Followers

11 April, 2011

Salah, Pandang Memandang!


Suatu ketika, aku cucuk duit kt ATM Bank Muamalat. Aku pakai Bank Islam yg betolnyer. Terang2 la duit aku akan dipotong sehenget sbg charge perkhidmatan.



MySpace Takpe laa... dah nak cepat. Tak sempat pulak nak pusing ke Bank Islam.



Mesin Bank Muamalat ni terletak di kawasan asrama matrikulasi UIA Nilai. Aku tak familiar sangat ngan kawasan ni. Kalau datang pun, datang sarapan je kt Kedai Gulai Kawah. Hehehe.. kedai yg Voltox cukup tak puas ati pasal harganya mahal. Ala, Voltox... Mahal sket je, janji makanan die sedap.



Mesin ATM tu terletak kat bangunan lot kedai. Aku park moto di tepi kaki lima bangunan. Jauh sikit dari tempat mesin ATM tu kerana kat situ ada gelanggang futsal yg dibuat khas menggunakan mattress untuk budak2 UIA ni. Naik je tangga kedai, ada pulak awek misi ( student nurse Kolej Murni ) melintas.



MySpaceAku pun, dalam diam... menjeling. Hehehe...



Selesai mencucuk dan hajat tercapai, aku pun bergegas ke motor. Aiseh! Rupa-rupanya ada sebuah lagi mesin ATM yg sama, betul2 berada depan tangga yang aku guna tadi.



MySpaceCamner aku bleh tak perasan?? Huuuhuuu... Ape da.. Awek punyer pasal.


Biasalah bila kita salah pandang ni. Mata kita bukan boleh fokus sume benda, ye tak?



Namun, ada gak kesalahan lain yg ada kaitan ngan pandang-memandang ni. Kadang2 kita juga salah memberi pandangan. Hehe.. Ataupun, ada jugak antara kita ni memandang orang dengan pandangan menyalahkan mereka. Ini berbeza pulak ngan orang yg suka memandang dengan cara yang salah. Hehehe...



Maklumlah, kita manusia lemah. Memang tak sudah dari salah. Lagi bersalah kalau kita tak mahu mengaku salah.

Ingat tak kisah orang-orang buta yg menilai seekor gajah? Masing2 pegang bahagian yg berlainan pada badan gajah. Ok, anggaplah ni sebagai kesalahan pertama, salah pandang.



Bila ditanya setiap sorang rupa gajah yg sebenar, mereka cerita berdasarkan apa yg mereka pegang. Ada yg kata, gajah ni kurus kerana pegang pada ekor. Ada yg kata, gajah ni macam tiang kerana pegang pada kaki. Macam2 pendapat lagi. Anggaplah ni kesalahan kedua, salah memberi pandangan.



Masing2 melihat kawan yg lain sebagai salah dan mereka membuat kesalahan ketiga, memandang orang lain ngan pandangan menyalahkan mereka. Dan jika mereka sedar, secara tak langsung mereka menambah kesalahan lain, iaitu tidak mahu mengaku salah bila masing2 mempertahankan pendapat mereka.



Situasi ni sama saja dengan apa yang berlaku dalam setiap organisasi. Tak kira di mana. Dalam keluarga, di sekolah atau di pejabat. Hatta jawatankuasa surau kampung pun berdepan ngan masalah ini.



Penyelesaiannya, berbaliklah kepada ajaran DIA dan Dia s.a.w : Berpeganglah kepada kitabullah dan sunnah rasulullah s.a.w.



Ingatlah, Allah lebih mengetahui daripada kita. Maka jadilah manusia yg tidak pernah menganggap pendapat kita benar melainkan apa yg benar yg tercatat dalam al-Quran.



Dan ingatlah, Al-Mutakabbir adalah nama DIA yg Maha Agung. Maka jadilah manusia yg merendahkan sifat ego dan bersedia menerima pandangan org lain.



Ingatlah juga firman DIA, umat Islam itu bersaudara dan damaikanlah di antara mereka. Maka bersedialah untuk menjadikan tiada ruang permusuhan atau perbalahan antara kita. Apa lagi bergaduh hanya untuk mempertahankan pendapat yg kecil dan tidak membantu langsung dalam perjuangan agama.



salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

7 comments:

awek misi said...

assalamualaikum

hai mzke..kalau nak tau..sy la awek misi yg awk usha sy hari tu..nape awk pandang sy mcm nak makan je hari tu..awk lapar eh..takut kita tau

sy nk bgtau awk dah hari tu pasal mesin ATM lagi satu..tapi tu la awk..pandang sy mcm tak puas hati je..padan muka awk

maaf la..excited pula nk komen panjang kat sini..harap awk tak marah tau

sy suka cite org buta dgn gajah tu..betul juga kan..masing2 pendapat berbeza..kalau tak bersatu pandangan..mmg smpi duit awk abis kat ATM pn..masalah tak selesai..betul tak awk..

menarik pandangan awk dlm entry kali ni..

sambil sy bc td..sy tgk kamus jap..yg sy tau mattress tu tilam..betul ke gelanggang futsal tu dibuat dari tilam..maaf la..sy sekadar bertanya

salah ke apa sy cakap..ni my opinion ok..awk jgn marah..

see u again at ATM tau..=)

kirim salam kat voltox ye..tiba2 masuk nama dia kat sini..hihihi

aku mzke said...

Waalaikumussalam.

Awek misi tak guna...

Trimas pd pandangan awk yg bernas. Ptot la voltox slalu msg suruh sy update, rupanya ade org yg takdandan nk letak komen.. awk la orgnye.

Sy stuju dgn pandangan awk, mattress tu tilam. Sbnrnya sy pn xtau mattress tu ape. Tp sy penah dgr kwn2 panggil tu mattress. Mgkin sbb fungsinye mcm tilam kot.

Oh,tp sbnrnye... baru sy ingat. Court futsal tu bkn dibuat drp benda yg sy pgil 'mattress' tu. Cume lebih kurang je bendanya.

'Mattress' yg sy maksudkan adalah permukaan yg mcm jigsaw puzzle yg org pakai utk gelanggang taekwondo.

Akhir kate, sy terlupa nk taip 'nama betul' kt ats..awek misi tak guna 'nama betul'... ha, tu baru betol.

lilo said...

wah! pagi2 dah update blog.hehe :D

cucuk2 duit tu, blnje la..hehe :p

hidayah kfc said...

hai mzke..

sy dtg lagi baca blog awk..gembira sy awk ada update blog..pandangan sy sedikit berbeza dgn awek misi di atas..ntah la..no komen

aku mzke said...

Lilo...

Rase nk cucuk skeleton awk je... >:-Z

aku mzke said...

ape yg berbeza tu dayah oi... awk sama dengan voltox je!

adikeica said...

yang menyamar ni voltox ke mzke?
haha..
apalah korang ni