu, masa aku kat Nilai, langit dah kembali macam sebelum musim tengkujuh. Dah cerah dan panas.

Cuma hujan ni takder la berlarutan. Sekejap jer. Tapi agak lebat jugak pada masa-masa tertentu. Ermm... Alhamdulillah, tido pun agaknya best sket la kan. 

Selawat dan salam kepada Dia SAW. Semalam adalah ulangtahun kelahiran baginda. Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala ali saiyidina Muhammad.

Pernah tak kita bertanya, mengapa nasib kita macam ni? Maksud aku, kadang-kadang kita rasa seperti tidak bertuah seperti orang lain. Melihat kawan-kawan kita kaya, tetapi kita tak kaya. Melihat mereka bahagia, tetapi kita rasa kita tak bahagia macam mereka.

Aku rasa, semua ni dilalui oleh kita semua. Walaupun kita sedar, ada lagi insan lain yang lebih malang dari kita, tapi itu tetap tak menghalang hati kita daripada untuk tidak berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Betul tak?

Aku ingin kongsikan satu citer pendek. Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil. Sewaktu aku packing barang-barang untuk dibawa ke Penang dalam sebuah beg beroda, aku masukkan sekali sebotol minyak gamat dan diletakkan pada poket berkain net sebelah dalam beg tersebut.

Sampai di bilik penginapan, biasalah... aku buka beg pakaian aku tu. Waaaahhhhh.... cantik jer setompok kesan minyak gamat melekat pada tshirt berkolar berwarna putih yang aku letakkan pada bahagian atas. Rupanya cairan minyak gamat yang ada pada bahagian mulut botol minyak gamat tu dah meresap ke baju aku.

Begitu banyak baju yang aku bawak dan letakkan di seluruh bahagian beg tu, baju putih itu jugak yang menjadi sasaran minyak gamat, yang pastinya berwarna hitam!!

Apa lagi yang boleh aku katakan? Semua ini bukti bahawa DIA SWT sebenarnya telah memlilh baju itu untuk menjadi mangsa minyak gamat. Dari awal lagi, dari waktu packing lagi, kedudukan minyak gamat dan baju itu telah DIA SWT tentukan. Dan, aku hanyalah medium atau perantara untuk kejadian itu berlaku.

Pengajarannya, mungkin kita tak merasa puas dengan apa yang kita dapat, apa yang kita peroleh... Namun di situ harus diingat. DIA SWT sebenarnya telah merancangkannya terlebih dahulu. Perkara yang terjadi pada kita sekarang, bukan terjadi dengan tiba-tiba melainkan telah dirancang oleh DIA SWT. 

 Pengajaran lainnya, kalau lah kita dan kisah hidup kita adalah perancang dari DIA SWT, maknanya nama kita memang ada dalam list pemerhatian DIA SWT. Atau jelasnya, tiada satu makhluk pun yang terlepas daripada pengetahuan-Nya.

Apa hak kita untuk merungut dengan apa yang diberikan oleh DIA SWT. Sedangkan DIA SWT adalah Tuhan kita. Berdoalah, kerana DIA SWT sentiasa mendengar doa hamba-hamba-Nya.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

06 January, 2013

SELAMAT TAHUN BARU.... TAHUN MENCARI CINTA DIA SWT DAN Dia SAW!

wooohooOOOOO....!
Itu satu keluhan. Aku mengeluh sebab lama sangat tak update blog. Kakakah...

Bizi la konon-kononnyer... Alaa, padahal sibuk ngan rutin harian jer. Apepun, Alhamdulillah... syukur kepada DIA SWT kerana masih memberikan hidup yang penuh dengan warna warni dan rencah kehidupan yang sangat indah.

Waktu aku menyiapkan post ini, ada satu hal yang terjadi pada aku. Aku tertido awal semalam, sebelum pukul 9  malam lagi. Kemudian terjaga dan melihat ada sms daripada seorang kawan, ajak keluar. Pada mulanya, aku nak reply yang aku tak larat nak keluar. Namun, aku risau jawapan itu mengecilkan hatinya. Dalam keadaan mamai, aku rupanya membiarkan sms itu tak terbalas sampai pagi ni. Hehehehe... nasib ko la Nabil.

Sebenarnya, aku belum solat isyak waktu aku tertido. Macam sebelum ni jugak, kalau belum solat, aku akan terjaga sekejap-sekejap. Namun, biasalah, aku akan sambung tido balik. Akhirnya, jam 5 pagi ni, aku bangun untuk solat isyak. Hehehe... terukkan?

Tahun baru dah masuk. Umo pun dah meningkat lagi. padahal tak perlu tunggu tahun baru pun umo meningkat setiap minit berlalu, ye tak? Aku pun tak menyangka aku tak sempat nak hapdet blog dalam bulan disember 2012 aritu. Terpaksa la aku cover skang dengan cerita kisah yang berlaku bulan disember.


Korang kenal tak Ustaz Don? Alaa... ustaz yang slalu muncul 30 minit di tv al-hijrah tu. Aku minat betul ustaz tu. Nak tau tak, ustaz ni kalau di luar (bukan di tv), ceramahnya lagi best dan kelakar. Agaknya, tak payah nak kontrol kot.

Pada hari Jumaat, 14 Dis 2012, aku berpeluang dengar ceramah Ustaz Don secara live. Ini kali ke-2. Dulu, pertama kali aku dengar, aku dah suka. Yang ni, memang aku taknak miss la.


Dengan bangga, aku promot kat korang. Kalau la dia ade datang kat tempat korang, jangan la miss nak tengok. Tak rugi pun. Lagi rugi, kalau korang melepak ngan member-member main bowling ker, tengok wayang ker... Bukan tak boleh bersantai, tapi yang tu korang boleh buat bila-bila jer kan. Lagi bagus, kalau kawan-kawan tu diajak skali dengar ceramah ustaz.


Tajuk ceramah Ustaz Don, diberi oleh penganjur ialah 'Mencari Cinta-Nya'. Maksudnya, cinta kepada DIA SWT.

Ustaz Don berkongsi cerita, perihal seorang sahabat yang dijanjikan Dia SAW sebagai ahli syurga. Kisahnya, dalam satu majlis ilmu, Dia SAW telah berkata kepada sahabat-sahabat yang berada dalam majlis itu, yang berbunyi lebih kurang dialognya, "Sebentar lagi, orang yang masuk dari pintu itu adalah ahli syurga". Setelah menunggu seketika, ada seorang lelaki masuk dari pintu itu.

Kejadian yang sama berulang dengan dialog yang sama, diulang oleh Dia SAW selama 3 hari berturut-turut. Ini menimbulkan tanda tanya kepada sahabat-sahabat, amalan apakah yang menyebabkan lelaki tadi dijanjikan syurga oleh baginda SAW.

Salah seorang sahabat, aku lupa namanya walaupun disebut oleh Ustaz Don, ingin menyiasat dan telah berjumpa lelaki tadi. Dia membuat helah dengan meminta menumpang di rumah lelaki tadi atas alasan dia bergaduh dengan bapanya dan tiada tempat tinggal.

Lelaki tadi bersetuju memberikannya tempat tinggal dan tinggallah sahabat tadi di rumah lelaki itu dalam tempoh masa yang agak lama, tapi aku sekali lagi lupa. Hahaha.. sori yer.

Apa yang menghairankan sahabat Nabi SAW tadi, dia tidak menjumpai satu amalan yang mengkagumkan pada lelaki ini. Lelaki ini tidak bangun malam sebagaimana sahabat yang lain, dan hanya melakukan sembahyang wajib sahaja. Dia juga tidak menghabiskan masa beruzlah atau berzikir yang panjang-panjang.

Setelah merasakan tidak menemui apa yang dicari, sahabat tadi akhirnya mengalah dan terpaksa berterus terang kepada lelaki tadi. Dia menemuinya dan menceritakan apa yang diberitahu oleh baginda SAW.

Lelaki tadi berkata, (lebih kurang maksudnya), "Jika demikian yang dikatakan oleh baginda SAW, ini mungkin disebabkan aku tidak pernah berprasangka buruk kepada sesiapa sahaja. Termasuklah kepada engkau, apabila engkau memberitahu yang engkau bergaduh dengan bapamu dan memerlukan tempat tinggal, aku memberikannya tanpa ragu-ragu dengan permintaanmu"


Apa yang ingin disampaikan oleh Ustaz Don dalam cerita ini adalah betapa mudahnya untuk kita mendapat cinta kepada DIA SWT. Jangan menyempitkan pemikiran kita yang kononnya hanya orang yang kuat solat dan banyak zikir yang mampu meraih cinta DIA SWT. Orang yang berdosa seperti kita tidak layak.

Masing-masing ada bahagian masing-masing. Orang yang kuat solat dan berzikir, akan dapat habuannya. Orang yang banyak melakukan dosa masih mampu meraih cinta DIA SWT asalkan mereka berusaha mendapatkan cinta-Nya. Bukankah DIA SWT merindui rintihan hamba-Nya yang mengharapkan pengampunan dosa mereka?

Marilah aku dan kamu sekalian mengambil iktibar daripada cerita sahabat tadi. Ikhlaskan hati kita, ikhlaskanlah amal kita. Hanya amal yang ikhlas kepada DIA SWT yang akan dinilai walaupun sedikit sahaja amalan itu pada pandangan mata manusia. Jadi, janganlah kita berputus asa untuk mendapatkan balasan syurga DIA SWT kerana DIA SWT tidak memandang status kamu di dunia, tapi DIA SWT memandang usaha kamu ke arah mendapat redha-Nya.

salah ke aku cakap? My opinion la... hehehe.