Followers

03 September, 2012

DUIT RAYA DAN CERITA SEDIH

Hahahaha... eh, kenapa pulak baru intro aku dah gelak. Tajuk pun dah tulis 'cerita sedih' sepatutnya tak gelak lar.

Ermm. Nak cerita pasal duit raya. Alhamdulillah, tahun ni dapat lagi bagi duit raya mengikut nilai yang sama macam tahun lepas. Tak kurang. Sebenarnya aku risau takut duit tak cukup. Maklumlah, kadang-kadang bila kita 'manage' tak betul, tak dan nak 'spend' untuk duit raya.

Awal-awal lagi, dalam bulan puasa, aku dah 'announce' yang aku ada 3 syarat untuk siapa yang nak duit raya dari aku.

Syarat pertama; mereka mesti berumur 25 tahun ke bawah.

Syarat kedua; mereka mesti datang berjumpa aku, tiada kirim-kirim eh!

Syarat ketiga; untuk orang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan aku, nilai maksima duit raya diorang adalah DUA RINGGIT MALAYSIA SAHAJA! Paham???

Hahahaha... ramai kawan tak puas ati ngan syarat-syarat ni, terutama syarat ketiga tu. Ai, nak buat camne? Kalau takder syarat no. 3 tu, papa kedana la aku. Mesti ramai datang minta. Yang kawan ngan aku 'setahun sekali' pun agaknya sudi berkunjung ke teratak aku... cheewah!

Pun begitu, aku bermurah hati... Aku 'up' kan jugak nilai duit raya mereka. Lagipun, aku ada banyak duit raya lebih. Tapi tak bermaksud mereka senang-senang dapat berapa jumlah mereka nak. Hehehehe... kat sini, kejahatan aku bermula dan cerita sedih itu akan berlaku kepada kawan-kawan aku. Kui3.

Aku sediakan 7 sampul duit raya kosong. Setiap satu, aku dah tanda nilai duit raya. Of course la aku tak letak semua nilai sama, atau semua nilai berbeza!!

Ada 4 keping sampul mewakili nilai duit raya DUA RINGGIT.

Sekeping mewakili LIMA RINGGIT.

Sekeping mewakili SEPULUH RINGGIT.

Sekeping mewakili NOMBOR KOSONG.

Yang kosong ni saja nak gertak. Sebenarnya, siapa yang dapat sampul kosong ni, nilai duit rayanya sebanyak DUA PULUH RINGGIT MALAYSIA.

Dorang kena cabut sampul bertuah. Terpulang la pada rezki masing-masing. Aku redho jer. Kalau semua dapat sampul RM20, aku bagi... dapat RM2 lagi la dengan senang hati aku bagi.

Ingat, rezeki ni DIA SWT tentukan. Baik ke, buruk ke, banyak ke, sikit ke... Namun, DIA SWT tak halang kita daripada terus mintak sebab DIA SWT menyukai hamba yang selalu meminta dan berharap kepada-Nya. Qada' dan qadar inilah menjadi salah satu rukun iman yang kita wajib patuhi.

Maka ada la di antara kawan-kawan aku ni yang menerima berita sedih bila cabutan mereka terkena sampul bernilai RM2. Hehehehe... ingat kawan-kawan, ini bukan masa bersedih. Ini masa kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan DIA SWT kepada kita.

Ingat, daripada tiada duit raya, kepada ada. Justeru, aku tak nampak sebab apa kawan-kawan nak kecewa sangat bila tak dapat nilai yang besar. Yang penting, kita sedar, DIA SWT jugalah pemberi rezeki. Kepada-Nya kita bermohon supaya dimurahkan rezeki. Aminn!

Hahaha... tapi aku tau, aku amat kejam tahun ni... tahun ni jer aku buat camni kot. Tak sampai hati tengok orang sedih... T_T

Aku nak kongsi cerita duit raya beberapa tahun lepas masa aku beraya di kampung.

Cerita pertama pasal 3 orang budak lelaki yang datang beraya. Umur dalam lingkungan darjah 4 kot. Aku tak kenal pun diorang. Tak apa, hari raya kan. Hari kita bergembira dan mengalukan tetamu tak kira siapa, semua harus diraikan.

Kebetulan, aku dan keluarga tengah sibuk menyiapkan masakan untuk 'open house' esok hari. Anggaran tetamu dalam 200 orang. Kerja dapur agak banyak dan tak menang tangan, jadi aku tak dapat nak bagi budak-budak tu masuk ke rumah. Tak ada saper nak melayan. Terpaksalah aku cakap, "Dik, ambik jer duit raya, tak payah masuk sebab kitorang tengah sibuk nak buat makan untuk esok."

Budak-budak tu nampak ok jer. Agaknya 'happy' tak payah nak berpura-pura makan kuih sedangkan perut dah kenyang. Hehehe.

Aku pun masuk semula ke dapur nak sambung kerja. Tak lama selepas tu, kedengaran lagi suara budak-budak memberi salam. Kali ni lebih ramai budak-budak berdiri di depan pintu pagar rumah aku untuk nak beraya.

Oh, aku dah faham. Nampaknya mereka ini telah mendapat 'information' daripada budak bertiga tadi yang rumah ini tak perlu nak masuk beraya, ambil duit ajer. Ho...ho... setiakawan betuuulll.

Cerita kedua, berlaku di rumah sepupu aku. Oleh kerana aku ni sudah dewasa dan bekerja, masa tu aku pun tak ada anak buah, jadi duit raya aku bagi-bagikan kepada sepupu-sepupu yang masih kecil.

Sepupu aku yang baru umur 5 tahun ni, bila dapat jer sampul duit raya tu, terus buka depan-depan aku dan tengok nilai yang aku letak di dalamnya.

Dengan sinis dia berkata, "Lima ringgit jer???"

Makcik aku tersenyum malu dengan telatah anaknya. Dan aku tersenyum biruu.... Arkk!!!!  (+_+)

Cerita ketiga, berlaku tahun ni. Masa tu, aku beraya di rumah tok saudara. Kebetulan, bila aku sampai jer, cucu saudaranya baru turun dari rumah selesai beraya. Aku menegur cucunya, "Banyak dapat duit?"

"Banyak!" jawabnya, ceria dan bangga.

"Nak buat apa duit banyak-banyak?" tanyaku, saja pancing...

"Nak beli PSP.... ohh, tak. PSP dah ada. Nak beli iPad!"

Aku terdiam. Wow.... aku dulu tau beli kotak pensil dan pemadam baru jer pakai duit raya.

Zaman dah berubah.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

No comments: