Followers

08 March, 2012

Tayar Pancit

3/3/12, Sabtu, 1.00 a.m

Semua nampak ok. Barang-barang dah packing. Aku sebenarnya bersiap nak pergi hiking kat Gunung Ledang. Janji dengan Mat, Ibrahim dan Wana nak kumpul pukul 1 pagi, tapi sekarang pun dah pukul 1.20 a.m dan aku pun baru selesai packing. Wan Kecik pulak baru mandi. Janji melayu, takpe kot.
MySpacehehehe.

 "Ok Wan, undur kete."

"Bro, ade masalah sket. Tayar pancit."


MySpaceAh... sudaaah!

 5/3/2012, Isnin, 10.00 a.m

"Tolong sayaaa....!"

"Tayar pancit." kata Shida. Mar, kawannya lagi sorang tersengih risau. Agaknya dok pikir kalau masalah ni tak setel tak dapat ler nak keluar makan. Hehe.

"Saya tak tau nak tukar." jawab aku jujur.
MySpace

"Tapi takpe, saya da panggil Encik Wan"

Aku try tolong mana-mana yang boleh sementara tunggu Wan Ball sampai. Aku hanya stakat boleh tinggikan kete pakai jek dan keluarkan tayar spare jer. Dan paling bodoo... aku tak reti nak bukak penutup tayar....
MySpace

5/3/2012, Isnin, 1 p.m

"Wan Kecik, jom kita bukak tayar ko"

"Ko nak tolong bukak ker?"

"Emm.." nada bangga.MySpace

"Aku baru je blajar tadi ngan kawan aku, Wan Ball."

Bunyi macam senang. Tapi sekali lagi kerja ganti tayar terberhenti... aku tak dapat jugak nak bukak penutup tayar walaupun da tengok Wan Ball buat.
MySpace Huhuhu...

Bukan semua perkara kita pandai. Belajar tinggi mana pun, ada lagi perkara yang kita tidak tahu. Kata orang bijak pandai, makin belajar makin tidak tahu.

Ilmu ini luas. Lebih-lebih lagi, ilmu berkaitan mengenal DIA SWT. Tahap ilmu kita ini, hanya setitis air di lautan yang sayup mata memandang. Oleh itu, usahlah mendabik dada dengan kelebihan yang sedikit.

Ilmu ini sifatnya nur. Dan ia takkan berada pada hati yang gelap. Maka hendaklah kita ini membersihkan hati... suatu kerja yang ternyata susah.

Dengan ilmu, manusia boleh melebihi taraf malaikat. Bahkan dengan ilmu manusia juga boleh menjadi sehina-hinanya. Semua berpokok pangkal kepada keberkatan ilmu dan rahmat DIA SWT. Oleh itu, menjadi kelaziman kepada kita bermohon untuk kedua-duanya semoga ilmu itu menjadi pendamping kita yang utama dan menunjukkan kita kepada TUHAN YANG MAHA KAYA.

Masa dan umur kita yang sentiasa meninggalkan kita tanpa sempat menunggu kita untuk mencukupkan diri dengan ilmu. Sekurang-kurangnya ilmu yang boleh melepaskan kita daripada neraka. Kerja menangguh dalam mencari ilmu seharusnya dielakkan kerana kita jarang mempunyai kesempatan yang kedua.

Satu kelas Quran dan Fiqh yang dianjurkan oleh sebuah organisasi yang mempunyai pekerja seramai 1600 lebih pekerja, hanya didatangi tidak sampai 30 orang mahu belajar. Mengapa ini terjadi? Yuran dikenakan tidaklah semahal mana, RM10 sebulan. Jadual kelas juga dirancang mengikut kesesuaian pelajar. Mengapa masih menjadi alasan? Bunyinya tidak logik.... tapi inilah terjadi.

Belajarlah daripada mereka yang mengetahui. Aku tak tahu tukar tayar,,, tapi belajar dengan Wan Ball. Dalam proses belajar, 'izinkan' diri kita diajar barulah senang ilmu itu 'masuk'.

Banyak hal akan selesai kalau urusannya diserahkan kepada mereka yang pakar. Serahkan urusan agama kepada ahli agama. Mereka yang banyak belajar tentang al-Quran dan hadis. Serahkan urusan ekonomi kepada ahli ekonomi. Mereka yang banyak menilai pasaran saham semasa. Serahkan urusan pemerintah kepada mereka yang mempunyai tokoh kepimpinan. Kerana mereka ini boleh memacu rakyat ke arah matlamatnya.

Aku panggil Wan Ball untuk setelkan masalah tayar pancit ni kerana aku sedar, aku bukanlah terbaik. Aku mungkin tahu, mungkin boleh cuba untuk tukar tayar tu... tapi Wan Ball lagi expert. Biarlah urusan ini diserahkan kepada yang pakar. Ternyata!! Masalah selesai dan masa tidak terbuang.

Bila mana manusia mula mencampuri segala urusan yang bukan haknya, maka kehancuran itu makin terserlah. Masalah yang rumit makin bertambah. Sehinggakan manusia sudah tidak mampu mencari satu titik penyelesaian. Cuba tanya diri masing-masing, "adakah aku mencampuri urusan yang aku tidak pakar?"

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

1 comment:

voltox said...

ni nape post byk2 ni shekh..penat tau nak baca..(ayat orang tak puas hati)

wah..shekh memang zuhud la..antara ciri2 orang berilmu ialah..berani mengatakan tidak tahu..bila tak tau kena ngaku tak tau..dan aku lihat ciri2 ini ada pada diri shekh..jadi terserlah sudah ketinggian ilmu mu