Followers

30 September, 2012

Dahi di tanah adalah nikmat

 
Berdo'alah supaya DIA SWT memberikan rasa cukup kepadamu.. supaya kamu sentiasa bersyukur dan tidak pernah merasa kurang.
 
Kerana...
 
Masalah manusia sekarang adalah apabila tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka ada.
 
Ada antara mereka tidak miskin, tapi tidak juga merasa kaya.
 
Ada antara mereka tidak susah, tetapi tidak jugak merasa senang.
 
Ada antara mereka punyai keluarga, tetapi merasa keseorangan.
 
Ada antara mereka disayangi, tetapi mereka rasa tidak dipedulikan.
 
 
Perasaan tidak cukup membawa mereka jauh daripada DIA SWT. Mereka merasa disusahkan dengan takdir mereka sendiri. Mereka merasa dizalimi. Siapa yang menzalimi mereka?? Bukankah segala yang mereka peroleh adalah dari limpah kurnia DIA SWT, Tuhan yang MAHA ADIL?
 
DIA SWT bersifat AR RAHMAN dan AR RAHIIM. Sifat-Nya itu mencakupi seluruh makhluk-Nya, tanpa mengira mereka beriman, mahupun kufur! SUBHANALLAH.

Nikmat adalah kurniaan DIA SWT. Nikmat terbesar adalah nikmat IMAN. Kerana hanya dengan beriman, percaya dan yakin kepada TUHAN YANG BENAR-BENAR TUHAN, barulah manusia mencapai nilai seorang manusia.

Manusia yang takut kehilangan harta, sebenarnya beriman dengan harta. Manusia yang takut kehilangan ahli keluarga, sebenarnya beriman kepada mereka. Manusia yang mempunyai keimanan kepada DIA SWT, adalah manusia yang sedar segala sesuatu yang dimilikinya adalah pinjaman dan kurniaan DIA SWT. Tiada yang lebih hak mengambilnya kembali kecuali DIA SWT.

Salah satu nikmat yang aku rasakan ramai antara kita tidak menyedarinya, adalah nikmat meletakkan dahi  ke tanah semasa kita bersembahyang. Ringkasnya, kita namakannya SUJUD.

Rupa-rupanya ini juga adalah nikmat daripada DIA SWT. Dan nikmat sujud ini tidak diberikan kepada semua orang.

Kita lihat bagaimana DIA SWT tidak memberikan nikmat ini kepada orang bukan ISLAM. Malah, aku melihat nikmat ini juga ditarik daripada orang Islam sendiri. Kita mungkin melihatnya di masjid-masjid apabila ada di antara makmum yang bersembahyang duduk di kerusi, tidak dapat untuk sujud dengan menyentuh dahi ke tanah.

Analoginya, apabila kita mengadap raja. Namun, raja itu tidak memberi kebenaran untuk kita mengangkat sembah. Adakah kita rasa, raja itu menyukai kita?

Beruntunglah mereka yang masih mampu meletakkan dahi ke tanah sebagai tanda kepatuhan kepada PENCIPTA. Justeru, nikmat sujud ini janganlah dipandang sebagai perkara kecil. Takut-takut nanti, apabila DIA SWT telah menarik nikmat itu lantaran kerana kita terlalu ego semasa kita mampu.

Aku memberi pendapat bukan bermakna aku menghina mereka yang mengalami masalah sukar sujud kerana faktor kesihatan. Aku cuma menulis untuk mengingatkan diriku dan dirimu yang masih sihat supaya menyayangi nikmat sujud dan segera bersujud. Agar nanti, nasi tidak menjadi bubur dan aku dan kamu tidak menyesal.

 
 Sekadar senyum-senyum hari ini, aku hidangkan cerita pendek daripada seorang ustaz.
 
Orang Johor datang berkunjung bertemu kawan orang Kelantan di sana.

Semasa bercuti di rumah kawan Kelantan tu, orang Johor ternampak seekor ular telah masuk ke dalam rumah orang Kelantan.

orang Johor tu pun bagitau tuan rumah, "Ada ular!!"

Orang Kelantan pantas bertanya, "Mana ular tu?"

"Tu, di sana!" jawab orang Johor dengan nada cemas. Menunding ke arah ular.

Orang Kelantan berkata, " Katok la.."

Orang Johor menjawab lagi, "Ular la.."

Orang Kelantan mengulangi katanya, "Katok la... "

Orang Johor menjawab lagi. "Ular la... bukan katak!"

Orang Kelantan dah paham masalah orang Johor. "Aku suruh kau katok... maknanya pukul ular tu!"

alkisahnya...

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

1 comment:

voltox said...

terbaik la post sheh..i like it