Followers

07 July, 2012

Lari Punya Pasal

Kita tak boleh lari dari takdir. Betul kan?

Takdir ni sering kita kata ketentuan DIA SWT ke atas diri kita. Berapa panjang usia kita... Rezeki kita.. Kaya kah kita? Miskin kah kita? Jodoh kita... dengan siapa kita berkahwin... berapa lama perkahwinan kita? Hidup kita... dan bila matinya... Ini semua dikatakan takdir. Semuanya telah ditetapkan di lauh mahfuz.

Bila berbicara pasal takdir... ada benda yang sukar nak diterangkan. Sukar... tapi ada yang faham. Dengan izin  DIA SWT, siapa yang DIA SWT berikan kefahaman, maka mereka ini tiada masalah nak faham takdir.

Sebagai contoh, kita selalu diberitahu, DIA SWT telah tentukan rezeki, jodoh dan ajal sejak kita di dalam perut lagi. Hatta, kita sebenarnya telah ditentukan untuk masuk syurga atau neraka sebelum kita dilahirkan lagi!

Hahaha... aku rasa pembaca dah nampak sikit apa yang aku maksudkan susah nak paham tu. Betul tak? Atau belum lagi?

Ok. Macam ni lah...

Kalaulah takdir kita menjadi seorang yang miskin, jadi apa gunanya kita berusaha untuk mencari kekayaan? Pastinya kita tetap akan menjadi miskin kerana sudah ditakdirkan!

Ermmmm.... Itulah yang aku maksudkan, susah nak paham takdir ni.

Aku bukan orang yang arif untuk mengulas pasal takdir ni. Aku menulis sekadar menjelaskan pandangan peribadi mengenai konsep takdir yang aku faham. Korang mesti ada pemahaman masing-masing dan tidak salah kalau di ruangan komen boleh dijadikan ruangan untuk kita berdiskusi mengenainya.

Aku suka nak berkongsi cerita yang berlaku 12 Januari 2012 kat aku dan kawan-kawan. Masa tu, kami bertiga... Aku, Angelina dan Jolie naik sebuah kereta untuk pergi menikmati makan tengahari.

Biasalah pada kami, kadang-kadang tu datang time gatal kami tak nak makan nasi pada waktu tengahari... jadi kami buat keputusan untuk makan pizza.

On the way nak ke Pizza Hut, Nilai... kami perasan belakang kereta kami ada kereta Aaron (bukan nama sebenar). Kereta tu takde masalah pun, yang bermasalah mereka yang mungkin naik kereta tu. Si Aaron ni biasanya suka angkut beberapa staf yang menjadi 'fobia' kepada kami... Err.. mungkin pembaca susah nak faham... maksud saya, saya taknak jumpa orang-orang tu... err, bukan saya jer... tapi Angelina dan Jolie juga.

Maksud lain, kami tak ngam dengan geng yang slalu keluar makan dengan Aaron. Jadi, sudah tentulah kami amat tak suka kalau mereka tahu kat mana kami nak makan hari ni. Apatah lagi kalau mereka turut sama makan di Pizza Hut... lagi laaa...

Angelina dan Jolie dah menggelabah dah bila nampak kereta tu macam follow kitorang. Masa tu, aku yang drive kereta Jolie. Aku bertindak cool jer macam hero-hero yang selalu ada kat movie tu.... dengan bijaksana jer aku bertindak.

Kebetulan sebelum sampai ke Pizza Hut, Nilai ni ada roundabout. Jolie suruh aku pusing roundabout tu bagi menghilangkan jejak. Dengan tenang, aku memusingkan stereng. Kami pusing satu round kat roundabout tu walaupun sebenarnya kami nak ambil 'pukul 9' jer. Trick kitorang menjadi, akhirnya kereta Aaron hilang dari pandangan.   

Kami selamat sampai ke area Pizza Hut. Oleh kerana parking depan dah penuh, kami buat keputusan nak parking kat belakang Pizza Hut.

Sebaik aku masuk saja jalan belakang Pizza Hut, dengan tak semena-mena kami bertemu semula dengan kereta Aaron. Kali ni lebih dekat... lebih rapat... sehinggakan tak sempat nak buat-buat tak nampak. Maka beramai-ramailah aku, Angelina dan Jolie senyum kepada mereka sambil mengangkat tangan tanda kemesraan.

Dalam hati, terasa blushing disebabkan kantoi nak lari dari mereka. Pun begitu, kami masih bernasib baik kerana hari ni Aaron tak angkut geng biasa yang kami fobia tu. Hahahahaha... fuuh!

Itukan takdir. Dah mengelak pun masih berjumpa. Dah berusaha pun, masih gagal.

Kita jangan fikir apa yang kita buat tiada guna hanya disebabkan DIA SWT telah menentukan takdir kita. Kita mesti ingat bahawa kita TIDAK MENGETAHUI TAKDIR KITA.

DIA SWT suruh kita berusaha. KITA USAHAKANLAH...

DIA SWT AKAN MENENTUKAN.

Mungkin kita tidak dapat apa yang kita hendak. Namun percayalah... APA YANG KITA RASAKAN BAIK BAGI KITA, SEBENARNYA MUNGKIN TIDAK BAIK BAGI KITA. APA YANG KITA RASAKAN TIDAK BAIK BAGI KITA, MUNGKIN ITULAH YANG TERBAIK!!

Percayalah...

Walau bagaimanapun DIA SWT menentukan takdir kita.... DIA SWT AKAN MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA KITA.

Percayalah...

Walau bagaimana beratnya masalah yang ditakdirkan kepada kita.... DIA SWT MEMBERIKAN MENGIKUT KEMAMPUAN KITA.

Percayalah...

Walau bagaimana buruknya takdir kita... DIA SWT mengurniakan APA YANG DIKERJAKAN OLEH TANGAN-TANGAN KITA (apa yang kita usahakan).

Percayalah....

Setiap kesusahan yang diperoleh melalu takdir kita... DIA SWT meletakkan UJIAN IMAN DI DALAMNYA.

Percayalah....

Setiap langkah kita atur untuk mengubah nasib buruk kita, pasti DIA SWT MEMBANTU DENGAN RAHMATNYA melebihi pertolongan seorang ibu.

Percayalah...

Seburuk mana takdir kita, semiskin mana kita, sejauh mana kita tersesat di lembah kemaksiatan, sebanyak mana kesakitan yang kita terpaksa tempuhi, di sana DIA SWT menunggu kita di syurga dengan MEMBUKA PINTU DOA DAN PINTU TAUBAT kerana DIA SWT sangat-sangat mengenali hamba-NYA.

DIA SWT tahu kita lemah...

DIA SWT tahu kita manusia yang sering melakukan dosa...

DIA SWT tahu kita insan yang pelupa..

BERSABARLAH dalam berurusan dengan takdir. Sesungguhnya orang yang sabar itu dekat dengan DIA SWT.

Bersabarlah dalam berusaha, kerana usaha tidak mudah nampak hasilnya sehingga kita berputus asa di saat kita sejengkal menghampirinya.

Bersabarlah, kerana sabar itu menambah pahala. Bersabarlah kerana sabar dan syukur itu dua sifat yang ada pada ahli syurga.
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

3 comments:

nurqaseh said...

sy setuju dgn mzke..walau apa pun yg berlaku hidup perlu diteruskan..

sesudah kesulitan pasti ada kemudahan..ketika sedih pasti hadirnya bahagia....insyaAllah..~~

aku mzke said...

TENKIU NURQASEH...

KATA-KATA ANDA MENUNJUKKAN ANDA SEORANG YANG MATANG.

TERUSKAN BERJUANG MENCAPAI CITA-CITA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

voltox said...

pusing2 tak pening ke shekh..

dgr cite pastu makan kfc ye..betul?