Followers

16 February, 2012

kawan yang didatangkan Allah

13 feb 2012.
Sekitar jam 5.30 petang.

Dapat s.m.s daripada Adib.

"Gp (goreng pisang) jom sheh"

Emm... pikir jap. Nak joging ke tak. Malas. (Kejap jer pikir)

Balas s.m.s Adib.

"Ok"

Terus kunci opis. Naik motor ke tempat 'thumbprint'. Lain macam pulak motor ni bergoyang. Tengok pada tayar belakang - kempis. Aiseh, ada macam pancit kecik. Sempat kot kalau ke kedai motor.

S.m.s Adib.

"Tunggu aku kat kedai motor Wazir..."

Adib call.

Aku : Dib, tayar aku pancit. Ko tunggu aku kat kedai motor Wazir, aku nak ke sana. Nanti aku tinggal motor, kita pergi makan pisang goreng dulu.

Adib : Aku tunggu ko kat simpang Jati, nanti follow ko ke kedai Wazir.

Aku bergerak pelan-pelan dengan menunggang motor tu. Ingat ke sempat, tapi belum apa-apa tayar dah langsung takde angin. Paksa jugak. Terus je gerak pelan-pelan. Kalau tak gerak, tak setel problem. Lambat pun kena sampai kedai jugak. Hari dah petang, takkan kedai sanggup hantar orang amik motor ni kat sini.

"Pom!" Bunyi hon kereta.

Ah, siapa pulak ni. Tengah aku susah payah nak kontrol handle ni la dia nak menegurnya.

"Pom! Pom!" Bunyi lagi. Sah-sah suruh aku berenti ni. Lagi tak berenti lagi hon.

Aku paling belakang. Oh, Mazlan. Aku perlahankan motor dan berenti. Mazlan parking depan aku.

Dia keluar dan periksa keadaan motor aku. Masa ni Adib sampai dengan motornya. Rupanya Adib amik keputusan untuk cari aku.

"Ada spannar ke? Bukak tayar ni bawak ke kedai." kata Mazlan.

Setau aku, spannar tu ada cuma semua tak saiz. Serba salah nak bagitau Mazlan. Bila dia check semua spannar tu tak berguna (jangan dalam ati cakap tak berguna macam tuan motor, udah ler), dia suruh aku tunggu. Dia balik amik spannar kat rumah yang tak berapa jauh dari tempat kejadian. Ouuh.. terharu aku.

"Kenapa?" tegur Abang Din driver Dato dari dalam kereta.

Baru aku perasan, Abang Din dah siap berentikan keretanya. Bila dia tau Mazlan pergi amik spannar, dia tunggu Mazlan datang semula. Sayangnya, spannar Mazlan jenis boleh laras tak berapa sesuai untuk buka nat motor tu.

"Aku kena amik anak aku sekolah kejap. Kalau nak aku tolong, kena tunggu.." kata Mazlan bila tengok spannarnya masih tak dapat settlekan problem tu.

Abang Din pulak cakap dia nak balik rumah amik spannar. Rumahnya pun tak jauh. Mazlan dan Abang Din beredar ikut tujuan masing-masing. Adib pulak sibuk ingatkan aku cadangan dia dulu supaya aku tukar kepada sportrim. Betol memang betol apa Adib cakap, cuma aku taknak tukar sekarang. Tengah sengkek ni. Adib nak pinjamkan duit dia, tapi aku bukan suka buat hutang. Bagi hutang pun tak suka gak. Hahaha.

Hanset aku berbunyi. Sarina call.

Aku : Hello!

Sarina : Nape En Zul? Nape berenti kat tepi jalan.

Agaknya dia nampak aku semasa keluar dari pagar opis.

Aku : Tayar pancit.

Sarina : Oo.. nak saya tolong? Ada apa-apa yang boleh saya tolong ker?

Aku : Takpe, Mazlan dah tolong... dah ada orang tolong!

Oooh.. skali lagi aku terharu.

Abang Din datang balik, kali ni ngan sekotak perkakasan. Tanpa cakap banyak, terus dia duduk tepi tayar aku dan buat kerja. Padahal tadi dia cakap nak pegi mancing. Bila aku tanya, katanya takpe... kecik punya hal.

Adib pulak setia ngan aku. Sama-sama tengok Abang Din buat keje (bertuah punya Adib, tolong la Abang Din tu ). Aku bawa tayar motor tu ke bengkel untuk tukar tiub dengan menumpang Adib. Kemudian bawak balik kat abang Din dan dia jugak yang pasang semula.

Ahkirnya siap. Aku bagi upah teh O ais pada Abang Din. Dia tak mintak pun. Tak padan ngan jasa dia. Aku tau dia ikhlas. Aku tak bagi duit kerana mesti dia akan menolak dan aku taknak buat dia rasa bersalah antara nak terima ke tak. Dan aku pun segan kalau dia tolak.

Adib dan aku meneruskan hajat nak mkn GP tu.

ADIB, MAZLAN, ABANG DIN dan SARINA.

Semua itu kawan yang didatangkan DIA SWT dalam hidup kita. Inilah kehebatan kawan-kawan yang ada di sekeliling kita. Mereka membantu walaupun kita ini bukan siapa-siapa pada mereka. Tak ada pertalian darah. Tidak perlu dibayar satu sen pun ke atas pertolongan mereka. Mereka ini ikhlas dan membantu hanya kerana mengenali kita sebagai kawan.

Justeru tidak hairan bila Islam menganggap semua seagama adalah sedara. Dan tidak sempurna iman, sehingga mereka mengasihi sedara mereka seperti diri mereka sendiri

Begitu juga pentingnya peranan seorang kawan. Sehingga Dia s.a.w. bersabda, seorang itu adalah dengan siapa dia berkawan. Seorang yang berkawan dengan tukang besi, akan mendapat bau besi tetapi seorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi, akan  mendapat keharuman itu pada dirinya.

  
Hikmah lain, kawan-kawan yang DIA SWT tetapkan menjadi kawan kita di dunia ini sebenarnya boleh dijadikan iktibar dan pengajaran daripada apa yang kita lalui bersamanya jika kita berfikir. Tidak kira dengan siapa kita berkawan, samada dia baik atau jahat. Sebenarnya semua kawan kita membawa kita kepada mengenali ALLAH dan mendekat diri kepada-Nya.

Tinggal lagi.... kita yang sebenarnya gagal mencari satu sisi baik dari dalam diri kawan-kawan kita.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

2 comments:

Anonymous said...

npe en jul x suh adib je tukar tayar hehehe

voltox said...

segan nak komen sbb sheh cite pasal aku..ehehe

masa aku datang dan tengok lan berhenti situ..aku dapat rasa dah..sheh suka tolong orang..jadi bila susah orang pun senang je tolong sheh..terbaik dari usim la sheh