Followers

15 April, 2011

Semua Manusia Harus Beragama Dengan Agama Yang Benar

Kepada-Mu, aku sampaikan rasa resahku. Semoga siang tidak gelap dibaluti dosaku. Semoga malam tidak terang dengan maksiatku. Aku mohon diselamatkan sewaktu aku sendiri tidak mampu menyelamatkan diriku. Aku bermohon berkat syafaatmu juga, ya Rasul kesayangankku. Amiin.





Aku kan...

MySpaceTakut sket ngan ikan keli. Yg hidup la... Ikan keli sambal takde pulak aku takut.


Nampak ikan keli ni cam ganas je. Misai panjang pulak. Kepala leper. Uii, ganas2. Ermm, sebab tu la aku takut.


Kat tempat keje, ada org nak buat ikan keli sebagai sampel kajian. Ikan itu disimpan dalam icebox berisi air. Penutupnya dibuka sket untuk udara supaya ikan keli tu boleh bernafas.


Semalaman icebox tu dibiarkan di atas meja. Esoknya aku org pertama sampai. Buka je pintu ofis, aku perasan ikan tu dah terkojol atas lantai. Kesian. Aku bukan kesian kat orang tu. Aku lagi kesian kat ikan keli tu. Mati bodo...

MySpace

Biasalah... Ikan keli kan terer melompat. Dah terang2 penutup dibuka, dilompatnya la.. (baca macam intonasi haji bakhil dlm citer pak belalang). Terer la katakan.


Ikan ni pun satu. Yg gi lompat tu saper suruh. Dah elok da dok dalam icebox tu, nak lompat gak.


Kang da merase sekarang...MySpaceHaha




Ikan yg perlukan air, bukan air yg perlukan ikan!!


Sama seperti manusia. Manusia perlukan agama, bukan agama perlukan manusia! Jadi kenapa manusia tak mencari agama yg benar-benar BENAR!! Dan benar-benar BETUL!!


Ramai manusia selesa dengan agama keluarga mereka. Agama yg sudah lama dianuti oleh ibu bapa mereka. Mereka diajar melakukan amalan yg sama. Mereka diberitahu, "Ini agama yg benar!". Mereka setuju tanpa banyak soal dan bersedia mengajar kepada anak2 kecil mereka pula.


Secara semulajadi, manusia perlukan agama. Benar? Cuba tanya pada hati. Banyak soalan2 tentang kehidupan perlukan agama untuk mendapat jawapan. Apa tujuan hidup? Benarkah ada kehidupan selepas mati? Adakah dunia ini kekal? Ini semua tidak mungkin dijawab oleh sains.


Semua agama dikatakan 'baik' dan membawa kepada kemuncak kesempurnaan hidup bagi pengikutnya yg taat. Namun, banyak agama di dunia ini menjadikan begitu banyak 'Tuhan'!


Tuhan menciptakan makhluk. Tuhan mentadbir perjalanan alam semesta dan Tuhan menentukan setiap takdir makhluk-Nya. Begitu banyak tugas Tuhan, adakah bermaksud Tuhan itu banyak?


Cuba lihat, sebuah negara yg mempunyai dua orang Perdana Menteri? Sebuah kereta tetapi mempunyai dua stereng dan dua pemandu? Sebuah keluarga mempunyai 2 orang bapa?


Ironinya, akal manusia yg sihat tidak menerima sebuah negara ditadbir oleh dua pemimpin, kereta mempunyai dua pemandu dan keluarga mempunyai dua orang bapa melainkan semuanya akan menjadi porak peranda dan kacau bilau!


Maka, Tuhan juga tidak mungkin 2, 3 atau banyak. DIA hanya satu Tuhan. DIA yg menentukan semua urusan pentadbiran tanpa ada percanggahan dengan mana-mana 'Tuhan' lain.


Sebagai manusia, kita perlu mencari Tuhan yg satu ini. Tuhan yg benar-benar Tuhan. Bukan menerima bulat2 agama warisan ini dan menjadi pengikut sekadar ikut-ikutan. Sedangkan kita sedar, agama yg benar sahaja yg menjamin masa depan apabila kita mati nanti.


Fitrah atau semulajadi manusia, memang perlu kepada agama. Jika manusia meninggalkan agama seperti yg berlaku kepada banyak manusia sekarang, maka kita akan menerima padah seperti ikan keli yg keluar daripada air yg menjadi habitat asalnya.


Terpulanglah kepada diri manusia sendiri. Jalan untuk mencari kebenaran agama dan Tuhan ini begitu luas terbentang. Sedarlah, kita tidak lagi mempunyai rasul atau dewa untuk memperkenalkan agama dan Tuhan kepada kita.


Kalau lapar dan ingin kenyang, maka cari makanan.


Kalau miskin dan ingin kaya, maka cari harta.


Kalau kurang cerdik dan ingin pandai, maka cari ilmu.


Justeru, kalau ingin beragama, carilah Tuhan yg benar sebenar-benarnya.


Dalam dunia ini, hanya ada 1 agama yg benar dengan Tuhan yg Maha Benar. Cuma manusia yg mencari Tuhan ini perlu lebih terbuka pemikirannya supaya antara dirinya dan petunjuk dari Tuhan itu tidak terhalang.


Untuk mereka yg sudah berjumpa dengan agama dan Tuhan yg sebenar, maka tanyalah pada diri, adakah kita sudah menjadi pengikut-Nya yg sebenar juga?


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

5 comments:

voltox said...

assalamualaikum shekh

apa kabar anta di sana..anta nampak nampak begitu serius untuk post kali ini..apakah anta masih sedih dengan kematian ikan keli itu..ana pun rasa sedih juga bila mendengarnya..namun mengikut pengalaman ana..ikan keli dapat bertahan lama juga apabila di darat..mungkin air yg ada dalam icebox (peti ais) tu cuma air paip saja..jadi keli tu sangat lemah akibat kekurang oksigen

apa pun..kematian ikan keli tu ada hikmahnya..Allah yg satu telah memberikan shekh ilham untuk menulis tajuk ini

ana tertarik dengan kata-kata "Ikan yg perlukan air, bukan air yg perlukan ikan!!"..cuma nak tanya sket..nape mesti ada tanda seruan tu..anta menjerit pada ana ke tu..

kita perlukan Allah..Allah tak perlukan kita..

memang benar..kereta mesti ada satu stereng..satu brek kaki..tapi masa ana ambil lesen memandu dulu..kereta tu ada dua brek kaki..kenapa ye..

kita patut bersyukur kerana mendapat nikmat Islam secara percuma sejak lahir..tapi itu lah..bila masuk sesuatu tempat secara percuma..atau tak berbayar..jadi kurang rasa penghargaan di situ..akibatnya..ramai kita sudah jauh dari jalan agama yg sebenar..

ana saja komen panjang..ana harap hidayah kfc dan awek misi tak marah ana sebab komen ana yg panjang macam karangan ni..ehehe

hidayah kfc said...

assalamualaikum,

cuma nk tanya Voltox, tak cukup taip pjg2 kt blog sendiri ke?

Awek misi said...

waalaikumussalam, Voltox.

Mengapa En Voltox pelik pasal 2 brek kaki?

Awk pn ada dua kaki. Pakai je dua2 kaki tu tuk tekan brek. Kalau taknak, dtg jumpa sy... boleh sy potong sebelah kaki awk tuu...

theSkycrapper said...

great post bro. keep it up.

lilo said...

tanpa DIA siapa lah aku T_T