Followers

05 April, 2011

Kawan2 Ejek Kat Skolah

Oh, Tuhan… permudahkanlah jalan istiqomah kepada kami, kerana rasanya berat untuk kami lalui sendiri. Sungguh kami tiada daya, melainkan apa yang Engkau anugerahkan kepada kami. Oh rasul, andai dapat kami kecapi syafaatmu kelak, maka beruntunglah kami dari sekalian makhluk. Maka kami pohonkan Tuhan kami, jadikan kami termasuk golongan itu. Amiin.




ERMMM..


BUNYINYA KASAR…


TAPI CERITANYA LUCU


Sesiapa yang sensitif, tak payah la baca post ni. Pasal… aku nk citer tentang hewan yg ramai tak suke. Binatang kaki pendek, kaler pink… dan semua tau ia HARAM.




Seekor anak babi baru pulang dari skolah dlm keadaan wajah yg tak berapa nak best. Marah dan sedih. Dia disapa ibunya.


“Kenapa kamu ni? Sedih je nampak?”


Sekali lg anak babi tu menunjukkan riak wajahnya yg tak best itu. Kali ni lebih bersifat menunjuk-nunjuk. Puas hati bile ibunya perasan.


“Kawan2 kat skolah ejek saya buu!!!”


“Ce cite.. ce cite? Apa mereka cakap?” ujar maknye yg sudah ada unsur2 filem dalam percakapannya.


“Mereka kate saya babi!!!!” balas anak babi itu dengan nada kecewa.


MySpaceEhehehe… Babi pun marah panggil die babi. Mungkin ada yg pernah dengar citer ni. Aku pn sebenarnya baca kat kolum majalah je, slot kisah2 lucu.


Maaf, aku tak berniat nak gantikan babi dengan khinzir walaupun bunyi lagi sopan. Aku rasa baik aku kekalkan bahasa Melayu sebab tu bahasa ibunda.


Post kali ni mengingatkan aku betapa pentingnya nama kepada kita. Semua org mesti nak dipanggil ngan nama yg baik2 selain dr nama yg mak bapak dah bagi. Kalau orang kata, apa ada pada nama… Cuba korang panggil dia ‘Jamban’… Dia marah tak?


Ramai kawan2 aku sekarang dah jadi ibu dan bapa. Jadi secara langsung, mereka berperanan menentukan nama anak2 yg nanti akan jadi pewaris negara. Kecenderungan memberi nama yang ‘bunyinya sedap’ tapi tak ada maksud yg menarik sebenarnya merugikan.


Mak bapak dulu2 jika mahu anaknya bersifat amanah, maka diberikan nama Aminah. Jika nak anaknya terpuji, maka senang saja… bagi nama bersempena nama Dia s.a.w… Muhammad. Maknanya, nama anak diilhamkan daripada niat pertama yg timbul untuk anak itu. Ini selaras dengan firman DIA, setiap amal itu dikira berdasarkan niat.


Begitulah besarnya harapan mak bapak kepada anaknya sewaktu memberi nama. Seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih kepada mereka.


Zaman mak aku kecik2 pendaftaran kelahiran dibuat di balai polis. Polis masa tu tahu menulis dan membaca cukup2 makan je. Bila datuk dan nenek mahu namakan mak aku ngan nama Maziah dan kakaknya dengan nama Fatimah, polis cadangkan nama Zauyah dan Aminah pulak sebab dia pandai eja nama-nama tu. Lagipun, katanya ramai yg pakai nama tu. Kekal la nama tu sampai sekarang. Ape da..


Inipun da kira beruntung. Makcik aku pernah citer betapa terkejutnya dia bile terjumpa perempuan yang bernama Roket. Padahal, nama sebenar yg ingin diberikan oleh keluarganya adalah Rokiah!!


Waktu jumpa Hidayah di KFC, aku bergurau ngan Voltox yg aku nk hidayah. MySpaceAda 2 maksudnya.. hidayah : petunjuk atau hidayah : pelayan KFC. Hahaha… gatal la Voltox ni. (Eh, voltox yg kena)


Aritu pulak, aku ckp kat seorang student ni “awk takde iman”. Sebenarnya masa tu kitorang ngah main2 ngan baby bernama Iman, anak salah sorg staf. Oleh sebab pada nama student tu takde nama iman ( padahal aku pun takde jugak ), jadi aku cakaplah mcm tu. Hahaha… bengang dia.


Aku percaya setiap kita yg namanya ada makna yg baik, kalau dipanggil dengan panggilan nama penuh, insya Allah akan menjelma keberkatan daripada maksud nama itu. Masalahnya, kita dah terbiasa ringkaskan panggilan. Contoh, kalau nama Adib tapi panggilnya Dib. Ape maksud Dib tu pun aku taktau. Kalau dhob tu, aku tau la jugak.


Di akhirat esok pun, kita semua akan dipanggil dengan nama kita. Perkara ini jelas sekali dalam sabda Dia s.a.w.




Berbalik kepada citer babi dan anaknya, pengajarannya mungkin kalau kita nak letakkan sesuatu nama gelaran kepada rakan kita, letaklah dgn nama yg baik.




Ini juga sunnah Dia s.a.w. sebagaimana baginda memanggil Aishah r.a dgn panggilan Humaira. Byk lagi kisah Dia s.a.w memberikan nama yg baik kepada para sahabat, cuma aku tak begitu arif untuk bercerita di sini.


Kita juga perlu ingat, siapa pun kita jadi pada masa ini atau masa akan datang… jadilah diri kita sendiri. Sedarlah diri dan janganlah jadi seperti anak babi di dalam citer di atas.


Seperkara yg tak berkaitan dengan post ni… aku pelik ngape babi ini dijadikan patung2 cenderamata yg konon-kononnya cute. Padahal realitinya, sape2 pun taknak ada muka macam tu dan taknak orang gelarkan dengan nama hewan tu walaupun mereka sendiri makan dagingnya.
MySpace

Huuu… bersyukur aku hewan ini diharamkan kepada org Islam macam kita. Inilah hikmah yg DIA S.W.T. letakkan dlm setiap pengharaman yg ditentukan. Semata-mata untuk menjaga karisma hamba-hamba-Nya yg beriman.


P/s: Penah jugak bertanya pd kawan2 dgn nada melawak... mcm mana kalau kita bg patung ni (natang tu lar) sebagai hadiah suprise kt kwn kita, apa reaksinya agak2??

8 comments:

wakil hidayah said...

hai mzke..

patut la sy tersedak tadi masa makan kfc..rupanya ada org sebut nama sy ye..malu tau kita

sblm tu..gmbr yg mulut ternganga tu gmbr awk ke..cute betul..hrtu lain sy tgk awk masa kat kfc..buat pembedahan plastik ye..

apa pun betul juga cakap awk..kalau sy tak silap..kawan awk voltox pun pernah tulis pasal 'nama samaran' ni..nampaknya pandangan kamu berdua sama..cuma awk hensem sket dr kawan awk voltox tu..

awk marah tak ni sy panggil nama awk cuma mzke..maaf sgt2 sbb sy tak tau nama awk sebenar..tp sy rasa rasa nama awk ialah zulkiflee..betul?

alamak..sy kena sambung keje ni..ada org order dinner plate jap..mentang2 malam..dia pn order dinner ye..tp sy sepanjang kerja kfc ni tak pernah lg dgr lunch plate atau breakfast plate..

maaf tau kerana memberi komen yg panjang..nanti bila2 dtg kfc jgn lupa belanja voltox tau..ehehe

yg benar..hidayah kfc..

aku mzke said...

Hidayah,

awk terlalu memuji sy.. sket2 kate sy hensem dr voltox.

Hidayah kena ingat, voltox bkn x hensem. Dia cume slalu dikejar anjing, sebab tu la mukenya x boleh control hensem.

Sape2 pun kalau berada dikedudukan Voltox, slalu kena kejar cmtu... memang mukanye x boleh nk jadi hensem.

voltox said...

assalamualaikum shekh

maaf sekadar mencelah..harap tidak mengganggu kamu berdua

kenapa nama aku disebut2 di sini..aku kurang memahami

aku setuju dengan post ko kali ni..aku igt lagi ada pakcik surau berkongsi cerita dengan aku..dia tu bekas guru..dah pencen

dia bgtau ada nama ayah murid dia nama setan..terkejut dia..

pastu dia tny cmne boleh nama setan ni..anak murid dia bgtau..

masa nak daftar nama dia dulu..atok dia pergi pejabat polis..nk daftar nama..dengan slang jawa..atok dia cakap.."bagi nama si atan.."

tengok2 polis tu eja setan..hahaha..

jahat la shekh ni..suka gelak kn org

apa pun aku tak sangka hidayah kfc baca blog shekh..mgkn dia search nama dia kat google kot..tiba2 jumpa..

kepada hidayah..sampai hati awk kutuk sy..sekian

aku menanti post mu akan dtg..

lilo said...

nama saya dalila..hehe

Anonymous said...

bila awk nak post lagi ye..tak sabar tau kita nak baca post awk..

aku mzke said...

ehehe.. dalilo la best!

:-P

Anonymous said...

tp awk suzuki best..sy suka..tp bukan sizuka tau..hihi

aku mzke said...

anonymous = wakil hidayah = v****x