Followers

01 May, 2011

Jangan petik Orang!

Ku angkat doaku kepada Tuhan yang empunya langit dan bumi. Ku mohon keampunan tanda kezaliman diriku. Selawat moga sentiasa membasahi bibirku tatkala aku lapang dan sibuk. Amiin.









Bekerja dalam satu2 organisasi memang banyak cabarannya. Nak berdepan dengan banyak kepala manusia, yg setiap satu macam2 die punyer auta dan loyar buruknyer.



MySpaceMasing-masing suke menonjolkan kebaikan dan kehebatan sendiri sehinggakan langsung tak kisah akibat yg menimpa orang lain hasil perbuatan mereka.



Satu perkara yg aku anti, perangai suke 'petik orang'. Pernah korang berdepan dengan orang yg macam ni?



'Petik orang' yg aku maksudkan disini adalah suke menyalahkan org lain atau mengelak diri sendiri daripada sesuatu perkara dengan cara membabitkan org lain.



Macam2 situasi la dlm kes petik-memetik ni. Ade org yg tak suke diberi tanggungjawab melaksanakan satu2 keje, jadi diberinya nama org lain menggantikannya tanpa persetujuan mereka. Ade pulak yg suke mengelak apabila dipersalahkan tentang satu2 masalah, jadi disalahkan org lain.


Pendek kate, ade jer nama org lain yg akan keluar dari mulut org yg cam ni. Jadi, kalau korang sumer ade kwn2 cam ni, siyes... kena hati2.



Dan jgn pulak korang sumer mengamalkan sikap macam ni. Ini menunjukkan sikap tak matang. Sikap dengki dan khianat.



Aku tinggalkan korang dgn sebuah citer. Mungkin ada iktibar, siapa tau.




Ayah aku penah citer kisah die terjupe kawannya kat bandar. Namanya Li.

Macam mane orgnya, Li ni? Errmm... aku dengar nama Li ni waktu aku sekolah menengah. Jadi aku agak2, waktu tu ayah aku baru berkawan dengan Li.


Li ni kurus je orgnya. Umonya dalam 30-an. Li ni org kampung. Kampungnya sebelah ngan taman perumahan aku. Dia baik dan lurus orgnya. Jadi, tak heranlah senang mintak tolong ngan Li ni, terutama hal2 berkaitan keje2 kampung.


Li ni jugak secara tak langsung merangkap informer polis untuk kawasan kampung dan taman perumahan aku. Maklumlah, dia ni banyak bergaul. Jadi kalu ade kegiatan tak sihat yg berlaku, die mudah dapat tahu.


Dah lame ayah aku tak jupe ngan Li sehingga sampai satu ketika tu, mereka terserempak. Ayah pun menyapa Li.




"Li, lamo tok nampok"





"'Kito' sibuk sket, Abe Jen"





"Oo, mu buat gapo loni?"




"'Kito' ngajar, Abe Jen"




Jawapan Li ni memberikan tanda tanya kat ayah aku. Maklum la, Li yg die kenal adalah seorang pemuda kampung yg blajar pun tak tinggi. Tibe2 je, boleh mengajar pulak!




"Ooo... ngajar? Ngajar gapo?"




"Ngajar beruk, Abe Jen." jawab Li ngan muka selamba dan serius.





Hehe. Die mengajor beruk petik kelapa rupanye. Beruk jer yg pakar petik-memetik ni. Maka kalau org tu ske petik org lain, maka pikir2 kan lah siapa dirinyer. Hahaha.










Salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe


p/s: voltox kah???

3 comments:

voltox said...

hehehe..baru aku nak cakap..makin lebat bulu badan ko ye..tiba2 kat bawah tu ada p/s: voltox..bijak betul ye..

menarik cite Li tu..ntah2 ni cite ko sendiri..lupakah dirimu yg nama mu juga ada nama lee..bkn lee cooper tau..tp zulkiflee..ehehe

tp aku tak penah dgr istilah 'petik orang' ni merujuk pada golongan yg ko cite kan ni..tp menarik juga tu..yg aku penah dgr petik buah je..mcm gmbr latest ko kat bawah tu..hihi

apa pn..ada lg satu petik yg mungkin ko penah dgr juga..tp bukan petik org..bukan petik buah..petikan..

jangan marah..hihihi

Insyirah said...

mzke,
pandai btol cr idea nak kenakan org yg suke 'petik' tu..=)

voltox,
ayat petikan x boleh blah btol..=p

Naim said...

hensem, ingatkan Li yang duduk tepi pokok ni..hahaha