Followers

02 March, 2012

KATA NC

2hb Mac 2012. Khamis. 1 pagi.

Sebelum tido, aku bermuka buku dulu. MySpaceSaje tengok-tengok kawan mana yang belom tido tu, boleh ler diajak sembang kat ruang chat. Kebetulan, ada la sorang dua yang jadi 'batman'.

Aku 'tegur' seorang budak perempuan ni. Dia pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.

aku: "salam"
dia: "wassalam"

Hehe.. ade pun 'mangsa' sembang.MySpace Boleh ler layan dulu sebelum memejam mata untuk bermimpi pulak. Belum apa-apa, budak perempuan tu kemuka satu soalan yang mengejutkan aku.MySpace

Dia bertanya dalam nada yang aku rasa amat sopan dan ikhlas MySpace "Encik bangun sembahyang tahajjud ke ni?"

MySpace huh!

Perlukah aku jawab?


MySpace  Tak..

MySpace"Nak tahajjud apenyer, belom tido lagi... baru jer nak tido"

"Takper, boleh buat lagi. Nanti bangun awal sebelum subuh, buat ler sekejap" kali ni nada lagi ikhlas... Bangun awal??  MySpace Boleh ker?

"Pagi buat dhuha pulak.. akan rasa tenang. Cubalah... saya dah buat, memang rasa tenang"


MySpace err.. eheh.. kelu lidahku.. beku diriku...barbeku...


Baguskan kalau aku sebaik itu. Masalahnya, aku tak baik... aku jahat. MySpace Aku jahat macam Aaron Aziz dalam KL Gangster. Sebab tu kawan-kawan panggil aku Aaron.

(ayat last ini boleh diragui kebenarannya)

Kata Dato Prof Dr Muhammad Muda, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia,

"air yang jernih kalau selalu disiram dengan air keruh... akan menjadi keruh"
"air yang keruh kalau selalu disiram dengan air jernih... akan menjadi jernih"

Mesejnya mahukan supaya semua staf berfikiran positif dan sentiasa menanam nilai-nilai positif dalam diri. Jika sudah menjadi amalan, insya-Allah kesan positif itu akan nampak juga.

Begitulah juga sifat buruk dan sifat baik yang jadi amalan kita. Kalau kita selalu buat perangai buruk, tanpa rasa menyesal sedikit pun. Sebenarnya kita tidak membawa diri kita ke mana-mana pun melainkan kehancuran kesan keburukan tadi. 

Begitu juga sifat baik. Ia turut akan membentuk diri kita sehingga orang sekeliling kita akan memberi reaksi baik juga kepada kita. Apa lagi yang kita mahu dalam hidup ini selain kita dilayan baik oleh keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan.

Doa-doakan... moga-moga aku jadi baik macam kawan aku ni. Hidup akan terus berjalan dan terkadang manusia lupa pengakhirannya.

Seperti yang selalu aku pikirkan, bukan senang nak jadi baik. Tapi kita mesti cuba jadi baik. Lagi-lagi baik dengan DIA SWT dan Dia SAW. 

Moga-moga aku belom terlambat untuk menghantar secebis taubat ke  pintu taubat-Nya.




Salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe.

  

1 comment:

voltox said...

alamak..nape sheh rajin post ni..nak makan nasi arab ye..ehehe

apa pun nasib sheh ngaku yg sheh jahat..jadi pasni kalau aku kata sheh jahat jangan kecik hati tau..