Followers

26 August, 2011

BALKIS

Dulu aku penah tulis pasal sorang awek nama Balqish. Ramai kenal die kat sini. Glemer orangnyer. Peramah... jarang brake bila bercakap. Hihi... tolong jangan saman sy dengan statement ni.

Di bulan pose yg mulia ni, aku teringat pada sorang lg Balkis... ejaan tak serupa walaupun bunyinya sama. Balqish tadi tu awek.. tapi Balkis ni 'awek dalam pembikinan'. Balkis ni lagi sesuai disamakan dengan Shin Chan versi pompuan. Huhuhuu..

Aku dengan Balkis ni sepupu. Citernyer bulan pose taun lepas. Aku balik kampung tuk same2 merase bukak poser ngan keluarga. Petang yg bosan sementara menunggu berbuka, aku sempat ke umah Balkis ni. Jenguk2 pakcik dan makcik yg memang baik ngan aku.


Biase ler, kalu dah Shin Chan tu... bile kite dtg, mesti die ade kt umah. Aku pun mengadap balkis ni dan try nak borak2 ngan die. Mase tu die ngah makan aiskrim Milo. Alaa... air milo yg diletak di tempat beku dlm peti ais tu. Sape2 pun boleh buat. Saje usik2 die... "Tak pose ker?"

"Tak.." senyum malu lak si Balkis ni.


"Makan ape tu?"


"Milo.."


"Nak???" tanyer Balkis, cepat2 disuakan kat mulut aku sudu yg siap ade ais Milo tu. Arrrhhhh... Aku pose. Aku pose. Selamatkan aku...


Fuuuh.... sebaik dia tarik balik sudunyer.


Baru2 ni... aku sembahyang terawih kt masjid nilai. Aku tengok seorang bapa dengan 2 orang anaknye. Yang sulung tu pompuan, agaknye 4 taun kot. Yang kecik tu laki kot.. nampak cam laki jer dlm umo 2 taun.


Si bapak amik port kat koridor masjid, tepi pintu antara ruang sembahyang berkarpet dengan ruang sembahyang bertile. Die letak anak yg laki tadi sebelah pintu, dan dia sembahyang di tepi anaknyer. Sebijik bantal penyu diletakkan bersama-sama untuk jadi teman agaknya.


Bila bapak dah mula sembahyang, anak laki dan pompuan dok kat tepi kakinye tibe2 start gado. Si adik ni tak nak bagi si kakak pegang patung penyu die. Bile akak tu nak amik penyu tu, si adik rampas dan campak ke ruang sebelah bapaknye bersembahnyang. Si kakak cube lagi. Si adik marah, buat suara tak puas ati dan nak nangis.


Selesai 2 rakaat terawih, bapak kembalikan penyu tu ke tempat asal. Kemudian bangun untuk terawih seterusnyer. Sama macam tadi, anak-anaknya start gado. Same jugak kesnyer... berebut patung penyu.



Selesai 2 rakaat terawih. Si bapak berselawat dengan bilal. Si kakak diam, tak kacau adiknya. Takut agaknya pikirku. Mase ni, aku perasan dtg sorang brader bermisai, baju Melayu merah. Die kemudian bercakap dengan si kakak. Budak pompuan bangun sambil pegang tangan brader tadi dan mereka beredar dari situ.


Baru aku tau, yg budak pompuan tu anak kepada brader baju merah tu dan dia bukan kakak kepada budak laki tu!!!


Patut ler budak laki tu bengang sgt ngan budak pompuan tu. Aku pun bengang bile terkena ngan die. Err.... situasi ni aku tgk pas aku bagi salam. Bukan mase sembahyang terawih, ye... :)


Ade la jeling2 sket, tapi sket ler :-P



Ketelusan hati seorang budak yang diciptakan DIA SWT sungguh mengkagumkan. Mereka bersikap jujur dengan hati dan perasaan mereka. Mereka berterus terang dengan apa yang mereka cakap dan apa yang mereka buat. Kejujuran ini menjadikan mereka mudah bergaul. Bermain dan bertegur dengan kanak-kanak sebaya mereka tanpa mengira siapa. Apabila mereka bergaduh, mereka tidak pernah menyimpan dendam.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

21 August, 2011

Doa

Kalau kita berdoa.. mesti kita berharap dan nak doa dimakbulkan , betul tak?


DIA SWT juga cakap... berdoalah, nescaya AKU kabulkan!



Janji siapa lagi yg lagi benar selain daripada-Nya.



Kata penceramah motivasi di tv, berdoalah dengan doa yg khusus dan bukan doa yg umum. Jika kamu peniaga dan mahu kaya, jgn minta mahu kaya yg bersifat umum sebaliknya mintalah dipermudahkan urusan perniagaan, hasil jualan yg baik atau apa-apa yg lebih khusus sifatnya.



Seorang kawan karib pernah bercerita, katanya dugaan yg dia dapat sekarang mungkin berpunca daripada doa yg selalu dipohonnya. Aku minta die jelaskan maksudnya. Katanya, dia selalu minta supaya Allah memberikannya ketahanan jiwa. Selepas saja sembahyang fardu, doa itulah diangkat ke hadrat DIA SWT.



Seperti tiada apa-apa perubahan pada dirinya setiap hari. Beban kerja, beban hidup... masih juga melemahkan jiwanya. Hinggalah dia hampir kehilangan nyawa dalam satu kemalangan berpunca daripada tertidur ketika memandu. Kereta remuk teruk terlanggar pokok.



Rupanya dari situ, dia mula belajar untuk mencari apa itu ketahanan jiwa. Dlm keadaan tulang yg bersimen dan dipakaikan besi, dia seperti baru memulakan hidupnya. Alhamdulillah, dia redha dan sabar, ternyata doanya dimakbulkan! Lagipun, dia tak pernah minta secara khusus ketahanan jiwa yg macam mana diperlukannya.



Memang benar, berdoalah secara khusus dan bukan umum!



Sewaktu kawan2 serumah sudah menunggu untuk keluar berbuka puasa di Jabina, kedai makan tomyam dekat kawasan cempaka, aku agak gopoh menunaikan sembahyang asar. Selesai saja, tangan ditadah mohon pada DIA SWT agar makanan pada meja tempahan kami itu siap dihidangkan. Agar kami dapat makan cepat.

Kami ke Jabina menempah meja, mengorder makanan dan lepas tu, tinggalkan kedai tu sekejap untuk menyinggah di bazar ramadhan cempaka atau bazar jasmin menurut kata Voltox. Mentang2 lah dia menetap di Desa Jasmin. Untuk tambahan juadah, aku beli 2 bungkus air dengan harga RM3, harga promosi kata peniaga tu.



Waktu kami sampai di meja, makanan belum ada. Nampak seperti doa aku tidak dimakbulkan. Hanya air tembikai yg disiapkan atas meja. Bila dah masuk waktu maghrib, yg sebenarnya sudah 3 minit masuk aku rasa tapi pengunjung kedai cenderung mendengar azan di tv waktu ikut wilayah persekutuan walaupun kami di nilai, negeri sembilan, aku habiskan air tembikai tu. Dahaga sangat.



Aku ambil salah 1 daripada 2 bungkus plastik air yg aku beli kat bazar. Air tebu. Nak tambah dlm gelas. Waktu buka ikatan getah tu, sambil menyembang dengan kawan di sebelah, tiba2 je aku terlepas plastik air tu. Apa lagi, tercurah keluarlah air tebu tu hampir separuh. Masuk dlm pinggan nasi aku, masuk dlm pinggan telur dadar aku dan masuk jugak kat bekas sambal belacan hingga menyebabkan sambal tu tercurah keluar kena kawan aku disebelah.



Seluar aku, tak payah cakap... separuh peha kiri aku dah basah. Satu kawasan meja aku pun dah basah dan melekit. Apa nak buat selain terima ketentuan DIA SWT yang maha mengetahui. Cuma aku bersyukur, sebab kitorang sudah dahulukan sembahyang maghrib. Sekurang-kurangnya aku tak perlu nak selesaikan sembahyang dalam keadaan basah cam tu.



Aku dah tak boleh buat apa-apa, selain meneruskan makan. Cume yg pasti, aku cepatkan makan sebab aku tak selesa dengan keadaan yg camtu. Nampaknya doa aku supaya dapat makan cepat dimakbulkan. Cume bukan seperti yg aku gambarkan... sebab aku tak pernah sebutkan cepat yg macam mana aku maksudkan dalam doa aku. Huhuhu....


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

17 August, 2011

2 rakaat terawikh

"Mu gi terawih dok?" tanya A.
"Kamu pegi terawih tak?

"Gi la... Aku ke rajin. Hahaha" gelak B bersahaja dengan jawapan yg diberikan.
"Pegi la... Aku kan rajin. Hahaha"

"Mu buat brapo? Duo puloh ko?" tanya A lagi.
"Kamu buat brape rakaat? Dua puluh ker?

"Kawe wat lapan belah ja..." jawab B.
"Saya buat lapan belas jer"

"Ooo... bakpo tok cukupke duo pulohnyo... bo duo rokaat jah lagi" tanya A mahu kepastian.
"Ooo... kenapa tak cukupkan dua puluh.. cuma 2 rakaat jer lagi"

"Heh.. cukup manonya... kawe wak lapan jah.. lepas tu kawe blah. Lapan... blah!" selamber B menjawab.
"Heh.. cukup apenyer.. saya buat lapan jer... lepas tu, saya blah. Lapan... blah!"


16 August, 2011

Bermusimkah kita?

Beep! Beep!

Nada mesej masuk berbunyi. Handset terang sekejap. Oh.. rupanya Normah menghantar pesanan ringkas atau ramai mengenalinya sebagai s.m.s.

"Pergi makan tak ajak... "


"Sampai hati.."


Ah! Masakan... Tadi jelas di telingaku kata-kata Kak Nida. Normah puasa. Fiza Kecik pun sama. Tiada riak menipu di wajahnya. Jadi apa yg berlaku sebenarnya ni?


Aku membalas mesej itu, ingin kepastian. "Akak cakap, Normah dan Fiza puasa"


Normah membalas, "Tak, hari ni kan hari Jumaat"


Ah! Agaknya Kak Nida salah. Macam mana boleh salah? Mereka terang-terang duduk di aras yang sama. Bukan susah nak jumpa. Bilik Normah dipisahkan sebuah bilik sahaja dari bilik Kak Nida. Biasanya, masing-masing saling bertanya dan mengajak antara satu sama lain jika hendak keluar makan pagi. Selalupun, kereta Normah juga yang menjadi mangsa. Kak Nida duduk di belakang saja.


Ah! Kalau dah nak jadi tu, maka jadilah.


Beep! Beep!


S.m.s daripada Suhani.


"Normah tak jadi pergi. Dia balik kampung"


Ah! Pelik! Pagi tadi saja Normah bilang dia mahu turut serta ke Sungai Tekala. Mengapa tiba-tiba Suhani bilang dia balik kampung. Ada apa dengan kampung sampai tergesa-gesa membatalkan apa yg telah dipersetujui? Ah! Bukankah normal Normah balik kampung. Kampungnya tidak jauh. Dua tiga jam sampailah. Dia pun bukan berjalan kaki, berkereta juga.


Selang beberapa waktu, Suhani s.m.s lagi. "Kita kumpul sekarang, nak bincang pasal esok!"


Sebaik aku sampai, Normah elok sahaja terselit di tepi 2 anak dara itu, Suhani dan Fiza Kecik. "Mengapa disini? Bukankah balik kampung?" pantas aku bertanya sebelum sempat mematikan enjin motorsikal.


"Kan dah cakap. balik esok"


Suhani pantas mencelah, "Ingat Normah nak balik kampung hari ni"


Hari yang sama, 2 kali aku mendengar perkhabaran yang salah pasal Normah. Melucukan. Nampaknya seakan musim 'Berita Palsu Normah'. Hahaha. Aneh tetapi benar.


Kadang-kala kita mungkin tidak dapat tidak, bersetuju yang sesetengah perkara kelihatan berlaku secara bermusim. Jelas bermusim seperti musim panas dan musim hujan. Saban tahun pastinya kedua-dua musim ini menjengah diari kehidupan kita.


Bila diperhalusi lagi, kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari juga kelihatan bermusim. Sebagai contoh apabila akhbar memaparkan berita mengenai pembuangan bayi, kita akan membaca berita yang sama hampir dua tiga hari di dua tiga lokasi yang berlainan. Begitu juga berita mengenai orang gila mengamuk, berlaku di banyak tempat dalam tempoh masa yang seakan-akan sama. Sehingga kita akan berkata, "Hari-hari berita pasal ni..!"


Mungkin inilah kehebatan DIA dalam merancang. Semua ini seolah-olah seperti sebuah jadual kelas. Apabila jam 9.00 pagi Kelas Matematik, maka tidak dapat tidak, Kelas Matematik akan berjalan. Begitulah agaknya bila DIA sudah menetapkan kejadian begini berlaku pada masa begitu dalam tempoh masa tersebut, maka itulah yang kita terima. Maha Bijaksana DIA...


Seharusnya kita juga perlu merancang dan menjadualkan hidup kita supaya apa yang kita inginkan berjaya dicapai. Inilah iktibar yang aku rasa boleh diambil daripada kejadian bermusim yang berlaku di sekitar kita. Namun, bukan sesuatu yang mudah kerana kita sendiri sudah amat terbiasa dengan rutin yang kita lakukan. Kepada-Nya juga kita bermohon taufik dan hidayah. Kita hanya merancang dan DIA yg menentukan.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, rasanya DIA SWT telah menyediakan jadual beribadah untuk kita tanpa perlu kita bersusah payah. Tinggal lagi, kita sendiri berusaha untuk memenuhinya dengan amalan yang benar dan sesuai mengikut syariat. Semoga kita semua tidak jadi orang yang bermusim di dalam beramalan.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe