Followers

29 May, 2011

roadblock yg terindah!

Yang Maha Agung dan Berdiri Sendiri dengan penuh kekuatan di dunia dan langit, Rabb-ku.. Yang terpuji dan mulia rasul Muhammad yang disayangi ummat. Selawat ke atas mu, ya rasul. Ku pohon dipelihara daripada keburukan nafsu yg tidak terbela.. Ku pohon hati yang suci supaya amalku sentiasa ikhlas dan bererti. Amiin.











Sabtu, 21..
Bulan Mei, tahun 2.0.1.1
Mlm jam 11.30.
Area: Keluar dari tol Nilai menuju ke simpang 3 yg pertama.

Selesai urusan di Nilai Impian, aku memecut motorsikal ke area Nilai Spring. Diikuti oleh rakan-rakan yg masing2 berkenderaan sendiri. Sebuah motorsikal dan sebuah lagi berkereta Saga BML. Aku lead, nak bawak mereka minum di sebuah kedai yg aku tau.

Keluar je simpang Nilai Impian, kira dalm 300 meter, ada roadblock.

Aku takde la nk gelabah sgt sebab roadtax dan lesen motor aku hidup lagi. Cume dalam kepala aku teringat ler kawan2 aku terutama yg naik Saga ni. Mesti tersangkut jap sebab jalan jem.


Mase aku dah nak dekat ngan roadblock tu, hati aku terdetik nak baca zikir2 mudah dengan harapan aku terlepas roadblock. Dulu, aku pernah zikir2 cam ni jugak, alhamdulillah berjalan lancar. Takde la nak mengadap polis lame2. Jadi, dengan harapan yg sama, aku lakukan benda yg sama.


Jalan tu sehala tapi 2 lane. Polis letak kon kt tengah2, jd kenderaan bleh lalu 1 lane jer. Lane sebelah diorang pakai. Stakat aku dok jupe roadblock ni, akan ada beberapa orang polis yg jaga di bahagian paling depan atau awal roadblock dan sebahagian lagi jaga kat belakang atau hujung. Orang yg kat depan ni akan arahkan motorsikal masuk terus ke lane yg kosong, tempat polis buka meja. Malam tu, takde pulak walaupun polis nampak cam ramai.

Aku teragak-agak. Nak masuk terus ke lane polis tu ker atau nak susur tepi kereta yg berderet kat lane 1 lagi. Aku amik keputusan ikut lane yg ade kereta banyak2 ni kononnyer taknak nampak kuang aja kalau masuk tanpa arahan ke lane polis.

Vroom.. vroom.. vroom.. kecepuk! Keceper! Pom! Pom! Pom! Pak Mat berlanggar dengan motorkar!!!! Tapi tu Pak Mat. Aku pulak? Aku terlanggar kon polis yg elok diorang susun kat tengah2 jalan tu!!!

MySpaceMySpace




Nasib baik sebijik tapi kon tu meluncur laju ke arah mamat maner tah, ngah sembang dengan polis tepi jalan kat bonet belakang kereta Wira. Melompat mamat tu walaupun kon tu parking kat belakang die.

"Ko ape hal?!!!" sergah mamat ni kat aku. Agaknya berang nyawa die terancam. Kang ade yang masuk harian metro esok, mati dilanggar kon. Rileks la brother!

Yg tak boleh rileksnyer aku. Biasenyer, situasi camni mesti aku gelabah. Tapi mlm tu, aku tak terase sangat nak gelabah tak tentu pasal. DIA SWT dah tenteramkan ati aku kot? Alhamdulillah. Lagipun, mungkin aku rase tak bersalah sebab aku betol2 tak sengaja. Kaki aku tibe2 je boleh tersangkut kat kon tu mase motor aku lalu sebelah.

Aku pun berhenti terus kt tempat polis ngah cek lesen. Ngan nada kesal, aku cakap kuat2, "Encik, terlanggar kon! Terlanggar kon!" Kemudian ada la polis yg dah mula bising2 bila sedar ape berlaku. Ada la yg datang kat aku semata-mata nak cakap, "ko tak nampak ker kon tu. Jalan terang2 ni!".

Eiii, nak jer aku kon sebijik atas kepala die kalu die adik aku. Bukan masalah aku tak nampak, masalahnyer aku terlanggar. Korang pun kalu terkentut depan orang ramai, bukan maknanya korang tak tau malu... tapi 'ter' kan... tak sengaja!

Ada gak yg datang semata2 nak sound aku cakap kuat. "Yg ko marah ni ape hal?!" kate die. Mau aku tak cakap kuat. 1st mestilah aku nerbesss.. 2nd, aku kt jalan raya ngan pakai helmet... bila aku cakap, aku pun risau takut polis tak dengar.

Ermm.. bukanla nak membela diri sendiri. Cuma aku rasa mereka sepatutnyer boleh sedikit beradab. Kon tu bukan kena kat sape2 pun, nak terkena je.. 1 kon jer pun, bukan sederet kon aku langgar. Lagi pun aku dah berenti dan ngaku kesalahan. Lain ler kalu aku lari dan mereka terpakse kejar aku dan tahan.


Kita merancang dan DIA SWT juga merancang. Perancangan aku, zikir aku dapat bagi aku lepas roadblock dengan mudah. Namun, perancangan DIA SWT rupenyer lagi hebat dan tak terfikir dek aku. DIA 'kantoikan' aku, lepastu DIA dengan mudah DIA lepaskan aku semula. Abis je polis2 tu datang marah2 dan membebel, sorang pun tak cek aku punya ic dan lesen. Akhirnya, aku teruskan perjalan cam tu jer.


Topik ni jadi isu hangat masa aku dan kawan2 minum kat kedai. Bosan ar tenguk mereka senyum2 pasal kejadian ni. Isk!!!

4 comments:

voltox said...

assalamualaikum shekh

lama betul kita tak jumpa di ruangan komen dan blog kan..shekh apa kaba..dengar cite sihat..bagus la kalau begitu

cmne boleh terlanggar kon ni sheh..ni ke seorang guru silat..bukan ke dalam silat telah diajar bagaimana mengelak secara refleks demi mempertahankan diri..di mana ilmu yg dirimu pelajari selama ini..

apa pun sheh benar2 nampak tenang dalam situasi ini..aku kagum..tapi sheh..jangan lupa..walaupun sheh nampak tenang..tapi jangan sangka tiada buaya ye..

p/s:komen di kedai mamak..broadband dah terminate..

aku mzke said...

ah.. woltop. lamer xjuper. aiseh, name pun salah eja sebab lamer x juper.

ptut ler voltox byk kali ingatkan aku suruh bce komen, rupenyer agak sinis jugak walaupun menumpang kt kedai mamak.

Mungkin sebab voltox tak komen mamak, jadi voltox tak kena halau keluar.


Ape pun, kagum jugak ngan mamak sebab biar voltox pakai internet free.. murah ati mamak, makanan jer mahal.

adikeica said...

x nampak ke kon jalan terang2 ni?

Haha!

hidayah kfc said...

hai mzke..ni kita ni hidayah kfc..kita pelik nape mzke tak nampak kon tu..kalau kita ada kat situ..logik juga mzke tak nampak kita..ni kita takde pun kat situ masa tu..nape ye mzke..jgn nakal2 tau..

suka baca komen voltox..i like...hihihi