Followers

02 July, 2012

NC BERKATA-KATA LAGI

Satu ketika dulu aku pernah menulis pasal kata-kata NC. Klik NC.

Hari ni, aku nak tulis lagi kata-kata NC yang lain. Ada mesej yang boleh sama-sama kita ambil. Ye la, NC yang cakap... Naib Canselor tuu... Kalau setakat aku ni, cakap merapu boleh ler. Sembang 'lebong'. Pinjam ayat zizan.

Tarikh 7 Mac 2012. Hari Rabu, pada jam 8.15 pagi. Majlis yang sama seperti dulu... Perhimpunan Bulanan. 

Hari ini temanya sempena sambutan maulidur rasul. NC mengajak semua staf bersama-sama menghayati sifat yang ada pada Dia SAW. 

Kata NC... "FAST"

FAST yang selalu kita sebut dalam bahasa Inggeris, pada kita bermaksud laju. Ada juga FAST itu PUASA. Itu maksud kamusnya. 

Pada NC pula, FAST  itu...


F = FATHONAH

A = AMANAH

S = SIDDIQ

T = TABLIGH

Inilah sifat yang digariskan ulama yang ada pada diri Dia SAW. 

Fathonah itu bijaksana. Amanah itu perkataan dan maksudnya sama dalam bahasa Melayu yang kita gunakan. Siddiq itu orang yang bercakap hanya perkara yang benar. Tabligh itu pula bersifat menyampaikan. Itu yang aku faham. Jika ada maksud lain yang lebih tepat, pakai sahaja maksud itu.

Inilah dia keperibadian rasulullah yang kita kagumi dan sayangi.

Pada NC, hanya orang yang mampu menghayati sifat-sifat ini akan mempunyai JIWA semasa bekerja. NC memberikan contoh mudah. Katanya, jika seorang itu kerjanya hanya menyediakan surat kepada bosnya. Namun, jika setiap surat yang dihasilkan itu selalu sangat ada kesalahan-kesalahan kecil itupun sudah menunjukkan dia tidak mempunyai jiwa dalam bekerja. Jauh sekali menghayati sifat Dia SAW.

Ada benarnya. Dia SAW adalah sangat teliti kerjanya. Walaupun DIA SWT sudah memberi jaminan bahawa perjuangan baginda akan dibantu, tetapi baginda tidak bersikap sambil lewa dan berserah bulat-bulat. Ternyata setiap tindak tanduk, akan dirancang dengan teliti bersama-sama para sahabat.

Ambil iktibar dari kisah Perang Badar. Satu kisah perang yang ulung, mesti diingati oleh kaum muslimin. Berlaku pada bulan Ramadhan dengan jumlah tentera 313 menentang musuh seramai 1000 orang.

Mengikut ceramah seorang ustaz, sebelum perang lagi Dia SAW telah dikhabarkan tentang kemenangan tentera muslimin. Dan telah ditunjukkan bayangan perang dan tempat-tempat syahid tentera Badar. Akan tetapi, jaminan ini bukannya dapat menenangkan hati baginda. Bahkan menambahkan kesungguhan baginda untukm memastikan jaminan ini betul-betul terbukti sehinggakan baginda menadah tangan tinggi ke langit dan bermohon dengan bersungguh-sungguh. 

Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba, marilah bersama-sama kita muhasabah diri. Aku semestinya banyak yang perlu dimuhasabahkan. Huhuhuhu....


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

2 comments:

su said...

Mabruk en.zul..tulisan yg sgt2 b'manfaat w/pun idea asal dr NC..xkisahla kan,yg pntg p'kongsian tu..
thanks for the sharing..
p/s:apsal xtunjuk muka pun kt walimah..hee~bz sokmo ye?

aku mzke said...

Subhanallah..

Su ke ni?? Ehehehe...
Jangan marah yer... Kebetulan ada hal yang tak dapat dielakkan.

Apapun tahniah dari saya dan semoga berbahagia selalu.. :-)