Followers

24 July, 2012

CEPAT

Bulan Ramadhan ini bulan yang serba serbi cepat. Kita rasa cepatnya Ramadhan datang. Macam baru jer sambut raya haji, atau baru jer apply cuti raya puasa tahun lepas, dah kena apply cuti raya tahun ni pulak.

Makan pun tak sempat nak puas. Baru jer semalam try cekodok kat warung tepi jalan, atau makan kfc beramai-ramai sambil berjimba dengan kawan-kawan pejabat, cepatnyer nak kena stop makan benda tu semua. Banyak lagi ni dok ngidam dalam ati. Tak sempat nak beli.

Terawih kalau boleh nak cari yang cepat. Taknak yang 20 rakaat. Lapan tu kira ok. Kalau boleh, imam yang buat 8 pun nak cari yang lagi cepat bacaannya. Kalau terawih start kol 9 tu, boleh siap kol 9.15 tu chanteek sangat lah!

Nak cepat lagi, witir tak payah buat. Keluar jer terus. Orang yang pandang tu mesti pikir kita nak sambung sembahyang malam kat umah. maklum jer la, kalau dah buat witir ni dah kira penutup sembahyang malam. Padahal kita nak balik tengok Pearl movie, cerita kungfu. Tu kalau malam Selasa la. Kalau malam Jumaat tu, nak balik tengok cerita slot Seram. Wariiiss!

Bangun pagi pun dah nak kena cepat dari biasa. Kalau dulu, bangun sekadar nak buat Subuh jer, pastu tidur balik. Bila dah kena puasa ni, nak jugak bangun sahur. Tak bangun kang naya pulak badan nak kerja dengan perut kosong.

Bila dah tak dapat makan pagi ni, tup-tup cepat pulak perut tu terasa lapar. Sebelum-sebelum ni tak kisah mana pun sarapan, janji dapat sepam dua sedut rokok dah bersyukur sangat dah. Kira breakfast la tu. Tapi di bulan puasa, kalau tak kerana iman tu ada lagi, dah bersusun ke kedai  mamak yang berdekatan dah. Konon tapau untuk anak walaupun yang membeli tu orang bujang. Hehe.

Dok di ofis, kalau kerja tak banyak, mengadap facebook lama-lama pun cepat jugak bosan. Dah berpuasa ni, cepat pulak ngantuknyer. Mata ni macam dah tergantung dumbell 10kg. Kejap-kejap tutup. Masa ni la bidai tingkap ofis tu dilabuhkan. Bagi gelap dan orang luar tak boleh nampak kita nak lelap kat dalam.

Kerja semua nak cepat. Bukan nak cepat siapkan tapi nak cepat balik. Padahal dari jam 8 pagi tadi, baru satu dua kerja jer yang setel. Yang lain, konon tangguh esok sebab hari ni letih sangat berpuasa. padahal esok pun guna alasan sama jugak. Masing-masing dah kemaruk nak ker pasar ramadhan. Takut kalau lambat, makanan pilihan kehabisan. Nanti bukak puasa dah tak meriah pulak.

Jari tu cepat jer menunjuk-nunjuk makanan. Tu untuk orang yang beli juadah berbuka lah. Untuk orang yang membeli-belah untuk raya, camtu lah jugak tabiatnya. Cepat jer mata berkenan, cepat jer duit dikeluarkan nak membayar. Seolah-olah risau orang lain akan amik fesyen yang dia berkenan, nanti sama pulak pakai masa raya.

Bab buka puasa, itu wajib nak cepat. Sunnah katanya. Hal lain takde berkira sangat pasal sunnah. Bukak puasa jer nak ikut sunnah betul. Tak salah pun. Itu terbaik. Cuma bila dah bukak tu, makan tu mana nak ingat dunia. Air tu kalau tak kembung perut tu sampai nampak urat biru, macam tak nak berenti minum. Dah la tu, lama pulak ambil masa nak habiskan makanan dia. Waktu isyak dah dekat sangat dah.

Banyak sangat kalau nak kira pasal perkara-perkara cepat di bulan Ramadhan ni. Cuma kita harus ingat, hidup kita ni pun sebenarnya cepat berakhir. Dunia ni sekejap saja. Sekarang DIA SWT bagi kita pakai. Bila DIA SWT mahu tarik balik kita daripadanya, maka tak sempat nak buat apa dah. Ramadhan ni, walaupun cepat datang, cepat jugak dia balik. Nyesal kita kalau kita tak bagi yang terbaik untuk Ramadhan kali ni.

Aku bercakap untuk diri aku, kepada diri aku. Kalau korang pun merasakan apa yang aku rasakan, alhamdulillah, kita boleh berkongsi perasaan yang sama. Semoga DIA SWT memilih kita menjadi insan yang dikasihi dan diangkat darjatnya. Amiin.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

2 comments:

nurqaseh said...

mantap..!! =)

aku mzke said...

kahkahkah.. x baik tipu.