Followers

30 September, 2012

Dahi di tanah adalah nikmat

 
Berdo'alah supaya DIA SWT memberikan rasa cukup kepadamu.. supaya kamu sentiasa bersyukur dan tidak pernah merasa kurang.
 
Kerana...
 
Masalah manusia sekarang adalah apabila tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka ada.
 
Ada antara mereka tidak miskin, tapi tidak juga merasa kaya.
 
Ada antara mereka tidak susah, tetapi tidak jugak merasa senang.
 
Ada antara mereka punyai keluarga, tetapi merasa keseorangan.
 
Ada antara mereka disayangi, tetapi mereka rasa tidak dipedulikan.
 
 
Perasaan tidak cukup membawa mereka jauh daripada DIA SWT. Mereka merasa disusahkan dengan takdir mereka sendiri. Mereka merasa dizalimi. Siapa yang menzalimi mereka?? Bukankah segala yang mereka peroleh adalah dari limpah kurnia DIA SWT, Tuhan yang MAHA ADIL?
 
DIA SWT bersifat AR RAHMAN dan AR RAHIIM. Sifat-Nya itu mencakupi seluruh makhluk-Nya, tanpa mengira mereka beriman, mahupun kufur! SUBHANALLAH.

Nikmat adalah kurniaan DIA SWT. Nikmat terbesar adalah nikmat IMAN. Kerana hanya dengan beriman, percaya dan yakin kepada TUHAN YANG BENAR-BENAR TUHAN, barulah manusia mencapai nilai seorang manusia.

Manusia yang takut kehilangan harta, sebenarnya beriman dengan harta. Manusia yang takut kehilangan ahli keluarga, sebenarnya beriman kepada mereka. Manusia yang mempunyai keimanan kepada DIA SWT, adalah manusia yang sedar segala sesuatu yang dimilikinya adalah pinjaman dan kurniaan DIA SWT. Tiada yang lebih hak mengambilnya kembali kecuali DIA SWT.

Salah satu nikmat yang aku rasakan ramai antara kita tidak menyedarinya, adalah nikmat meletakkan dahi  ke tanah semasa kita bersembahyang. Ringkasnya, kita namakannya SUJUD.

Rupa-rupanya ini juga adalah nikmat daripada DIA SWT. Dan nikmat sujud ini tidak diberikan kepada semua orang.

Kita lihat bagaimana DIA SWT tidak memberikan nikmat ini kepada orang bukan ISLAM. Malah, aku melihat nikmat ini juga ditarik daripada orang Islam sendiri. Kita mungkin melihatnya di masjid-masjid apabila ada di antara makmum yang bersembahyang duduk di kerusi, tidak dapat untuk sujud dengan menyentuh dahi ke tanah.

Analoginya, apabila kita mengadap raja. Namun, raja itu tidak memberi kebenaran untuk kita mengangkat sembah. Adakah kita rasa, raja itu menyukai kita?

Beruntunglah mereka yang masih mampu meletakkan dahi ke tanah sebagai tanda kepatuhan kepada PENCIPTA. Justeru, nikmat sujud ini janganlah dipandang sebagai perkara kecil. Takut-takut nanti, apabila DIA SWT telah menarik nikmat itu lantaran kerana kita terlalu ego semasa kita mampu.

Aku memberi pendapat bukan bermakna aku menghina mereka yang mengalami masalah sukar sujud kerana faktor kesihatan. Aku cuma menulis untuk mengingatkan diriku dan dirimu yang masih sihat supaya menyayangi nikmat sujud dan segera bersujud. Agar nanti, nasi tidak menjadi bubur dan aku dan kamu tidak menyesal.

 
 Sekadar senyum-senyum hari ini, aku hidangkan cerita pendek daripada seorang ustaz.
 
Orang Johor datang berkunjung bertemu kawan orang Kelantan di sana.

Semasa bercuti di rumah kawan Kelantan tu, orang Johor ternampak seekor ular telah masuk ke dalam rumah orang Kelantan.

orang Johor tu pun bagitau tuan rumah, "Ada ular!!"

Orang Kelantan pantas bertanya, "Mana ular tu?"

"Tu, di sana!" jawab orang Johor dengan nada cemas. Menunding ke arah ular.

Orang Kelantan berkata, " Katok la.."

Orang Johor menjawab lagi, "Ular la.."

Orang Kelantan mengulangi katanya, "Katok la... "

Orang Johor menjawab lagi. "Ular la... bukan katak!"

Orang Kelantan dah paham masalah orang Johor. "Aku suruh kau katok... maknanya pukul ular tu!"

alkisahnya...

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

21 September, 2012

SAMA-SAMA BINGUNG!

Mamat ni, tiba-tiba jer ajak aku pergi Simpang Durian. Kat maner tu? Dah la ngajak tu, masa aku gi berayer umah dia pulak.
"Bila?", aku betulkan duduk belakangku kat kerusi umah Mamat yang tak berapa nak empuk tu.
"Petang ni.. ", matanya tenung kat wajah Aaron Aziz aku ni, nak kepastian. Aku buat-buat pikir sejenak. Sebenarnya aku pun tak tau nak pikir apa.
"Ok.." setelah beberapa ketika, itu jawapan terpacul dari bibir mugil ku ini. Waaa...
Aku ingat dia biasa ngan Simpang Durian ni.
"Tak!" jawab Mamat, mengekeh-ngekeh ketawa. Kelebihannya, dia tau ke Jelebu ikut jalan dalam. Tak masuk hiway. Abang dia tunjuk, katanya. Kononnya, Simpang Durian ni di Jelebu.
Di Lenggeng, ribut dan hujan. Pokok tumbang. Mamat sempat memaut stereng kereta, elakkan pokok. Kami mengekeh-ngekeh ketawa bila dah selamat. (ada ke ketawa??? tak sopan betul 2 orang ni)

"Kena berhenti tanyer ni?" kata Mamat. Kebetulan kereta berselisih dengan motorsikal penjaja aiskrim.

"Hah, ni... tanya dia ni!" aku berseloroh. Siapa lagi yang jadi penjaja tu, kalau bukan Pakistan!

Dalam kampung cam ni pun dorang boleh sampai. Jeles aku. Pertama, sebab dorang dah amik kerja yang sepatutnya jadi milik orang kita yang miskin-miskin ni.  Kedua, kagum dorang boleh hidup di negara kita ni. Sedangkan ada orang kita yang rasa macam takleh hidup di negeri sendiri.

Jeles, jeles jugak.... tapi aku kena sedar yang dorang ni Islam. Saudara tu. Beruntung kita sebab dorang bukan kafir yang berkerja dalam masyarakat kita. Sekurang-kurangnya, kalau anak gadis dilarikan pun, masih lagi Islam yang melarikannya tu.Hehehe.. joke jer.

Mamat mengubah haluan kereta masuk ke Petronas. Aku arahkan mamat berhenti di sebelah brader yang kelihatan menunggu seseorang di tepi motorsikalnya.

"Tanya dia ler" kataku.

Tingkap kereta aku buka. Tanpa turun dari kereta, aku mengaju soalan.

"Assalamualaikum, bang..."

"Boleh saya tumpang tanyer, kat mana Simpang Durian?" aku mengaju soalan dengan penuh harapan.

Dia tersengih sambil memegang kepalanya. "Saya pun baru sampei dari Bahau.."

"Enggak tau tempat ini... SAMA-SAMA BINGUNG!" sekali lagi melempakan sengihan pada aku dan Mamat yang terkejut.

Dalam berjuta-juta rakyat Malaysia, ngapaan aku boleh tertanya orang Indonesia ni??! Nampaknya, inilah bukti betapa parahnya kemasukan warga asing ke Malaysia.

Yang masuh secar haram toksah kira la. Yang masuk melalui ejen yang tak habis-habis nak mengaut keuntungan tu la masalah sebenar!

Namun, macam aku cakap tadi... satu jer kita bersyukur sebab kebanyakan masih agama Islam. Saudara seagama. Dengan rela hati, kita kena belajar terima mereka. Tak salah mereka mencari kurnia DIA SWT di tempat kita. Ah, kita jangan jadi ORANG TAMAKKK!

Masalah kami selesai jugak apabila dapat bertanya sepasang suami isteri, penduduk setempat, yang sedang mengisi minyak motor di pam berhampiran.

Kami akhirnya sampai ke destinasi. Itu pun selepas kami terlajak masuk ke negeri Pahang. Tempatnya betul-betul sempadan. Simpang Durian, di dalamnya ada Durian Tipus. Kata brader yang kami jumpa di sini, datang la musim durian kalau nak makan durian free. Durian di sini dah tak ada harga sebab terlalu banyak.
 

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

03 September, 2012

DUIT RAYA DAN CERITA SEDIH

Hahahaha... eh, kenapa pulak baru intro aku dah gelak. Tajuk pun dah tulis 'cerita sedih' sepatutnya tak gelak lar.

Ermm. Nak cerita pasal duit raya. Alhamdulillah, tahun ni dapat lagi bagi duit raya mengikut nilai yang sama macam tahun lepas. Tak kurang. Sebenarnya aku risau takut duit tak cukup. Maklumlah, kadang-kadang bila kita 'manage' tak betul, tak dan nak 'spend' untuk duit raya.

Awal-awal lagi, dalam bulan puasa, aku dah 'announce' yang aku ada 3 syarat untuk siapa yang nak duit raya dari aku.

Syarat pertama; mereka mesti berumur 25 tahun ke bawah.

Syarat kedua; mereka mesti datang berjumpa aku, tiada kirim-kirim eh!

Syarat ketiga; untuk orang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan aku, nilai maksima duit raya diorang adalah DUA RINGGIT MALAYSIA SAHAJA! Paham???

Hahahaha... ramai kawan tak puas ati ngan syarat-syarat ni, terutama syarat ketiga tu. Ai, nak buat camne? Kalau takder syarat no. 3 tu, papa kedana la aku. Mesti ramai datang minta. Yang kawan ngan aku 'setahun sekali' pun agaknya sudi berkunjung ke teratak aku... cheewah!

Pun begitu, aku bermurah hati... Aku 'up' kan jugak nilai duit raya mereka. Lagipun, aku ada banyak duit raya lebih. Tapi tak bermaksud mereka senang-senang dapat berapa jumlah mereka nak. Hehehehe... kat sini, kejahatan aku bermula dan cerita sedih itu akan berlaku kepada kawan-kawan aku. Kui3.

Aku sediakan 7 sampul duit raya kosong. Setiap satu, aku dah tanda nilai duit raya. Of course la aku tak letak semua nilai sama, atau semua nilai berbeza!!

Ada 4 keping sampul mewakili nilai duit raya DUA RINGGIT.

Sekeping mewakili LIMA RINGGIT.

Sekeping mewakili SEPULUH RINGGIT.

Sekeping mewakili NOMBOR KOSONG.

Yang kosong ni saja nak gertak. Sebenarnya, siapa yang dapat sampul kosong ni, nilai duit rayanya sebanyak DUA PULUH RINGGIT MALAYSIA.

Dorang kena cabut sampul bertuah. Terpulang la pada rezki masing-masing. Aku redho jer. Kalau semua dapat sampul RM20, aku bagi... dapat RM2 lagi la dengan senang hati aku bagi.

Ingat, rezeki ni DIA SWT tentukan. Baik ke, buruk ke, banyak ke, sikit ke... Namun, DIA SWT tak halang kita daripada terus mintak sebab DIA SWT menyukai hamba yang selalu meminta dan berharap kepada-Nya. Qada' dan qadar inilah menjadi salah satu rukun iman yang kita wajib patuhi.

Maka ada la di antara kawan-kawan aku ni yang menerima berita sedih bila cabutan mereka terkena sampul bernilai RM2. Hehehehe... ingat kawan-kawan, ini bukan masa bersedih. Ini masa kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan DIA SWT kepada kita.

Ingat, daripada tiada duit raya, kepada ada. Justeru, aku tak nampak sebab apa kawan-kawan nak kecewa sangat bila tak dapat nilai yang besar. Yang penting, kita sedar, DIA SWT jugalah pemberi rezeki. Kepada-Nya kita bermohon supaya dimurahkan rezeki. Aminn!

Hahaha... tapi aku tau, aku amat kejam tahun ni... tahun ni jer aku buat camni kot. Tak sampai hati tengok orang sedih... T_T

Aku nak kongsi cerita duit raya beberapa tahun lepas masa aku beraya di kampung.

Cerita pertama pasal 3 orang budak lelaki yang datang beraya. Umur dalam lingkungan darjah 4 kot. Aku tak kenal pun diorang. Tak apa, hari raya kan. Hari kita bergembira dan mengalukan tetamu tak kira siapa, semua harus diraikan.

Kebetulan, aku dan keluarga tengah sibuk menyiapkan masakan untuk 'open house' esok hari. Anggaran tetamu dalam 200 orang. Kerja dapur agak banyak dan tak menang tangan, jadi aku tak dapat nak bagi budak-budak tu masuk ke rumah. Tak ada saper nak melayan. Terpaksalah aku cakap, "Dik, ambik jer duit raya, tak payah masuk sebab kitorang tengah sibuk nak buat makan untuk esok."

Budak-budak tu nampak ok jer. Agaknya 'happy' tak payah nak berpura-pura makan kuih sedangkan perut dah kenyang. Hehehe.

Aku pun masuk semula ke dapur nak sambung kerja. Tak lama selepas tu, kedengaran lagi suara budak-budak memberi salam. Kali ni lebih ramai budak-budak berdiri di depan pintu pagar rumah aku untuk nak beraya.

Oh, aku dah faham. Nampaknya mereka ini telah mendapat 'information' daripada budak bertiga tadi yang rumah ini tak perlu nak masuk beraya, ambil duit ajer. Ho...ho... setiakawan betuuulll.

Cerita kedua, berlaku di rumah sepupu aku. Oleh kerana aku ni sudah dewasa dan bekerja, masa tu aku pun tak ada anak buah, jadi duit raya aku bagi-bagikan kepada sepupu-sepupu yang masih kecil.

Sepupu aku yang baru umur 5 tahun ni, bila dapat jer sampul duit raya tu, terus buka depan-depan aku dan tengok nilai yang aku letak di dalamnya.

Dengan sinis dia berkata, "Lima ringgit jer???"

Makcik aku tersenyum malu dengan telatah anaknya. Dan aku tersenyum biruu.... Arkk!!!!  (+_+)

Cerita ketiga, berlaku tahun ni. Masa tu, aku beraya di rumah tok saudara. Kebetulan, bila aku sampai jer, cucu saudaranya baru turun dari rumah selesai beraya. Aku menegur cucunya, "Banyak dapat duit?"

"Banyak!" jawabnya, ceria dan bangga.

"Nak buat apa duit banyak-banyak?" tanyaku, saja pancing...

"Nak beli PSP.... ohh, tak. PSP dah ada. Nak beli iPad!"

Aku terdiam. Wow.... aku dulu tau beli kotak pensil dan pemadam baru jer pakai duit raya.

Zaman dah berubah.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe