Followers

27 June, 2012

Hati yang tak pernah tenteram

10 JUN 2012

Arini di fesbok, junior mase blaja dulu tanyer.. Kenape ade orang tu, die sembahyang dan ngaji al-Quran, tetapi hatinya tak tenang?

Terkedu jap aku. Eh, aku pun same camtu la... Nak jawab ke tak? Serba salah. Die semestinyer tunggu jawapan aku... Senior Paling Berpengaruh masa kat kolej dulu!! Tempat rujukan. Konon la.

Maaf ler. Tak layak nak jawab. Cuma taknak hampakan junior... aku kate, "orang yang buat benda baik mesti akan terima dugaan macam tu... biase ler".


Padahal, aku sendiri takde jawapan untuk soalan tu. Kalau ade, baik aku pakai untuk diri aku dulu.

Hati ni perkara yang sangat halus. Dari hati itulah timbulnya niat. Dari hati jugak datangnya ikhlas. Di dalam hati jugak terbitnya cinta dan sayang. Dengan cinta, manusia bahagia. Kerana cinta manusia bisa derita. Hanya empunya diri tau soal hati mereka.

Dia SAW mengkhabarkan dalam badan manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia itu. Jika buruk daging itu, buruk pula manusia itu. Dan daging itu adalah hati!

Dari kes pesakit hati kat dalam surat khabar, badan mereka akan jadi kekuningan dan perut mereka akan membesar. Organ hati ini sebenarnya macam filter untuk tapis toksin-toksin dalam darah. Kalau lambat buat pembedahan hati, boleh mati.

Aku tak arif nak tafsirkan hadis Dia SAW tu, sama ada baginda cakap pasal hati batin atau organ hati. Cuma kedua-dua hati ini sama penting. Hati batin memberi ketenangan abadi dan organ hati memberi kesihatan yang dikehendaki.

Macam mana agaknya hati seorang Islam?

Cuba kita sama-sama hayati maksud ayat Quran... "...hati orang Islam itu, sebaik sahaja dibaca ayat Allah, bergetar hati mereka..."

Kemudian DIA SWT berfirman lagi, "... hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang".

Nampakkah perbezaan itu? Hati orang beriman ini, bergetar kerana takutkan DIA SWT dan pada masa sama tenang semasa mengingati DIA SWT. Sungguh hebat kurniaan DIA SWT.

Satu hari, aku berhenti di sebuah kiosk jual makanan. Ada rak akhbar dan majalah. Aku terpandang sebuah majalah islamik dan tertarik pulak dengan covernya. Padanya tercoret sebuah kata-kata indah yang aku paparkan di sini...

Carilah hatimu sewaktu membaca al-quran,

Jika kau tidak temui..

Carilah hatimu ketika mengerjakan solat,

Jika kau tidak temui..

Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati,

Jika kau tidak temui juga..

Berdoalah kepada Allah PINTU HATI yang baru!


Aku tak pasti saper yang ucapkan kata-kata ini. Mungkin seorang ilmuwan atau ulama besar. Atau salah seorang daripada imam yang empat... Entah. Korang pembaca blog lagi tau rasenyer.

Aku rase, ini jawapan yang lagi tepat untuk menjawab soalan junior aku tu. Cuma mase tu takde la aku terpikir nak bersajak bagai kat dia kan... jawab ringkas sudah ler sebab aku memang tak layak nak menjawab. Aku sendiri antara orang yang belum menemui hati di mana-mana. Bahkan mungkin aku kena minta hati baru!!

 
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

No comments: