Followers

18 July, 2012

Mail dan Sepuluh sen

Mail... Ingat kat dunia ni ada Mael Lambong jer ke? Aku dulu pun ada kawan, Mail gak orang panggil.

Namanya unik... Ismail bin Ibrahim.. Macam nama Nabi kan? Yang unik tu sebab nama ayahnya.. Ibrahim bin Ismail. Tukar-tukar nama yang sama jer.

Agaknya sekarang ni dia dapat anak, taruk nama Ibrahim kat anaknya... Baru la nama susur galur dia jadi Ibrahim bin Ismail bin Ibrahim bin Ismail. Hehehe... klass!

Aku dah lost contact ngan dia. Tapi kenangan bersama tu memang tersemat kat otak. Mana boleh lupa.. kawan lama ni.

Dari darjah 1 aku kenal ngan Mail ni. Pisah selepas darjah 6. Tapi kerana rumah dia dekat ngan rumah aku, takde la masalah sangat nak jumpa dia.

Masa tu, Mail ni la yang banyak mengajar aku selok belok jalan kat kampung yang bersebelahan ngan taman perumahan aku tu. Kitorang selalu konvoi basikal. Ada jer plan gi mana-mana.

Kalau bukan kerana aku kenal Mail ni, mungkin aku takde peluang nak merayau-rayau naik basikal ni. Mak aku control aku sikit. Maklumla, takut aku bergaul ngan budak-budak nakal yang selalu mengasah bakat sedari kecil untuk menjadi rempit yang berjaya apabila besar kelak.

Korang ingat Mail ni baik sangat ker? Tak jugak.... dia pernah paw aku ni. Hahaha.. ni cerita masa aku kecik-kecik dulu la... aku baru darjah 1. Sekelas ngan Mail ni.

Satu hari tu, Mail tak cukup duit. Sepuluh sen. Dia nak pinjam ngan aku. Wehhh... mak aku dah pesan dari rumah lagi, jangan bagi pinjam pada kawan-kawan nanti kawan-kawan tak bayar.

Aku serba salah. Takkan taknak bagi Mail minta pinjam sepuluh sen ni. Nanti apa pula dia fikir. Macam ni ke kawan?

Tapi nak bagi pun serba salah juga sebab mak dah pesan macam tu. Aku taknak jadi anak derhaka kot... aku baru darjah 1... Tanggang pun derhaka masa dia dah besar.

Namun, dek kerana rasa malu untuk kedekut duit sepuluh sen. Aku bagi Mail juga. Tapi aku minta dia janji dia akan ganti. Dan Mail bersungguh-sungguh berjanji.

Janji tinggal janji. Ni la padah tak ikut nasihat mak. Mail tak bayar. Ntah dia lupa atau dia dah anggap aku sedekah kat dia. Sepuluh sen jer kan. Ellooo... ni bukan masalah sepuluh sen... Ni masalah kepercayaan dan janji. Orang Islam mesti kena patuh dan tunaikan janji!!!

Aku segan nak mintak. Takut pun ye.. Iyela aku kan baru darjah 1... takut la kena pukul (ayat ni seolah-olah aku lupa Mail tu pun darjah 1 jugak).

Oleh kerana perasaan tak puas hati ngan Mail yang makin hari makin selamber, tak ingat hutang sepuluh sen tu... dan kerana aku rasa bersalah ngan mak aku kerana melanggar arahannya, aku tanya Mail pasal sepuluh sen tu.

Mail cakap dia taknak bayar! Huuuh~ terkedu jap aku... Biar betek?!!

Aku pujuk Mail.. Bayar la.. Kesian la aku... Mak aku marah bagi pinjam orang ni... Kesian la..

Mail cakap dia akan bayar.. fuuuh lega.. tapi dengan 1 syarat. Ish...ish..ish.. apa dia? Masa ni rasa nak pekik jer kat dia... tapi aku cool.

Bila dia bagitau syarat tu.... aku terus setuju. Janji dia bayar... Gembira betul aku masa tu. Mail keluarkan dari poketnya sepuluh sen dan letak atas tapak tangan aku.

Dalam masa yang sama, aku keluarkan sepuluh sen dari poket aku dan letak atas tapak tangan Mail. Itulah syarat Mail.... Nak dia bayar hutang, aku kena bagi dia sepuluh sen yang lain baru dia bayar hutangnya sepuluh sen yang lepas.

Jangan marah aku... Aku setuju sebab aku nak dia bayar hutang... Nampak macam sama jer bayar ngan tak bayar kan... jangan marah... sebab masa tu aku darjah 1... aku tak rasa pulak Mail dah kelentong aku.... Mungkin sebab jiwa aku terlalu suci masa tu, tak tau tipu daya dalam dunia perniagaan pinjaman berlesen.

Kepada kengkawan yang membaca kisah ini, pengajaran yang boleh diambil adalah... janganlah kelentong budak darjah 1 sebab diorang ni naif. Renung-renungkan... selamat beramal.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

No comments: