Followers

19 March, 2011

MUHAMMAD INI BAGAIMANA ORANGNYA?

Sungguh hati ini parah kerana melupakan Mu.. Maka Engkau pimpinlah hati ini ke jalan Mu, supaya kami berjumpa kembali dengan Kamu di jalan syurga-Mu. Jadikanlah hati ini murah dengan selawat kepada rasul-Mu, kerana bukan dia yang memerlukan kami bahkan kamilah yang mahu syafaatnya. Amiin.


Terlepas sudah hari kelahiran Dia saw... tak sempat nak tinggalkan apa-apa entry kat blog ini. Padahal aku dah berhajat, nak buat 1 pos bagi 'meraikan' ulangtahun kelahiran Dia saw.Pun begitu, aku raikan juga dengan cara istimewa lain daripada sebelum ni. Untung batu tenggelam, untung sabut pulak timbul. Untung aku, dapat offer join perarakan Maulidur Rasul yang dibuat di Stadium Salak Tinggi.



Apalah nasib pada blog ini? Sekejap terisi, sekejap aku biar isi tak berganti. Harap kalau ada pembaca tegar, janganlah marah aku ni. Beginilah kalau buat sesuatu di luar kemampuan. Macam kata ketam, ajar anak berjalan betul, tapi sendiri berjalan senget. Aku rasa itu situasi tepat nak gambarkan diri aku waktu ini. Huuu..


Sempena sambutan tu, ada program iringan yang dibuat 3 hari selepas hari perarakan. Program deklamasi puisi. Aku disuruh seorang akak untuk sertai. Aku pun buatla sajak tanpa mengetahui nasib yang akan menimpa. Bila berjumpa kali kedua ngan akak tu, dia cakap, "Sorry la, pertandingan tu rupanya untuk 12 tahun ke bawah."

Hahaha, takpe la akak. Sajak pun belum siap... Lagipun setuju nak join pun semata-mata nak meraikan kelahiran Dia saw dengan cara yang belum pernah aku buat. Aku bleh taruk kat blog jer... hehehe.

MUHAMMAD, BAGAIMANA ORANGNYA?


Saban tahun kite berarak
Dengan pakai yg bercorak
Dan berselawat kepada Muhammad
Namun
Muhammad ini bagaimana orangnya

Kalau Muhammad ini anak kecil
Anak kecil yg bagaimana
Kalau dia pemuda
Pemuda yg bagaimana
Kalau Muhammad ini orang tua
Maka tuanya bagaimana
Muhammad ini bagaimana orangnya

Semarak-marak api Majusi
Padam kerana lahirnya Muhammad
Sekaya dan sehebat Khadijah
Lebur dalam cinta pada Muhammad
Di mana lagi nak dicari sahabat seperti Abu Bakar
Rela dipatuk ular
Hanya kerana dirinya Muhammad
Maka
Muhammad ini bagaimana orangnya

Percayalah!
Kanak-kanak bernama Muhammad ini tidak pernah berdusta
Tidak pernah sama sekali, tidak pernah!
Remaja bernama Muhammad tidak mabuk berhibur
Hatta belum sempat seruling berhenti ditiup
Muhammad ini sudah tertidur yang sungguh lena
Dan Muhammad ini
Dewasanya dalam uzlah sendirian mencari erti kehidupan

Ayuh lihat pula
Muhammad yang sudah tua
Membiarkan sahaja belakangnya dipandu
Hussin dan Hassan
Sehingga sujudnya dilamakan

Oh, sungguh…
Muhammad ini bagaimana orangnya

Aku.. Muhammad fulan bin si fulan
Kalian juga kelihatannya seperti aku
Muhammad kalian, Muhammad seperti aku juga
Kita Muhammad yang bagaimana

Kalau Muhammad ditawarkan emas dan pangkat
Atau nyawa mahu dipisahkan dari badan
Katanya
Biar sahaja bulan dan matahari di dua tangannya
Namun, agama ini tetap ditegakkan

Atau ketika bencinya perempuan Yahudi di masa dia benci
Jalanan Muhammad jadi tempat kotor dan duri
Namun sakitnya diziarah Muhammad
Muhammad ini bagaimana orangnya

Oh Muhammad
Aku rasa malu berkongsi nama denganmu
Namun engkau muliakanku dalam namamu
Mereka kata aku Islam kerana namaku Muhammad
Aku bangga kerana aku Islam
Aku lagi berbangga kerana aku Islam keranamu

Sungguh engkau kekasih Allah.
Muhammad Rasulullah.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

10 comments:

voltox said...

kalau ko tak bagitahu sajak ini untuk kanak-kanak bawah 12 tahun..pasti aku pun menganggap sajak ini memang sajak sekolah rendah..ehehe..gurau je shekh

aku kagum dengan kebolehan ko..mendalam maksud sajak ni..dalamnya adalah dalam 2 meter..kalau tak pandai berenang pasti lemas dibuatnya


apa pun aku tau ko memang berbakat bersajak..bakat mu dipandang tinggi kini..juga setinggi 2 meter..

tahniah muhammad zulkiflee..boleh publish kat ikim atau pun sciencedirect jurnal ni..

aku ikhlas..keikhlasan ku usah disalah erti..kalau ko takde idea bercerita..ko tulis la sajak..at least ada juga post setiap bulan..

walaupun ko menganggap ko sebagai ketam..percayalah ko sebenarnya ibu ketam..ahaha

amek ko..ni komen yang terkumpul setelah sebulan lebih ko tak post..

aku mzke said...

memang panjang komen ko...

rupenye ko la pembaca tegar yg aku maksudkan.

hahaha... dah lame aku xpost... da xde org perasan blog aku, tp ko.... tetap tinggalkan komen!

noorain said...

wah wah..en zul bersajak. hebat weh..hehe~

Insyirah said...

wah3 bez la sajak tu..lenkali tls la sajak lg..
ringkas, padat dan tepat..snang di baca dan snang nak lekat di hati..=)

aku mzke said...

tq sume.. ehehe

Anonymous said...

sy suka sajak awk ni..tp awk abiskn chicken chop sy td..awk patut buat sajak utk sy..

awk nampak sajak tadi bila pakai baju kemeja hijau

yg benar..rahsia

lilo said...

hehe, sy pun pembaca tegar :p

warga damansara-d' silent readers- said...

wah. hebat la enck zul skrg ni. bersajak-sajak plak. teruskan usaha anda. tak sangka usim ada pekerja yg mempunyai bakat yang terpendam.
jangan terlalu merendah diri. mgkin ramai lagi peminat tegar blog enck zul. he2.
su, izatul ain, nazirah n hasanah.

voltox said...

awk..apa kata awk buat sajak untuk sy satu..sy tgk awk makan nasi td amek sket je nasi..kenapa..mgkn bole buat sajak bertajuk nasi barangkali..

yg benar..rahsia lagi..ehehe

Anonymous said...

(alamak..kantoi..cmne bole silap ni boh nama...)