Followers

01 June, 2012

TIPU TAK PAYAH AJAR

29 MEI 2012

Perbualan antara seorang mak dengan seorang anak. Suasana di Pasar Malam Jalan Semarak Nilai.

"Mak, nak belon."

"Belon? Kamu nak main belon lagi? Tengoklah, kamu dah besar. Nak main belon lagi?"

Anaknya terdiam....

Aku perhatikan je dari jauh. Bukan besar sangat pun budak tu. Agaknya dalam umur 6 atau 7 tahun jer pun. Entahlah. Mungkin pada pandangan emak dia, anaknya dah dewasa. Orang dewasa mana main belon. Aku tak tahulah belon ni sesuai untuk umur berapa. Korang rasa?

Aku agak la kan, kalaulah budak itu tiba-tiba minta basikal, mesti mak dia cakap dia kecil lagi. Basikal tu untuk orang besar jer. Budak tu mesti rasa hairan, sekejap kata kecil, sekejap kata dia besar.

Orang dewasa memang biasa bagi alasan kepada budak-budak. Ada beberapa faktor antaranya bagi ibu bapa, mereka mungkin terpaksa atas faktor kekangan kewangan atau faktor keselamatan. Bermacam-macam alasan yang direka. Kadang-kadang pelik-pelik pun ada. Kalau tak, mana timbul pantang larang orang tua-tua yang selalu kita dengar. Dulu, waktu kecil selalu aku dimarahi kerana duduk atas bantal, kononnya nanti naik bisul. Betul ke? Err, aku tanya serius ni nak tau.

Tanpa sedar, alasan yang jauh dari kebenaran ini membawa kepada unsur penipuan. Lebih parah lagi, mangsa penipuan itu adalah budak-budak. Dan, kita tidak sedar yang sebenarnya kita sedang mengajar kanak-kanak itu menipu. Tak payah pun nak mengajar menipu. Tak payah maknanya tak susah. Tak susah, maknanya senang. :-)

Kanak-kanak ini memang suci dan diibaratkan kain putih. Seperti mana hadis Dia SAW yang menyatakan ibu bapa yang akan menentukan agama mereka. Ibu bapa sebagai orang terdekat adalah mereka yang paling penting dalam pembentukan sahsiah mereka. Kemudian, barulah peranan ini diperturunkan kepada guru-guru, rakan-rakan dan persekitaran  mereka.

Banyak orang selalu takutkan budak dengan hantu. "Jaga-jaga, kat sana ada hantu. Pergilah kalau berani". Walaupun budak itu belum nampak hantu, yang pasti dia sedar hantu itu menakutkan. Sekarang, sudah ada dua orang penakut. Budak itu dan yang seorang lagi, orang yang menakutkan budak itu. Percayalah, pasal dia takut hantu maka dia tahu hantu tu menakutkan... sebab tu dia berani cakap! XD

Yang best lagi, baby yang tak pandai cakap pun boleh jadi 'mangsa penipuan'. Orang dewasa ni memang tak boleh betul tengok baby yang comel ni dok diam. Kalau tak menyakat, tak sah. Mula la cakap, "Tengok tu, papa tak sayang dia.." atau "..mama tak sayang dia". Baby ni pula macam paham-paham. Mesti nak menangis. Pastu, kita lah orang pertama ketawa bila budak tu nangis.

Nasib baik baby tu tak reti buat kita menangis. Kalaulah dia hantar kita kat rumah orang-orang tua, tak menangis kita? Hehehe.

Aku bukan nak salahkan orang yang cakap camtu. Ada juga masa-masa yang kita perlu cakap camtu. Cuma jika kita boleh bercakap benar, cakaplah yang benar. Dia SAW mengingatkan kita supaya tidak menipu walau apapun keadaan. Baik ketika senang, mahupun ketika susah. Baik ketika serius, mahupun ketika kita berlawak. Aku sendiri pun gagal nak memenuhi kriteria ini. Pun begitu, tak salah kalau kita berusaha ke arah itu. Jom.... chayok! chayok!

Lawak Dia SAW yang aku suka adalah satu lawak yang diberitahu baginda kepada seorang tua. Baginda SAW bersabda bahawa orang tua tak ada dalam syurga sehingga orang tua itu menangis kesedihan. Kemudian, Dia SAW pujuk kembali dengan sabdanya yang bermaksud orang tua di dunia pun akan masuk ke dalam syurga dengan wajah dan fizikal muda. Ini memang contoh terbaikkkk! Siapalah yang mampu berlawak dengan lawak yang amat benar ini?

Satu hal kalau kita menipu ni, kita mesti akan menutup penipuan dengan satu penipuan lagi. Korang ingat tak Celemans? Alah, yang aku penah cite kat blog ni dulu. Dia bercerita pasal kawannya yang kawin dua. Rumah bini pertama sebelah jer umah bini kedua.

Satu hari kawannya baru pulang ke Malaysia daripada Indonesia dengan membeli 3 kain batik sebagai hadiah untuk dua orang isterinya. Mengapa 3 helai bukan 2 helai? Kawannya bercerita;

"Aku balik ke rumah isteri kedua aku. Aku tunjukkan 2 helai kain batik yang aku beli. Kain batik ketiga aku simpan dalam kereta. Aku cakap, pilihlah kain batik ni, mana satu awak suka."

"Bini aku cakap, entah-entah abang dah bagi isteri pertama lagi cantik kot?"

"Aku cakap, mana ada. Abang bagi awak pilih dulu ni. Abang sayang awak lebih, itu pasallah awak pilih dulu. Gembira nampaknya dia."

 "Esoknya, aku balik rumah isteri pertama. Aku tunjukkan 2 helai kain batik juga. Kain yang satu lagi tu, kain batik yang aku simpan dalam kereta semalam. Sama juga aku cakap, awak orang pertama pilih sebab saya sayang awak lebih!"

Kawan En Celemans tu terpaksa menipu demi menjaga hati pasangannya. Yang lebih penting, dia nak menjaga keharmonian rumah tangganya. Sempat dia nasihatkan En Celemans supaya kalau belum kahwin banyak, jangan try! Hehehe.


 salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

1 comment:

voltox said...

ntah2 post ni tipu kot shekh..ehehe