Followers

19 January, 2012

Api Boleh Hasilkan Pokok?

Ustaz Azhar Idrus memang femes! Dulu, aku rasa... dia macam kebanyakan ustaz kampung yang bukan siapa-siapa. Memang dah rezeki dia dan dah tertulis takdir dia jadi macam sekarang. First time aku dengar ceramah dia bila pakcik aku pasang cd ceramah masa kat kampung. Tu pun 3 atau 4 tahun yang lepas.

Dia berceramah dalam loghat Terengganu hok pekat. Kelakar giler. Standard Maharajalawak Mega tapi penuh isi dan tinggi ilmunya. Satu benda yang buat aku minat uztaz ni adalah kebolehan dia mengingat detail dalil-dalil daripada Quran dan Hadis. 

Respek la. Aku... nak ingat nama-nama Sultan Zaman Kesultanan Melayu Melaka masa belajar subjek Sejarah kat sekolah dulu pun terkebil-kebil. Tu yang brape sangat markah aku dapat. 

Awal tahun baru-baru ni, pakcik aku datang rumah untuk menolong kerja-kerja persiapan majlis cukur jambul. Sempat pulak dia hulur cd Ustaz Azhar. Suruh aku pasang sambil-sambil kitorang buat kerja. Tapi, oleh kerana sibuk sangat, tak dapat la nak pasang. Sebab kalau pasang pun, tak ada yang nak tengok. Yang ada kat depan tv pun, semua budak-budak. Bagi diorang, baik tengok kartun lagi best dari dengar ceramah, ye tak? (bagi aku pun....)

Aku bawak cd tu balik ke Nilai sebab tak sempat jugak nak tengok masa bercuti tu. Sayangnya, cd ada masalah. Sempat tengok dalam 15 minit jer.. Pastu player takleh baca lagi dah.

Ceramah dalam cd tu berkenaan Neraka. Kata ustaz, DIA SWT jadikan neraka tu bukan untuk orang mukmin. Neraka ni dijadikan untuk ORANG YANG TAK MENGAKU ALLAH ITU TUHAN SEKELIAN MANUSIA DAN MAKHLUK.

"Jadi, kenapa orang mukmin dimasukkan jugak ke dalam neraka?" Ustaz Azhar tanya balik.

Ini kerana DIA SWT hendak MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENSUCIKAN DIRI MUKMIN ITU SEBELUM DIMASUKKAN KE SYURGA. Jawapan daripada Ustaz Azhar.

Dulu, aku ada terdengar pasal kisah seorang sahabat Dia s.a.w. Aku tak berapa ingat cerita ni, harap sesiapa yang tahu, boleh betulkan. Insya Allah.

Kisah dalam satu perjalanan sahabat ini bersama-sama Dia s.a.w. Baginda memberitahunya satu hadis yang mempunyai maksud sama seperti syarahan ustaz Azhar. Iaitu orang yang mengucap kalimah syahadah tidak akan kekal di neraka kerana akhirnya mereka akan masuk syurga selepas di azab.

Apabila mendengarnya, sahabat ini tidak berani mendedahkan hadis ni  kerana takut umat Islam TIDAK MAHU BERAMAL KERANA RASA SELAMAT.

Namun menjelang hari tuanya, apabila dirasakan hidupnya mungkin tidak lama, dia menyampaikan juga hadis kepada sahabat-sahabat lain. Ini kerana dia lagi takut termasuk dalam golongan yang menyembunyikan hadis kerana ianya bertentangan dengan sabda Dia s.a.w "Sampaikan oleh mu walaupun 1 ayat."

Mungkin cerita pasal pokok sequioa di Yosemite dapat menggambarkan kejadian manusia dibakar dalam neraka ini. Aku menonton dokumentari pasal pokok ini kat tv.

Menurut narator dokumentari ini, suatu ketika dulu kawasan hutan di Yosemite diistiharkan sebagai hutan warisan oleh Abraham Lincoln. Oleh sebab itu, perhatian khusus diberikan kepada hutan itu. Masalahnya, kebakaran hutan secara semulajadi kerap terjadi. Tindakan pantas berjaya memadamkan setiap kebakaran berlaku.

Namun, masalah lain muncul apabila didapati pokok sequioa yang menjadi warisan hutan itu semakin pupus. Setelah dikaji, rupanya kejadian kebakaran hutan dapat membiakkan pokok ini. Buah pokok sequioa yang mengandungi biji benih akan pecah apabila dibakar dan benih ini akan tersebar dan membiak.

Rupa-rupanya kejadian kebakaran hutan yang kelihatan berlaku secara semulajadi sebenarnya memang dirancang oleh pencipta pokok sequioa. Ini kerana DIA SWT telah menjadikan pokok ini kalis api kerana terdapat sejenis bahan pada kulit pokok ini yang dipanggil tanin yang tidak boleh dibakar oleh api.

Akhirnya api tadi menyebabkan hutan itu kembali subur dengan pokok sequioa sebagaimana api neraka yang membersihkan jiwa para mukmin. Kesimpulan lain yang boleh diambil adalah setiap kesukaran pasti akan hadir kesenangan. Kalau hidup kita selalu berdepan dengan cabaran dan ujian, maka kita kena yakin bahawa akan ada hikmah disebaliknya.

Hanya kesabaran dan usaha yang istiqamah akan memandu kita ke arah kejayaan.

Perkara penting di sini, walaupun mukmin tetap akan masuk syurga setelah diazab, itu bukan bermakna kita boleh menerimanya dengan lapang dada tanpa risau. Ingat!! Neraka itu panasnya berkali-kali ganda. Masa diazab juga pastinya lebih lama dan dikira mengikut kiraan tahun akhirat dan bukan setahun bersamaan 365 hari dunia hari ini. Mampukah kita menanggung walau sehari??

Aku berdoa, agar aku dan pembaca juga... semuanya diberi kekuatan untuk memperbaiki diri dan mempersiapkan diri untuk kembali kepada-Nya.  
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

3 comments:

aku mzke said...

Salam.

Sy meraikan follower baru... asna diana, azureen haris, shaleila..dan juga kepada semua follower samada yang sy kenal atau tak...terima kasih daun keladi... semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada nerakanya dan memberi kita syurga.... amin.

voltox said...

wah..ada follower baru ye..terbaik dr ladang..hehe

menarik la post sheh ni..kisah pokok tu mmg terbaik..bukan terbaik dari ladang tau..tapi terbaik dari hutan warisan oleh Abraham Lincoln..ehehe

29hb ni ada ceramah ust azhar di masjid shah alam..sheh nak gi tak..terbaik..

aku mzke said...

29hb ada kenduri pulak... mane satu nak didulukan??? ayoyo..