Followers

29 May, 2012

2 kali

27 MEI 2012

Situasi di sebuah medan selera, MMA Food Corner sekitar jam 8 malam. Dua orang pemuda bermotorsikal sedang mencari parking.

Zul       : Mana nak masuk?
Wan     : Kat sini.. parking kat sini.

Turun dari motorsikal dan berjalan masuk melalui sebuah pintu pagar kecil yang boleh memuatkan 2 atau 3 orang.

Wan    : Kau pernah datang sini tak?
Zul      : Tak pernah.
Wan    : Aku pernah datang. Sekali. Masa aku jumpa dengan Shamsul. Dia ajak jumpa di   sini. 

(P/s: Shamsul, budak rumah yang baru)

Di meja MMA Food Corner.

Wan   : Ok tak? Tak OK, kita pergi tempat lain.
Zul     : Eh, OK! OK! Cuma ni yang aku malas datang makan masa perut lapar, Banyak sangat pilihan. Semuanya nak. (Mata menjeling satu persatu gerai yang ada di MMA Food Corner)

Di kaunter Chinese Food dan Portugal Ikan Bakar.

Zul          : Bang, chinese food ada?
Peniaga   : Hari ni tak ada, bang.
Zul          : Ikan bakar ada?
Peniaga   : Ikan bakar ada.
Zul          : Ikan kembung ada? (Melihat ice box yang berada di depan kaunter)
Peniaga   : Ikan kembung tak ada.
Zul          : Udang ada?
Peniaga   : Ada. 
Zul          : Erm, tak apalah. Bagi saya ikan cencaru ni. Ada sekali dengan nasi kan?
Peniaga   : Ya, sekali dengan nasi. Satu je?
Zul          : Ya, satu je.

Di kaunter Sup Power.

Zul          : Bang, sup daging ada?
Peniaga   : Ada, ada.
Zul          : Saya nak sup daging satu.
Peniaga   : Ok. Satu ya?
Zul          : Satu je.
Peniaga   : Nasi, mau?
Zul          : Tak apa, saya sudah ambil dengan gerai sana.
Peniaga   : Ok. Meja mana.
Zul          : Meja panjang di sana.

Di meja MMA Food Corner. Situasi 1.

Zul     : Aku rasa aku kenal la pakcik yang berjalan ambil order ni. (Merenung seorang pakcik yang sedang sibuk bekerja mengambil pesanan)
Wan   : Pakcik ni? Jumpa masa kat tempat silat ke?
Zul     : Bukan. Aku rasa dulu dia berniaga restoran juga, tapi kat mana ya? Kau tak perasan ke?
Wan   : Entah!
Zul     : Ooh. Ni pakcik yang dulu buka kedai runcit kat atas bukit tu.
Wan   : Yang mana? Kedai yang dekat rumah kita tu?
Zul     : Haah.
Wan   : Abis tu, kedai tu sekarang dia jual ke?
Zul     : Ya la, dia jual kedai tu. Rupanya datang berniaga kat sini. Kayalah pakcik ni.
Wan   : Hmm.

Di meja MMA Food Corner. Situasi 2.
 
Zul : Mana air ni?
Wan : Sabar, budak tu tengah buat.
Zul : Kalau ikan bakar lambat, aku boleh faham sebab lama nak tunggu ikan tu masak. Ni air jer.
Wan : Ala, dia tengah buat ler tu.
Zul : Aku rasa la kan, dia tunggu orang datang sampai 100 orang. Cukup 100 order, baru dia hantar penuh satu dulang.
Wan : Hehehe... betul, betul.


Di meja MMA Food Corner. Situasi 3.

Budak Perempuan 
Jualan Amal                 : Assalamualaikum, pakcik. Jualan amal untuk anak-anak yatim. 
Zul                               : Awak jual apa?
Budak Perempuan 
Jualan Amal                 : Madu, pakcik.
Zul                                : Tak apalah. 
Budak Perempuan 
Jualan Amal                 : Kalau pakcik tak mahu beli, pakcik boleh hulurkan sumbangan atau derma ikhlas.
Zul                                : Baik, saya bagi sumbangan ikhlas.
Budak Perempuan 
Jualan Amal                 : Nak resit?
Zul                                : Tak apa, tak payah.



Di meja MMA Food Corner. Situasi 4.

Zul     : Macam tak ada perasaan. Macam robot!
Wan   : Siapa?
Zul     : Budak tadi tu la. Dah la bercakap, mata tak pandang orang.
Wan   : Erm. Betul lah. Cuma aku selalu terfikir, kesian kat budak-budak ni buat kerja macam ni. Apa agaknya perasaan diorang?
Zul     : Tak kesian juga. Tengok atas sebab apa dia buat. Kalau kerana nak mengutip wang bagi pihak sekolah, memang kesian la. Tapi kalau hasilnya dapat banyak untuk diri sendiri, memang seronok. Bayangkanlah, kalau seorang bagi seringgit. Kalau 10 orang? Orang mesti bagi. Satu malam, mesti lebih 10 orang. Kalau banyak masuk poket dia, sikit saja ke pihak sekolah, akhirnya dia seronok kutip. Macam mana pun, kita bersangka baiklah. Memang kesian, terpaksa kutip duit dan tinggal waktu yang sepatutnya digunakan untuk belajar.

 Di meja MMA Food Corner. Situasi 5.

Zul     : Air nescafe. Aku minta teh ais.
Wan    : Dia salah hantar ke?
Zul     : Dah tahu nak hantar air sama kaler tu, tandalah sikit supaya tak tertukar. Hmm, tak apalah. Belasah jer la. Tu mesti dia dah hantar teh ais kat orang lain.




Di meja MMA Food Corner. Situasi 6.



Lelaki Penghantar 
Minuman                  : Bang, air tadi betul ke?
Zul                            : Salah. Nescafe ais. Tak apalah, saya dah minum.
Lelaki Penghantar 
Minuman                  : Nak tukar ke?
Zul                            : Tak apa.



Di meja MMA Food Corner. Situasi 7.

Zul    : Kau pergi cakap kat brader yang jual ikan bakar tu, "Kiamat dah dekat, ikan bakar belum sampai lagi"
Wan   : Hehehe... sabarlah. Aku rasa dia tengah buat tu, Tengok tu, macam tengah isi nasi je.
Di meja MMA Food Corner. Situasi 8.

Zul     : Kau tahu tak kenapa aku minta sup daging?
Wan   : Tak. Kenapa? Sebab kau tak suka sup perut? (Wan cuba meneka)
Zul     : Bukan. Sebab aku sebenarnya kureng sikit dengan ikan bakar ni. Aku order sup daging supaya kalau aku rasa ikan bakar ni tak memenuhi selera, aku boleh cover dengan sup daging.
Wan   : Eh, aku hairanlah. Biasanya orang lagi suka makan ikan bakar.
Zul     : Aku pun hairan juga kenapa orang suka ikan bakar. Aku tak suka. Erm, tapi ikan bakar kali ni sedap.

Di meja MMA Food Corner. Situasi 9

Budak Perempuan 
Jualan Amal             : Assalamualaikum... Jualan amal untuk anak-anak yatim.
Zul                            : Dah 2 kali awak datang minta.
Budak Perempuan 
Jualan Amal             : Hah? (Muka terkejut)
Zul                            : Saya cakap, dah dua kali awak datang minta. Tadi saya dah bagi. (Tiba-tiba muka dia macam nak tergelak)
Budak Perempuan 
Jualan Amal             : Pakcik beli madu tak?
Zul                            : Apa? (Tidak jelas)
Budak Perempuan 
Jualan Amal              : Pakcik beli madu tak?
Zul                            : Apa? (Masih tidak jelas)
Budak Perempuan 
Jualan Amal             : Pakcik beli madu tak? (Zul merapatkan telinganya untuk mendengar butir percakapan budak perempuan itu)
Zul : Oh, tak. Saya bagi sumbangan je.
Budak Perempuan Jualan Amal : Terima kasih atas sumbangan. Bagi banyak kali pun tak apa.
Zul : Haa, awak pun sama. Datang lagi 3 kali ke sini... 

(Budak Perempuan Jualan Amal beredar)

Zul : Tu la, tadi datang tak tengok orang. Sekarang dah tak dapat cam siapa yang dia dah jumpa, siapa yang belum.




salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

4 comments:

nurqaseh said...

tajuk pendek cerita panjang sedepa..=)

ingatkan 2 kali jatuh cinta..haha

aku mzke said...

oh... kalau budak tu besar... boleh jadi 2 kali jatuh cinta. hehehe

voltox said...

hehehe...kelakar endingnya..apa rahsia..sheh nampak serius dalam perbualan ni..yg aku kagum..sheh hafal skrip dari awal sampai akhir..dulu mesti pernah masuk pertandingan teater ni..tak pun pernah pergi audition puteri gunung ledang..betul tak..

pengajaran juga kat budak tu..tp mesti sheh usha dia ni..kalau tak cmne sheh igt muka dia..

aku mzke said...

die tomeii... hahaha