Followers

11 May, 2012

LEWAT

Aku tak pernah tak LEWAT...

Maksud aku, aku tak pernah awal. Dan, memang betul aku maksudkan aku selalu LEWAT dan tak selalu awal. Tak susahkan nak paham?

Aku teringin nak kongsikan kisah lewat dengan para pembaca. Aku rasa kita semua sama... ada masa kita akan berdepan dengan masalah lewat. Cuma kisah lewat aku mungkin banyak sebab aku dah cakap... aku tak pernah tak lewat.

Saat aku rasa paling cemas bila lewat nak naik bas untuk balik kampung. Rasa paling tak boleh blah... mau tercabut jantung dibuatnya.

Kisah liwat lewat pertama berlaku sekitar tahun 2001, semasa aku blaja kat Johor. Masa tu nak balik untuk cuti Tahun Baru Cina. Walaupun kulit aku jauh lagi nak putih macam diorang, tapi kalau dah namanya cuti... takkan aku nak biarkan diorang jer balik tanpa aku memenuhkan tempat duduk kosong dalam bas, kan?? Maka, aku awal-awal lagi dah 'siapkan' tiket untuk pulang ke Kelantan. Waktu perjalanan jam 8.30 malam.

Entah ler sebab apa... Malamnya aku naik bas, tapi petang tu aku masih RAJIN nak hadir ke kelas BAHASA INGGERIS yang abis dalam pukul 5. Kalau difikir-fikirkan sekarang pun aku rasa macam tak logik... Padahal, nak ke STESEN BAS LARKIN pun aku memerlukan dalam 30 minit perjalanan dengan bas bandar. Abis kelas nak kena balik asrama dulu, amik beg baju dan berjalan lebih kurang 10 minit ke bus stop. Memang awal-awal dah nampak aku cari pasal!

Nak thrill kan lagi kisah aku ni, bas yang biasanya ade je setiap 30 minit... tak muncul-muncul setelah aku hampir lebih sejam menunggu. Dalam kepala, word 'mampus aku' macam blur-blur jer muncul.

Alhamdulillah, ada jugak bas. Lega sekejap. Jam dah pukul 7.  Untuk ke STESEN BAS LARKIN aku perlu tukar bas di bus stop Angsana.  Malangnya, nak sampai ke situ pun aku tak tau bila boleh sampai... Aku terperangkap dalam JAMMED! Semua kenderaan berpusu-pusu nak keluar daerah sempena cuti. Ya ALLAH!!

Serius, memang aku rasa gelabah. Lagi GELABAH + KASIHAN bila ada pemuda Cina ni call family dia cakap terlepas bas sebab tak dapat sampai ke STESEN BAS LARKIN. Agaknya tiket dia jam 7.30 malam. Nak jer aku mengalah dan bagi tiket tu kat dia. Biar dia dapat balik. Ni pun perayaan dia. Aku pulak lebih-lebih nak balik buat apa?

Hoh! Wait a minute! Aku pun bukan tau dia nak balik mana. Mungkin bukan Kelantan. Ah, biar la dia. Cuti lama ni, seminggu... rugi la kalau aku tak balik!

Yang peliknya, masa dia call family tu dia cakap Cina. Macam mana aku boleh faham tu, tak dapat nak jelaskan tapi memang itulah yang dia cakap. Hehehe...

Tengah bas berasak-asak, aku nampak bas yang sepatutnya aku naik kat Angsana ada kat belakang, jugak terperangkap dalam JAMMED. Jarak aku dengan bus stop Angsana lebih kurang 2km lagi. Tak lama lepas tu bas tu potong bas aku dan berada di depan. Tak jauh dari bas aku. Aku terfikir, kalau keadaan ini berterusan, aku akan terlepas bas tu. Agak mustahil nak mendapatkan bas trip yang satu lagi dan nak sampai 8.30 malam! 

Argh! Keadaan makin mendesak. Aku kena buat keputusan cepat. Bas tu makin jauh. Aku tak boleh berlengah lagi. Dengan beg yang berat, aku tekan loceng. Pintu bas dibuka. Aku terus keluar dan berlari mengejar bas yang lagi satu di tengah-tengah deretan kenderaan yang bersusun. Aku main CILOK JER! Masa ni rasa macam dalam movie!!

Sampai saja di depan pintu bas, aku ketuk beberapa kali sambil beri isyarat nak masuk. Drebar tu nampak macam taknak bagi aku masuk. Itu first water face  yang dia tunjukkan. Tuhan punya kuasa. Dia berubah hati agaknya. Pintu dibuka dan aku melangkah masuk dengan seribu kelegaan.

Jam hampir pukul 8 ketika trafik menjadi agak lancar. Bas terus meluncur laju ke LARKIN. Aku sempat sampai dalam jam 8.25 malam di depan BAS TRANSNASIONAL PERJALANAN 8.30 MALAM JOHOR BAHRU KE KOTA BHARU. Dalam tercungap-cungap dan berpeluh-peluh, rasa syukur dipanjatkan pada DIA SWT.

Cerita kedua yang aku nak kongsi berlaku tahun ni. Aku bukan lagi dok Kelantan. Dah 4 tahun pindah ke Terengganu tetapi menetap dan bekerja di Nilai. Tiket kali tiket balik kampung, BAS SANI PERJALANAN 10.00 MALAM KUALA LUMPUR KE KUALA TERENGGANU.

Aku suka naik dari Kuala Lumpur. Hari tu, aku berpakat nak balik bersama-sama adik perempuan aku yang menetap di sana. Tiket pun dia belikan. Aku bank-in jer duit tiket tu. Jangan ingat abangnya kedekut sangat, ye!

Dari Nilai, aku akan naik komuter untuk ke STESEN KOMUTER PUTRA. Dari sana, cuma menapak sedikit untuk sampai ke STESEN BAS PUTRA. Ringkas perjalanannya begitu. Namun, hari itu ceritanya menjadi panjang.

BLACK OUT!!!!!

Pengumuman dibuat oleh kakitangan KTM, terdapat stesen yang mengalami masalah terputusnya bekalan kuasa elektrik. Oleh itu, komuter akan mengalami masalah kelewatan daripada jadual asal. Aku telah sampai di STESEN KOMUTER NILAI lebih kurang jam 7 petang. Oleh sebab kelewatan tu, aku ambil keputusan nak bersembahyang maghrib dulu. Tak sangka pulak, aku TERLEPAS 1 train. Masa tu tengah tahyat akhir.

Dalam jam 8 lebih, baru aku dapat train. Perjalanan Nilai ke KL mengambil masa lebih kurang 45 minit. Satu masa yang panjang apatah lagi aku terpaksa bersesak dengan lautan manusia yang menyumbat gerabak komuter tu. Kalaulah mereka semua wangi-wangi macam Dynamo tu takpe... Ini.. mereka tu la pekerja asing yang sememangnya banyak yang baru balik dari kerja. So, paham-paham la aroma terapinya bagaimana.

Adik aku dah beberapa kali hantar sms. Mula-mula, aku bagitau aku belum naik train. Pastu dalam train. Kemudian, aku mintak adik aku tipu sket kalau driver bas tu tanya, cakap aje aku kat stesen komuter, baru turun train. 

Komuter terpaksa berhenti di STESEN KOMUTER KUALA LUMPUR kerana stesen selepasnya masih mengalami gangguan bekalan elektrik. Mahu tak mahu, aku terpaksa menaiki PUTRA LRT dan tukar kepada STAR LRT di STESEN MASJID JAMEK. STESEN KOMUTER KUALA LUMPUR ni letaknya begitu hampir dengan CENTRAL MARKET.

Untuk mendapatkan PUTRA LRT, aku terpaksa berlari dan berjalan laju ke sana. Jam masa tu sudah pukul 9. Tambah havoc bila aku terpaksa memikul beg yang berat. Agak jauh juga. Dengan berat badan sekarang memanglah masalah kalau lari-lari ni. Hehehe.

Aku masih ingat, aku bertanya pada seorang brader polis ni bila aku sampai ke PUTRA LRT. "Bang, mana dekat PWTC dengan kawasan ni?" Masa tu aku fikir nak amik teksi, kalau itu pilihan yang cepat. Tapi brader tu cakap, takut aku terperangkap pulak dalam jammed. Betul jugak kan? Amik jer la LRT...

ALHAMDULILLAH...

Perjalanan aku dengan PUTRA LRT dan STAR LRT tu agak lancar walaupun aku terpaksa melalui banyak stesen. Waktu aku turun dari STAR LRT di STESEN PWTC, ada lagi 10 minit sebelum pukul 10 malam. Nak berjalan ke STESEN BAS PUTRA saja ambil masa 5 hingga 7 minit. Giler penat dok berjalan laju dari tadi.

Sampai saja, aku dah nampak kelibat adik aku sedang menunggu. Rupanya dia cemas giler sebab katanya, driver pertama tu nak gerak awal kerana bas tu nak bagi laluan kepada bas trip seterusnya masuk ke dalam stesen untuk menunggu penumpang. Dah hampir nak bertekak. Akhirnya, driver tu mengalah dengan adik aku. Nasib baik!!! Perempuan kalau bertekak memang pandai... ;-P.


Kisah ketiga dan terakhir untuk diceritakan, berlaku 19 April 2012. Aku tiba-tiba ada hal penting kat kampung dan terpaksa amik cuti mengejut. Tiket BAS TRANSNASIONAL PERJALANAN 10 MALAM KUALA LUMPUR KE KUALA TERENGGANU. Sengaja aku ambil tiket jam 10 malam supaya aku sempat bersiap dan bergerak ke stesen memandangkan hari itu hari bekerja. Sekurang-kurangnya, ada masa sket untuk lepak-lepak jap... mandi... dan solat.

Pada mulanya aku hanya minta Asri hantar kat stesen komuter seperti biasa. Namun, dia mencadangkan supaya aku naik aje ERL STESEN SALAK TINGGI. Lagi cepat sampai ke KL. Turun dekat STESEN ERL BANDAR TASIK SELATAN (BTS), pastu amik STAR LRT katanya.....

Aku pulak pantang dengar ERL laju terus rasa nak try. Aku belum pernah naik lagi. Dah lama teringin. Namun, memandangkan stesen ini  agak jauh, aku segan nak minta kawan-kawan tumpangkan aku ke sana.

Masa nak keluar kereta, Asri tak habis-habis pesan supaya aku tanya orang kat kaunter kerana dia dah lupa macam mana nak naik ERL. Sampai kat kaunter aku tengok awek kaunter tu lawa juga. Aku pun cover macho dan berhati-hati bertanya. Malu kalau soalan bodo-bodo yang keluar menunjukkan aku tak biasa naik ERL. Nanti kena gelak pulak. Nak juga tanya nombor telefon tapi segan. Hehehe.

"Encik ikut signboard KL Sentral, PLATFORM NO 3" Macam tu la yang aku dengar. Jelas suara manja dia tu. Hikhikhik.

Untuk ke platform, aku mesti naik ke tingkat 1 kerana di sana ada eskelator turun ke platform. Aku terbaca signboard KL SENTRAL tertampal di bahagian atas siling berhampiran dengan sebuah eskelator. Cuma tiada signboard platform. Aku turun jugak eskelator tu.


Di situ, ada seorang awek (tapi masa tu aku panggil dia akak)  sedang menunggu train. Aku tanya pasal PLATFORM 3 tapi dia cakap tak tau. Aku mula konfius. Aku tanya dia nak pergi mana, dia cakap Cyberjaya. Aku mengangguk-angguk, bukan tanda faham tapi tanda blurr.

Akhirnya aku naik semula ke tingkat atas. Masa ni takde siapa-siapa yang boleh ditanya. Tiba-tiba, aku perasan ada signage '3' di eskaletor yang berada kehadapan sedikit daripada eskelator yang aku turun tadi. Aku terus ke PLATFORM NO. 3 tetapi yang pelik, kat atas ada signboard tulis KLIA kat siling.

"Awek kaunter cakap tengok signboard Kl Sentral, turun ke platform no 3... Skang ni platform no 3 dok dekat signboard KLIA. Signboard KL Sentral, platform no. 2 pulak." Aku mula sangsi tapi tetap buat keputusan untuk tunggu di PLATFORM 3 walaupun aku tahu yang perjalanan ke KL sepatutnya akan melalui KL SENTRAL dan bukan menghala ke KLIA. Aku rasa mungkin awek kaunter tu salah sebut antara KL Sentral atau KLIA.

Sampai jer ERL, aku pun naik. Alhamdullillah, kosong jer di dalamnya dan cukup selesa. Tiba-tiba debaran jantung aku kian bertambah. Ada pengumuman mengatakan, "Destinasi train seterusnya adalah KLIA". Argghhh... tidaakkk! Maknanya aku sedang menuju ke destinasi yang salah!!!

Sampai di KLIA, train berhenti untuk menunggu penumpang. Apa boleh buat? Aku terpaksa tunggu train berpatah balik. Jam kelihatan semakin pantas bergerak. Pukul 8.30 malam pun train itu tak bergerak-gerak lagi. Aku dah tak tau nak buat apa selain mula membaca zikir-zikir untuk menenangkan hati. Agaknya awek tu sebut PLATFORM 2, tapi salah dengar... aku bercakap sendirian tetapi dah terlambat.

Aku hampir yakin, aku tak sempat sampai ke STESEN BAS PUTRA. Namun aku cuba gagahkan diri menerima kalau ketentuan DIA SWT. Jika DIA SWT berkehendak aku naik bas, maka akan sempat. Yakin pada ALLAH, pasti jadi! Pesan Wak Kusin pada aku suatu ketika dulu.

Jam 8.40 malam, barulah train  itu memulakan perjalanannya semula. Aku berdoa supaya train ni sempat sampai. Alhamdulillah, agak cepat ia sampai ke STESEN ERL BTS. Seterusnya daripada sana, aku berjalan dengan pantas mendapatkan STAR LRT.

Sekarang, STAR LRT sudah tidak menggunakan kad magnetik lagi sebagai tiket perjalanan. Mereka menggantikan dengan token plastik yang sebesar syiling 20 sen dan hanya perlu menyentuh sahaja untuk membuka halangan di laluan masuk.

Aku sekali lagi terkejut sebaik sahaja memasuki train STAR LRT. Rupanya daripada STESEN STAR LRT BANDAR TASIK SELATAN, aku perlu lalu 10 buah stesen LRT yang lain.. Gile ahh... Jam dah pukul 9.20 malam ni. Sempat ke nak sampai sebelum atau tepat-tepat pukul 10.

Aku mula buat kira-kira. Kalau la train memerlukan lebih kurang 3 minit untuk sampai ke sebuah stesen, maka jumlah keseluruhan masa yang diperlukan adalah 30 minit. Ini bermakna, train akan sampai lebih kurang jam 9.50 malam dan aku  akan ada 10 minit untuk berlari daripada stesen LRT ke stesen bas. Hai... Ya ALLAH, janganlah train ini lambat di mana-mana stesen.

Alhamdullillah... Aku sungguh tak sangka, kiraan yang aku main agak-agak jer, rupanya jadi kenyataan dengan izin DIA SWT. Apa lagi? Aku berlari la... Kalau tak, belum tentu sempat. Lagila menyesal kalau terlepas bas kat depan mata. Aku redah jer manusia yang sedang bertenggek tepi-tepi jalan menunggu bas masing-masing. Aku cilok sahaja setiap bas yang dah tersusun kat laluan masuk ke dalam stesen. Mata tak henti-henti menjeling jam. Hati pulak tak henti-henti berdoa.

Akhirnya... Aku sampai depan driver tu lagi 5 minit nak pukul 10 malam. Berpeluh-peluh tapi penuh kelegaan.

Tiga kisah ini sudah cukup menggambarkan betapa kacaunya apabila kita lewat. Aku terpaksa mengerahkan segala kudrat. Kemudian membuat keputusan dengan cepat. Mengabaikan risiko-risiko yang mungkin berlaku. Memilih 'jalan' yang terpendek daripada shortcut-shortcut yang ada. Tidak boleh lagi berlagak seperti tiada apa-apa berlaku, kerana aku lewat.

Rupanya kesan kelewatan itu menghasilkan satu kelompok perbuatan yang begitu 'bertenaga'. Dan ianya begitu membantu manusia yang sedang lewat itu.

Begitulah AR-RAHMAN dan AR-RAHIIMnya DIA SWT. Diberikan bantuan tanpa kita sedar. Sedangkan DIA SWT berhak untuk tidak membantu, lagipun kelewatan berpunca dari kita sendiri.

Aku juga belajar, kita lebih ingat DIA SWT apabila kita LEWAT. Sebab LEWAT itu sendiri suatu bentuk kesusahan dan manusia memang akan ingat TUHAN bila dia susah.

Sejujurnya, aku masih lagi berhempas pulas untuk mengatasi masalah lewat. Aku dah di'sound'  oleh Bos pasal datang lewat ke tempat kerja. Tak la lewat sangat, cuma seminit dua. Sistem 'thumbprint' yang digunapakai membuatkan kawan-kawan tak dapat nak menolong.

Aku nekad berubah. Kemudian Bos aku berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah dan berada di sana selama 2 minggu. Sepeninggalannya, aku berjaya awal sebagaimana janji aku pada dia dalam satu emel. Aku harap dia akan berbangga dengan pekerjanya yang senang ditegur dan proaktif diatas nasihat yang diberikan. Dalam diam, aku seakan menunggu-nunggu kepulangannya supaya dia boleh nampak perubahan itu. Hari pertama dia masuk kerja selepas pulang umrah.... HARI ITU AKU LEWAT DATANG KERANA TERTIDUR... KALI INI SETENGAH JAM LEWAT!!!

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

4 comments:

voltox said...

maaf shekh lewat membaca..maaf juga kerana lewat memberi komen..

aku lewat tadi nak makan pagi..sebab baca post sheh yg panjang ni..

sheh memang lewat selalu ye..tapi lewat sheh dalam 3 cerita ni semua tak disengajakan..jadi dimaafkan..

tahun ni tahun melewati negeri sembilan kan sheh..jom pergi..nanti lewat pula..

aku mzke said...

ceh.. sungguh kuang asam komen ni.

nurqaseh said...

x sangka mzke ni suke lewat rupanya..=)

biasa kalau ajak makan x pernah lewat plak..hehe

aku mzke said...

ahaha... itu kerja hakiki