Followers

21 August, 2011

Doa

Kalau kita berdoa.. mesti kita berharap dan nak doa dimakbulkan , betul tak?


DIA SWT juga cakap... berdoalah, nescaya AKU kabulkan!



Janji siapa lagi yg lagi benar selain daripada-Nya.



Kata penceramah motivasi di tv, berdoalah dengan doa yg khusus dan bukan doa yg umum. Jika kamu peniaga dan mahu kaya, jgn minta mahu kaya yg bersifat umum sebaliknya mintalah dipermudahkan urusan perniagaan, hasil jualan yg baik atau apa-apa yg lebih khusus sifatnya.



Seorang kawan karib pernah bercerita, katanya dugaan yg dia dapat sekarang mungkin berpunca daripada doa yg selalu dipohonnya. Aku minta die jelaskan maksudnya. Katanya, dia selalu minta supaya Allah memberikannya ketahanan jiwa. Selepas saja sembahyang fardu, doa itulah diangkat ke hadrat DIA SWT.



Seperti tiada apa-apa perubahan pada dirinya setiap hari. Beban kerja, beban hidup... masih juga melemahkan jiwanya. Hinggalah dia hampir kehilangan nyawa dalam satu kemalangan berpunca daripada tertidur ketika memandu. Kereta remuk teruk terlanggar pokok.



Rupanya dari situ, dia mula belajar untuk mencari apa itu ketahanan jiwa. Dlm keadaan tulang yg bersimen dan dipakaikan besi, dia seperti baru memulakan hidupnya. Alhamdulillah, dia redha dan sabar, ternyata doanya dimakbulkan! Lagipun, dia tak pernah minta secara khusus ketahanan jiwa yg macam mana diperlukannya.



Memang benar, berdoalah secara khusus dan bukan umum!



Sewaktu kawan2 serumah sudah menunggu untuk keluar berbuka puasa di Jabina, kedai makan tomyam dekat kawasan cempaka, aku agak gopoh menunaikan sembahyang asar. Selesai saja, tangan ditadah mohon pada DIA SWT agar makanan pada meja tempahan kami itu siap dihidangkan. Agar kami dapat makan cepat.

Kami ke Jabina menempah meja, mengorder makanan dan lepas tu, tinggalkan kedai tu sekejap untuk menyinggah di bazar ramadhan cempaka atau bazar jasmin menurut kata Voltox. Mentang2 lah dia menetap di Desa Jasmin. Untuk tambahan juadah, aku beli 2 bungkus air dengan harga RM3, harga promosi kata peniaga tu.



Waktu kami sampai di meja, makanan belum ada. Nampak seperti doa aku tidak dimakbulkan. Hanya air tembikai yg disiapkan atas meja. Bila dah masuk waktu maghrib, yg sebenarnya sudah 3 minit masuk aku rasa tapi pengunjung kedai cenderung mendengar azan di tv waktu ikut wilayah persekutuan walaupun kami di nilai, negeri sembilan, aku habiskan air tembikai tu. Dahaga sangat.



Aku ambil salah 1 daripada 2 bungkus plastik air yg aku beli kat bazar. Air tebu. Nak tambah dlm gelas. Waktu buka ikatan getah tu, sambil menyembang dengan kawan di sebelah, tiba2 je aku terlepas plastik air tu. Apa lagi, tercurah keluarlah air tebu tu hampir separuh. Masuk dlm pinggan nasi aku, masuk dlm pinggan telur dadar aku dan masuk jugak kat bekas sambal belacan hingga menyebabkan sambal tu tercurah keluar kena kawan aku disebelah.



Seluar aku, tak payah cakap... separuh peha kiri aku dah basah. Satu kawasan meja aku pun dah basah dan melekit. Apa nak buat selain terima ketentuan DIA SWT yang maha mengetahui. Cuma aku bersyukur, sebab kitorang sudah dahulukan sembahyang maghrib. Sekurang-kurangnya aku tak perlu nak selesaikan sembahyang dalam keadaan basah cam tu.



Aku dah tak boleh buat apa-apa, selain meneruskan makan. Cume yg pasti, aku cepatkan makan sebab aku tak selesa dengan keadaan yg camtu. Nampaknya doa aku supaya dapat makan cepat dimakbulkan. Cume bukan seperti yg aku gambarkan... sebab aku tak pernah sebutkan cepat yg macam mana aku maksudkan dalam doa aku. Huhuhu....


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

4 comments:

voltox said...

hehehe

tersenyum aku baca post ni..lawak la sheh..buka air tebu pun tak pandai ke..hehehe

apa pun aku mmg ada niat nak tulis pasal doa..tp lain sket dari sheh..cite pengalaman aku..hehe

pasal doa kawan sheh yg ketahanan jiwa tu..mmg menarik..dalam tak sedar Allah makbulkan doa dia kan..

pasal doa sheh tu..pun menarik..mesti sheh maghrib kat surau dekat situ kan..ke sheh berjemaah kat kedai tu juga..

so cmne..dah basuh ke seluar tebu tu..hehehe

jom sesekali buka kat masjid pekan nilai..semalam aku tak sempat beli makan..jadi aku buka situ..puas hati gak..tp takde air tebu la sheh..maaf

aku mzke said...

psl gelakkan org ko memang no 1..

sebaik post ko sumer bagus2... jd balance balik.

aku ni mls sket buka2 kt masjid ni sebab aku kaki lepak lepas mkn... msjid nk lepak rase segan wpun kalu dah pegi xde la segan mane pun.. hahaha.


tgk la mcm mane... cepat post tau.

naimisa said...

gopoh sangat buka air.

haha...

aku mzke said...

beraluss doh tu.. hihi