Followers

12 March, 2012

AKAK NAK BELAH KE NAK BOLEH BLAH

Susahkan kalau kita ni mudah kasihankan orang?
MySpace

Pantang tengok orang susah, kita la makhluk yang paling kasihankan mereka..
MySpace

Lagi susah, kalau mereka yang kita kasihankan itu selalu ada kat depan pintu bank tempat kita cucuk duit.
MySpace


MySpace"Jualan amal..."

"Derma rumah anak yatim..."

"Derma buat masjid..."

"Derma untuk sekolah tahfiz..."

"Kismis minda..."

Huuu...


Camner tu... orang mungkin kata aku sombong kalau aku buat-buat tak nampak.
MySpace

Atau buat-buat tak dengar... MySpace

Katalah nak kata apapun... aku dah buat dua-dua. MySpaceHehehe.. tapi bukan selalu. Sekali sekala time aku sengkek atau time terserempak dua atau tiga orang daripada grup yang sama.

Adalah sekali tu... seorang akak dok kat tempat biasa (depan pintu masuk ATM Bank Islam Nilai). Baik punya buat jualan amal. Buku ker CD, aku tak perasan.

Dialog pun sama jugak dilontarkan kepada aku. "Jualan amal..."

Aku... makhluk paling mudah kasihan - tak bley dengar pasal amal-amal ni...
MySpace  Maka dengan pantas, menghulurkan sekeping not RM*.

Oleh sebab aku tak mau mampu nak beli barang yang tah berkualiti ke tidak tu... aku cakap ni sedekah jer kak.

Aku terus berjalan ke motorsikal yang aku park dekat kaki lima bank tu. Ngah aku bizi pakai helmet, sambil mata tu tengok akak tu. Aku terkesima!

MySpace Apakah??!

MySpace  Muntah!!

MySpace  Muntah akuu..!

Werkkkh!

MySpace Muntaahhh...!

Maunyer tak... tengok akak tu dressing, bahagian belakang kain dia belah sampai ke atas lutut. Tengok dari depan cam sopan jek baju dia. Nampak cam baju kurung yang perempuan selalu pakai tu... Aiseh, dah la buat jualan amal. Amal dia pun tak berapa nak betul. Canner???

MySpace Oopps! Stop mengata orang.

Memilih pakaian ni penting walaupun kita suka kelihatan simple. Pakaian mesti kena dengan tempat. Kita tidak boleh pakai baju sekolah untuk tidur malam. Begitu juga dengan imam masjid, tidak boleh mengimami solat dengan t-shirt dan seluar jeans walaupun pakaian itu masih menutup aurat dan sah sembahyang.

Pakaian mesti menutup aurat. Kalau dilihat suasana sekarang, ramai yang sudah keliru dengan maksud menutup aurat. Ini kerana mereka suka mengambil pendekatan mudah yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka. Dan bukan berlandaskan kehendak Islam yang sebenar.

Kalau aku nak cerita panjang atau bagi contoh-contohnya pun, rasanya sudah banyak ditegur dalam tazkirah/ blog kawan-kawan yang lain. Search ajer la keyword aurat... berlambak jer yang keluar. Cuma nak atau taknak follow jer.

Berpakaian la dengan pakaian elok. Tidak kira murah atau mahal... itu bukan isunya. Asalkan pakaian itu mengikut syariat Islam. Bersesuaian dengan majlis atau tempat kita hadir. Dan, paling penting.. tidak menimbulkan tohmahan dan fitnah!

Mungkin orang yang mengtohmah kita akan mendapat dosa, tapi kita juga mendapat dosa sama kerana berbuat sesuatu yang jelek sehinggakan menimbulkan fitnah.
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

3 comments:

voltox said...

wah garang ye shekh ni rupanya

pendapat aku..kain akak tu koyak mungkin sebab lepas shekh bagi duit tu..lepas shekh bagi..dia melonjak keriangan..tengok2 kain pun terkoyak..

kalau shekh perasan..macam dekat kertas a4 atau buku..bahagian yang nak di koyak kan tu akan ada garisan putus-putus..perasan tak..kain akak tu pun macam tu juga..ada putus2 sket..jadi bila dia loncat tu tiba2 terkoyak..tu je sebenarnya..

apa pun shekh mmg pemurah..apa rahsia

kal amin said...

kadang-kadang org yg duduk depan bank mintak derma kerja amal tuh lagi kaya dari org yg duduk dlm lab buat research.

adil ialah meletakkan sesuatu pada tempat nya.

so mungkin tuan boleh jd pemurah pada org yg sepatutnya? *__*

aku mzke said...

voltox..

tak sangka voltox sempat perhatikan kain akak tu ada garis putus2. Mantop!

Kal amin...
siape org sepatutnya? :-P