Followers

11 January, 2012

TAHUN BARU DAN SUNNAH

Dia dah datang. Tak nak ke, nak ke... tahun  2012 telah datang.

Macam mana azam korang? Semua agaknya sibuk cakap pasal azam. Ingat waktu aku kat sekolah rendah dulu, hari pertama persekolahan, mesti cikgu tanya apa azam tahun baru. Macam-macam jawapan. Paling biasa jawapan yang diterima, "Azam saya sama macam tahun lepas". Hehehe.

Aku punya azam, tahun ni aku nak dapatkan six pack. Aku tau... ramai kawan-kawan jeles dengan azam aku ni. Yang jeles tu akan berkata, "Ah, aku dah tiga tahun lepas dengar azam ko camni. Muak.. Nak muntah!"

Tu member kerja aku skang cakap. Bekas budak kolej aku cakap pulak "... dah 6 tahun lepas...". Dengki jer tu... Aku faham.

Teruskan berazam. Kita mungkin berazam untuk kaya. Kita mungkin berazam untuk berjaya dalam pelajaran, atau kerjaya bagi yang dah bekerja. Sekurang-kurangnya, itu bermaksud kita mahukan hidup tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Bukankah itu yang disabdakan Dia s.a.w - hari ini mesti lebih baik dari semalam?

Atau mungkin juga kita mengulangi azam tahun lepas kerana kegagalan kita menyempurnakannya pada tahun tersebut. Sebenarnya, kita mendapat 2 kejayaan daripada kegagalan itu. Pertama, kita berjaya SEDAR tentang kegagalan itu. Kedua, kita berjaya MERANCANG dan tindakan pertama daripada rancangan itu adalah - Berazam!

Permulaan tahun baru kali ini amat baik. Aku mulakan tahun baru dengan bercuti di kampung. Keluarga buat majlis kesyukuran dan cukur jambul cucu pertama. Alhamdulillah.. pujian kepada-Nya. Segalanya nampak lancar dan dipermudahkan DIA SWT. Padahal sehari sebelum majlis, kitorang berhempas pulas memasak dalam keadaan hujan dan angin kuat. Pindah dapur sana, pindah dapur sini. Api dapur beberapa kali jugak padam.

Lagi? Ermm... lagi, bilik aku yang selama ini bersepah dengan sepahan yang mendahsyatkan, berjaya dikemaskan dengan kemasan yang menyamankan sebelum masuknya tahun baru. Tandas pun siap cuci. Aku jugak ada membeli sebuah meja kecik untuk letak laptop di bilik. Sekurang-kurangnya, masalah sakit tengkuk akibat meniarap selesai.

Banyak duit aku habis. Selain meja, aku beli sepasang kasut joging. Rasanya seperti agak boros berbelanja, namun berbaloi. Semua ini memudahkan kerja (aktiviti) aku. Nanti, aku mungkin akan membeli sepasang lagi kasut, khas untuk panjat gunung. Hahaha, nak mendaki pulak. Sekarang tengah fikir pasal tu.

Lagi 1 perkara best, aku dah gantikan dvd drive laptop yang rosak. Dah boleh pasni melayan dvd-dvd citer. Melayang RM150 kat Low Yat. Aku try mintak souvenir kat amoi tu, dia gelak jer. Kalau gelak... bagi, ok la jugak. Ni tarak. Kedekut... =P

Ok, lupakan semua tu. Sajer bercerita. Kononnya... nak kongsi kegembiraan aku ni. Ntah-ntah korang taknak tau pun. Mungkin korang bukan berkongsi perkara yang aku ada, tapi sekurang-kurangnya korang tergerak hati melihat semula apa perkara baik yang ada pada korang pada permulaan tahun ini. Bersyukurlah dahulu! Nanti DIA SWT tambah nikmat-Nya.

Berazam untuk mencapai kejayaan atau memperbaiki kehidupan menjadi lebih baik. Dipenuhi dengan kemewahan harta dan disanjung dengan ketinggian  maruah dan peribadi. Namun, apalah erti semua itu, jika sunnah Dia s.a.w semakin dipinggirkan.

Sekadar mengajak sama-sama menilai diri. Kerana berazam itu merupakan niat. Melaksanakannya merupakan hijrah kepada yang lebih baik. Dan sunnah Dia s.a.w adalah semakin asing. Lihat sekeliling kita, dan tanyalah di manakah amalan sunnah ini dalam diri kita?

Tak kira parti Islam atau parti Melayu. Tak kira pemimpin bandar atau pemimpin kampung. Semuanya secara sedar atau tidak sedar sudah mula meminggirkan sunnah. Sunnah Dia s.a.w adalah bersatu, tapi berapa banyak pihak yang berpengaruh mencanangkan permusuhan. Hanya demi suatu sebab yang mudah.

Sunnah Dia s.a.w berbeza pendapat adalah rahmat. Lebih-lebih lagi hal agama yang nyata dapat dimudahkan dengan hadirnya pendapat ulama yang bersifat ringan. Tapi berapa banyak mereka yang berasa 'lebih' dan 'pandai' dengan ilmu yang berbeza. Hingga mula menyoal dan menyoal. Menyalahkan orang lain.

Bukanlah sesuatu yang susah untuk memahami sunnah. Segala perbuatan Dia s.a.w adalah sunnah. Segala ajarannya adalah sunnah. Segala kebaikan adalah menghampiri sunnah. Sehingga senyum itu sunnah. Mengalih duri itu dari sebatang jalan juga sunnah. Memberi salam juga sunnah. Maka sunnah Dia s.a.w. yang mana sukar dilaksanakan?

Akhir tahun ini, aku ada membeli 2 buah buku. Kedua-duanya dikarang oleh orang asing yang bukan Muslim. Buku-buku ini jugak BUKAN bercorak keagamaan. Lebih kepada pengurusan diri dan motivasi. Jadi tidak ada rantaian ayat-ayat Quran yang suci. Namun, di sinilah aku menjumpai sunnah Dia s.a.w. dipraktikkan dengan sistematik yang begitu baik sekali.

Sebenarnya setiap kali kita membaca, kita mencari sesuatu. Sesuatu yang boleh menjawab masalah-masalah yang berlegar sekeliling kita. Masalah yang mengganggu kerja dan kehidupan keluarga kita. Mencari kaedah penyelesaian dan kita mahu tahu langkah demi langkah. Apakah langkah pertama sebelum ke langkah kedua. 
Persoalan yang bersifat praktik ini gagal dijawab dalam kebanyakan buku bercorak keagamaan-ini pendapat aku.

Sebagai contoh, apabila membicarakan tujuan manusia di dunia ini, kita diajar yang kita diciptakan untuk beribadah kepada DIA SWT. Kemudian disertakan dalil-dalil al-Quran yang menyokong. Dan kita dibiarkan dengan satu pandangan ibadah yang cukup luas. Akhirnya kita makin hanyut dan lemas. Kita tewas di dunia praktik yang sebenar. Kita gagal melaksanakan ibadah yang dikatakan tujuan hidup itu.

Tiada cacatnya buku agama itu. Kerana setiap buku itu, ada bidang ilmunya. Ia tidak bercakap melainkan sesuai dengan kepakarannya. Yang menjadi masalah, apabila kita menghadkan pembacaan kita hanya kerana merasakan buku-buku pengarang bukan muslim ini 'kebaratan'.

Kita gagal untuk mencari kesinambungan ilmu. Ilmu ini bersifat seperti air yang mengalir. Tidak pernah ada ada hujung dan penamatnya kerana kitaran air itu sentiasa berlaku. Jadi pencarian mesti berlaku walaupun pada siapa dan di mana ia berada.

Kesedaran mengenai sunnah ini bertambah apabila aku teringatkan sabda Dia s.a.w. berkaitan suruhan mengajar anak dengan 3 kemahiran iaitu berenang, memanah dan menunggang kuda. Berapa kerat agaknya penduduk Melayu Malaysia atau Islam yang menguasai sunnah ini? Adakah kita mahu kata kemahiran ini tidak lagi penting sebab zaman berubah? Seolah-olah kita memperlekehkan pula hadis ini.

 Cuba kita tonton filem-filem Hollywood kalau tidak menyaksikan aktornya berenang dan berkuda pada sesetengah babak. Atau kita sama-sama menarik nafas cemas tatkala aktor Robin Hood menarik busur untuk memanah askar musuh. Berapa banyak pula penduduk Amerika yang mempunyai kolam mandi di halaman rumah? Mungkin sedikit akademik, kalau aku tanyakan berapa banyak kajian mengenai kesan daripada 3 aktiviti ini kepada badan kita?

Semua ini perlu dijawab dalam konteks ibadah yang perlu dikecilkan skopnya. Untuk melaksanakan sunnah berenang, kita perlu mengadakan sebuah kolam di halaman rumah. Semestinya memerlukan belanja yang besar. Oleh itu, kita perlu  tahu cara untuk menjana kewangan. Perlu kepada strategi dan perancangan yang rapi. Untuk mengetahui hikmah berenang, perlu kepada pembangunan kajian yang disertakan dengan kemampanan ilmu.

Saling perkaitan ini akhirnya menterjemahkan seorang manusia yang menunaikan tujuan hidup. Akhirnya manusia mencapai matlamat akhirat dengan cara melaksankan matlamat dunia. Wallahu'alam.
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

4 comments:

voltox said...

wah shekh..nampak serius kali ni..tgh takde mood ye..eheh

patut la shekh skrg org ajak joging tanak..nak beli suit renang la..skrg baru aku faham..sheh beli kolam belon tu ye..

apapun..betul kata sheh..sunnah nabi nampak asing untuk diamalkn skrg..malah org malu nak amalkan..

terbaik la sheh..mcm abdullah fahmi..

aku mzke said...

aku betol2 x ingat sape abdullah fahmi... bile ko da bgtau, aku tukar dah... skg ezad iskandar.

hahaha

naimisa said...

sayap kirinya bila nak pasang?

aku mzke said...

sayap kiri ape ni? hehehe....