Followers

16 August, 2011

Bermusimkah kita?

Beep! Beep!

Nada mesej masuk berbunyi. Handset terang sekejap. Oh.. rupanya Normah menghantar pesanan ringkas atau ramai mengenalinya sebagai s.m.s.

"Pergi makan tak ajak... "


"Sampai hati.."


Ah! Masakan... Tadi jelas di telingaku kata-kata Kak Nida. Normah puasa. Fiza Kecik pun sama. Tiada riak menipu di wajahnya. Jadi apa yg berlaku sebenarnya ni?


Aku membalas mesej itu, ingin kepastian. "Akak cakap, Normah dan Fiza puasa"


Normah membalas, "Tak, hari ni kan hari Jumaat"


Ah! Agaknya Kak Nida salah. Macam mana boleh salah? Mereka terang-terang duduk di aras yang sama. Bukan susah nak jumpa. Bilik Normah dipisahkan sebuah bilik sahaja dari bilik Kak Nida. Biasanya, masing-masing saling bertanya dan mengajak antara satu sama lain jika hendak keluar makan pagi. Selalupun, kereta Normah juga yang menjadi mangsa. Kak Nida duduk di belakang saja.


Ah! Kalau dah nak jadi tu, maka jadilah.


Beep! Beep!


S.m.s daripada Suhani.


"Normah tak jadi pergi. Dia balik kampung"


Ah! Pelik! Pagi tadi saja Normah bilang dia mahu turut serta ke Sungai Tekala. Mengapa tiba-tiba Suhani bilang dia balik kampung. Ada apa dengan kampung sampai tergesa-gesa membatalkan apa yg telah dipersetujui? Ah! Bukankah normal Normah balik kampung. Kampungnya tidak jauh. Dua tiga jam sampailah. Dia pun bukan berjalan kaki, berkereta juga.


Selang beberapa waktu, Suhani s.m.s lagi. "Kita kumpul sekarang, nak bincang pasal esok!"


Sebaik aku sampai, Normah elok sahaja terselit di tepi 2 anak dara itu, Suhani dan Fiza Kecik. "Mengapa disini? Bukankah balik kampung?" pantas aku bertanya sebelum sempat mematikan enjin motorsikal.


"Kan dah cakap. balik esok"


Suhani pantas mencelah, "Ingat Normah nak balik kampung hari ni"


Hari yang sama, 2 kali aku mendengar perkhabaran yang salah pasal Normah. Melucukan. Nampaknya seakan musim 'Berita Palsu Normah'. Hahaha. Aneh tetapi benar.


Kadang-kala kita mungkin tidak dapat tidak, bersetuju yang sesetengah perkara kelihatan berlaku secara bermusim. Jelas bermusim seperti musim panas dan musim hujan. Saban tahun pastinya kedua-dua musim ini menjengah diari kehidupan kita.


Bila diperhalusi lagi, kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari juga kelihatan bermusim. Sebagai contoh apabila akhbar memaparkan berita mengenai pembuangan bayi, kita akan membaca berita yang sama hampir dua tiga hari di dua tiga lokasi yang berlainan. Begitu juga berita mengenai orang gila mengamuk, berlaku di banyak tempat dalam tempoh masa yang seakan-akan sama. Sehingga kita akan berkata, "Hari-hari berita pasal ni..!"


Mungkin inilah kehebatan DIA dalam merancang. Semua ini seolah-olah seperti sebuah jadual kelas. Apabila jam 9.00 pagi Kelas Matematik, maka tidak dapat tidak, Kelas Matematik akan berjalan. Begitulah agaknya bila DIA sudah menetapkan kejadian begini berlaku pada masa begitu dalam tempoh masa tersebut, maka itulah yang kita terima. Maha Bijaksana DIA...


Seharusnya kita juga perlu merancang dan menjadualkan hidup kita supaya apa yang kita inginkan berjaya dicapai. Inilah iktibar yang aku rasa boleh diambil daripada kejadian bermusim yang berlaku di sekitar kita. Namun, bukan sesuatu yang mudah kerana kita sendiri sudah amat terbiasa dengan rutin yang kita lakukan. Kepada-Nya juga kita bermohon taufik dan hidayah. Kita hanya merancang dan DIA yg menentukan.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, rasanya DIA SWT telah menyediakan jadual beribadah untuk kita tanpa perlu kita bersusah payah. Tinggal lagi, kita sendiri berusaha untuk memenuhinya dengan amalan yang benar dan sesuai mengikut syariat. Semoga kita semua tidak jadi orang yang bermusim di dalam beramalan.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

4 comments:

voltox said...

ehem ehem

macam cite bermusim pula..post hari tu sebut pasal normah..ni pun normah juga ye..ehehe

yeay yeay dapat kenakan shekh

semalam buka puasa ngan normah dan rakan2 juga ke..tak ajak pun..ehehe

apa pun benar juga apa shekh tulis..tak tau ia adalah kebetulan..atau sekadar mainan media cuma..kadang2 media ada strategi juga utk melariskan jualan diorang

namun hakikatnya ia ada lah perancangan Allah yang maha mengetahui


berkenaan musim tu..shekh jgn lupa..kalau buang huruf m di depan..akan jadi usim..

bye shekh..jgn marah tau..ehehe

aku mzke said...

wow... terkena aku.

Habib AlWafiy said...

hahaha. best ar entry ni. asal xwat tajuk berita palsu normah?..sian k.mah..=) hehehe. ape pun, en.voltox, en.mzke, selamat berpuasa...=)

aku mzke said...

selamat berpose... nanti nk mintak duit raye ngnn EN ADIB...