Followers

28 May, 2012

POSITIF + + + +

21 Mei 2012

Cuaca yang cerah dan jadual yang padat. Pagi-pagi lagi sudah ada program. Pukul 8 pagi, semua staf sepatutnya berkumpul di checkpoint masing-masing dalam keadaan berpakaian merah. Kumpulan-kumpulan ini akan berjalan kaki dan mereka akan bertemu di kawasan foyer Dewan Kuliah Utama.

Mereka ini sedang menjayakan satu program Jalan Menuju Kualiti (WalQ) sempena dengan Majlis Perasmian Minggu Kualiti dan Inovasi 2012. Setiap wakil kumpulan akan membawa sebuah huruf daripada perkataan W.A.L.Q. Kemudian, sebagai gimik perasmian, mereka akan mencantumkan semua huruf tersebut di atas satu platform yang disediakan di pentas utama.

Petangnya, semua staf sekali lagi sepatutnya berkumpul di Pavilion untuk satu upacara Perasmian Sukan Staf Antara Jabatan. Aku suka gunakan perkataan 'sepatutnya' kerana staf diwajibkan datang. Cuma realitinya, pasti membuatkan aku tersenyum sinis. Jangan katakan 50% kehadiran, 10% pun belum tentu.

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada yang datang. Kita perlu bangga kepada diri sendiri, sekurang-kurangnya kita reti menghargai sesuatu yang direncanakan untuk kita oleh mereka yang bersusah payah di belakang tabir. Sedikit sebanyak kita membuktikan kita bukan manusia ego yang bersembunyi di sebalik alasan yang bermacam.

Aku lupa memakai baju tshirt merah dan seluar trek. Natijahnya, aku balik untuk menukar pakaian. Untungnya, rumah dekat. Tiba di selekoh tajam berhampiran taman perumahan yang aku diami, aku melihat seorang pemuda sedang duduk di tepi longkang yang dibina di sepanjang selekoh itu. Kakinya dijulurkan ke dalam longkang dan helmetnya diletakkan di sisi. Dia sedang menelefon seseorang. Sekitarnya tidak terlihat motorsikal.

Aku mula sangsi. Helmet ada, tapi motornya tiada. Agaknya lelaki itu sedang menunggu kawan. Mengapa menunggu di selekoh, duduk di longkang pula tu? Hendak memancingkah? Aku selalu juga melihat kaki pancing singgah di tasik berhampiran selekoh itu. Motorsikalku terus meninggalkannya untuk sampai ke rumah.

Dalam perjalanan ke ofis melalui jalan sama selepas selesai menukar pakaian, aku melihat sebuah kereta kancil berhenti di tempat pemuda tadi duduk. Keluar 2 orang perempuan dan seorang lelaki bercakap-cakap dengan lelaki tadi. Oh, rupanya pemuda tadi kemalangan. Motorsikalnya terbabas dan terperosok ke dalam longkang sehinggakan tidak kelihatan. 
Maaf, aku tidak dapat menolong. Aku berdoa agar pemuda tadi mendapat pertolongan sepatutnya daripada abang dan kakak-kakak itu. Aku mengejar masa untuk Program WalQ. Lagipun, keadaan nampak tidak serius. Mungkin beberapa orang sudah mampu membantu.

Jam 3.00 petang aku tiba di Pavilion atas kapasiti pemain bola tampar wakil gugusan C yang terdiri daripada fakulti-fakulti. Rupanya, waktu ini yang sepatutnya dijadualkan acara bermula menjadi detik pemulaan menunggu kehadiran peserta. Sungguh Melayu sekali janji mereka!

Pegawai Sukan, En Mazilan kelihatan berkerut-kerut kening, menggambarkan betapa banyaknya masalah sedang bersarang di fikiran. Setiap masalah perlu juga kepada penyelesaian. "Zul, tolong jadi penunggang basikal yang escot NC" akhirnya dia bersuara untuk menyelesaikan salah satu daripada masalah itu.

"Baju... aku kasi" ujarnya lagi membuatkan aku tersengih seperti kerang busuk sambil menggangguk setuju bak seekor anjing laut sarkas.

Team rider yang terdiri 12 orang staf yang 'ditunjuk-tunjuk' sahaja oleh En Mazilan akhirnya siap siaga untuk menjalankan tugas. Daripada Pavilion, kami diarahkan ke Canselori untuk mengiringi kereta NC. Pechai sebagai ketua, memang menyerlah sekali dengan basikalnya yang dibawa khas untuk majlis ini.

Tak sangka pula kami apabila NC datang ke kereta, rupanya dia berminat untuk sama-sama mengayuh basikal. Mahu tak mahu, Pechai mengalah untuk meminjamkan basikalnya. Itu sahaja basikal terbaik. Yang lain semuanya basikal daripada Pusat Sukan. Beza harga sahaja sudah jauh.

Maka petang tu, aku terselamat daripada membuat perbarisan lintas hormat bagi gugusan C. Aku sudah jadi rider. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu berdiri lama atau mengadap matahari petang yang boleh tahan juga panasnya. Kalau tak, aku yang gelap ini bertambah gelap jadinya. Hehehe.. syukur ya Allah.

Sewaktu membaca emel-emel lama suatu ketika dulu, aku terserempak dengan artikel di bawah ini yang aku rasa sangat baik untuk dikongsikan bersama. Masa tu juga aku copy dan paste pada ruangan New Post dan menyimpannye sebagai draft untuk sekian lamanya.

Tajuknya saja sudah memberikan maksud yang mendalam. Seperti cerita aku di atas, kita sebenarnya sentiasa berdepan dengan banyak perkara yang positif dalam hidup. Cuma kita jarang menyedari kehadirannya. Padahal, jika kita melihat dengan tenang dan jujur, kita akan merasakan kehidupan ini sesuatu yang indah. Menikmati kehidupan dengan cara yang positif memberikan kita satu motivasi untuk sentiasa memberikan yang terbaik.

Aku melihat kemalangan pemuda itu suatu yang positif kerana sekurang-kurangnya ia bukan kemalangan ngeri. Pertolongan daripada mereka yang menaiki kereta kancil itu pula merupakan suatu harapan yang sememangnya tetap akan hadir kerana ia adalah kurnian daripada DIA SWT kepada hamba-Nya yang kesusahan dan memerlukan.

Aku juga merasakan pemilihan sebagai rider adalah suatu kurniaan rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Seperti maksud ayat Seribu Dinar yang menyatakan bagi golongan yang bertawakkal, DIA SWT akan mengurniakan rezeki daripada jalan-jalan yang mereka tidak disangka-sangka. Hal ini juga menambahkan koleksi kisah gembira yang berlaku dalam hidupku. Kegembiraan juga adalah merupakan faktor positif yang perlu ada dalam kehidupan. 


Khas untuk kawan-kawan, sama-sama kita menghayati artikel di bawah ini. Ada nilai penting yang mesti kita serap untuk kelangsungan hidup.
   
Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn
itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kit
a masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh
mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna
kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

No comments: