Followers

26 June, 2011

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Hidup ini mudah jika jalannya tidak bercabang dan berliku. Namun, apa guna mudah jika payah itu lebih memberi erti dan nilai sebuah kehidupan. Bahkan apa guna jalannya lurus, jika aku memilih melalui cabang-cabang kehancuran? Ya Allah, selamatkan aku. Selamatkan keluargaku. Dan selamatkan umat Muslim seluruhnya. Amiin.


Ahh.. lame pulak tak post. Voltox bising2 mintak aku post. Aritu, aku post... die pulak yg tak! Bulan Jun ni terbalik lak, banyak post die kali ni... Katenye nak bagi aku cabaran. Ermmm... takdenyer aku nak menyahut cabaran die. Malas... Hehehe.


Ni nak cite 1 kejadian... Dari dulu lagi nak taip, tapi disebabkan kekangan mase skang baru siap. Bendanyer lama dah berlaku... 26 april 2011. Tempatnye kat opis aku.


Sekitar jam 12 tengahari, aku dok ngadap 2 orang staf pompuan yg ngah sedap bincang ke mana mereka nak pegi time rehat nanti. Dah jadi macam topik wajib. Terutama bagi ibu-ibu dan suri umah tangga macam diorang ni.


Maklum jer la, mase ni diorang akan gunakan untuk melengkapkan keperluan umah atau takpun beli barang tuk diri sendiri contohnye tudung. Sejam yg ader ni, memang penting sesangat!!

Aku kadang2 kagum ngan pompuan ni dan rasenyer mereka patot diberi anugerah kerana kesungguhan mereka 'berkhidmat' untuk keluarga. Jadi ape salahnyer kalau suami sebagai ketua keluarga menghargai sket pengorbanan yg ditunjukkan oleh mereka ini?? Tak perlu nak manjekan mereka dengan harta benda, tapi cukup dengan tolong mereka dalam keje2 umah.... tak gitu Voltox? (soalan spesel untuk orang yg spesel)


Perbincangan mereka bermula dan aku ade kat tepi pasang telinga. Bersedia menjampuk bile2 mase aje..hehehe.

Uji Rashid, pompuan A yg baru berkeluarga : Rehat nanti, saya nak pergi ke pejabat pos!

Ina Naim, pompuan B yg dah lame berkeluarga : Ooo... nak ikut.

Uji Rashid, pompuan A yg baru berkeluarga : Jom lar, kak.

Ina Naim, pompuan B yg dah lame berkeluarga : Uji nak pergi pejabat pos maner?

*Uji Rashid dan Ina Naim bukan name sebenar.

Uji Rashid, pompuan A yg baru berkeluarga :

Saya nak gi pejabat pos ofis!!


Skali Uji tersasul lak. Hahaha... ape punyer jawapan. Tertunduk Ina Naim dibuatnye.


Pejabat pos tu dlm bahasa Melayu, pos ofis tu dlm bahasa Inggeris. Same je ler. Tak jawab soalan. Haish, payaah! Hehehe.

Maaf ye Uji Rasid dan Ina Naim... bukan nak besarkan salah tersebut. Cuma rasenyer kejadian ni sangat unik.


Uniknya pada bahasa tu. Semacam mana uniknya bahasa, begitulah uniknya bangsa yg menggunakan bahasa2 ni. Dan nampak jelas kehebatan DIA SWT selaku pencipta yang Maha Sempurna!

Bahasa apapun jika diperhatikan dan diperhalusi ada sedikit kesamaan. Mungkin dari segi bunyi. Mungkin juga dari segi perkataan. Malah kita mengakui banyak perkataan yg memang sengaja dicedok dari bahasa lain untuk menambahkan lagi kosa kata atau perbendaharaan bahasa tu.

Dalam bahasa Melayu sendiri ada banyak perkataan Inggeris yg di'melayu'kan. Contoh perkataan seperti motivasi atau efektif.


Namun, sedar tak bahasa boleh menunjukkan sesuatu bangsa ini saling berkait.

Contohnya, apa kaitan Melayu dengan Tamil di India atau masyarakat Filipina? Nampak seperti tiada kaitan. Namun, Melayu berkongsi cuti dengan orang India dan berkongsi anak dengan Filipina. Salah ke aku cakap?

Orang Tamil juga menyebut cuti sebagai cuti dan orang Filipina menyebut anak sebagai anak.


Contoh lain? Kalau biasa menonton drama Cina, kisah istana dulu2, mereka akan memanggil pegawai istana sebagai 'taiyyan' yg bermaksud tuan. Bunyi dan sebutan seakan sama dengan bahasa Melayu... adakah mereka mencedok dari bahasa Melayu? Rasanya tak!

Secara tak langsung menunjukkan seolah-olah ada 1 aliran. Perkara ini sedikit sebanyak membantu aku memahami kewujudan manusia daripada Nabi Adam a.s dan ini juga mungkin bukti yg mewajarkan kesahihannya!

Bermula dengan Nabi Adam, baginda menggunakan 1 bahasa dan kemudian keluarganya berkembang biak dan bertebaran di seluruh dunia. Bahasa mula berkembang mengikut geografinya. Maka, tak hairanlah kalau ada perkataan-perkataan yg bunyinya lebih kurang sama di antara bahasa masing2. Ini hipotesis aku jer.. Kuikuikui.

Betul atau tak... semua Muslim wajib percaya yg manusia daripada Nabi Adam. Bagi yg bukan Muslim, terpulanglah hendak percaya apapun mengikut agama masing2. Kalau ada yg hendak percaya manusia daripada monyet pun, takper... tak kisah. Mungkin orang macam ni, dia boleh kawin dengan monyet dan tunggulah monyet tu berevolusi dan menjadi isteri yg cantik atau suami yg hensem.

Salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

5 comments:

voltox said...

patut la aku tersedak tadi masa tengah tidur..ingatkan aku ngigau..rupanya...

menarik juga cerita bahasa ni shekh..pasal cite dua orang perempuan yg aku kenal tu pun menarik

aku masih igt lagi..masa tu ko sms aku..cite pasal ni..masa tu aku tgh makan kat kedai..pastu jap lagi ko ajak aku makan piza kot..tp aku tak dapat join..

apa pun pasal bahasa tu..mungkin ada benarnya..aku tak tau pun org filipina panggil anak dia anak..mesti ko suka tgk cite ni..yg aku tau org putih cakap anak lelaki tu son..anak perempuan doctor..eh daughter..

apa pun..aku tak kisah andai cabaran ku tak disahut..ku sedar diri ku..cuma insan biasa di mata mu..heheh..kena post byk2 lg pasni sheh sebelum dirimu pencen kerja

adikeica said...

mzke, ni tgok cite filipina mana ni tahu dowang sebut anak tu anak?
peminat pangako sayo ke?

Tapi kakak berdua tu memang kelakar..

aku mzke said...

hahaha..

eica ni tau aje cite pangako sayo... fbret sy tu.

voltox, dirimu insan kelakar sekelakar A.M... so jgn rendah diri!

voltox said...

shekh suka kutuk aku ye..apa pun..sebagai peminat sepah..bila kita nak celebrate ni..td aku ajak gi pd shekh tanak..

hidayah kfc said...

mzke

sy sokong voltox..awk patut post selalu tau..kalau sy boring2 jual kfc..bole la sy baca post awk..cute kan..hihi