Followers

08 November, 2012

SEPARUH AIR SIRAP UNTUK TETAMU

Dalam sebuah kenduri, air sirap telah kehabisan. Tiada lagi sirap untuk dibancuh. Ais semuanya sudah cair. Kedai untuk membeli ais dan sirap begitu jauh. Memakan masa setengah hari jika berkenderaan walaupun memecut laju. Sekarang, tuan rumah hanya sempat menyimpan segelas air sirap yang belum disentuh. Segelas sahaja.

Kebetulan, ada seorang sahaja tetamu yang belum minum. Jam menunjukkan 3.57 petang. Lagi 3 minit, majlis berakhir. Dan logiknya, jika tetamu datang selepas pukul 4.00 petang, iaitu waktu majlis tamat, tuan rumah tidak bertanggungjawab lagi untuk menyediakan makan dan minum. Tetamu pula kena menerima seadanya sahaja apa yang dihidangkan.




Dengan yakin dan tersenyum, tuan rumah memberikan gelas air sirap kepada tetamu terakhir itu. Tiba-tiba seseorang melaung dari belakang. Rupa-rupanya masih ada seorang tetamu lagi. Tetamu kedua ini juga belum minum.

Ternyata tuan rumah tidak mempunyai pilihan. Nak atau tak nak, air sirap segelas ini terpaksa dibahagi dua. Masing-masing menerima dengan rela separuh air sirap setiap gelas.

Itu sekadar gambaran aku mengenai konsep bahagi. Ini matematik mudah. Satu benda, apabila dibahagi dua akan menjadi separuh-separuh. Ramai orang faham dan senang menerima konsep ini.

Ini cerita Kamarul seorang ayah. Dulu, dia hanya suami kepada isterinya. Dan sebelum itu, dia hanya lelaki bujang yang hanya mempunyai sebuah kancil dan seribu masalah kerja yang membosankan hari-harinya.

Apabila mendapat anak pertama, dia ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kasih sayang Kamarul curahkan kepadanya. Inilah zuriatnya. Darah daging yang akan menyambung legasi keturunannya.

DIA SWT itu Maha Pemurah. Kamarul dikurniakan anak yang ke-2. Hati Kamarul makin berbunga. Kini, kasih sayangnya perlu dibahagi antara anak pertama dan anak ke-2. Namun, Kamarul tidak pernah ambil kisah. Kedua-duanya pun anak-anaknya yang amat disayangi. Dia mesti adil. Kasih sayangnya mesti diberikan sama banyak antara anak pertama dan anak ke-2.

DIA SWT itu Maha Kaya. Memberi Kamarul 2 orang anak, tidak sedikitpun mengurangkan khazanah kekayaan DIA SWT. Dengan sifat ar-rahiim-Nya, dikurniakan lagi anak yang ketiga. Kamarul bersyukur di atas kurniaan itu. Akan tetapi, dia mendapati tiada lagi kasih sayang yang hendak diberikan kepada anak yang ke-3. Ini kerana 50% kasih sayangnya telah diberikan kepada anaknya yang pertama. Manakala 50% lagi diberikan kepada anak ke-2. Jika kasih sayang ini dibahagi tiga pula, maka sikitlah peratus anak-anaknya mendapat kasih sayang daripadanya. Kamarul gelisah dan buntu memikirkannya.

Nilai kasih sayang bukan matematik mudah. Ia matematik susah. Aku tau, korang yang baca blog ni matematik mudah pun korang kata susah... hahahaha.

Encik Celemans ada berkongsi pendapat. Katanya, kasih sayang ni bukan macam air dalam gelas. Air tu kalau dibahagi antara 2 gelas, maka setiap gelas akan dapat separuh. Kasih sayang kalau dibahagikan, masing-masing masih boleh mendapat 100%. Bahkan, lagi dibahagikan kasih sayang ini, lagi banyak kasih sayang terhasil.

Seorang yang menyayangi orang lain, akan turut disayangi orang lain. Seorang yang penyayang, akan mendapat ramai kawan. Itulah matematik susah bagi nilai kasih sayang.

Jika seorang perempuan memahami sebaiknya nilai kasih sayang, maka tidak timbul kerisauan berkongsi kasih bagi yang berpoligami. Bahkan jika seorang lelaki memahami nilai kasih sayang, maka tidak timbul ketidakadilan yang tidak disukai perempuan.

DIA SWT memberikan sedikit sifat ar-Rahman dan ar-Rahiim itu kepada manusia supaya manusia menikmati keagungan sifat-sifat-Nya. Dan juga, supaya manusia bersyukur dan seterusnya menghasilkan CINTA KEPADA DIA SWT.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

No comments: