Followers

13 February, 2012

AMIRUL

Petang Khamis, 2 Febuari 2012 : -
"Nak ke mana?" tanya aku kepada Amirul bila aku perasan dia ikut di belakang.

"Nak sembahyang." jawab Amirul.

"Balik la, nanti mak ayah risau." kata aku.  

Aku pusingkan badan Amirul ke arah rumahnya. Tak jauh, dalam 50 meter dari tempat aku dan Mamat buat kerja. Dia diam jer dan terus jalan ke rumah.

Selesai amik air sembahyang, aku berpusing nak keluar dari tempat wudhu. Eh! Amirul ada kat belakang. Tak balik jugak budak ni.

"Nak sembahyang jugak ke?" tanya aku.

"Aah, Amirul nak sembahyang."

Alahai. Budak ni nekad nak sembahyang. Padahal dia bukan wajib solat. Otaknya bukan sama macam budak sebaya dia yang lain walaupun sudah tingkatan 2.
"Ok, amik air sembahyang. Lipat kaki seluar tu" kata aku.

Amirul angkat baju. Nampak bahagian perutnya. - Aku, "???"

"Lipat kaki seluar" ulang aku.

"Macam mana nak lipat kaki seluar" tanya Amirul.

Ah, rupanya tak reti lipat kaki seluar pulak. Aku bongkokkan badan dan tolong lipat kaki seluar Amirul. Kemudian aku ajar dia cara amik wudhu. Nampak Amirul tak kekok. Cuma 'step' perlu diberitahu satu persatu. Aku ajarkan cara wudhu yang paling 'simple'.

Kami jadi makmum masbuk. Tapi Amirul main belasah sembahyang dari awal rakaat pertama sampai dia sempat 'follow' imam dalam rakaat kedua. Biarlah. Sembahyang dia bukan boleh buat kira.

Amirul budak OKU sejak dia kena demam panas dan sawan masa sekolah rendah. Sejak itu perbuatannya sudah lain dari normal. Dia jadi budak lembam.

Pernah satu ketika, dia hendak ceritakan suatu kisah yang pernah berlaku waktu sekolah rendah. Cuma dia tidak ingat di darjah berapa kisah itu terjadi. Katanya, "Masa Amirul darjah 1 ke, darjah 2 ke, darjah 3 ke, darjah 4 ke, darjah 5 ke, darjah 6 ke? ..." Habis semua darjah dia sebut.

Walaupun itu sifat Amirul sekarang, namun aku kagum kerana DIA SWT terbitkan rasa ingin sembahyang dari diri kecil Amirul. Oh, malu aku rasa pada diri sendiri kalau aku yang sihat ini pun tidak sembahyang. Mengapa DIA SWT tunjukkan seorang hamba-Nya yang tidak wajib bersembahyang tapi tetap juga mahu sembahyang hanya kerana naluri kehambaan itu masih segar walaupun otaknya sudah 'punah'.

Kalian di luar sana, marilah sama-sama muhasabah. Kalau kalian yang masih sihat, dan juga aku yang masih sihat tetapi sudah pandai tidak bersolat, adakah tidak cukup terhina bila orang seperti Amirul pun masih ingin bersolat? Cuba lihat di sekeliling kita. Orang tua yang jalan pun sudah terketar-ketar. Sembahyangnya pun kadang-kadang beralas kerusi. Tapi tetap utuh mengerjakan solat. Adakah kita yang berdiri cukup sifat ini dengan senang hati meninggalkan solat?

Kadang-kadang aku jadi malu kepada bangla!! Mereka datang menumpang di tanah kita sehingga kita rasa diri tuan di tanah ini. Namun setiap kali sembahyang Jumaat, bangla ini menjadi tuan di masjid kita dan kita seperti orang menumpang... sanggup  tidak menjengah masjid kerana mahu ponteng Jumaat!
Alangkah baiknya golongan ponteng Jumaat ini dihantar ke bangla dan bangla ini diberi hak kerakyatan. Sungguh celaka mereka yang ponteng Jumaat ini tapi dengan tidak segan silu menunjukkan muka di kedai-kedai makan dan di pasaraya-pasaraya besar menghabiskan masa senggang yang diberikan syarikat untuk bersolat Jumaat.

Sama-sama la kita bermuhasabah. Kerana sungguh solat ini amatlah berat, melainkan kepada mereka yang kusyuk.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

1 comment:

voltox said...

terharu baca cite sheh ni..aku memang takleh tengok jenis orang2 yg OKU ni..tersentuh melihatnya..sedih bila kenangkan nasib diorang..tp diorang hidup senang di sana nanti..kita yg normal ni pun belum tau lagi cmne nasib kita..

apa pun sheh tetap terbaik..salah ke aku cakap..my opinion je..takkan nak marah kot..ehehe