Followers

04 May, 2011

Harga Sepinggan Makanan

Oh, Tuhan. Dulu aku menyatakan sesalku dalam tangisku. Sehingga nampak seperti jalan syurga itu makin lebar untuk diriku. Namun, sekelip mata pula aku tutup jalan itu dengan dosa dan nodaku. Oh Tuhanku, ampuni aku... keluargaku, sahabatku, dan muslimin dan muslimat. Selawat dan salam kepada rasul-MU. Amiin.



Nasi putih = RM 1
Sayur goreng = RM 1
Sambal belacan = free kot?
Ayam sambal = RM 2.50
Teh Ais = RM 1.50
Jumlah = RM 6.00

Ni kot harga makan tengahari korang? Atau lagi up? Mungkin kalau korang makan kat gerai, tu la harganya. Tapi kalau makan kat restoran, tak dapat la harga cam tu.

Harga segelas milo ais kat kedai makan ala thai baru berape jer, agaknya dalam RM 1.80 kot. Tapi lain pulak harga kat Kenny Rogers. Aku pernah cancel nak order bile tengok harganya mahal sangat. Bukan spesel pun. Rasa milo jugak. Kalau rasa cheese cake ker, rasa nasi bariani kambing ker, nak jugak aku try. Kalau rasa sayang-sayang hey, pun ok gak! Boleh aku menari sambil tepuk tangan. Keh3.

Berapa harga sepinggan makanan yang kita makan? Kita tak mungkin dapat letak satu harga tetap. Ada makanan harganya murah, tapi tak sedap. Ada yg mahal tapi rasanya puas hati. Aku ni jenis yg sanggup bayar mahal asalkan aku puas hati! Hehe...

Harga atau nilai mempunyai maksud yg lebih kurang sama dari segi bahasa, tapi cukup berbeza dari segi istilah. Harga atau nilai sesuatu makanan bukan saja terletak pada nilai duit, tapi pada apa yg aku gambarkan sebagai 'sentimental value' nya. Teruskan membaca untuk lebih paham, sebab aku pun da tak paham apa yg aku tulis... Huu~

Pernah dengar menu Nasi Spesel? Tak pernah?? Ermm.. Nasi Set? Tak pernah jugak?? Nasi bujang pernah dengar? Tiga nama tapi merujuk pada menu yg sama, nasi putih dihidangkan bersama telur dadar, semangkuk sup kosong panas dan sedikit sambal belacan. Ini cuma sebahagian nama yg aku pernah dengar, mungkin tempat lain ada nama lain lagi.

Semasa belajar kolej dulu, ni menu paling best bila bagi aku dan kawan2 asrama bila kitorang dah start bosan dengan pelbagai menu ala thai yg ada. Dan, ni jugak menu penyelamat di saat kami kesengkekan. Mula2 harganya RM 1.50. Pastu naik kepada RM 1.80. Akak Melayu Siam tu bagi alasan telur mahal. Yeker??

Tika masa dan saat tu, menu lain dah kurang nilainya di mata kami. Tak payah nak rekomen nasi goreng kampung la, u.s.a ker, tom yam ker, sup ekor ker, apatah lagi siakap 3 rasa. Semua tu dah tak berjaya menggugat kami. Kami hanya tergugat kalau diberitahu dibelanja sahaja.

Maknanya, lauk bukan penentu harga dan nilai sesuatu makanan. Kita tetap rasa nikmat makan walaupun lauk sesimple menu nasi spesel.

Sama kes jugak dengan mereka yg sanggup ke tempat yg jauh semata-mata nak makan. Macam Voltox... walaupun dia bawak motor slow, dia tetap gagahkan diri ke restoran RN Teguh hanya kerana air asam. Padahal restoran tu jauh gak ler. Jadi, jarak juga bukan penentu harga dan nilai makanan.

Pandangan peribadi mengenai harga dan nilai makanan oleh Datuk Mustapha Kamal, seorang aktivis Malaysia harus juga diberi perhatian. Dia dan kumpulannya membuat kerja amal membantu muslimin di Mindanao, Filipina.

Dia berpendapat muslimin Malaysia sepatutnya mencari apa yg dia panggil sebagai 'pakej ibadah'. Dia menggambarkan sedemikian;

Ramai muslimin Malaysia suka sponsor moreh atau majlis berbuka puasa di bulan ramadhan sebagai salah satu medium bersedekah. Dan rata-rata muslimin yg mengunjungi surau atau masjid di Malaysia bukan orang susah. Bahkan, boleh dikatakan mereka sendiri mampu berbuka atau moreh dengan juadah yg jauh lebih hebat berbanding dengan apa yg disponsor oleh penyeponsor*. (*Biarlah aku pakai word ni.. Haha)

Walaupun mereka bersyukur dan berterima kasih, tapi dari segi nilai sepinggan makanan pada mereka tetap tidak sama dengan muslimin di Mindanao. Hakikatnya, bagi muslimin di Mindanao untuk dapat makan nasi pun susah, inikan pula makan nasi berlauk!

Pengalamannya di bumi Mindanao sewaktu melaksanakan program korban hasil sumbangan rakyat Malaysia yg prihatin, muslimin Mindanao memberitahu itulah daging pertama yg dimakan dalam tahun itu. Cuba bayangkan!

Pandangan beliau lagi, jika kita memberi makan kepada muslimin Mindanao, kita bukan sahaja mendapat pahala bersedekah tetapi pahala memberi makan orang miskin, pahala memberi makan anak yatim, ibu tunggal dan pelarian perang (Mindanao sedang bergelut dengan masalah politik dengan Filipina. Sila baca sejarah dan isu semasa Filipina). Inilah yg dimaksudkan Datuk Mustapha Kamal sebagai 'pakej ibadah' di Mindanao.

Pelarian perang pula merupakan golongan teraniaya dan janji DIA SWT, doa orang teraniaya adalah doa yg terus kepada-Nya. Sememangnya muslimin Mindanao mendoakan kita yg memberikannya makan. Jadi, apa lagi yg kita cari selain doa baik2 yg dimakbulkan Tuhan?

Renunglah... harga sepinggan makanan kepada penduduk Mindanao? Di sini aku mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit info kalau kawan2 berminat untuk membantu aktiviti sosial Datuk Mustapha. Dia tak bayar aku pun untuk promot, tapi ni tanggungjawab sosial aku. Sila rujuk :

Alamat: ACT Malaysia, Kajang, Selangor.
Tel: 03-87395871
Emel: actmy.care@gmail.com
Web: www.actmalaysia.org.my
No. akaun Maybank: 562142713126

Bagi aku pulak, harga sepinggan makanan yg tiada tolok bandingnya adalah makanan yg disediakan oleh ibu. Tak kiralah samada makanan tu banyak dan mengenyangkan kita atau makanan tu sket dan makan pun tak kenyang.

Baru2 ni, aku pulang ke kampung sempena cuti hari buruh. Malam sebelum aku naik bas untuk kembali bekerja, aku tengok mak aku sibuk menyiapkan karipap kecik nak bekalkan untuk aku, Dan ini bukan kali pertama. Dia dah menyiapkan pelbagai jenis bekal start dari aku sekolah tadika lagi pada tahun 1987. Hingga sekarang aku dah 30 pun masih nak buat bekal. Huhu. Maklum ler anak laki dia ni belum kawin. Hehe.

Melihat kembali harga dan nilai makanan yg kita ada menerbitkan rasa syukur dengan apa yg kita dapat. Mungkin kita makan tidak sehebat makanan orang lain, tetapi yang penting kepuasan dari segi 'harga dan nilai' yg aku nyatakan tadi.

Salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

No comments: