Followers

11 April, 2012

celemans

13 MAC 2012

Ape CELEMANS??

Bahasa Melayu ke orang putih?

Hahahaha..... Nama orang sebenarnya.
Katanya, dia orang Jawa. Jawa yang tak pandai nak cakap Jawa.

Dia dijemput bagi ceramah atas kapasiti seorang pegawai penjawat awam. Tapi dia bagi 'talk' macam seorang motivator. Dan memang 'part time'nya sebagai motivator. Dan dia sangat bagus dalam bidang ini.
Banyak perkongsian ilmu dengannya. Bilik Latihan di Bangunan Dataran Selera yang dipenuhi peserta yang menjangkakan satu ceramah bosan akhirnya berjaya diceriakan dengan gurauan spontan.
Kata CELEMANS, kalau buah jadi manusia... buah manggis adalah yang paling bagus. Berapa banyak bilangan tampuk di luar, begitulah bilangan isi di dalam.

Ini bukti kejujuran dan tidak hipokrit.

Kalau kulit manggis itu hitam dan gelap, tetapi isinya tetap putih.

Ini menunjukkan dalaman manusia itu lebih berharga daripada luaran. Dalaman yang baik adalah teras kepada individu yang baik juga.

Isi manggis putih, namun ada urat-urat merah.

Ini ibarat hati manusia, yang lahirnya suci tetapi kemudian semakin dikotori dosa. Bersihkanlah hati mu!!

Jadilah seperti buah durian. Kulitnya berduri tapi isinya lembut.

Jangan jadi seperti kedondong. Di luarnya licin tetapi bijinya berserabut.

Kata CELEMANS, "Hari ini kita belajar pasal BUAH", kemudian disambut tawa peserta...

CELEMANS berkongsi lagi, resipi kejayaan itu perlu ada gabungan antara ilmu, usaha dan yakin. Tidak boleh kurang dari tiga.

Manusia sekarang sudah banyak yang hilang rasa ihsan. Ihsan ini maksudnya kamu merasakan kamu benar-benar melihat Allah (merasai kewujudan Allah) dan sekalipun kamu tidak melihat-Nya, yakinlah Allah itu melihat kamu. (Allah Maha Melihat).

Kata CELEMANS, kalau manusia tidak merasa kehadiran Tuhan, tidak rasa diri berTuhan, manusia takkan berjaya. Setiap kerja tidak dilakukan bersungguh kerana tiada matlamat. Orang yang berTuhan, melakukan tugas di dunia ini untuk mendapatkan kecintaan Tuhannya.
Kata CELEMANS, dipetik daripada Imam orang Muslim, Imam al-Ghazali...

perkara paling berat amanah

perkara paling dekat mati

perkara paling jauh masa yg telah berlalu

perkara paling ringan meninggalkan solat

Kata CELEMANS, ada satu formula kehidupan. Baginya:

 1-1 bukan kosong. Baginya, 1-1 =10.

Kata CELEMANS, DIA SWT telah menyebut dalam al-Quran, 1 kebaikan akan dibalas dengan 10 kebajikan. Ini mesti dipegang oleh semua orang. Siapa lagi yang kita mahu percayai kata-katanya kalau bukan DIA SWT? Siapa lagi yang lebih benar janjinya?

Oleh itu, jangan kedekut dalam memberi. Jangan kedekut dalam menyumbang tenaga untuk kerja. Jangan takut untuk berbuat kebaikan kerana manusia tidak akan rugi hanya kerana berbuat baik. Kalau pun zahirnya nampak rugi, namun kerugian itu bersifat sementara kerana kita sebagai muslim pasti yakin, DIA SWT telah menyediakan kita ganjaran pahala yang akan menguntungkan kita di akhirat kelak.

Uniknya CELEMANS pada gugusan ilmunya. Hebatnya CELEMANS pada tutur kata dan madah bicaranya. Dan, aku menulis bukan untuk melambungkan CELEMANS dengan pujian. Aku sekadar menyatakan perihal orang yang hebat. Mungkin orang hebat ini bukan CELEMANS seorang. Tapi aku percaya mereka tetap muncul di celah-celah kita.

Aku lagi percaya, kehebatan ini bukan milik CELEMANS seorang, atau orang-orang hebat yang lain. Ianya milik kita semua. Asal sahaja kita mahu, kita ikut laluan sebagaimana orang-orang hebat ini pernah melaluinya.

Sabda Dia SAW. (maaf, betulkan jika silap): Siapa yang mahukan dunia, dia mesti berilmu. Siapa yang mahukan akhirat, dia mesti berilmu. Dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya sekali, dia juga mesti berilmu.

Kata Saidina Ali r.a. (maaf, betulkan kalau silap): Ilmu ini jika diajarkan kepada orang, ia tidak berkurang tetapi harta jika diberikan kepada orang, ia akan berkurang. Ilmu ini akan menjadikkan kamu tuan kepadanya tetapi harta akan menjadi tuan kepada mu..... perihal kepentingan ilmu berbanding harta yang dikupas Saidina Ali ketika beliau didatangi kelompok orang yang mahu menguji akan kehebatan ilmunya. Malah diakhir perbincangan beliau, beliau menegaskan, "Andai kalian bertanyakan kelebihan ilmu ini sampai hari akhirat, nescaya aku akan menjawab dengan jawapan yang berbeza-beza"

Sebelum menutup entry ini, CELEMANS menyatakan galakan sembahyang Dhuha. Aku sudah beberapa kali 'disedarkan' tentang kelebihan Dhuha. Bermula dengan emak, kemudia Benu, kemudian Aqilah, kemudian ceramah-ceramah dalam tv dan ceramah-ceramah yang aku hadir. Rasa malu jika masih tidak sedar. Semoga DIA SWT mempermudahkan keinginan untuk melakukan DHUHA.. Amiin!  

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe