Followers

16 November, 2012

haji dan takdir

Alhamdulillah.

Tahun baru Islam datang lagi. Paling best, dapat cuti.. hahaha. Jadi, aku pun terus 'shoot' balik kampung kat Terengganu. Ada saper-saper nak kirim keropok lekor???????! Heee ~

Demi masa... sesungguhnya manusia dalam kerugian... surah al-Asr. Masa sentiasa berjalan dan tak pernah berhenti. Ada cerdik pandai berkata, masa ini umpama mata pedang. Kalau kita tidak memotongnya, dia yang akan memotong kita.

Dari hari ke hari, dari tahun ke tahun. Cepat masa tu berlalu. Apa pencapaian kita sekarang? Adakah dah cukup puas hati dengan apa yang kita dapat dan buat sekarang?

Pada aku, tak payah nak pikir jauh-jauh. Bacaan sembahyang pun dah cukup menunjukkan betapa 'low'nyer pencapaian aku. Huuuhuuuhuuu... ;-(

Berubah! Berubah! Aku kena berubah! Doakan aku yer.. dan aku doakan kalian.. sama-sama la kita mendoakan antara satu dengan yang lain. Takyah ler kita nak menyalahkan takdir..

Ustaz kata, takdir ada dua. Takdir muallaq dan takdir mubram. Betulkan kalau aku salah sebab aku dengar-dengar camtu jer masa ustaz tu ceramah.

Takdir muallaq adalah takdir tertulis di lauh mahfuz. Ia boleh diubah dengan doa. Takdir mubram adalah takdir yang berada dalam ilmullah dan ia tidak akan berubah sampai bila-bila. Kesihatan yang ada pada kita adalah contoh takdir muallaq. Hari kiamat adalah takdir mubram.

Jadi, berusaha dan berdoalah kita. Takdir pasti akan menyebelahi orang yang tidak pernah berputus asa.

Sekarang lak musim haji. Bestnyer dapat pergi haji, tengok kaabah, sembahyang di sana. Betapa dekatnya kita dapat rasakan DIA SWT dan Dia SAW dengan kita kerana di sanalah segala-galanya bermula.

Pakcik dan makcik aku jugak menjadi tetamu DIA SWT tahun ni. Alhamdulillah, beruntung mereka!

Seorang ustaz menceritakan pengalamannya semasa dia berada di airport untuk sama-sama menyambut jemaah haji yang baru sampai daripada Mekah.

Ada seorang lelaki berdiri berdekatan dengan ustaz. Dia pun sedang menunggu ketibaan jemaah. Sebaik sahaja kelihatan jemaah haji yang ditunggu-tunggu melangkah masuk ke ruang ketibaan, lelaki tadi segera menyapa, "Haji.... Haji.... "

Biasa la panggilan haji tu kan. Maklum ajelah, kawan tu dah gi haji, baru sampai pulak tu... tak salahlah panggil haji. Apatah lagi, lelaki itu pulak orang pertama yang menyambutnya. Nak jugak merasa jadi orang pertama panggil jemaah itu Haji.

Sekali, jemaah tu menjawab... "Jangan panggil haji lagi. Tak tahu lagi haji ni sah ker tak!"

MySpace

Hahaha.. macam-macam orang ni kan. Agaknya dia merendah diri tu. Lain kali nak nasihatkan dia supaya jangan bergurau camtu kat depan orang ramai. Nanti timbul fitnah. Huhuhu.

Bercakap pasal haji dan takdir ni, aku masih belum daftar haji. Duit dalam tabung haji belum cukup nak daftar. Aku lewat bukak akaun tabung haji ni. Dah tua-tua camni baru lah tergedek-gedek nak bukak.

Nak tunggu sampai seru ker baru nak daftar? Takyah kot... nak beli smartphone pun kita tak tunggu seru.. kenapa dalam bab haji, yang jadi rukun Islam ni kita nak kena tunggu sampai seru? Yang man yang wajib sebenarnya? Smartphone ke haji?

Tepuk dada, Tanya iman.
 
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

08 November, 2012

SEPARUH AIR SIRAP UNTUK TETAMU

Dalam sebuah kenduri, air sirap telah kehabisan. Tiada lagi sirap untuk dibancuh. Ais semuanya sudah cair. Kedai untuk membeli ais dan sirap begitu jauh. Memakan masa setengah hari jika berkenderaan walaupun memecut laju. Sekarang, tuan rumah hanya sempat menyimpan segelas air sirap yang belum disentuh. Segelas sahaja.

Kebetulan, ada seorang sahaja tetamu yang belum minum. Jam menunjukkan 3.57 petang. Lagi 3 minit, majlis berakhir. Dan logiknya, jika tetamu datang selepas pukul 4.00 petang, iaitu waktu majlis tamat, tuan rumah tidak bertanggungjawab lagi untuk menyediakan makan dan minum. Tetamu pula kena menerima seadanya sahaja apa yang dihidangkan.




Dengan yakin dan tersenyum, tuan rumah memberikan gelas air sirap kepada tetamu terakhir itu. Tiba-tiba seseorang melaung dari belakang. Rupa-rupanya masih ada seorang tetamu lagi. Tetamu kedua ini juga belum minum.

Ternyata tuan rumah tidak mempunyai pilihan. Nak atau tak nak, air sirap segelas ini terpaksa dibahagi dua. Masing-masing menerima dengan rela separuh air sirap setiap gelas.

Itu sekadar gambaran aku mengenai konsep bahagi. Ini matematik mudah. Satu benda, apabila dibahagi dua akan menjadi separuh-separuh. Ramai orang faham dan senang menerima konsep ini.

Ini cerita Kamarul seorang ayah. Dulu, dia hanya suami kepada isterinya. Dan sebelum itu, dia hanya lelaki bujang yang hanya mempunyai sebuah kancil dan seribu masalah kerja yang membosankan hari-harinya.

Apabila mendapat anak pertama, dia ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kasih sayang Kamarul curahkan kepadanya. Inilah zuriatnya. Darah daging yang akan menyambung legasi keturunannya.

DIA SWT itu Maha Pemurah. Kamarul dikurniakan anak yang ke-2. Hati Kamarul makin berbunga. Kini, kasih sayangnya perlu dibahagi antara anak pertama dan anak ke-2. Namun, Kamarul tidak pernah ambil kisah. Kedua-duanya pun anak-anaknya yang amat disayangi. Dia mesti adil. Kasih sayangnya mesti diberikan sama banyak antara anak pertama dan anak ke-2.

DIA SWT itu Maha Kaya. Memberi Kamarul 2 orang anak, tidak sedikitpun mengurangkan khazanah kekayaan DIA SWT. Dengan sifat ar-rahiim-Nya, dikurniakan lagi anak yang ketiga. Kamarul bersyukur di atas kurniaan itu. Akan tetapi, dia mendapati tiada lagi kasih sayang yang hendak diberikan kepada anak yang ke-3. Ini kerana 50% kasih sayangnya telah diberikan kepada anaknya yang pertama. Manakala 50% lagi diberikan kepada anak ke-2. Jika kasih sayang ini dibahagi tiga pula, maka sikitlah peratus anak-anaknya mendapat kasih sayang daripadanya. Kamarul gelisah dan buntu memikirkannya.

Nilai kasih sayang bukan matematik mudah. Ia matematik susah. Aku tau, korang yang baca blog ni matematik mudah pun korang kata susah... hahahaha.

Encik Celemans ada berkongsi pendapat. Katanya, kasih sayang ni bukan macam air dalam gelas. Air tu kalau dibahagi antara 2 gelas, maka setiap gelas akan dapat separuh. Kasih sayang kalau dibahagikan, masing-masing masih boleh mendapat 100%. Bahkan, lagi dibahagikan kasih sayang ini, lagi banyak kasih sayang terhasil.

Seorang yang menyayangi orang lain, akan turut disayangi orang lain. Seorang yang penyayang, akan mendapat ramai kawan. Itulah matematik susah bagi nilai kasih sayang.

Jika seorang perempuan memahami sebaiknya nilai kasih sayang, maka tidak timbul kerisauan berkongsi kasih bagi yang berpoligami. Bahkan jika seorang lelaki memahami nilai kasih sayang, maka tidak timbul ketidakadilan yang tidak disukai perempuan.

DIA SWT memberikan sedikit sifat ar-Rahman dan ar-Rahiim itu kepada manusia supaya manusia menikmati keagungan sifat-sifat-Nya. Dan juga, supaya manusia bersyukur dan seterusnya menghasilkan CINTA KEPADA DIA SWT.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

31 October, 2012

SAYA ORANG ISLAM

Aloha...

Dah lama tak update. Bizi.... hahaha (gelak ada makna lain ni. Makna yang tepat = bizi la sangat??!). Maap la kalau ada yang selalu terbelek-belek blog aku ni, tapi tengok isi kandungan tak berubah-ubah. Silap aku, pengurusan masa tak cekap.

Aku ada join water rafting di Sungai Sungkai, Perak awal bulan Oktober. First time aku cuba aktiviti ni. Seronok! Kawan aku yang dah dua tiga kali buat water rafting cakap port ni tak cukup extreme. Tak kisahla...

Kat sini, ada petempatan orang asli. Comel-comel pondok diorang. Kecik-kecik jer. Dibuat dari mengkuang, rotan dan buluh. Tapi diorang guna untuk lepak jer, dorang tinggal kat rumah batu cam kita jugak. Pondok tu diorang buat kat tepi rumah jer.

Aku cam excited jugak la bila jumpa diorang ni. Bukan selalu. Diorang pun nampak excited jugak jumpa kitorang ni. Bila nampak kami, diorang senyum. Mesraa.. hehehe.

Paling best, masa kami rafting tu, budak orang asli dalam umur 5- 6 tahun, boleh berjalan sambil melompat-lompat dalam air lagi laju daripada kitorang punya raft. Padahal sebelum tu, kitorang dah tinggalkan diorang kat belakang. Terrer.. terrer!
Orang asli ni memang terrer. Lagi-lagi bab dok kat hutan ni. Ilmu mereka memang superb. Kalau mak bapak kita, mungkin tak benarkan anak mereka main-main kat sungai tanpa pengawasan. Tapi anak orang asli, sungai ni dah macam padang permainan diorang.

Member rafting aku ada cerita satu kes yang berlaku kat tempat lain, pasal orang asli marah kepada pembalak cina. Diorang tak puas hati cara pembalak Cina ni layan mereka. Orang asli ni buat sepanduk "Jangan buat kami seperti binatang di zoo. Kami manusia". Lebih kurang macam tu ler bunyinya.

Benda macam ni memang tak patut jadi. Kita kena layan mereka seperti manusia lain jugak. Mungkin mereka agak ketinggalan dari segi ilmu dan kemodenan, tapi itu bukan alasan kita boleh menghina mereka. Mereka ada maruah. Dan rasanya, mereka lebih mulia kerana tidak terlibat dengan gejala sosial yang merebak dalam masyarakat moden sekarang.

Orang asli jenis yang lurus. Dalam kelurusan ni la, banyak cerita-cerita lawak muncul. Aku kumpulkan beberapa daripada cerita yang aku dengar kat sini. Boleh gelak kalau rasa lucu. Cerita-cerita ini bukan niat menghina mereka. Ianya sekadar menceritakan betapa jujurnya mereka dalam menilai sesuatu. Mungkin kejujuran seperti inilah yang semakin hilang dalam diri aku, yang hidup dalam dunia yang penuh tipu daya untuk mendapat kesenangan.

CERITA 1

Berlaku kejadian bunuh dalam satu pergaduhan orang asli. Polis telah menangkap suspek yang terlibat. Dalam soal siasat, polis bertanya, "Mengapa kamu bunuh dia?". Orang asli dengan selamber jawab, "Saya tak bunuh dia. Saya cuma tetak. Dia mati sendiri!"

moral : Betul la tu, mati tu kan dah ajal. Tetak tu asbab jer... hehe.

CERITA 2

Pegawai JAIS telah datang ke sebuah kampung orang asli yang sebelum ini penduduknya pernah menjalani proses pengislaman. Dia melawat salah seorang muallaf orang asli tersebut dan dikejutkan dengan kehadiran anjing peliharaannya. Pegawai JAIS itu bertanya, "Awak sudah Islam, mengapa awak masih bela anjing?". Orang asli itu lantas menjawab, "Tak per encik, saya sudah islamkan anjing itu." Riak wajahnya tidak menunjukkan apa-apa kesalahan.

moral : Sayangi harta benda anda!


CERITA 3

Suatu ketika, wartawan tv datang ke perkampungan orang asli untuk buat liputan pasal serangan gajah liar. Wartawan tu tanya bila serangan gajah biasa berlaku. Orang asli itu jawab, "Saya tak tahu. Gajah pun tak bagitau"

Moral : Bukan senang nak jadi wartawan.


CERITA 4
Seseorang ingin membeli petai yang dijual oleh orang asli. Dia pun membuat tawar menawar. "Berapa harga?" tanya orang itu. "3 papan seringgit. Ambik 6 papan, 2 ringgit" jawab orang asli. "Boleh murah sikit?" dia bertanya. Orang asli menjawab, "Nak murah, potong petai tu.."

moral : Mathematic is simple.


CERITA 5

Encik Celemans ingin membeli madu dengan seorang penjual orang asli. Dia ingin memastikan ketulenan madu itu. "Madu asli ke?" dia bertanya. "Saya tak tahu ini asli ke tidak.." jawab orang asli sambil menyambung kata-katanya, "... lebah pun tak bagitahu saya ini asli ke tidak. Tapi madu ni saya ambik kat pokok."

moral : barang yang asli memang bagus... thumbs up!


CERITA 6
Ini cerita 18sx. Jangan baca kalau sensitippp!

Seorang orang asli mengadu kepada doktor, dia hendak merancang kelahiran anaknya kerana sudah mempunyai anak yang agak ramai. Doktor menyuruhnya memakai kondom dan doktor menunjukkan cara memakai kondom menggunakan jari sebagai ganti alat kelamin lelaki. Setelah beberapa lama tidak berjumpa, suatu hari orang asli itu datang berjumpa doktor sambil marah-marah kerana isterinya masih mengandung. Apabila disiasat, rupanya orang asli itu betul-betul memakai kondom di jari semasa bersama isteri. Doktor sekali lagi menerangkan kaedah yang betul dan kali ini lebih berterus terang. Seperti sebelum ini, selepas lama tidak berjumpa, orang asli sekali lagi datang dan memberitahu isterinya masih mengandung. Doktor bertanya, "Macam mana awak pakai kondom tu?" Jawab orang asli, "Saya tengok hujung kondom saya pakai tu ada lebih, jadi saya potong." Doktor berang dan bertanya, "Mengapa awak potong?!" Orang asli itu berkata, "Saya orang Islam. Kena sunat"
moral : Berterus-terang demi ilmu dan kebenaran. Berkata benar walaupun pahit.

 
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

30 September, 2012

Dahi di tanah adalah nikmat

 
Berdo'alah supaya DIA SWT memberikan rasa cukup kepadamu.. supaya kamu sentiasa bersyukur dan tidak pernah merasa kurang.
 
Kerana...
 
Masalah manusia sekarang adalah apabila tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka ada.
 
Ada antara mereka tidak miskin, tapi tidak juga merasa kaya.
 
Ada antara mereka tidak susah, tetapi tidak jugak merasa senang.
 
Ada antara mereka punyai keluarga, tetapi merasa keseorangan.
 
Ada antara mereka disayangi, tetapi mereka rasa tidak dipedulikan.
 
 
Perasaan tidak cukup membawa mereka jauh daripada DIA SWT. Mereka merasa disusahkan dengan takdir mereka sendiri. Mereka merasa dizalimi. Siapa yang menzalimi mereka?? Bukankah segala yang mereka peroleh adalah dari limpah kurnia DIA SWT, Tuhan yang MAHA ADIL?
 
DIA SWT bersifat AR RAHMAN dan AR RAHIIM. Sifat-Nya itu mencakupi seluruh makhluk-Nya, tanpa mengira mereka beriman, mahupun kufur! SUBHANALLAH.

Nikmat adalah kurniaan DIA SWT. Nikmat terbesar adalah nikmat IMAN. Kerana hanya dengan beriman, percaya dan yakin kepada TUHAN YANG BENAR-BENAR TUHAN, barulah manusia mencapai nilai seorang manusia.

Manusia yang takut kehilangan harta, sebenarnya beriman dengan harta. Manusia yang takut kehilangan ahli keluarga, sebenarnya beriman kepada mereka. Manusia yang mempunyai keimanan kepada DIA SWT, adalah manusia yang sedar segala sesuatu yang dimilikinya adalah pinjaman dan kurniaan DIA SWT. Tiada yang lebih hak mengambilnya kembali kecuali DIA SWT.

Salah satu nikmat yang aku rasakan ramai antara kita tidak menyedarinya, adalah nikmat meletakkan dahi  ke tanah semasa kita bersembahyang. Ringkasnya, kita namakannya SUJUD.

Rupa-rupanya ini juga adalah nikmat daripada DIA SWT. Dan nikmat sujud ini tidak diberikan kepada semua orang.

Kita lihat bagaimana DIA SWT tidak memberikan nikmat ini kepada orang bukan ISLAM. Malah, aku melihat nikmat ini juga ditarik daripada orang Islam sendiri. Kita mungkin melihatnya di masjid-masjid apabila ada di antara makmum yang bersembahyang duduk di kerusi, tidak dapat untuk sujud dengan menyentuh dahi ke tanah.

Analoginya, apabila kita mengadap raja. Namun, raja itu tidak memberi kebenaran untuk kita mengangkat sembah. Adakah kita rasa, raja itu menyukai kita?

Beruntunglah mereka yang masih mampu meletakkan dahi ke tanah sebagai tanda kepatuhan kepada PENCIPTA. Justeru, nikmat sujud ini janganlah dipandang sebagai perkara kecil. Takut-takut nanti, apabila DIA SWT telah menarik nikmat itu lantaran kerana kita terlalu ego semasa kita mampu.

Aku memberi pendapat bukan bermakna aku menghina mereka yang mengalami masalah sukar sujud kerana faktor kesihatan. Aku cuma menulis untuk mengingatkan diriku dan dirimu yang masih sihat supaya menyayangi nikmat sujud dan segera bersujud. Agar nanti, nasi tidak menjadi bubur dan aku dan kamu tidak menyesal.

 
 Sekadar senyum-senyum hari ini, aku hidangkan cerita pendek daripada seorang ustaz.
 
Orang Johor datang berkunjung bertemu kawan orang Kelantan di sana.

Semasa bercuti di rumah kawan Kelantan tu, orang Johor ternampak seekor ular telah masuk ke dalam rumah orang Kelantan.

orang Johor tu pun bagitau tuan rumah, "Ada ular!!"

Orang Kelantan pantas bertanya, "Mana ular tu?"

"Tu, di sana!" jawab orang Johor dengan nada cemas. Menunding ke arah ular.

Orang Kelantan berkata, " Katok la.."

Orang Johor menjawab lagi, "Ular la.."

Orang Kelantan mengulangi katanya, "Katok la... "

Orang Johor menjawab lagi. "Ular la... bukan katak!"

Orang Kelantan dah paham masalah orang Johor. "Aku suruh kau katok... maknanya pukul ular tu!"

alkisahnya...

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

21 September, 2012

SAMA-SAMA BINGUNG!

Mamat ni, tiba-tiba jer ajak aku pergi Simpang Durian. Kat maner tu? Dah la ngajak tu, masa aku gi berayer umah dia pulak.
"Bila?", aku betulkan duduk belakangku kat kerusi umah Mamat yang tak berapa nak empuk tu.
"Petang ni.. ", matanya tenung kat wajah Aaron Aziz aku ni, nak kepastian. Aku buat-buat pikir sejenak. Sebenarnya aku pun tak tau nak pikir apa.
"Ok.." setelah beberapa ketika, itu jawapan terpacul dari bibir mugil ku ini. Waaa...
Aku ingat dia biasa ngan Simpang Durian ni.
"Tak!" jawab Mamat, mengekeh-ngekeh ketawa. Kelebihannya, dia tau ke Jelebu ikut jalan dalam. Tak masuk hiway. Abang dia tunjuk, katanya. Kononnya, Simpang Durian ni di Jelebu.
Di Lenggeng, ribut dan hujan. Pokok tumbang. Mamat sempat memaut stereng kereta, elakkan pokok. Kami mengekeh-ngekeh ketawa bila dah selamat. (ada ke ketawa??? tak sopan betul 2 orang ni)

"Kena berhenti tanyer ni?" kata Mamat. Kebetulan kereta berselisih dengan motorsikal penjaja aiskrim.

"Hah, ni... tanya dia ni!" aku berseloroh. Siapa lagi yang jadi penjaja tu, kalau bukan Pakistan!

Dalam kampung cam ni pun dorang boleh sampai. Jeles aku. Pertama, sebab dorang dah amik kerja yang sepatutnya jadi milik orang kita yang miskin-miskin ni.  Kedua, kagum dorang boleh hidup di negara kita ni. Sedangkan ada orang kita yang rasa macam takleh hidup di negeri sendiri.

Jeles, jeles jugak.... tapi aku kena sedar yang dorang ni Islam. Saudara tu. Beruntung kita sebab dorang bukan kafir yang berkerja dalam masyarakat kita. Sekurang-kurangnya, kalau anak gadis dilarikan pun, masih lagi Islam yang melarikannya tu.Hehehe.. joke jer.

Mamat mengubah haluan kereta masuk ke Petronas. Aku arahkan mamat berhenti di sebelah brader yang kelihatan menunggu seseorang di tepi motorsikalnya.

"Tanya dia ler" kataku.

Tingkap kereta aku buka. Tanpa turun dari kereta, aku mengaju soalan.

"Assalamualaikum, bang..."

"Boleh saya tumpang tanyer, kat mana Simpang Durian?" aku mengaju soalan dengan penuh harapan.

Dia tersengih sambil memegang kepalanya. "Saya pun baru sampei dari Bahau.."

"Enggak tau tempat ini... SAMA-SAMA BINGUNG!" sekali lagi melempakan sengihan pada aku dan Mamat yang terkejut.

Dalam berjuta-juta rakyat Malaysia, ngapaan aku boleh tertanya orang Indonesia ni??! Nampaknya, inilah bukti betapa parahnya kemasukan warga asing ke Malaysia.

Yang masuh secar haram toksah kira la. Yang masuk melalui ejen yang tak habis-habis nak mengaut keuntungan tu la masalah sebenar!

Namun, macam aku cakap tadi... satu jer kita bersyukur sebab kebanyakan masih agama Islam. Saudara seagama. Dengan rela hati, kita kena belajar terima mereka. Tak salah mereka mencari kurnia DIA SWT di tempat kita. Ah, kita jangan jadi ORANG TAMAKKK!

Masalah kami selesai jugak apabila dapat bertanya sepasang suami isteri, penduduk setempat, yang sedang mengisi minyak motor di pam berhampiran.

Kami akhirnya sampai ke destinasi. Itu pun selepas kami terlajak masuk ke negeri Pahang. Tempatnya betul-betul sempadan. Simpang Durian, di dalamnya ada Durian Tipus. Kata brader yang kami jumpa di sini, datang la musim durian kalau nak makan durian free. Durian di sini dah tak ada harga sebab terlalu banyak.
 

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

03 September, 2012

DUIT RAYA DAN CERITA SEDIH

Hahahaha... eh, kenapa pulak baru intro aku dah gelak. Tajuk pun dah tulis 'cerita sedih' sepatutnya tak gelak lar.

Ermm. Nak cerita pasal duit raya. Alhamdulillah, tahun ni dapat lagi bagi duit raya mengikut nilai yang sama macam tahun lepas. Tak kurang. Sebenarnya aku risau takut duit tak cukup. Maklumlah, kadang-kadang bila kita 'manage' tak betul, tak dan nak 'spend' untuk duit raya.

Awal-awal lagi, dalam bulan puasa, aku dah 'announce' yang aku ada 3 syarat untuk siapa yang nak duit raya dari aku.

Syarat pertama; mereka mesti berumur 25 tahun ke bawah.

Syarat kedua; mereka mesti datang berjumpa aku, tiada kirim-kirim eh!

Syarat ketiga; untuk orang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan aku, nilai maksima duit raya diorang adalah DUA RINGGIT MALAYSIA SAHAJA! Paham???

Hahahaha... ramai kawan tak puas ati ngan syarat-syarat ni, terutama syarat ketiga tu. Ai, nak buat camne? Kalau takder syarat no. 3 tu, papa kedana la aku. Mesti ramai datang minta. Yang kawan ngan aku 'setahun sekali' pun agaknya sudi berkunjung ke teratak aku... cheewah!

Pun begitu, aku bermurah hati... Aku 'up' kan jugak nilai duit raya mereka. Lagipun, aku ada banyak duit raya lebih. Tapi tak bermaksud mereka senang-senang dapat berapa jumlah mereka nak. Hehehehe... kat sini, kejahatan aku bermula dan cerita sedih itu akan berlaku kepada kawan-kawan aku. Kui3.

Aku sediakan 7 sampul duit raya kosong. Setiap satu, aku dah tanda nilai duit raya. Of course la aku tak letak semua nilai sama, atau semua nilai berbeza!!

Ada 4 keping sampul mewakili nilai duit raya DUA RINGGIT.

Sekeping mewakili LIMA RINGGIT.

Sekeping mewakili SEPULUH RINGGIT.

Sekeping mewakili NOMBOR KOSONG.

Yang kosong ni saja nak gertak. Sebenarnya, siapa yang dapat sampul kosong ni, nilai duit rayanya sebanyak DUA PULUH RINGGIT MALAYSIA.

Dorang kena cabut sampul bertuah. Terpulang la pada rezki masing-masing. Aku redho jer. Kalau semua dapat sampul RM20, aku bagi... dapat RM2 lagi la dengan senang hati aku bagi.

Ingat, rezeki ni DIA SWT tentukan. Baik ke, buruk ke, banyak ke, sikit ke... Namun, DIA SWT tak halang kita daripada terus mintak sebab DIA SWT menyukai hamba yang selalu meminta dan berharap kepada-Nya. Qada' dan qadar inilah menjadi salah satu rukun iman yang kita wajib patuhi.

Maka ada la di antara kawan-kawan aku ni yang menerima berita sedih bila cabutan mereka terkena sampul bernilai RM2. Hehehehe... ingat kawan-kawan, ini bukan masa bersedih. Ini masa kita bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan DIA SWT kepada kita.

Ingat, daripada tiada duit raya, kepada ada. Justeru, aku tak nampak sebab apa kawan-kawan nak kecewa sangat bila tak dapat nilai yang besar. Yang penting, kita sedar, DIA SWT jugalah pemberi rezeki. Kepada-Nya kita bermohon supaya dimurahkan rezeki. Aminn!

Hahaha... tapi aku tau, aku amat kejam tahun ni... tahun ni jer aku buat camni kot. Tak sampai hati tengok orang sedih... T_T

Aku nak kongsi cerita duit raya beberapa tahun lepas masa aku beraya di kampung.

Cerita pertama pasal 3 orang budak lelaki yang datang beraya. Umur dalam lingkungan darjah 4 kot. Aku tak kenal pun diorang. Tak apa, hari raya kan. Hari kita bergembira dan mengalukan tetamu tak kira siapa, semua harus diraikan.

Kebetulan, aku dan keluarga tengah sibuk menyiapkan masakan untuk 'open house' esok hari. Anggaran tetamu dalam 200 orang. Kerja dapur agak banyak dan tak menang tangan, jadi aku tak dapat nak bagi budak-budak tu masuk ke rumah. Tak ada saper nak melayan. Terpaksalah aku cakap, "Dik, ambik jer duit raya, tak payah masuk sebab kitorang tengah sibuk nak buat makan untuk esok."

Budak-budak tu nampak ok jer. Agaknya 'happy' tak payah nak berpura-pura makan kuih sedangkan perut dah kenyang. Hehehe.

Aku pun masuk semula ke dapur nak sambung kerja. Tak lama selepas tu, kedengaran lagi suara budak-budak memberi salam. Kali ni lebih ramai budak-budak berdiri di depan pintu pagar rumah aku untuk nak beraya.

Oh, aku dah faham. Nampaknya mereka ini telah mendapat 'information' daripada budak bertiga tadi yang rumah ini tak perlu nak masuk beraya, ambil duit ajer. Ho...ho... setiakawan betuuulll.

Cerita kedua, berlaku di rumah sepupu aku. Oleh kerana aku ni sudah dewasa dan bekerja, masa tu aku pun tak ada anak buah, jadi duit raya aku bagi-bagikan kepada sepupu-sepupu yang masih kecil.

Sepupu aku yang baru umur 5 tahun ni, bila dapat jer sampul duit raya tu, terus buka depan-depan aku dan tengok nilai yang aku letak di dalamnya.

Dengan sinis dia berkata, "Lima ringgit jer???"

Makcik aku tersenyum malu dengan telatah anaknya. Dan aku tersenyum biruu.... Arkk!!!!  (+_+)

Cerita ketiga, berlaku tahun ni. Masa tu, aku beraya di rumah tok saudara. Kebetulan, bila aku sampai jer, cucu saudaranya baru turun dari rumah selesai beraya. Aku menegur cucunya, "Banyak dapat duit?"

"Banyak!" jawabnya, ceria dan bangga.

"Nak buat apa duit banyak-banyak?" tanyaku, saja pancing...

"Nak beli PSP.... ohh, tak. PSP dah ada. Nak beli iPad!"

Aku terdiam. Wow.... aku dulu tau beli kotak pensil dan pemadam baru jer pakai duit raya.

Zaman dah berubah.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

26 August, 2012

pemuda UMNO muslimat PAS

Malam tadi perasaan bercampur baur. Nak kata sedih, tak jugak. Nak kata tak sedih pun, tak jugak. Mungkin kesunyian adalah rasa yang paling tepat.
 
Aku bercakap pasal isu perasaan, perempuan dan pasangan. 3P. Hehehe...
 
Aku selalu ditanya, mengapa umur dah macam ni masih belum berkahwin. (Umur macam ni? Macam mana tu? Hehehe...)
 
Semalam seorang 'kawan' bagitau yang dia sudah berpunya. OK. Takde hal... dia 'kawan' aku jer pun. Ermmm... tak de hal lah... kecik punya hal... ermmm.. Ok.. Ok.. tak kisahnye pun  adoyai.
 
Ermm.. 'kawan' la. Bukan awek... 'kawan'. Jap... jap.. err...
 
Dia bagitau, lepas ni jangan pulak menjauhi dia. Dia kata aku 'kawan' dia yang paling rapat. Hahaha.. ok... takkan aku nak buat cam gitu... aku pun tak suka bila 'budak perempuan' kolej aku buat camtu kat aku dulu... hehe.. ok... errr... jap... jap....
 
Errr... mengapa pulak tiba-tiba rasa.... rasa... macam mana nak citer? Rasanya hilang semua kekenyangan aku makan nasi gulai daging dan ayam goreng bahagian peha yang besar dengan sayur kobis goreng kat kedai mamak ni.
 
Criitt! Criit! Suasana macam diselubungi ngan bunyi cengkerik jer. Padahal aku mengadap skrin besar dengan perlawanan Manchester United dengan Fulham secara live.
 
Sunyi~ ~ ~ ~ ~
 
Balik. Tidur. Bangun. Mandi. Gosok gigi. Dan teruskan kehidupan seperti biasa.
 
Tak ada sebab aku nak kecewa. Dia memang 'kawan' aku.  Cuma dia hadir mengisi sedikit kekosongan yang tidak diisi oleh mana-mana perempuan selepas 'budak kolej aku'. Oleh sebab 'kawan' aku dah berpunya, maka kekosongan itu akan kembali ke tempat asalnya. Dari situ timbulnya kesunyian. Itu la perasaannya.
 
Berbalik soal jodoh. Aku yakin, DIA SWT telah menjodohkan pemuda yang baik dengan perempuan yang baik.
 
'Kawan' aku tu seorang perempuan yang baik walaupun dia selalu menafikannya. Akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki yang sepadan dengannya.
 
Aku?
 
DIA SWT tahu aku macam mana dan perempuan mana selayaknya dengan aku. Kadang-kadang aku menyangka jodoh aku lambat kerana aku mencari perempuan yang baik dan tidak sepadan dengan perangai aku yang teruk ni. Pengajarannya, cari pasangan yang teruk??? Ahh, tak lah. Pengajarannya, aku kena perbaiki diri untuk dapat perempuan yang baik. Simple jer.
 
Aku tulis sajak ni sebab dalam hati aku selain ada 'kawan' aku tadi, ada seorang lagi yang juga baik tak ingat. Hahaha... Aku ni tak sedar diri agaknya. Korang enjoy jer la bace sajak ni....
 
SAJAK PEMUDA UMNO MUSLIMAT PAS
 
Ku temui cinta dan sayang
Pada ukiran senyum seorang muslimat
Sehingga bahagia itu larut
Dalam angan siang dan malamku

Ku mahu bawa ia jauh
Dalam sedar dan dalam tidur
Agar cinta dan sayang tak terkubur
Mekar bersama titipan zuriat
Soleh solehah
Di taman kebun si muslimat
 
Sedang asas kubina
Badai ideologi itu memaksa aku tunduk
Pada cerminan diri
Seorang pemuda biasa
Yang jiwanya separuh milik keluarga
Separuh lagi memiliki cinta
 
Muslimat itu sentiasa senyum dalam bicara
Ayunya bersulam semangat yang tak pernah lelah 
Perjuangan yang tiada akhir
Membakar pengkhianatan
Mengusir kebatilan
 
Aku pemuda dan engkau muslimat
Dua jiwa berlainan darjat
Satu ke timur, satu ke barat
Hilang sepadu dalam sepakat
 
Benar aku bukan pemuda itu
Ku neutralkan hidupku
Dalam keluarga pemuda
Tatkala aku bahagia dan ingin kau bersama
Aku tidak mahu engkau derita
 
Duhai muslimat
Mahar memiliki mu tak terbayar
Ku tebus dengan dinar perjuanganmu
Maka engkau teruskan berjuang
Sehingga datang pahlawan membelamu
 
Ku kira engkau tidak mengerti
Kerna cinta dan sayangku belum sampai kepadamu
Tenggelam sebelum karam
Sudah retak menanti belah
 
Sebelum hati kita bertaut
Aku tancapkan pagar pemisah
Tinggallah aku lelaki lemah
Di satu sudut
Melihat kamu muslimat
Tersenyum dan berbicara
 
Aku sedar dan aku yakin
Semua ini bersifat asbab
Bukan salah kau muslimat dan aku pemuda
Termaktub sudah dalam Kalam Mulia
Wanita baik untuk lelaki baik juga
 
 

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

20 August, 2012

ABG TAHA

Selamat Hari Raya. 19 Ogos 2012.

Maaf Zahir & Batin kepada...

kawan-kawan yang mengenali... mereka yang tidak mengenali tetapi mengikuti blog ini... maaf dan terima kasih kerana membacanya.

Malam hari raya berjalan dengan pantas tanpa sempat aku tidur. Esok, hari raya pertama mak dan ayah sudah berjanji dengan saudara mara nak buat makan-makan di rumah kitorang selepas sahaja sembahyang sunat raya.

Entah la, rasa banyak pula kerja belum setel. Nak masak lagi, nak kemas rumah lagi. Kadang-kadang aku kat dapur tolong mak. Sekejap lagi, aku ke depan rumah, tolong kakak. Ahli keluarga yang lain pun macam tu jugak.

Tahun ni aku lebihkan komitmen dalam urusan menyediakan juadah dan kuih muih raya. Memang akak aku dah booking aku awal lagi untuk bantu dia buat kuih raya. Hasilnya, kuih cornflakes dan chocolate rice cookies. Untuk bahagian mak aku, aku dah tolong dia siang ikan tongkol dan pasang dapur. Giler berat tungku dapur tu... sakit pinggang weh!

Selesai sembahyang raya, kami sekeluarga sempat bergambar sebelum saudara mara datang serbu nak makan. Bila diorang datang, aku bukan saja sibuk melayan diorang tapi sibuk gak mengagihkan duit raya. Hehehe.

Saja nak reverse ke belakang. Cerita pasal salah satu iftar kat luar yang aku join. Aku jarang buka puasa kat luar apatah lagi masjid. Pertama malas, kedua takut tergesa-gesa nak habiskan makanan.

"Saya Taha" beritahu pakcik tu. Dia beredar untuk masuk ke dalam masjid selepas sahaja berbuka.

Aku masih kat situ, menyetelkan saki baki kurma yang sengaja aku amik lebih sebagai pencuci mulut. Menu buka puasa Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya haritu adalah nasi dengan lauk ayam sambal, ikan tongkol kicap dan peria goreng. Aku tak sentuh pun peria tu, tak suka makan sayur yang pahit-pahit ni.

Pakcik Taha tu dah pencen. Dia datang masjid dengan isterinya. Katanya, dah 10 tahun dia berterawih di merata-rata tempat. Dia tidak dok pada satu-satu masjid atau surau. Terkejut aku. Kebetulan lak, aku pun ada try berterawih kat banyak tempat tahun ni.

Kata-kata pakcik Taha yang aku rasa istimewa, "apa yang baik kat surau dan masjid orang, kita bawak balik ke tempat kita...."

Rupanya pakcik Taha ni aktif kat surau dekat tempat dia tinggal. Patut la dia suka melihat apa-apa kelebihan kat surau atau masjid orang. Harap dia boleh menyumbang sesuatu.

Memang seronok berbual dengan pakcik Taha ni. Banyak kisahnya walaupun kami bersembang lebih kurang 20 minit je. Tak tertulis kat blog ni.

Aku rasa macam dah jodoh nak berjumpa pakcik Taha ni. Agaknya, DIA SWT nak bagi aku motivasi untuk aku terus mencari surau atau masjid yang berbeza-beza untuk berterawih. Ambil pakcik Taha sebagai contoh yang tak jemu-jemu melakukannya untuk tempoh 10 tahun.

Kemudian aku terpikir juga.... ke sebab taknak aku jadi berlagak dan riak? Maklumla... pakcik Taha pun dah 10 tahun buat.. aku baru jer nak try untuk tahun ni. Nak berlagak? Kirim salam jer la....
Salah ke aku cakap?? My opinion la... hehe.

02 August, 2012

BUDAK APE TAU?

Seronok betul setiap malam di bulan Ramadhan. Surau dan masjid cerah dan dipenuhi orang. Orang tua, orang muda, laki-laki dan perempuan, orang dewasa dan budak kecil.... semua ada. Di kaki surau atau masjid, ada meja tempat jemaah berbuka puasa dan kemudian dijadikan tempat moreh selepas terawih. Suasana ini tak ada dalam bulan lain selain Ramadhan. Inilah bulan mulia yang dijanjikan DIA SWT pada awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.

Beruntung mereka yang ambil peluang untuk menambahkan amalan. Pahala mereka dilipat kali ganda. Celakalah mereka yang masih seronok melakukan maksiat tanpa rasa rugi mahupun bersalah. Dan sia-sialah mereka yang berada di antara kedua-dua golongan itu. 

Berapa ramai yang menunaikan ibadah terawikh di masjid dan surau seluruh Malaysia, tetapi berapa ramai lagi yang tidak. Dalam kelompok tidak pula, berapa ramai yang tidak berkesempatan kerana urusan kerja dan tanggungjawab lain, dan berapa ramai pula yang tidak pergi dengan sengaja.

Alangkah ruginya aku apabila tidak menjadi tetamu DIA SWT. Pada pendapat aku, DIA SWT memilih siapa yang DIA SWT mahu untuk beribadah kepada-Nya. Dan, kalau aku sibuk sehingga tidak dapat berterawikh, maknanya aku tidak dipilih oleh-Nya. Apa perasaanku apabila TUHAN aku tidak memilih aku untuk mengadap-Nya? Adakah aku patut rasa gembira?

Persoalannya, pernahkah aku serius untuk benar-benar menghadap DIA SWT. Kalaulah untuk suatu majlis gathering dengan  kawan-kawan, aku merancang sebulan lamanya, pernahkah untuk menyembah DIA SWT aku buat perkara yang serupa?

Inilah kegagalanku. Gagal untuk merancang untuk menyembah DIA SWT. Bahkan aku selalu menjadikan sembahyang dan ibadah lain sebagai kepentingan nombor dua. Aku rela menangguhkan sembahyang untuk suatu rancangan tv. Oh, sungguh lemah imanku. Semoga diampun DIA SWT.

Mungkin selama ini aku rasa segala perbuatan aku ditentukan oleh diri sendiri. Maka, dalam bab ibadah pun aku rasa aku yang menentukan samada mahu sembahyang atau tidak, mahu bersedekah atau tidak, mahu berzikir atau tidak.

Padahal DIA SWT yang menentukan segalanya. DIA SWT menentukan siapa yang akan menyembah-Nya, siapa yang layak diterima sedekahnya dan siapa yang layak mengingati-Nya. Yang pasti, mereka yang dipilih adalah orang yang disayangi-Nya.

Justeru, tidak hairanlah kepada mereka yang sibuk, akan terus disibukkan selagi mana mereka tidak berusaha merancang untuk mengadakan masa khas untuk DIA SWT. Dalam hal sembahyang yang tidak sampai 5 minit mengambil wudhu dan 10 minit bersembahyang pun, ramai manusia yang masih tidak sempat.

Semoga DIA SWT memilih kita untuk sentiasa berada pada jalan agama ini yang lurus.

Di sebalik kemeriahan ramadhan dan terawikh, budak-budak antara faktornya. Mereka kelihatan begitu comel dengan berkopiah, berjubah dan bertelekung. Umurnya masih muda, sudah pandai membaca fatihah. Kadang-kadang, bacaan mereka jauh lebih kuat mengatasi bacaan imam. :-)

Seorang budak yang bersembahyang terawikh sebelah aku, pada Jumaat malam 27 Julai 2012, membuatkan aku tidak fokus apabila asyik memandang aku. Dari ekor mata, aku nampak dia berpaling dan merenungku. Entah apa yang dia tengok.

Seorang budak yang aku temui di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pula pada 1 Ogos 2012, sedang leka bermain hingus sementara menunggu solat terawikh dimulakan. Dihembus hingus ke tangan. Digosok-gosok antara dua belah tangan kemudian dilapkan pada seluarnya. Kemudian, sekali dia menghembus hingusnya, mengulangi perbuatan yang sama beberapa kali. :-D

Jolie, seorang kawan yang kebengangan dengan budak-budak lelaki yang membuat bising bermain tembak-tembak di sebalik tirai jemaah perempuan. Sedikit mengganggu solatnya di Masjid Nilai.

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika sembahyang raya di Tanjong Chat, Kota Bharu, Kelantan. Oleh kerana lambat, aku dapat saf yang paling belakang. Duduk sebelah aku seorang anak 'mat saleh' yang bapanya sudah lama memeluk Islam. Umurnya sekitar 4 tahun. Berbaju melayu dan bersampin, cukup segak dan perkataan comel paling sesuai untuknya.

Ketiadaan tempat, menyebabkan ada beberapa remaja tidak dapat ruang untuk bersembahyang raya duduk di belakang aku dan budak ini sambil menunggu sembahyang raya selesai.

Sewaktu sembahyang sudah sampai ke tahiyyat akhir, remaja ini yang dari tadi sudah tertarik dengan anak 'mat saleh' ini, mencuitnya dari belakang. Geram dirinya dikacau, anak mat saleh ini bertindak membalas. Dalam kedudukan bertahiyyat itu, anak mat saleh itu memukul orang yang disangka mengacaunya bersembahyang. Dan orang itu, adalah aku. Mengapa aku!!!!

Tak semena-mena aku yang sedang bertahiyyat ini pula dipukul di lengan oleh anak mat saleh yang bertahiyyat di sebelah kananku. Remaja itu terkekek-kekek ketawa apabila melihat anak mat saleh itu melepaskan kemarahan kepada orang yang salah. Sekali lagi dia mencuit anak mat saleh itu. Maka sekali lagi aku dipukul di lengan. Ada beberapa kali jugak la adegan cuit dan pukul ni sehinggalah imam memberi salam.

Budak-budak sebenarnya tidak tahu apa-apa melainkan orang dewasa yang perlu mendidik mereka. Usaha membawa mereka ke masjid dan surau harus dipuji. Akan tetapi, mendidik kanak-kanak ini supaya tahu menjaga adab di dalam tempat ibadah juga suatu yang perlu dititikberatkan. Janganlah sampai matlamat kebaikan yang dicari, akhirnya tercemar dengan perlakuan yang menjengkelkan dan menganggu jemaah lain. Ibu bapa adalah pihak pertama yang menggalas tanggungjawab ini dan setiap tanggungjawab akan dipersoalkan DIA SWT di akhirat kelak.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe.

24 July, 2012

CEPAT

Bulan Ramadhan ini bulan yang serba serbi cepat. Kita rasa cepatnya Ramadhan datang. Macam baru jer sambut raya haji, atau baru jer apply cuti raya puasa tahun lepas, dah kena apply cuti raya tahun ni pulak.

Makan pun tak sempat nak puas. Baru jer semalam try cekodok kat warung tepi jalan, atau makan kfc beramai-ramai sambil berjimba dengan kawan-kawan pejabat, cepatnyer nak kena stop makan benda tu semua. Banyak lagi ni dok ngidam dalam ati. Tak sempat nak beli.

Terawih kalau boleh nak cari yang cepat. Taknak yang 20 rakaat. Lapan tu kira ok. Kalau boleh, imam yang buat 8 pun nak cari yang lagi cepat bacaannya. Kalau terawih start kol 9 tu, boleh siap kol 9.15 tu chanteek sangat lah!

Nak cepat lagi, witir tak payah buat. Keluar jer terus. Orang yang pandang tu mesti pikir kita nak sambung sembahyang malam kat umah. maklum jer la, kalau dah buat witir ni dah kira penutup sembahyang malam. Padahal kita nak balik tengok Pearl movie, cerita kungfu. Tu kalau malam Selasa la. Kalau malam Jumaat tu, nak balik tengok cerita slot Seram. Wariiiss!

Bangun pagi pun dah nak kena cepat dari biasa. Kalau dulu, bangun sekadar nak buat Subuh jer, pastu tidur balik. Bila dah kena puasa ni, nak jugak bangun sahur. Tak bangun kang naya pulak badan nak kerja dengan perut kosong.

Bila dah tak dapat makan pagi ni, tup-tup cepat pulak perut tu terasa lapar. Sebelum-sebelum ni tak kisah mana pun sarapan, janji dapat sepam dua sedut rokok dah bersyukur sangat dah. Kira breakfast la tu. Tapi di bulan puasa, kalau tak kerana iman tu ada lagi, dah bersusun ke kedai  mamak yang berdekatan dah. Konon tapau untuk anak walaupun yang membeli tu orang bujang. Hehe.

Dok di ofis, kalau kerja tak banyak, mengadap facebook lama-lama pun cepat jugak bosan. Dah berpuasa ni, cepat pulak ngantuknyer. Mata ni macam dah tergantung dumbell 10kg. Kejap-kejap tutup. Masa ni la bidai tingkap ofis tu dilabuhkan. Bagi gelap dan orang luar tak boleh nampak kita nak lelap kat dalam.

Kerja semua nak cepat. Bukan nak cepat siapkan tapi nak cepat balik. Padahal dari jam 8 pagi tadi, baru satu dua kerja jer yang setel. Yang lain, konon tangguh esok sebab hari ni letih sangat berpuasa. padahal esok pun guna alasan sama jugak. Masing-masing dah kemaruk nak ker pasar ramadhan. Takut kalau lambat, makanan pilihan kehabisan. Nanti bukak puasa dah tak meriah pulak.

Jari tu cepat jer menunjuk-nunjuk makanan. Tu untuk orang yang beli juadah berbuka lah. Untuk orang yang membeli-belah untuk raya, camtu lah jugak tabiatnya. Cepat jer mata berkenan, cepat jer duit dikeluarkan nak membayar. Seolah-olah risau orang lain akan amik fesyen yang dia berkenan, nanti sama pulak pakai masa raya.

Bab buka puasa, itu wajib nak cepat. Sunnah katanya. Hal lain takde berkira sangat pasal sunnah. Bukak puasa jer nak ikut sunnah betul. Tak salah pun. Itu terbaik. Cuma bila dah bukak tu, makan tu mana nak ingat dunia. Air tu kalau tak kembung perut tu sampai nampak urat biru, macam tak nak berenti minum. Dah la tu, lama pulak ambil masa nak habiskan makanan dia. Waktu isyak dah dekat sangat dah.

Banyak sangat kalau nak kira pasal perkara-perkara cepat di bulan Ramadhan ni. Cuma kita harus ingat, hidup kita ni pun sebenarnya cepat berakhir. Dunia ni sekejap saja. Sekarang DIA SWT bagi kita pakai. Bila DIA SWT mahu tarik balik kita daripadanya, maka tak sempat nak buat apa dah. Ramadhan ni, walaupun cepat datang, cepat jugak dia balik. Nyesal kita kalau kita tak bagi yang terbaik untuk Ramadhan kali ni.

Aku bercakap untuk diri aku, kepada diri aku. Kalau korang pun merasakan apa yang aku rasakan, alhamdulillah, kita boleh berkongsi perasaan yang sama. Semoga DIA SWT memilih kita menjadi insan yang dikasihi dan diangkat darjatnya. Amiin.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

18 July, 2012

Mail dan Sepuluh sen

Mail... Ingat kat dunia ni ada Mael Lambong jer ke? Aku dulu pun ada kawan, Mail gak orang panggil.

Namanya unik... Ismail bin Ibrahim.. Macam nama Nabi kan? Yang unik tu sebab nama ayahnya.. Ibrahim bin Ismail. Tukar-tukar nama yang sama jer.

Agaknya sekarang ni dia dapat anak, taruk nama Ibrahim kat anaknya... Baru la nama susur galur dia jadi Ibrahim bin Ismail bin Ibrahim bin Ismail. Hehehe... klass!

Aku dah lost contact ngan dia. Tapi kenangan bersama tu memang tersemat kat otak. Mana boleh lupa.. kawan lama ni.

Dari darjah 1 aku kenal ngan Mail ni. Pisah selepas darjah 6. Tapi kerana rumah dia dekat ngan rumah aku, takde la masalah sangat nak jumpa dia.

Masa tu, Mail ni la yang banyak mengajar aku selok belok jalan kat kampung yang bersebelahan ngan taman perumahan aku tu. Kitorang selalu konvoi basikal. Ada jer plan gi mana-mana.

Kalau bukan kerana aku kenal Mail ni, mungkin aku takde peluang nak merayau-rayau naik basikal ni. Mak aku control aku sikit. Maklumla, takut aku bergaul ngan budak-budak nakal yang selalu mengasah bakat sedari kecil untuk menjadi rempit yang berjaya apabila besar kelak.

Korang ingat Mail ni baik sangat ker? Tak jugak.... dia pernah paw aku ni. Hahaha.. ni cerita masa aku kecik-kecik dulu la... aku baru darjah 1. Sekelas ngan Mail ni.

Satu hari tu, Mail tak cukup duit. Sepuluh sen. Dia nak pinjam ngan aku. Wehhh... mak aku dah pesan dari rumah lagi, jangan bagi pinjam pada kawan-kawan nanti kawan-kawan tak bayar.

Aku serba salah. Takkan taknak bagi Mail minta pinjam sepuluh sen ni. Nanti apa pula dia fikir. Macam ni ke kawan?

Tapi nak bagi pun serba salah juga sebab mak dah pesan macam tu. Aku taknak jadi anak derhaka kot... aku baru darjah 1... Tanggang pun derhaka masa dia dah besar.

Namun, dek kerana rasa malu untuk kedekut duit sepuluh sen. Aku bagi Mail juga. Tapi aku minta dia janji dia akan ganti. Dan Mail bersungguh-sungguh berjanji.

Janji tinggal janji. Ni la padah tak ikut nasihat mak. Mail tak bayar. Ntah dia lupa atau dia dah anggap aku sedekah kat dia. Sepuluh sen jer kan. Ellooo... ni bukan masalah sepuluh sen... Ni masalah kepercayaan dan janji. Orang Islam mesti kena patuh dan tunaikan janji!!!

Aku segan nak mintak. Takut pun ye.. Iyela aku kan baru darjah 1... takut la kena pukul (ayat ni seolah-olah aku lupa Mail tu pun darjah 1 jugak).

Oleh kerana perasaan tak puas hati ngan Mail yang makin hari makin selamber, tak ingat hutang sepuluh sen tu... dan kerana aku rasa bersalah ngan mak aku kerana melanggar arahannya, aku tanya Mail pasal sepuluh sen tu.

Mail cakap dia taknak bayar! Huuuh~ terkedu jap aku... Biar betek?!!

Aku pujuk Mail.. Bayar la.. Kesian la aku... Mak aku marah bagi pinjam orang ni... Kesian la..

Mail cakap dia akan bayar.. fuuuh lega.. tapi dengan 1 syarat. Ish...ish..ish.. apa dia? Masa ni rasa nak pekik jer kat dia... tapi aku cool.

Bila dia bagitau syarat tu.... aku terus setuju. Janji dia bayar... Gembira betul aku masa tu. Mail keluarkan dari poketnya sepuluh sen dan letak atas tapak tangan aku.

Dalam masa yang sama, aku keluarkan sepuluh sen dari poket aku dan letak atas tapak tangan Mail. Itulah syarat Mail.... Nak dia bayar hutang, aku kena bagi dia sepuluh sen yang lain baru dia bayar hutangnya sepuluh sen yang lepas.

Jangan marah aku... Aku setuju sebab aku nak dia bayar hutang... Nampak macam sama jer bayar ngan tak bayar kan... jangan marah... sebab masa tu aku darjah 1... aku tak rasa pulak Mail dah kelentong aku.... Mungkin sebab jiwa aku terlalu suci masa tu, tak tau tipu daya dalam dunia perniagaan pinjaman berlesen.

Kepada kengkawan yang membaca kisah ini, pengajaran yang boleh diambil adalah... janganlah kelentong budak darjah 1 sebab diorang ni naif. Renung-renungkan... selamat beramal.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

07 July, 2012

Lari Punya Pasal

Kita tak boleh lari dari takdir. Betul kan?

Takdir ni sering kita kata ketentuan DIA SWT ke atas diri kita. Berapa panjang usia kita... Rezeki kita.. Kaya kah kita? Miskin kah kita? Jodoh kita... dengan siapa kita berkahwin... berapa lama perkahwinan kita? Hidup kita... dan bila matinya... Ini semua dikatakan takdir. Semuanya telah ditetapkan di lauh mahfuz.

Bila berbicara pasal takdir... ada benda yang sukar nak diterangkan. Sukar... tapi ada yang faham. Dengan izin  DIA SWT, siapa yang DIA SWT berikan kefahaman, maka mereka ini tiada masalah nak faham takdir.

Sebagai contoh, kita selalu diberitahu, DIA SWT telah tentukan rezeki, jodoh dan ajal sejak kita di dalam perut lagi. Hatta, kita sebenarnya telah ditentukan untuk masuk syurga atau neraka sebelum kita dilahirkan lagi!

Hahaha... aku rasa pembaca dah nampak sikit apa yang aku maksudkan susah nak paham tu. Betul tak? Atau belum lagi?

Ok. Macam ni lah...

Kalaulah takdir kita menjadi seorang yang miskin, jadi apa gunanya kita berusaha untuk mencari kekayaan? Pastinya kita tetap akan menjadi miskin kerana sudah ditakdirkan!

Ermmmm.... Itulah yang aku maksudkan, susah nak paham takdir ni.

Aku bukan orang yang arif untuk mengulas pasal takdir ni. Aku menulis sekadar menjelaskan pandangan peribadi mengenai konsep takdir yang aku faham. Korang mesti ada pemahaman masing-masing dan tidak salah kalau di ruangan komen boleh dijadikan ruangan untuk kita berdiskusi mengenainya.

Aku suka nak berkongsi cerita yang berlaku 12 Januari 2012 kat aku dan kawan-kawan. Masa tu, kami bertiga... Aku, Angelina dan Jolie naik sebuah kereta untuk pergi menikmati makan tengahari.

Biasalah pada kami, kadang-kadang tu datang time gatal kami tak nak makan nasi pada waktu tengahari... jadi kami buat keputusan untuk makan pizza.

On the way nak ke Pizza Hut, Nilai... kami perasan belakang kereta kami ada kereta Aaron (bukan nama sebenar). Kereta tu takde masalah pun, yang bermasalah mereka yang mungkin naik kereta tu. Si Aaron ni biasanya suka angkut beberapa staf yang menjadi 'fobia' kepada kami... Err.. mungkin pembaca susah nak faham... maksud saya, saya taknak jumpa orang-orang tu... err, bukan saya jer... tapi Angelina dan Jolie juga.

Maksud lain, kami tak ngam dengan geng yang slalu keluar makan dengan Aaron. Jadi, sudah tentulah kami amat tak suka kalau mereka tahu kat mana kami nak makan hari ni. Apatah lagi kalau mereka turut sama makan di Pizza Hut... lagi laaa...

Angelina dan Jolie dah menggelabah dah bila nampak kereta tu macam follow kitorang. Masa tu, aku yang drive kereta Jolie. Aku bertindak cool jer macam hero-hero yang selalu ada kat movie tu.... dengan bijaksana jer aku bertindak.

Kebetulan sebelum sampai ke Pizza Hut, Nilai ni ada roundabout. Jolie suruh aku pusing roundabout tu bagi menghilangkan jejak. Dengan tenang, aku memusingkan stereng. Kami pusing satu round kat roundabout tu walaupun sebenarnya kami nak ambil 'pukul 9' jer. Trick kitorang menjadi, akhirnya kereta Aaron hilang dari pandangan.   

Kami selamat sampai ke area Pizza Hut. Oleh kerana parking depan dah penuh, kami buat keputusan nak parking kat belakang Pizza Hut.

Sebaik aku masuk saja jalan belakang Pizza Hut, dengan tak semena-mena kami bertemu semula dengan kereta Aaron. Kali ni lebih dekat... lebih rapat... sehinggakan tak sempat nak buat-buat tak nampak. Maka beramai-ramailah aku, Angelina dan Jolie senyum kepada mereka sambil mengangkat tangan tanda kemesraan.

Dalam hati, terasa blushing disebabkan kantoi nak lari dari mereka. Pun begitu, kami masih bernasib baik kerana hari ni Aaron tak angkut geng biasa yang kami fobia tu. Hahahahaha... fuuh!

Itukan takdir. Dah mengelak pun masih berjumpa. Dah berusaha pun, masih gagal.

Kita jangan fikir apa yang kita buat tiada guna hanya disebabkan DIA SWT telah menentukan takdir kita. Kita mesti ingat bahawa kita TIDAK MENGETAHUI TAKDIR KITA.

DIA SWT suruh kita berusaha. KITA USAHAKANLAH...

DIA SWT AKAN MENENTUKAN.

Mungkin kita tidak dapat apa yang kita hendak. Namun percayalah... APA YANG KITA RASAKAN BAIK BAGI KITA, SEBENARNYA MUNGKIN TIDAK BAIK BAGI KITA. APA YANG KITA RASAKAN TIDAK BAIK BAGI KITA, MUNGKIN ITULAH YANG TERBAIK!!

Percayalah...

Walau bagaimanapun DIA SWT menentukan takdir kita.... DIA SWT AKAN MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA KITA.

Percayalah...

Walau bagaimana beratnya masalah yang ditakdirkan kepada kita.... DIA SWT MEMBERIKAN MENGIKUT KEMAMPUAN KITA.

Percayalah...

Walau bagaimana buruknya takdir kita... DIA SWT mengurniakan APA YANG DIKERJAKAN OLEH TANGAN-TANGAN KITA (apa yang kita usahakan).

Percayalah....

Setiap kesusahan yang diperoleh melalu takdir kita... DIA SWT meletakkan UJIAN IMAN DI DALAMNYA.

Percayalah....

Setiap langkah kita atur untuk mengubah nasib buruk kita, pasti DIA SWT MEMBANTU DENGAN RAHMATNYA melebihi pertolongan seorang ibu.

Percayalah...

Seburuk mana takdir kita, semiskin mana kita, sejauh mana kita tersesat di lembah kemaksiatan, sebanyak mana kesakitan yang kita terpaksa tempuhi, di sana DIA SWT menunggu kita di syurga dengan MEMBUKA PINTU DOA DAN PINTU TAUBAT kerana DIA SWT sangat-sangat mengenali hamba-NYA.

DIA SWT tahu kita lemah...

DIA SWT tahu kita manusia yang sering melakukan dosa...

DIA SWT tahu kita insan yang pelupa..

BERSABARLAH dalam berurusan dengan takdir. Sesungguhnya orang yang sabar itu dekat dengan DIA SWT.

Bersabarlah dalam berusaha, kerana usaha tidak mudah nampak hasilnya sehingga kita berputus asa di saat kita sejengkal menghampirinya.

Bersabarlah, kerana sabar itu menambah pahala. Bersabarlah kerana sabar dan syukur itu dua sifat yang ada pada ahli syurga.
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

02 July, 2012

NC BERKATA-KATA LAGI

Satu ketika dulu aku pernah menulis pasal kata-kata NC. Klik NC.

Hari ni, aku nak tulis lagi kata-kata NC yang lain. Ada mesej yang boleh sama-sama kita ambil. Ye la, NC yang cakap... Naib Canselor tuu... Kalau setakat aku ni, cakap merapu boleh ler. Sembang 'lebong'. Pinjam ayat zizan.

Tarikh 7 Mac 2012. Hari Rabu, pada jam 8.15 pagi. Majlis yang sama seperti dulu... Perhimpunan Bulanan. 

Hari ini temanya sempena sambutan maulidur rasul. NC mengajak semua staf bersama-sama menghayati sifat yang ada pada Dia SAW. 

Kata NC... "FAST"

FAST yang selalu kita sebut dalam bahasa Inggeris, pada kita bermaksud laju. Ada juga FAST itu PUASA. Itu maksud kamusnya. 

Pada NC pula, FAST  itu...


F = FATHONAH

A = AMANAH

S = SIDDIQ

T = TABLIGH

Inilah sifat yang digariskan ulama yang ada pada diri Dia SAW. 

Fathonah itu bijaksana. Amanah itu perkataan dan maksudnya sama dalam bahasa Melayu yang kita gunakan. Siddiq itu orang yang bercakap hanya perkara yang benar. Tabligh itu pula bersifat menyampaikan. Itu yang aku faham. Jika ada maksud lain yang lebih tepat, pakai sahaja maksud itu.

Inilah dia keperibadian rasulullah yang kita kagumi dan sayangi.

Pada NC, hanya orang yang mampu menghayati sifat-sifat ini akan mempunyai JIWA semasa bekerja. NC memberikan contoh mudah. Katanya, jika seorang itu kerjanya hanya menyediakan surat kepada bosnya. Namun, jika setiap surat yang dihasilkan itu selalu sangat ada kesalahan-kesalahan kecil itupun sudah menunjukkan dia tidak mempunyai jiwa dalam bekerja. Jauh sekali menghayati sifat Dia SAW.

Ada benarnya. Dia SAW adalah sangat teliti kerjanya. Walaupun DIA SWT sudah memberi jaminan bahawa perjuangan baginda akan dibantu, tetapi baginda tidak bersikap sambil lewa dan berserah bulat-bulat. Ternyata setiap tindak tanduk, akan dirancang dengan teliti bersama-sama para sahabat.

Ambil iktibar dari kisah Perang Badar. Satu kisah perang yang ulung, mesti diingati oleh kaum muslimin. Berlaku pada bulan Ramadhan dengan jumlah tentera 313 menentang musuh seramai 1000 orang.

Mengikut ceramah seorang ustaz, sebelum perang lagi Dia SAW telah dikhabarkan tentang kemenangan tentera muslimin. Dan telah ditunjukkan bayangan perang dan tempat-tempat syahid tentera Badar. Akan tetapi, jaminan ini bukannya dapat menenangkan hati baginda. Bahkan menambahkan kesungguhan baginda untukm memastikan jaminan ini betul-betul terbukti sehinggakan baginda menadah tangan tinggi ke langit dan bermohon dengan bersungguh-sungguh. 

Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba, marilah bersama-sama kita muhasabah diri. Aku semestinya banyak yang perlu dimuhasabahkan. Huhuhuhu....


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

27 June, 2012

Hati yang tak pernah tenteram

10 JUN 2012

Arini di fesbok, junior mase blaja dulu tanyer.. Kenape ade orang tu, die sembahyang dan ngaji al-Quran, tetapi hatinya tak tenang?

Terkedu jap aku. Eh, aku pun same camtu la... Nak jawab ke tak? Serba salah. Die semestinyer tunggu jawapan aku... Senior Paling Berpengaruh masa kat kolej dulu!! Tempat rujukan. Konon la.

Maaf ler. Tak layak nak jawab. Cuma taknak hampakan junior... aku kate, "orang yang buat benda baik mesti akan terima dugaan macam tu... biase ler".


Padahal, aku sendiri takde jawapan untuk soalan tu. Kalau ade, baik aku pakai untuk diri aku dulu.

Hati ni perkara yang sangat halus. Dari hati itulah timbulnya niat. Dari hati jugak datangnya ikhlas. Di dalam hati jugak terbitnya cinta dan sayang. Dengan cinta, manusia bahagia. Kerana cinta manusia bisa derita. Hanya empunya diri tau soal hati mereka.

Dia SAW mengkhabarkan dalam badan manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia itu. Jika buruk daging itu, buruk pula manusia itu. Dan daging itu adalah hati!

Dari kes pesakit hati kat dalam surat khabar, badan mereka akan jadi kekuningan dan perut mereka akan membesar. Organ hati ini sebenarnya macam filter untuk tapis toksin-toksin dalam darah. Kalau lambat buat pembedahan hati, boleh mati.

Aku tak arif nak tafsirkan hadis Dia SAW tu, sama ada baginda cakap pasal hati batin atau organ hati. Cuma kedua-dua hati ini sama penting. Hati batin memberi ketenangan abadi dan organ hati memberi kesihatan yang dikehendaki.

Macam mana agaknya hati seorang Islam?

Cuba kita sama-sama hayati maksud ayat Quran... "...hati orang Islam itu, sebaik sahaja dibaca ayat Allah, bergetar hati mereka..."

Kemudian DIA SWT berfirman lagi, "... hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang".

Nampakkah perbezaan itu? Hati orang beriman ini, bergetar kerana takutkan DIA SWT dan pada masa sama tenang semasa mengingati DIA SWT. Sungguh hebat kurniaan DIA SWT.

Satu hari, aku berhenti di sebuah kiosk jual makanan. Ada rak akhbar dan majalah. Aku terpandang sebuah majalah islamik dan tertarik pulak dengan covernya. Padanya tercoret sebuah kata-kata indah yang aku paparkan di sini...

Carilah hatimu sewaktu membaca al-quran,

Jika kau tidak temui..

Carilah hatimu ketika mengerjakan solat,

Jika kau tidak temui..

Carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati,

Jika kau tidak temui juga..

Berdoalah kepada Allah PINTU HATI yang baru!


Aku tak pasti saper yang ucapkan kata-kata ini. Mungkin seorang ilmuwan atau ulama besar. Atau salah seorang daripada imam yang empat... Entah. Korang pembaca blog lagi tau rasenyer.

Aku rase, ini jawapan yang lagi tepat untuk menjawab soalan junior aku tu. Cuma mase tu takde la aku terpikir nak bersajak bagai kat dia kan... jawab ringkas sudah ler sebab aku memang tak layak nak menjawab. Aku sendiri antara orang yang belum menemui hati di mana-mana. Bahkan mungkin aku kena minta hati baru!!

 
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

01 June, 2012

TIPU TAK PAYAH AJAR

29 MEI 2012

Perbualan antara seorang mak dengan seorang anak. Suasana di Pasar Malam Jalan Semarak Nilai.

"Mak, nak belon."

"Belon? Kamu nak main belon lagi? Tengoklah, kamu dah besar. Nak main belon lagi?"

Anaknya terdiam....

Aku perhatikan je dari jauh. Bukan besar sangat pun budak tu. Agaknya dalam umur 6 atau 7 tahun jer pun. Entahlah. Mungkin pada pandangan emak dia, anaknya dah dewasa. Orang dewasa mana main belon. Aku tak tahulah belon ni sesuai untuk umur berapa. Korang rasa?

Aku agak la kan, kalaulah budak itu tiba-tiba minta basikal, mesti mak dia cakap dia kecil lagi. Basikal tu untuk orang besar jer. Budak tu mesti rasa hairan, sekejap kata kecil, sekejap kata dia besar.

Orang dewasa memang biasa bagi alasan kepada budak-budak. Ada beberapa faktor antaranya bagi ibu bapa, mereka mungkin terpaksa atas faktor kekangan kewangan atau faktor keselamatan. Bermacam-macam alasan yang direka. Kadang-kadang pelik-pelik pun ada. Kalau tak, mana timbul pantang larang orang tua-tua yang selalu kita dengar. Dulu, waktu kecil selalu aku dimarahi kerana duduk atas bantal, kononnya nanti naik bisul. Betul ke? Err, aku tanya serius ni nak tau.

Tanpa sedar, alasan yang jauh dari kebenaran ini membawa kepada unsur penipuan. Lebih parah lagi, mangsa penipuan itu adalah budak-budak. Dan, kita tidak sedar yang sebenarnya kita sedang mengajar kanak-kanak itu menipu. Tak payah pun nak mengajar menipu. Tak payah maknanya tak susah. Tak susah, maknanya senang. :-)

Kanak-kanak ini memang suci dan diibaratkan kain putih. Seperti mana hadis Dia SAW yang menyatakan ibu bapa yang akan menentukan agama mereka. Ibu bapa sebagai orang terdekat adalah mereka yang paling penting dalam pembentukan sahsiah mereka. Kemudian, barulah peranan ini diperturunkan kepada guru-guru, rakan-rakan dan persekitaran  mereka.

Banyak orang selalu takutkan budak dengan hantu. "Jaga-jaga, kat sana ada hantu. Pergilah kalau berani". Walaupun budak itu belum nampak hantu, yang pasti dia sedar hantu itu menakutkan. Sekarang, sudah ada dua orang penakut. Budak itu dan yang seorang lagi, orang yang menakutkan budak itu. Percayalah, pasal dia takut hantu maka dia tahu hantu tu menakutkan... sebab tu dia berani cakap! XD

Yang best lagi, baby yang tak pandai cakap pun boleh jadi 'mangsa penipuan'. Orang dewasa ni memang tak boleh betul tengok baby yang comel ni dok diam. Kalau tak menyakat, tak sah. Mula la cakap, "Tengok tu, papa tak sayang dia.." atau "..mama tak sayang dia". Baby ni pula macam paham-paham. Mesti nak menangis. Pastu, kita lah orang pertama ketawa bila budak tu nangis.

Nasib baik baby tu tak reti buat kita menangis. Kalaulah dia hantar kita kat rumah orang-orang tua, tak menangis kita? Hehehe.

Aku bukan nak salahkan orang yang cakap camtu. Ada juga masa-masa yang kita perlu cakap camtu. Cuma jika kita boleh bercakap benar, cakaplah yang benar. Dia SAW mengingatkan kita supaya tidak menipu walau apapun keadaan. Baik ketika senang, mahupun ketika susah. Baik ketika serius, mahupun ketika kita berlawak. Aku sendiri pun gagal nak memenuhi kriteria ini. Pun begitu, tak salah kalau kita berusaha ke arah itu. Jom.... chayok! chayok!

Lawak Dia SAW yang aku suka adalah satu lawak yang diberitahu baginda kepada seorang tua. Baginda SAW bersabda bahawa orang tua tak ada dalam syurga sehingga orang tua itu menangis kesedihan. Kemudian, Dia SAW pujuk kembali dengan sabdanya yang bermaksud orang tua di dunia pun akan masuk ke dalam syurga dengan wajah dan fizikal muda. Ini memang contoh terbaikkkk! Siapalah yang mampu berlawak dengan lawak yang amat benar ini?

Satu hal kalau kita menipu ni, kita mesti akan menutup penipuan dengan satu penipuan lagi. Korang ingat tak Celemans? Alah, yang aku penah cite kat blog ni dulu. Dia bercerita pasal kawannya yang kawin dua. Rumah bini pertama sebelah jer umah bini kedua.

Satu hari kawannya baru pulang ke Malaysia daripada Indonesia dengan membeli 3 kain batik sebagai hadiah untuk dua orang isterinya. Mengapa 3 helai bukan 2 helai? Kawannya bercerita;

"Aku balik ke rumah isteri kedua aku. Aku tunjukkan 2 helai kain batik yang aku beli. Kain batik ketiga aku simpan dalam kereta. Aku cakap, pilihlah kain batik ni, mana satu awak suka."

"Bini aku cakap, entah-entah abang dah bagi isteri pertama lagi cantik kot?"

"Aku cakap, mana ada. Abang bagi awak pilih dulu ni. Abang sayang awak lebih, itu pasallah awak pilih dulu. Gembira nampaknya dia."

 "Esoknya, aku balik rumah isteri pertama. Aku tunjukkan 2 helai kain batik juga. Kain yang satu lagi tu, kain batik yang aku simpan dalam kereta semalam. Sama juga aku cakap, awak orang pertama pilih sebab saya sayang awak lebih!"

Kawan En Celemans tu terpaksa menipu demi menjaga hati pasangannya. Yang lebih penting, dia nak menjaga keharmonian rumah tangganya. Sempat dia nasihatkan En Celemans supaya kalau belum kahwin banyak, jangan try! Hehehe.


 salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

29 May, 2012

2 kali

27 MEI 2012

Situasi di sebuah medan selera, MMA Food Corner sekitar jam 8 malam. Dua orang pemuda bermotorsikal sedang mencari parking.

Zul       : Mana nak masuk?
Wan     : Kat sini.. parking kat sini.

Turun dari motorsikal dan berjalan masuk melalui sebuah pintu pagar kecil yang boleh memuatkan 2 atau 3 orang.

Wan    : Kau pernah datang sini tak?
Zul      : Tak pernah.
Wan    : Aku pernah datang. Sekali. Masa aku jumpa dengan Shamsul. Dia ajak jumpa di   sini. 

(P/s: Shamsul, budak rumah yang baru)

Di meja MMA Food Corner.

Wan   : Ok tak? Tak OK, kita pergi tempat lain.
Zul     : Eh, OK! OK! Cuma ni yang aku malas datang makan masa perut lapar, Banyak sangat pilihan. Semuanya nak. (Mata menjeling satu persatu gerai yang ada di MMA Food Corner)

Di kaunter Chinese Food dan Portugal Ikan Bakar.

Zul          : Bang, chinese food ada?
Peniaga   : Hari ni tak ada, bang.
Zul          : Ikan bakar ada?
Peniaga   : Ikan bakar ada.
Zul          : Ikan kembung ada? (Melihat ice box yang berada di depan kaunter)
Peniaga   : Ikan kembung tak ada.
Zul          : Udang ada?
Peniaga   : Ada. 
Zul          : Erm, tak apalah. Bagi saya ikan cencaru ni. Ada sekali dengan nasi kan?
Peniaga   : Ya, sekali dengan nasi. Satu je?
Zul          : Ya, satu je.

Di kaunter Sup Power.

Zul          : Bang, sup daging ada?
Peniaga   : Ada, ada.
Zul          : Saya nak sup daging satu.
Peniaga   : Ok. Satu ya?
Zul          : Satu je.
Peniaga   : Nasi, mau?
Zul          : Tak apa, saya sudah ambil dengan gerai sana.
Peniaga   : Ok. Meja mana.
Zul          : Meja panjang di sana.

Di meja MMA Food Corner. Situasi 1.

Zul     : Aku rasa aku kenal la pakcik yang berjalan ambil order ni. (Merenung seorang pakcik yang sedang sibuk bekerja mengambil pesanan)
Wan   : Pakcik ni? Jumpa masa kat tempat silat ke?
Zul     : Bukan. Aku rasa dulu dia berniaga restoran juga, tapi kat mana ya? Kau tak perasan ke?
Wan   : Entah!
Zul     : Ooh. Ni pakcik yang dulu buka kedai runcit kat atas bukit tu.
Wan   : Yang mana? Kedai yang dekat rumah kita tu?
Zul     : Haah.
Wan   : Abis tu, kedai tu sekarang dia jual ke?
Zul     : Ya la, dia jual kedai tu. Rupanya datang berniaga kat sini. Kayalah pakcik ni.
Wan   : Hmm.

Di meja MMA Food Corner. Situasi 2.
 
Zul : Mana air ni?
Wan : Sabar, budak tu tengah buat.
Zul : Kalau ikan bakar lambat, aku boleh faham sebab lama nak tunggu ikan tu masak. Ni air jer.
Wan : Ala, dia tengah buat ler tu.
Zul : Aku rasa la kan, dia tunggu orang datang sampai 100 orang. Cukup 100 order, baru dia hantar penuh satu dulang.
Wan : Hehehe... betul, betul.


Di meja MMA Food Corner. Situasi 3.

Budak Perempuan 
Jualan Amal                 : Assalamualaikum, pakcik. Jualan amal untuk anak-anak yatim. 
Zul                               : Awak jual apa?
Budak Perempuan 
Jualan Amal                 : Madu, pakcik.
Zul                                : Tak apalah. 
Budak Perempuan 
Jualan Amal                 : Kalau pakcik tak mahu beli, pakcik boleh hulurkan sumbangan atau derma ikhlas.
Zul                                : Baik, saya bagi sumbangan ikhlas.
Budak Perempuan 
Jualan Amal                 : Nak resit?
Zul                                : Tak apa, tak payah.



Di meja MMA Food Corner. Situasi 4.

Zul     : Macam tak ada perasaan. Macam robot!
Wan   : Siapa?
Zul     : Budak tadi tu la. Dah la bercakap, mata tak pandang orang.
Wan   : Erm. Betul lah. Cuma aku selalu terfikir, kesian kat budak-budak ni buat kerja macam ni. Apa agaknya perasaan diorang?
Zul     : Tak kesian juga. Tengok atas sebab apa dia buat. Kalau kerana nak mengutip wang bagi pihak sekolah, memang kesian la. Tapi kalau hasilnya dapat banyak untuk diri sendiri, memang seronok. Bayangkanlah, kalau seorang bagi seringgit. Kalau 10 orang? Orang mesti bagi. Satu malam, mesti lebih 10 orang. Kalau banyak masuk poket dia, sikit saja ke pihak sekolah, akhirnya dia seronok kutip. Macam mana pun, kita bersangka baiklah. Memang kesian, terpaksa kutip duit dan tinggal waktu yang sepatutnya digunakan untuk belajar.

 Di meja MMA Food Corner. Situasi 5.

Zul     : Air nescafe. Aku minta teh ais.
Wan    : Dia salah hantar ke?
Zul     : Dah tahu nak hantar air sama kaler tu, tandalah sikit supaya tak tertukar. Hmm, tak apalah. Belasah jer la. Tu mesti dia dah hantar teh ais kat orang lain.




Di meja MMA Food Corner. Situasi 6.



Lelaki Penghantar 
Minuman                  : Bang, air tadi betul ke?
Zul                            : Salah. Nescafe ais. Tak apalah, saya dah minum.
Lelaki Penghantar 
Minuman                  : Nak tukar ke?
Zul                            : Tak apa.



Di meja MMA Food Corner. Situasi 7.

Zul    : Kau pergi cakap kat brader yang jual ikan bakar tu, "Kiamat dah dekat, ikan bakar belum sampai lagi"
Wan   : Hehehe... sabarlah. Aku rasa dia tengah buat tu, Tengok tu, macam tengah isi nasi je.
Di meja MMA Food Corner. Situasi 8.

Zul     : Kau tahu tak kenapa aku minta sup daging?
Wan   : Tak. Kenapa? Sebab kau tak suka sup perut? (Wan cuba meneka)
Zul     : Bukan. Sebab aku sebenarnya kureng sikit dengan ikan bakar ni. Aku order sup daging supaya kalau aku rasa ikan bakar ni tak memenuhi selera, aku boleh cover dengan sup daging.
Wan   : Eh, aku hairanlah. Biasanya orang lagi suka makan ikan bakar.
Zul     : Aku pun hairan juga kenapa orang suka ikan bakar. Aku tak suka. Erm, tapi ikan bakar kali ni sedap.

Di meja MMA Food Corner. Situasi 9

Budak Perempuan 
Jualan Amal             : Assalamualaikum... Jualan amal untuk anak-anak yatim.
Zul                            : Dah 2 kali awak datang minta.
Budak Perempuan 
Jualan Amal             : Hah? (Muka terkejut)
Zul                            : Saya cakap, dah dua kali awak datang minta. Tadi saya dah bagi. (Tiba-tiba muka dia macam nak tergelak)
Budak Perempuan 
Jualan Amal             : Pakcik beli madu tak?
Zul                            : Apa? (Tidak jelas)
Budak Perempuan 
Jualan Amal              : Pakcik beli madu tak?
Zul                            : Apa? (Masih tidak jelas)
Budak Perempuan 
Jualan Amal             : Pakcik beli madu tak? (Zul merapatkan telinganya untuk mendengar butir percakapan budak perempuan itu)
Zul : Oh, tak. Saya bagi sumbangan je.
Budak Perempuan Jualan Amal : Terima kasih atas sumbangan. Bagi banyak kali pun tak apa.
Zul : Haa, awak pun sama. Datang lagi 3 kali ke sini... 

(Budak Perempuan Jualan Amal beredar)

Zul : Tu la, tadi datang tak tengok orang. Sekarang dah tak dapat cam siapa yang dia dah jumpa, siapa yang belum.




salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe