Followers

02 December, 2011

TERSADAI

Alahai, sedapnya nasi lemak ini. Sambalnya banyak. Merah pekat. Bilisnya dimasak pula dengan sambal menambahkan harumnya. Telur rebusnya sebiji. Tanpa belah. Ouh, sedapnya nasi lemak ini.

Hujan masih menggila di luar pejabat. Motorsikal tersadai. Tuannya juga tersadai bersama di bilik ofis. Tak dapat pulang walaupun waktu kerja sudah melepasi 30 minit. Perut yang paginya terisi kuih dan tengaharinya dipenuhi bebola ikan yang digoreng garing, mana mampu nak ditahan daripada mengadun lagu-lagu jiwa yang meruntun.

Semalam berlalu dengan ceria. Menu makannya daripada catering terkemuka juga. Bukan calang-calang. Menu tengaharinya, kurma ayam dan sambal udang. Ayam boleh diambil banyak. Begitu juga dengan udang. Maklumlah, kuantiti melebihi kapasiti orang yang datang bekerja. Makan pula di bangunan yang serba cantik dan berseni buatannya. Duduk pula di meja yang dihias. Dan dilayan pula oleh barisan pelayan muda yang cantik dan kacak belaka.

Nasi lemak ini, panjang juga ceritanya. Bukan dibeli tetapi diberi orang. Tak minta pun. Kejadiannya, bila empunya tak sempat makan akibat aku mengunci pintu ofis untuk berjumaat. Manalah nak tahu. Dari awalnya, dia tiada kerana urusan luar. Untuk keselamatan, aku kunci kerana tak ada seorang pun di situ. Rupanya, waktu itu dia datang. Mahu makan nasi lemak. Agak tergesa-gesa kerana mahu keluar lagi.

Apa boleh buat. Aku tetap kena berjumaat. Tak dapat datang buka, hanya untuk membenarkannya masuk. Sekembalinya aku dan membuka pintu, empunya serahkan saja nasi lemak kepadaku. Makanlah, katanya dah tak sempat. Dia akan beli Mc'D Drive Through nanti masa dia keluar. Aku harap dia tak bohong, sebab aku kesian dia tak sempat makan. Nak aku tahan, suruh dia makan dulu. Tapi dia banyak urusan. Semua kena setel.

Nasi lemak ini sedap sangat. Ini nasi lemak simpang Anggerik. Bukan aku tak kenal. Aku suka nasi lemak tempat ni. Dan sejak beberapa hari ini selalu terfikir nak beli. Cuma tak dapat beli. Sebab nasi ini belinya kena tapau, bukan makan di kedai. Tuan kedai tak sedia meja. Hanya ada gerai untuk dia letakkan jualannya saja. Aku tak boleh beli sebab pagi-pagi aku akan makan di kedai Mama. Mahal tapi sedap dan tempat duduk selesa. Kalau bukan kerana tu semua, aku dah tukar kedai. Tak suka kedai yang suka naikkan harga. Apa salahnya bagitau kita yang dia nak naikkan harga.

Nasi lemak ini sedap sangat. Mungkin ianya nasi lemak biasa. Tetapi aku sekarang lapar. Tersadai pulak tu. Kebetulan pulak nasi ni nasi gerai Anggerik. Tempat aku suka. Dan aku dah idam-idamkan sebelum ni. Malah lebih beruntungnya aku sebab nasi ni empunya yang bagi. Aku tidak keluar satu sen pun!

Oh sungguh anugerah-Nya datang pada masa yang tidak diduga-duga. Maka benarlah firman DIA SWT dalam ayat seribu dinar. Oh, memang ini satu rezeki yang tidak mahal. Tidak juga murah kerana barang ini barang free. Namun, nikmat makan nasi lemak ini rasanya dah mendahului makanan catering tadi.

Bila makan nasi lemak dalam bilik sorang-sorang, dalam suasana sejuk kerana hujan di luar. Makan tanpa gangguan. Ah, apalagi yang hendak dikomplenkan. Semuanya seolah sempurna. Semua ini kasih sayang DIA SWT.

Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur.

DIA SWT memberi bila kita meminta. DIA SWT memberi bila kita tidak meminta. Bahkan DIA SWT memberi tatkala kita benar-benar perlukan-NYA.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe




















"inilah keadaan akhir polistrin nasi lemak yang berjaya dikendurikan"