Followers

26 March, 2012

RASUAH

13/3/2012 - Kursus Anti Rasuah.

Bayangkan...

Anda seorang penjual air jambu..



Anda sedang menunggang motorsikal roda tiga dengan tong air jambu di sebelah.

Dengan tidak semena-mena, sebuah Evo memecut laju dan memotong motorsikal anda.



Anda amat pasti, kereta Evo itu dipandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Kemudian, anda tidak teragak-agak mengejar dan berjaya memotong kereta Evo itu sehinggakan Evo itu terpaksa berhenti. (soalan cepu emas: Berapa kelajuan anda? Hehehe...)

Anda terus mendapatkan pemandu Evo itu dan anda mahu menyamannya kerana melebihi had laju.

Anda juga memberitahunya kes ini boleh selesai sekirannya dia sanggup membayar wang kepada anda.






Persoalannya, adakah anda mempunyai kuasa menyaman pemandu Evo itu sedangkan anda hanyalah penjual air jambu yang kadang kala terpaksa meminum air jualan sendiri kerana ketiadaan duit belanja?

Bayangkan untuk kali yang kedua....

Anda tiba-tiba bukan lagi penjual air jambu.

Anda bangun pagi dalam keadaan anda seorang pegawai kerajaan yang bergaji besar dan berbini/ berlaki besar.



Anda mempunyai wang, pangkat dan nama.

Pendek kata, anda mempunyai segala yang manusia miskin lain mahukan.

Namun sebagai manusia yang normal, anda tidak berpuas hati.

Anda mahu lebih lagi. Anda mahu duit yang melebihi gaji anda dan keperluan anda. Bukan itu saja, kalau boleh... melebihi keperluan anak isteri anda, melebihi keperluan emak ayah anda dan nenek moyang anda.

Anda mahu gunakan duit anda untuk merasuah orang melakukan sesuatu yang menguntungkan anda.

Di tangan anda ada duit yang nilainya boleh melunturkan iman dan pertimbangan akal manusia yang melihatnya.

Anda mula bertindak dan mencari mangsa demi merealisasikan impian anda itu.

Anda kemudian terkejut dan tersedar bahawa sekeliling anda hanyalah lautan biru yang jauhnya sayup mata memandang.

Anda mula yakin yang anda sebenarnya berada di sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni dan satu-satunya manusia di atas pulau itu adalah anda.

Persoalannya, adakah anda berpeluang untuk merasuah orang demi kepentingan anda?

Penceramah Kursus Anti Rasuah, yang didatangkan khas daripada Putrajaya, Encik Celemans Hj Kasim, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyimpulkan yang rasuah mempunyai satu rumus khas:




KUASA + PELUANG - INTEGRITI = KORUPSI


Ciri-ciri rasuah pula adalah:

1 Melibatkan sekurang-kurangnya 2 pihak

2 Berlaku dalam keadaan suka sama suka ataupun suka tapi tak rela

3 Hasilnya membawa keuntungan

4 Melibatkan penyalahgunaan kuasa

Dalam dunia yang mencabar ini, sukar untuk mengatakan yang kita tidak mengambil rasuah atau melakukan rasuah. Seseorang mungkin tidak terlibat dengan rasuah jutaan ringgit, tapi mungkin terlibat dengan rasuah sepinggan nasi.

Kadang-kadang, terhutang budi juga boleh menjadi rasuah dalam pekerjaan apabila kita hilang pertimbangan kerananya. Sebagai contoh jika kita sebagai kakitangan Sumber Manusia, tiba-tiba makcik kita yang pernah memberi tumpang tinggal sebelum kita mempunyai rumah sendiri, minta dimasukkan anaknya bekerja di syarikat kita.

Kita mungkin mampu berkata yang kita tidak akan terlibat dengan rasuah... selagi mana rasuah belum MENJENGUK kita. Namun, berapa banyak mereka yang TERJEBAK dengan rasuah masih tertanya-tanya MENGAPA MEREKA MELAKUKANNYA.

Mohon dijauhkan DIA SWT. Amiin.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe