Followers

02 December, 2011

TERSADAI

Alahai, sedapnya nasi lemak ini. Sambalnya banyak. Merah pekat. Bilisnya dimasak pula dengan sambal menambahkan harumnya. Telur rebusnya sebiji. Tanpa belah. Ouh, sedapnya nasi lemak ini.

Hujan masih menggila di luar pejabat. Motorsikal tersadai. Tuannya juga tersadai bersama di bilik ofis. Tak dapat pulang walaupun waktu kerja sudah melepasi 30 minit. Perut yang paginya terisi kuih dan tengaharinya dipenuhi bebola ikan yang digoreng garing, mana mampu nak ditahan daripada mengadun lagu-lagu jiwa yang meruntun.

Semalam berlalu dengan ceria. Menu makannya daripada catering terkemuka juga. Bukan calang-calang. Menu tengaharinya, kurma ayam dan sambal udang. Ayam boleh diambil banyak. Begitu juga dengan udang. Maklumlah, kuantiti melebihi kapasiti orang yang datang bekerja. Makan pula di bangunan yang serba cantik dan berseni buatannya. Duduk pula di meja yang dihias. Dan dilayan pula oleh barisan pelayan muda yang cantik dan kacak belaka.

Nasi lemak ini, panjang juga ceritanya. Bukan dibeli tetapi diberi orang. Tak minta pun. Kejadiannya, bila empunya tak sempat makan akibat aku mengunci pintu ofis untuk berjumaat. Manalah nak tahu. Dari awalnya, dia tiada kerana urusan luar. Untuk keselamatan, aku kunci kerana tak ada seorang pun di situ. Rupanya, waktu itu dia datang. Mahu makan nasi lemak. Agak tergesa-gesa kerana mahu keluar lagi.

Apa boleh buat. Aku tetap kena berjumaat. Tak dapat datang buka, hanya untuk membenarkannya masuk. Sekembalinya aku dan membuka pintu, empunya serahkan saja nasi lemak kepadaku. Makanlah, katanya dah tak sempat. Dia akan beli Mc'D Drive Through nanti masa dia keluar. Aku harap dia tak bohong, sebab aku kesian dia tak sempat makan. Nak aku tahan, suruh dia makan dulu. Tapi dia banyak urusan. Semua kena setel.

Nasi lemak ini sedap sangat. Ini nasi lemak simpang Anggerik. Bukan aku tak kenal. Aku suka nasi lemak tempat ni. Dan sejak beberapa hari ini selalu terfikir nak beli. Cuma tak dapat beli. Sebab nasi ini belinya kena tapau, bukan makan di kedai. Tuan kedai tak sedia meja. Hanya ada gerai untuk dia letakkan jualannya saja. Aku tak boleh beli sebab pagi-pagi aku akan makan di kedai Mama. Mahal tapi sedap dan tempat duduk selesa. Kalau bukan kerana tu semua, aku dah tukar kedai. Tak suka kedai yang suka naikkan harga. Apa salahnya bagitau kita yang dia nak naikkan harga.

Nasi lemak ini sedap sangat. Mungkin ianya nasi lemak biasa. Tetapi aku sekarang lapar. Tersadai pulak tu. Kebetulan pulak nasi ni nasi gerai Anggerik. Tempat aku suka. Dan aku dah idam-idamkan sebelum ni. Malah lebih beruntungnya aku sebab nasi ni empunya yang bagi. Aku tidak keluar satu sen pun!

Oh sungguh anugerah-Nya datang pada masa yang tidak diduga-duga. Maka benarlah firman DIA SWT dalam ayat seribu dinar. Oh, memang ini satu rezeki yang tidak mahal. Tidak juga murah kerana barang ini barang free. Namun, nikmat makan nasi lemak ini rasanya dah mendahului makanan catering tadi.

Bila makan nasi lemak dalam bilik sorang-sorang, dalam suasana sejuk kerana hujan di luar. Makan tanpa gangguan. Ah, apalagi yang hendak dikomplenkan. Semuanya seolah sempurna. Semua ini kasih sayang DIA SWT.

Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur.

DIA SWT memberi bila kita meminta. DIA SWT memberi bila kita tidak meminta. Bahkan DIA SWT memberi tatkala kita benar-benar perlukan-NYA.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe




















"inilah keadaan akhir polistrin nasi lemak yang berjaya dikendurikan"

30 November, 2011

Sebuah Puisi : Pohon Daun Iman

Bulan November yang semakin meninggalkan. Aku yang ketinggalan. Tertinggal dalam segala hal yang ternyata semakin sukar untuk dikejar dan didapatkan. Rasa tidak kesampaian untuk meninggalkan bulan ini tanpa sebarang coretan, walhal warkah belum tentu menggembirakan. Ini adalah bulan yang di dalamnya ada masa yang tidak mungkin bisa dikembalikan. Hatta dengan teknologi yang mampan dan pemikiran yang futuristik. Mencoret satu coretan adalah dirasakan memadai daripada membiarkan pemuka ini kosong dan statik. Mudah-mudahan ada mutiara yang bisa digali dan disinarkan kembali oleh jauhari. Hayati dan selami sajak ini.... Wassalam.

POHON DAUN IMAN

Pada dataran tandus amal
Pohon manusia berdiri condong
Dahannya sudah berkerak dan mengelupas

Akarnya bercerucuk ke bumi
Menjalar di celah kerikil maksiat dan batu dosa
Seutuh usia si pohon

Bayu nikmat berpuput lembut
Menyapa dan membelai
Maka ia julurkan rantingnya
Dongak ke langit
Katanya, "Aku akan hidup seribu tahun lagi"
Dan lagi katanya, "Tuhan itu amat sayangkan aku"

Dahulunya pohon itu ada daun iman
Menutup setiap cabang rantingnya
Meneduhkan tapaknya
Mendendangkan lagu riang si pohon
Bertunas hijau dan merimbun malar segar

Kini ia kuning sekuningnya
Berkeping dan mengeras
Satu persatu gugur ke tanah
Menutup banir akarnya

Daun iman daun pengasih
Bajanya cinta pada Pencinta
Dek akar yang tewas
Justeru hilang segarnya

Daun iman daun jiwa
Nyawa kepada yang mati
Gugurnya malapetaka
Sedang pohon manusia
Condongnya makin nyata

Dan pastikan lewat
Kalau sedarnya di hujung dunia
Tatkala tanah menyambut jatuhnya.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

23 October, 2011

Buat apa? Buat lebih baik

"Buat apa puasa, tapi sembahyang hang tinggal!"




Leter pemuda yang berasal daripada utara tanah air kepada kawan serumahnya. Rasa bertanggungjawab untuk menegur kekhilafan yang jelas berlaku di depan mata. Ini bukan tegur kosong, pemuda itu akan dapat saham di akhirat. Tegurannya juga satu dakwah. Kawannya kena terima walaupun pedih. Berkatalah benar walaupun ianya pahit. Inikan sunnah Dia s.a.w.




Ayat seperti ini selalu kita dengar. Kadang-kadang kita sendiri pun bercakap dengan nada yang sama. Mak bapak kita pun tak terkecuali. Masa kita bersekolah, mereka cakap "Buat apa kamu sekolah, kalau tak baca buku!" Arahannya jelas, kita kena baca buku. Kita sendiri pun maklum. Macam mana nak pandai kalau kita tak mengulangkaji pelajaran. Caranya, baca buku!




Dalam alam pekerjaan, sering pula kita dengar rungutan daripada rakan sekerja, "Buat apa kerja penat-penat, siang malam kalau gaji sikit dan orang lain yang naik pangkat!" Mereka hanya menyuarakan hak mereka. Tiada kesalahan pun dalam luahan hati mereka. Mereka hanya menyatakan apa yang mereka rasa dan mereka nampak. Majikan perlu ambil endah pasal semua ini. Majikan kena peka!




Suatu ketika, ada orang menilai semula adat membaca yaasin malam Jumaat. Mereka mungkin berkata, "Buat apa baca yaasin malam Jumaat saja, malam lain tak boleh bacakah? Kalau baca surah lain pada malam Jumaat, bagaimana pula?" Berikut lontaran soalan demi soalan. Ini kerana, umat Islam tidak boleh melakukan amal hanya kerana ianya satu adat. Kita mesti maklum, setiap amal mesti dilakukan kerana DIA SWT dan bukan kerana ikut-ikutan antara masyarakat.




Aku turut sama menerima pandangan 'baru' ini. Bahkan, pernah mengutarakannya kepada emak yang sememangnya berpegang pada 'adat orang dulu-dulu'. Selalu saja dia mengingatkanku, "Tak baca yaasin kah? Malam ni, malam Jumaat."




Aku berpendapat, ini semua amalan Islam yang telah di'adat'kan. Orang Islam perlu 'lari' dari amalan seperti ini. Keikhlasan kita menjadi semakin luntur. Kita buat kerana semua orang buat. Sampai kita jadi malu, kalau orang lain buat tetapi kita tidak buat.




Aku tidaklah menolak mentah-mentah saranan emak untuk baca yaasin setiap Jumaat. Itu memang amalan yang aku terdidik sejak dulu. Di asrama pun, kami baca yaasin beramai-ramai, dalam bulatan besar, berkelompok-kelompok, memenuhi ruang surau asrama pada malam Jumaat. Amalan ini sangat biasa bagi aku. Namun, pandangan amalan dibuat bukan atas dasar adat juga tidak boleh ditolak sembrono.




Hati kecilku mula bertindak sesuai dengan fikiranku. Bila tiba saja malam Jumaat, hati akan berdetik, "Jangan jadikan bacaan yaasin satu adat. Baca saja hari lain." Sedar tak sedar, aku mula meninggalkan amalan baca yaasin malam Jumaat.




Sekarang, aku mula terfikir apa faedah yang aku dapat daripada menerima pandangan baru itu. Adakah aku mendapat keikhlasan? Melihat kepada praktiknya, aku bukan sahaja meninggalkan adat tadi, bahkan aku sudah mula meninggalkan salah satu amalan mulia di sisi Islam. Amalan yang menjadi rutin para ulama silam, yang kemudian mewariskan kepada masyarakat untuk diamalkan sehingga tanpa sedar, terbentuk sebagai satu adat.




Di mana untungnya aku? Di mana ruginya aku? Untungnya, aku boleh bergoyang kaki tatkala ramai muslimin bersengkang masa sekitar 10 hingga 20 minit untuk menghabiskan surah yaasin. Ruginya, bila manfaat daripada pahala bacaan yaasin langsung tidak aku peroleh. Dahulu, sekurang-kurangnya aku mampu mendapat pahala sekali seminggu.




Dalam sebuah buku yang judulnya aku lupa. Mungkin judulnya, 'Solat cara S.M.A.R.T'. Atau mungkin boleh jadi 'Panduan solat S.M.A.R.T'. Apa-apapun, perkataan S.M.A.R.T tidak tinggal kerana di situlah penulis menyelitkan kunci isi kandungan buku itu. Terdapat huraian menarik bagi setiap huruf yang boleh membantu seseorang memantapkan solatnya.




Apa yang menarik, penulis sangat-sangat menggalakkan pembaca mengamalkan apa yang dicanangkan solat yang bijak (smart). Sebagaimana pepatah, 'study smart not study hard'. Pada pemahaman aku, betulkan kalau aku salah, penulis mengajak pembaca semua tunaikan sembahyang walaupun sembahyang itu hanya dilaksanakan seringkas mungkin, tanpa menunaikan perkara-perkara sunat dalam sembahyang. Sebagaimana dalam berwudhu', anggota wajib wudhu' hanya 4 sahaja!




Moralnya, buatlah kebaikan walaupun sedikit. Moralnya juga, BUAT, LEBIH BAIK daripada tidak buat langsung.




Cikgu Yusuf, guru subjek Kimia masa sekolah dulu pernah berkata, "Walaupun kamu malas baca buku, namun dalam sehari kamu mesti belek juga buku itu. Beleklah sehelai demi sehelai muka surat buku itu."




Masa itu, aku terfikir di mana faedah membelek buku tanpa membacanya. Dalam tak sedar, aku telah mempraktikannya ke dalam minat membaca komik 'Pedang Setiawan'. Aku sering membelek komik yang lepas-lepas untuk menggamati lukisan komik. Aku telah jadi peminat Mah Weng Seng. Dalam membelek sehelai demi sehelai komik itu, kadang-kadang 'ter'ulangbaca juga isinya. Hinggakan aku dapat mengingati ceritan dan nama wataknya. Bahkan hikmat-hikmat atau jurus-jurus kung fu yang digunapakai seperti Cakar Penolak Awan juga sudah menjadi mainan di bibir sahaja.




Sekali lagi moralnya tetap sama.... BUAT, LEBIH BAIK daripada tak buat langsung. Oleh itu, aku terpaksa berfikir dua kali bila berdepan dengan situasi seperti contoh-contoh awal di atas. Situasi seorang rakan yang berpuasa, tetapi tidak sembahyang. Berpuasa itu lebih baik, daripada meninggalkan puasa kerana tidak sembahyang. Baca yaasin malam Jumaat itu juga lebih baik, daripada meninggalkannya terus.




Ambil satu contoh yang biasa kita pakai dalam mendefinisikan artis-artis kita yang bertudung tapi berjambul. Ramai kita yang tahu hukum hakam akan berkata, "Buat apa bertudung kalau keluar jambul." Aku pula setelah berfikir 2 kali akan berkata, bertudung itu lebih baik daripada membiarkan semua rambutnya dilihat orang.




Siapalah kita untuk menilai amalan seseorang. Amalan ini akarnya adalah niat. Dahannya adalah ilmu. Cabangnya adalah istiqomah. Hasilnya adalah ikhlas.




Tegurlah ke arah yang baik. Jangan bertindak 'mencantas' niat baik atau amalan mereka.




salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe.




P/s: Aku perasaan ada follower baru. Terima kasih. Kamu semua buat aku terharu... rasa mau nangis. Hu..hu.. Aku tidak pernah promot pada mana-mana link sebab blog ini sekadar suka-suka. Aku sendiri pun bukan ada idea dan boleh post dengan kerap. Kadang2 terbiar jugak blog ni. Bagi aku, mana-mana orang yang terbaca blog ni, itu rezeki mereka. Kalau mereka dapat sesuatu dari isi kandungannya, itupun rezeki mereka. Kalau mereka berminat nak jadi follower, aku mengalu-alukan kedatangan mereka. Sebab mereka jugalah penambah semangat untuk aku terus memberi yang dirasakan terbaik. Kalau korang rasa tak terbaik lagi, tak tau la nak cakap.
MySpace

09 September, 2011

Apa yang aku perlukan hanyalah tazkirah..

Aku rase aku perlukan tazkirah.

Aku perlu diingatkan supaya diri aku ni tak lupe. Aku perlukan orang mengingatkan aku. Aku perlukan orang yg cakap aku salah supaya aku boleh betolkan. Aku perlukan orang yg cakap, ko ni makin lupe Tuhan... supaya aku kembali ingat Tuhan.

Dulu dok asrama... lepas ajer sembahyang asar atau maghrib, ade brader2 senior yg bagi tazkirah. Ade yg ok... seronok. Ade yg boring.. boring ler. Cuma mana-mana tazkirah pun, kesannyer tetap sama aku rase. Rasenyer macam tazkirah ni mengisi 1 kekosongan yg ada dlm diri aku. Aku tak tau nak cakap macam maner... tapi memang ade macam ruang kosong yg hanya dengan tazkirah saje dapat mengisinyer.

Skang ni dah keje.. dah jauh dari nak dengar tazkirah macam kat asrama. Surau pun jarang nak jenguk.. ( jarang ker tak??? ). Ade jugak aku rase macam diri tu kosong. Teringin nak isi macam dulu. Selalu terpikir dan teringin nak buat. Cuma kadang2 benda tu sekadar berlegar kat kepale, lepas tu terkubur. Sehingga rase kosong tetap rase kosong... macam tu jer la!

Fungsi tazkirah ni untuk mengingatkan. Sama ada yg mendengar tu diingatkan, ataupun yg memberi tazkirah itu jugak mengingatkan diri sendiri. Macam kisah aku dan kawan aku... Satu hari kami masing2 melawa sebab nak keluar atas urusan masing2. Mase ni belom kuar lagi, masih dalam rumah kat area ruang tamu. Sebelum keluar, aku dok minum air segelas.

Skali aku terpandang zip seluar die tak tertutup. Hahaha... aku gelak dulu dalam ati pastu aku tegur. "Zip seluar tak tutup tu... kalau ye pun nak melawa, jangan lah keluar macam tu! Hahaha"

Pantas die menarik zipnya. Pada masa sama aku tengok zip seluar aku... pun sama, terbuka. Siot jer.... sebaik tak keluar lagi.

Ni la faedah tersirat bila mengingatkan orang ni. Dalam masa same, mengingatkan kita jugak. Cuma adakah kita ni nak terima peringatan untuk diri kita sendiri?

Bercakap soal peringatan ni... kita perlu ingatkan orang terutama kalau mereka benar2 salah dalam tindak tanduk mereka. Jangan biarkan kawan-kawan kita yang sesama muslim ni, terus-terusan berada dalam kesalahan yg mereka sendiri tak sedar.

Contohi sikap seorang bapa yg aku tengok pada suatu hari di hari raya. Anaknya yang aku agak dalam sekitar umo 2 tahun sedang berjalan di depannya. Tak jauh daripada tempat mereka berdiri, ada seekor kambing jantan itam ngah berjalan ke sana ke mari. Aku tengok budak kecik ni begitu teruja tengok kambing. Sukakan binatang agaknya.

Dalam keadaan yang penuh keterujaan dan emosi.. budak tu menjerit, "KUDAA!!!". Terang2 ungkapan itu ditujukan kepada kambing yg seakan-akan terpinga-pinga kehairanan.

Dengan pantas bapanya menegur anaknya, "Kambing!". Budak tu pun ikut sebut "Kambing!".

Itulah peranan tazkirah. Menegur pada yang salah, mengingat pada yang lupa. Tazkirah terbaik mengingatkan diri kepada DIA SWT dan Dia saw.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

26 August, 2011

BALKIS

Dulu aku penah tulis pasal sorang awek nama Balqish. Ramai kenal die kat sini. Glemer orangnyer. Peramah... jarang brake bila bercakap. Hihi... tolong jangan saman sy dengan statement ni.

Di bulan pose yg mulia ni, aku teringat pada sorang lg Balkis... ejaan tak serupa walaupun bunyinya sama. Balqish tadi tu awek.. tapi Balkis ni 'awek dalam pembikinan'. Balkis ni lagi sesuai disamakan dengan Shin Chan versi pompuan. Huhuhuu..

Aku dengan Balkis ni sepupu. Citernyer bulan pose taun lepas. Aku balik kampung tuk same2 merase bukak poser ngan keluarga. Petang yg bosan sementara menunggu berbuka, aku sempat ke umah Balkis ni. Jenguk2 pakcik dan makcik yg memang baik ngan aku.


Biase ler, kalu dah Shin Chan tu... bile kite dtg, mesti die ade kt umah. Aku pun mengadap balkis ni dan try nak borak2 ngan die. Mase tu die ngah makan aiskrim Milo. Alaa... air milo yg diletak di tempat beku dlm peti ais tu. Sape2 pun boleh buat. Saje usik2 die... "Tak pose ker?"

"Tak.." senyum malu lak si Balkis ni.


"Makan ape tu?"


"Milo.."


"Nak???" tanyer Balkis, cepat2 disuakan kat mulut aku sudu yg siap ade ais Milo tu. Arrrhhhh... Aku pose. Aku pose. Selamatkan aku...


Fuuuh.... sebaik dia tarik balik sudunyer.


Baru2 ni... aku sembahyang terawih kt masjid nilai. Aku tengok seorang bapa dengan 2 orang anaknye. Yang sulung tu pompuan, agaknye 4 taun kot. Yang kecik tu laki kot.. nampak cam laki jer dlm umo 2 taun.


Si bapak amik port kat koridor masjid, tepi pintu antara ruang sembahyang berkarpet dengan ruang sembahyang bertile. Die letak anak yg laki tadi sebelah pintu, dan dia sembahyang di tepi anaknyer. Sebijik bantal penyu diletakkan bersama-sama untuk jadi teman agaknya.


Bila bapak dah mula sembahyang, anak laki dan pompuan dok kat tepi kakinye tibe2 start gado. Si adik ni tak nak bagi si kakak pegang patung penyu die. Bile akak tu nak amik penyu tu, si adik rampas dan campak ke ruang sebelah bapaknye bersembahnyang. Si kakak cube lagi. Si adik marah, buat suara tak puas ati dan nak nangis.


Selesai 2 rakaat terawih, bapak kembalikan penyu tu ke tempat asal. Kemudian bangun untuk terawih seterusnyer. Sama macam tadi, anak-anaknya start gado. Same jugak kesnyer... berebut patung penyu.



Selesai 2 rakaat terawih. Si bapak berselawat dengan bilal. Si kakak diam, tak kacau adiknya. Takut agaknya pikirku. Mase ni, aku perasan dtg sorang brader bermisai, baju Melayu merah. Die kemudian bercakap dengan si kakak. Budak pompuan bangun sambil pegang tangan brader tadi dan mereka beredar dari situ.


Baru aku tau, yg budak pompuan tu anak kepada brader baju merah tu dan dia bukan kakak kepada budak laki tu!!!


Patut ler budak laki tu bengang sgt ngan budak pompuan tu. Aku pun bengang bile terkena ngan die. Err.... situasi ni aku tgk pas aku bagi salam. Bukan mase sembahyang terawih, ye... :)


Ade la jeling2 sket, tapi sket ler :-P



Ketelusan hati seorang budak yang diciptakan DIA SWT sungguh mengkagumkan. Mereka bersikap jujur dengan hati dan perasaan mereka. Mereka berterus terang dengan apa yang mereka cakap dan apa yang mereka buat. Kejujuran ini menjadikan mereka mudah bergaul. Bermain dan bertegur dengan kanak-kanak sebaya mereka tanpa mengira siapa. Apabila mereka bergaduh, mereka tidak pernah menyimpan dendam.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

21 August, 2011

Doa

Kalau kita berdoa.. mesti kita berharap dan nak doa dimakbulkan , betul tak?


DIA SWT juga cakap... berdoalah, nescaya AKU kabulkan!



Janji siapa lagi yg lagi benar selain daripada-Nya.



Kata penceramah motivasi di tv, berdoalah dengan doa yg khusus dan bukan doa yg umum. Jika kamu peniaga dan mahu kaya, jgn minta mahu kaya yg bersifat umum sebaliknya mintalah dipermudahkan urusan perniagaan, hasil jualan yg baik atau apa-apa yg lebih khusus sifatnya.



Seorang kawan karib pernah bercerita, katanya dugaan yg dia dapat sekarang mungkin berpunca daripada doa yg selalu dipohonnya. Aku minta die jelaskan maksudnya. Katanya, dia selalu minta supaya Allah memberikannya ketahanan jiwa. Selepas saja sembahyang fardu, doa itulah diangkat ke hadrat DIA SWT.



Seperti tiada apa-apa perubahan pada dirinya setiap hari. Beban kerja, beban hidup... masih juga melemahkan jiwanya. Hinggalah dia hampir kehilangan nyawa dalam satu kemalangan berpunca daripada tertidur ketika memandu. Kereta remuk teruk terlanggar pokok.



Rupanya dari situ, dia mula belajar untuk mencari apa itu ketahanan jiwa. Dlm keadaan tulang yg bersimen dan dipakaikan besi, dia seperti baru memulakan hidupnya. Alhamdulillah, dia redha dan sabar, ternyata doanya dimakbulkan! Lagipun, dia tak pernah minta secara khusus ketahanan jiwa yg macam mana diperlukannya.



Memang benar, berdoalah secara khusus dan bukan umum!



Sewaktu kawan2 serumah sudah menunggu untuk keluar berbuka puasa di Jabina, kedai makan tomyam dekat kawasan cempaka, aku agak gopoh menunaikan sembahyang asar. Selesai saja, tangan ditadah mohon pada DIA SWT agar makanan pada meja tempahan kami itu siap dihidangkan. Agar kami dapat makan cepat.

Kami ke Jabina menempah meja, mengorder makanan dan lepas tu, tinggalkan kedai tu sekejap untuk menyinggah di bazar ramadhan cempaka atau bazar jasmin menurut kata Voltox. Mentang2 lah dia menetap di Desa Jasmin. Untuk tambahan juadah, aku beli 2 bungkus air dengan harga RM3, harga promosi kata peniaga tu.



Waktu kami sampai di meja, makanan belum ada. Nampak seperti doa aku tidak dimakbulkan. Hanya air tembikai yg disiapkan atas meja. Bila dah masuk waktu maghrib, yg sebenarnya sudah 3 minit masuk aku rasa tapi pengunjung kedai cenderung mendengar azan di tv waktu ikut wilayah persekutuan walaupun kami di nilai, negeri sembilan, aku habiskan air tembikai tu. Dahaga sangat.



Aku ambil salah 1 daripada 2 bungkus plastik air yg aku beli kat bazar. Air tebu. Nak tambah dlm gelas. Waktu buka ikatan getah tu, sambil menyembang dengan kawan di sebelah, tiba2 je aku terlepas plastik air tu. Apa lagi, tercurah keluarlah air tebu tu hampir separuh. Masuk dlm pinggan nasi aku, masuk dlm pinggan telur dadar aku dan masuk jugak kat bekas sambal belacan hingga menyebabkan sambal tu tercurah keluar kena kawan aku disebelah.



Seluar aku, tak payah cakap... separuh peha kiri aku dah basah. Satu kawasan meja aku pun dah basah dan melekit. Apa nak buat selain terima ketentuan DIA SWT yang maha mengetahui. Cuma aku bersyukur, sebab kitorang sudah dahulukan sembahyang maghrib. Sekurang-kurangnya aku tak perlu nak selesaikan sembahyang dalam keadaan basah cam tu.



Aku dah tak boleh buat apa-apa, selain meneruskan makan. Cume yg pasti, aku cepatkan makan sebab aku tak selesa dengan keadaan yg camtu. Nampaknya doa aku supaya dapat makan cepat dimakbulkan. Cume bukan seperti yg aku gambarkan... sebab aku tak pernah sebutkan cepat yg macam mana aku maksudkan dalam doa aku. Huhuhu....


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

17 August, 2011

2 rakaat terawikh

"Mu gi terawih dok?" tanya A.
"Kamu pegi terawih tak?

"Gi la... Aku ke rajin. Hahaha" gelak B bersahaja dengan jawapan yg diberikan.
"Pegi la... Aku kan rajin. Hahaha"

"Mu buat brapo? Duo puloh ko?" tanya A lagi.
"Kamu buat brape rakaat? Dua puluh ker?

"Kawe wat lapan belah ja..." jawab B.
"Saya buat lapan belas jer"

"Ooo... bakpo tok cukupke duo pulohnyo... bo duo rokaat jah lagi" tanya A mahu kepastian.
"Ooo... kenapa tak cukupkan dua puluh.. cuma 2 rakaat jer lagi"

"Heh.. cukup manonya... kawe wak lapan jah.. lepas tu kawe blah. Lapan... blah!" selamber B menjawab.
"Heh.. cukup apenyer.. saya buat lapan jer... lepas tu, saya blah. Lapan... blah!"


16 August, 2011

Bermusimkah kita?

Beep! Beep!

Nada mesej masuk berbunyi. Handset terang sekejap. Oh.. rupanya Normah menghantar pesanan ringkas atau ramai mengenalinya sebagai s.m.s.

"Pergi makan tak ajak... "


"Sampai hati.."


Ah! Masakan... Tadi jelas di telingaku kata-kata Kak Nida. Normah puasa. Fiza Kecik pun sama. Tiada riak menipu di wajahnya. Jadi apa yg berlaku sebenarnya ni?


Aku membalas mesej itu, ingin kepastian. "Akak cakap, Normah dan Fiza puasa"


Normah membalas, "Tak, hari ni kan hari Jumaat"


Ah! Agaknya Kak Nida salah. Macam mana boleh salah? Mereka terang-terang duduk di aras yang sama. Bukan susah nak jumpa. Bilik Normah dipisahkan sebuah bilik sahaja dari bilik Kak Nida. Biasanya, masing-masing saling bertanya dan mengajak antara satu sama lain jika hendak keluar makan pagi. Selalupun, kereta Normah juga yang menjadi mangsa. Kak Nida duduk di belakang saja.


Ah! Kalau dah nak jadi tu, maka jadilah.


Beep! Beep!


S.m.s daripada Suhani.


"Normah tak jadi pergi. Dia balik kampung"


Ah! Pelik! Pagi tadi saja Normah bilang dia mahu turut serta ke Sungai Tekala. Mengapa tiba-tiba Suhani bilang dia balik kampung. Ada apa dengan kampung sampai tergesa-gesa membatalkan apa yg telah dipersetujui? Ah! Bukankah normal Normah balik kampung. Kampungnya tidak jauh. Dua tiga jam sampailah. Dia pun bukan berjalan kaki, berkereta juga.


Selang beberapa waktu, Suhani s.m.s lagi. "Kita kumpul sekarang, nak bincang pasal esok!"


Sebaik aku sampai, Normah elok sahaja terselit di tepi 2 anak dara itu, Suhani dan Fiza Kecik. "Mengapa disini? Bukankah balik kampung?" pantas aku bertanya sebelum sempat mematikan enjin motorsikal.


"Kan dah cakap. balik esok"


Suhani pantas mencelah, "Ingat Normah nak balik kampung hari ni"


Hari yang sama, 2 kali aku mendengar perkhabaran yang salah pasal Normah. Melucukan. Nampaknya seakan musim 'Berita Palsu Normah'. Hahaha. Aneh tetapi benar.


Kadang-kala kita mungkin tidak dapat tidak, bersetuju yang sesetengah perkara kelihatan berlaku secara bermusim. Jelas bermusim seperti musim panas dan musim hujan. Saban tahun pastinya kedua-dua musim ini menjengah diari kehidupan kita.


Bila diperhalusi lagi, kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari juga kelihatan bermusim. Sebagai contoh apabila akhbar memaparkan berita mengenai pembuangan bayi, kita akan membaca berita yang sama hampir dua tiga hari di dua tiga lokasi yang berlainan. Begitu juga berita mengenai orang gila mengamuk, berlaku di banyak tempat dalam tempoh masa yang seakan-akan sama. Sehingga kita akan berkata, "Hari-hari berita pasal ni..!"


Mungkin inilah kehebatan DIA dalam merancang. Semua ini seolah-olah seperti sebuah jadual kelas. Apabila jam 9.00 pagi Kelas Matematik, maka tidak dapat tidak, Kelas Matematik akan berjalan. Begitulah agaknya bila DIA sudah menetapkan kejadian begini berlaku pada masa begitu dalam tempoh masa tersebut, maka itulah yang kita terima. Maha Bijaksana DIA...


Seharusnya kita juga perlu merancang dan menjadualkan hidup kita supaya apa yang kita inginkan berjaya dicapai. Inilah iktibar yang aku rasa boleh diambil daripada kejadian bermusim yang berlaku di sekitar kita. Namun, bukan sesuatu yang mudah kerana kita sendiri sudah amat terbiasa dengan rutin yang kita lakukan. Kepada-Nya juga kita bermohon taufik dan hidayah. Kita hanya merancang dan DIA yg menentukan.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, rasanya DIA SWT telah menyediakan jadual beribadah untuk kita tanpa perlu kita bersusah payah. Tinggal lagi, kita sendiri berusaha untuk memenuhinya dengan amalan yang benar dan sesuai mengikut syariat. Semoga kita semua tidak jadi orang yang bermusim di dalam beramalan.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

19 July, 2011

Fuyoo..




















Hahaha...




Da abis da Maharajalawak. Gelak pun tak puas da abis pulak. Minggu first aku minat Jambu. Aku rase Jambu boleh beri saingan kpd Jozan dan lain2 team. Kebetulan lak minggu tu, Johan dan Zizan tak menjadi. Malangnya lawak Jambu cam sama jer tiap2 minggu. Tapi aku still minat.

Nabil.. aku respek! Terer buat lawak solo. Cume kat Maharajalawak ni, lawaknye kureng sket. Apapun, die memang gifted untuk buat stand-up comedy.

Johan dan Zizan... Dorang memang serasi habis. Aku rase scene curi tabung masjid adalah lawak paling kreatif yang ada kat Maharajalawak tu.

Sepah? Pinjam kate2 Apek the Legend.. "Manissnya sepah inii!!!"

Hmm.. dah macam kolumnis hiburan plak. Hehehe. Aku cuma nak cakap yg rakyat Malaysia ni suke pd lawak dan suke berlawak. Betol tak?



Kat skolah, kalu cikgu tak kelakar, bosan giler.. Rase nak ponteng. Budak baik mungkin tahan ar. Tu pun silap2 ade jugak bukak buku, tegakkan dan tido blakang buku yg terbukak tu. Haha.



Kalu ngan kawan2, tak payah cakap ler tahap melawaknyer. Bergegar-gegar ketawa kat kedai mamak. Air teh segelas tak bergerak pun, tak sampai separuh minum tapi lepak boleh cecah 3 jam... ketawa aje!

Yang pompuan lak, lawa macam mane pun, jumpe laki yang kelakar cam Saleh Yaakob tu... tewas gak die. Hehehe... Caya la abg Saleh.



Di panggung, lagi la... cite lawak aje. Sampai cite hantu pun dah tak seram, lagi kelakor adelar. Cam hantu kak limah balik rumah tu. Yang terbaru slot seram kt tv3 pun da jadi klakor sebab you saka!

Nape agaknye yer? Lawak dah sebati dalam diri orang kite. Kalau movie yg tak lawak.. susah nak kutip box office kalu bukan citer aksi. Kalau citer sejarah, lagi la tak balik modal. Padahal cite sejarah ler paling banyak pakai props.



Kadang2 disebabkan dah terlalu nak lawak, ceramah agama pun dah taknak dengar kalu penceramah tak lawak. Betol kan? Kalau korang jawab tak betol, maknenyer aku sorang jer la yg suke penceramah yg klakor cam ustaz azhar idrus tu... keh3... die memang klakor!



Dulu mase zaman Dia saw... orang sume terer2 dalam berpuisi. Sehinggakan masyarakat zaman itu berkumpul semate-mate nak dengar orang berpuisi. Huu... sesuatu yang pelik pada zaman ini, kecuali mereka yg berjiwa sastera cam Voltox. (slalu sgt wat puisi kat Ape cite)



Oleh sebab itu, al-Quran diturunkan DIA SWT dgn susunan ayat yg hebat dan dibace dengan lagu yg indah semate-mate untuk mencabar minda manusia pada zaman itu yg memang menghargai bahasa. Akhirnya dakwah Dia saw diterima apabila minda manusia mula tunduk kepada kehebatan bahasa al-Quran.



So..Hari ni tak salah kot kalu aku cakap pendakwah zaman skang kena pandai berlawak tuk sebarkan mesej Islam. Same macam al-Quran menakluki manusia dengan bahasa. Pendakwah skang perlu menakluki orang dengan lawaknyer.



Ok, yg tak stuju jangan melatah. Ambik logik ni. Penceramah yg kelakar boleh menarik pendengar ramai ke ceramahnyer. Jadi die dapat mengingatkan ramai orang ngan dakwahnyer. Yang tak kelakar, kurang pendengar maka sedikit la orang yang mendengar dakwahnyer.



Di sini aku tak nak bincang dari segi pengisian atau berapa banyak yg betol2 mendapat manfaat daripada ceramah tu. Tu bia ler dibincangkan orang lain jer dalam blog yg lain pulak.



Bercakap pasal lawak ni... kalau korang dah memang kelakar... sedar atau tak, DIA SWT akan bagi kejadian yg kelakar2 berlaku dlm idop korang. Kalau pun korang tak kelakar, DIA SWT tetap akan hadirkan korang ngan kejadian2 kelakar yg mampu mengukir senyum di bibir kalian. Secara korang tak sedar, Tuhan korang menggembirakan korang dengan takdir-Nya (kisah kelakar yg korang alami tu ler..)



Aritu, member aku yg aku rahsiakan name, umo dan no surat beranaknya.. datang ke ofis aku. Mase tu aku dok di meja mengadap komputer.. die berdiri membelakangi aku sambil lihat ke luar tingkap dari bilik ofis. Dlm kedudukan mcm tu, kitorang berborak.


Aku ingt lagi, mase tu aku ngah citekan 1 benda kt die. Aku ingat die dengar, rupenyer ngah sibuk mengusya seseorang kat tempat parking berdepan ngan ofis aku. Tibe2 die cakap, "weh zul, normah pakai kete baru..!"



Aku diam jer. Die bersungguh-sungguh pulak aku tengok. Sekali lagi die ulang ape yg die cakap, "zul, normah kete baru tu.. bile die tukar?" Mate die tak beralih dari tingkap.



Die macam tak dapat nak tahan naluri nak menyound Normah. Die terus ke pintu depan ofis. Bukak jer pintu, die pun menegur Normah dari jauh. "Fuyyooo... Normah! Kete baru tuuu...!!!"

Normah pun berpaling. Rupe-rupenyer bukan Normah.. Kawan aku terkejut giler. Terus die tutup pintu secepat kilat, berlari tertunduk2 malu.. Aku sempat perasan pompuan tu pandang slek kat kawan aku tu



Hahaha.. beng.... Nak sangat sound.. Hah sound ler lagi skali? Pandai lak lari nak sembunyi. Ikut ske ko ler Voltox.




"Hahaha... ape cite"




Salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

26 June, 2011

Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Hidup ini mudah jika jalannya tidak bercabang dan berliku. Namun, apa guna mudah jika payah itu lebih memberi erti dan nilai sebuah kehidupan. Bahkan apa guna jalannya lurus, jika aku memilih melalui cabang-cabang kehancuran? Ya Allah, selamatkan aku. Selamatkan keluargaku. Dan selamatkan umat Muslim seluruhnya. Amiin.


Ahh.. lame pulak tak post. Voltox bising2 mintak aku post. Aritu, aku post... die pulak yg tak! Bulan Jun ni terbalik lak, banyak post die kali ni... Katenye nak bagi aku cabaran. Ermmm... takdenyer aku nak menyahut cabaran die. Malas... Hehehe.


Ni nak cite 1 kejadian... Dari dulu lagi nak taip, tapi disebabkan kekangan mase skang baru siap. Bendanyer lama dah berlaku... 26 april 2011. Tempatnye kat opis aku.


Sekitar jam 12 tengahari, aku dok ngadap 2 orang staf pompuan yg ngah sedap bincang ke mana mereka nak pegi time rehat nanti. Dah jadi macam topik wajib. Terutama bagi ibu-ibu dan suri umah tangga macam diorang ni.


Maklum jer la, mase ni diorang akan gunakan untuk melengkapkan keperluan umah atau takpun beli barang tuk diri sendiri contohnye tudung. Sejam yg ader ni, memang penting sesangat!!

Aku kadang2 kagum ngan pompuan ni dan rasenyer mereka patot diberi anugerah kerana kesungguhan mereka 'berkhidmat' untuk keluarga. Jadi ape salahnyer kalau suami sebagai ketua keluarga menghargai sket pengorbanan yg ditunjukkan oleh mereka ini?? Tak perlu nak manjekan mereka dengan harta benda, tapi cukup dengan tolong mereka dalam keje2 umah.... tak gitu Voltox? (soalan spesel untuk orang yg spesel)


Perbincangan mereka bermula dan aku ade kat tepi pasang telinga. Bersedia menjampuk bile2 mase aje..hehehe.

Uji Rashid, pompuan A yg baru berkeluarga : Rehat nanti, saya nak pergi ke pejabat pos!

Ina Naim, pompuan B yg dah lame berkeluarga : Ooo... nak ikut.

Uji Rashid, pompuan A yg baru berkeluarga : Jom lar, kak.

Ina Naim, pompuan B yg dah lame berkeluarga : Uji nak pergi pejabat pos maner?

*Uji Rashid dan Ina Naim bukan name sebenar.

Uji Rashid, pompuan A yg baru berkeluarga :

Saya nak gi pejabat pos ofis!!


Skali Uji tersasul lak. Hahaha... ape punyer jawapan. Tertunduk Ina Naim dibuatnye.


Pejabat pos tu dlm bahasa Melayu, pos ofis tu dlm bahasa Inggeris. Same je ler. Tak jawab soalan. Haish, payaah! Hehehe.

Maaf ye Uji Rasid dan Ina Naim... bukan nak besarkan salah tersebut. Cuma rasenyer kejadian ni sangat unik.


Uniknya pada bahasa tu. Semacam mana uniknya bahasa, begitulah uniknya bangsa yg menggunakan bahasa2 ni. Dan nampak jelas kehebatan DIA SWT selaku pencipta yang Maha Sempurna!

Bahasa apapun jika diperhatikan dan diperhalusi ada sedikit kesamaan. Mungkin dari segi bunyi. Mungkin juga dari segi perkataan. Malah kita mengakui banyak perkataan yg memang sengaja dicedok dari bahasa lain untuk menambahkan lagi kosa kata atau perbendaharaan bahasa tu.

Dalam bahasa Melayu sendiri ada banyak perkataan Inggeris yg di'melayu'kan. Contoh perkataan seperti motivasi atau efektif.


Namun, sedar tak bahasa boleh menunjukkan sesuatu bangsa ini saling berkait.

Contohnya, apa kaitan Melayu dengan Tamil di India atau masyarakat Filipina? Nampak seperti tiada kaitan. Namun, Melayu berkongsi cuti dengan orang India dan berkongsi anak dengan Filipina. Salah ke aku cakap?

Orang Tamil juga menyebut cuti sebagai cuti dan orang Filipina menyebut anak sebagai anak.


Contoh lain? Kalau biasa menonton drama Cina, kisah istana dulu2, mereka akan memanggil pegawai istana sebagai 'taiyyan' yg bermaksud tuan. Bunyi dan sebutan seakan sama dengan bahasa Melayu... adakah mereka mencedok dari bahasa Melayu? Rasanya tak!

Secara tak langsung menunjukkan seolah-olah ada 1 aliran. Perkara ini sedikit sebanyak membantu aku memahami kewujudan manusia daripada Nabi Adam a.s dan ini juga mungkin bukti yg mewajarkan kesahihannya!

Bermula dengan Nabi Adam, baginda menggunakan 1 bahasa dan kemudian keluarganya berkembang biak dan bertebaran di seluruh dunia. Bahasa mula berkembang mengikut geografinya. Maka, tak hairanlah kalau ada perkataan-perkataan yg bunyinya lebih kurang sama di antara bahasa masing2. Ini hipotesis aku jer.. Kuikuikui.

Betul atau tak... semua Muslim wajib percaya yg manusia daripada Nabi Adam. Bagi yg bukan Muslim, terpulanglah hendak percaya apapun mengikut agama masing2. Kalau ada yg hendak percaya manusia daripada monyet pun, takper... tak kisah. Mungkin orang macam ni, dia boleh kawin dengan monyet dan tunggulah monyet tu berevolusi dan menjadi isteri yg cantik atau suami yg hensem.

Salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

29 May, 2011

roadblock yg terindah!

Yang Maha Agung dan Berdiri Sendiri dengan penuh kekuatan di dunia dan langit, Rabb-ku.. Yang terpuji dan mulia rasul Muhammad yang disayangi ummat. Selawat ke atas mu, ya rasul. Ku pohon dipelihara daripada keburukan nafsu yg tidak terbela.. Ku pohon hati yang suci supaya amalku sentiasa ikhlas dan bererti. Amiin.











Sabtu, 21..
Bulan Mei, tahun 2.0.1.1
Mlm jam 11.30.
Area: Keluar dari tol Nilai menuju ke simpang 3 yg pertama.

Selesai urusan di Nilai Impian, aku memecut motorsikal ke area Nilai Spring. Diikuti oleh rakan-rakan yg masing2 berkenderaan sendiri. Sebuah motorsikal dan sebuah lagi berkereta Saga BML. Aku lead, nak bawak mereka minum di sebuah kedai yg aku tau.

Keluar je simpang Nilai Impian, kira dalm 300 meter, ada roadblock.

Aku takde la nk gelabah sgt sebab roadtax dan lesen motor aku hidup lagi. Cume dalam kepala aku teringat ler kawan2 aku terutama yg naik Saga ni. Mesti tersangkut jap sebab jalan jem.


Mase aku dah nak dekat ngan roadblock tu, hati aku terdetik nak baca zikir2 mudah dengan harapan aku terlepas roadblock. Dulu, aku pernah zikir2 cam ni jugak, alhamdulillah berjalan lancar. Takde la nak mengadap polis lame2. Jadi, dengan harapan yg sama, aku lakukan benda yg sama.


Jalan tu sehala tapi 2 lane. Polis letak kon kt tengah2, jd kenderaan bleh lalu 1 lane jer. Lane sebelah diorang pakai. Stakat aku dok jupe roadblock ni, akan ada beberapa orang polis yg jaga di bahagian paling depan atau awal roadblock dan sebahagian lagi jaga kat belakang atau hujung. Orang yg kat depan ni akan arahkan motorsikal masuk terus ke lane yg kosong, tempat polis buka meja. Malam tu, takde pulak walaupun polis nampak cam ramai.

Aku teragak-agak. Nak masuk terus ke lane polis tu ker atau nak susur tepi kereta yg berderet kat lane 1 lagi. Aku amik keputusan ikut lane yg ade kereta banyak2 ni kononnyer taknak nampak kuang aja kalau masuk tanpa arahan ke lane polis.

Vroom.. vroom.. vroom.. kecepuk! Keceper! Pom! Pom! Pom! Pak Mat berlanggar dengan motorkar!!!! Tapi tu Pak Mat. Aku pulak? Aku terlanggar kon polis yg elok diorang susun kat tengah2 jalan tu!!!

MySpaceMySpace




Nasib baik sebijik tapi kon tu meluncur laju ke arah mamat maner tah, ngah sembang dengan polis tepi jalan kat bonet belakang kereta Wira. Melompat mamat tu walaupun kon tu parking kat belakang die.

"Ko ape hal?!!!" sergah mamat ni kat aku. Agaknya berang nyawa die terancam. Kang ade yang masuk harian metro esok, mati dilanggar kon. Rileks la brother!

Yg tak boleh rileksnyer aku. Biasenyer, situasi camni mesti aku gelabah. Tapi mlm tu, aku tak terase sangat nak gelabah tak tentu pasal. DIA SWT dah tenteramkan ati aku kot? Alhamdulillah. Lagipun, mungkin aku rase tak bersalah sebab aku betol2 tak sengaja. Kaki aku tibe2 je boleh tersangkut kat kon tu mase motor aku lalu sebelah.

Aku pun berhenti terus kt tempat polis ngah cek lesen. Ngan nada kesal, aku cakap kuat2, "Encik, terlanggar kon! Terlanggar kon!" Kemudian ada la polis yg dah mula bising2 bila sedar ape berlaku. Ada la yg datang kat aku semata-mata nak cakap, "ko tak nampak ker kon tu. Jalan terang2 ni!".

Eiii, nak jer aku kon sebijik atas kepala die kalu die adik aku. Bukan masalah aku tak nampak, masalahnyer aku terlanggar. Korang pun kalu terkentut depan orang ramai, bukan maknanya korang tak tau malu... tapi 'ter' kan... tak sengaja!

Ada gak yg datang semata2 nak sound aku cakap kuat. "Yg ko marah ni ape hal?!" kate die. Mau aku tak cakap kuat. 1st mestilah aku nerbesss.. 2nd, aku kt jalan raya ngan pakai helmet... bila aku cakap, aku pun risau takut polis tak dengar.

Ermm.. bukanla nak membela diri sendiri. Cuma aku rasa mereka sepatutnyer boleh sedikit beradab. Kon tu bukan kena kat sape2 pun, nak terkena je.. 1 kon jer pun, bukan sederet kon aku langgar. Lagi pun aku dah berenti dan ngaku kesalahan. Lain ler kalu aku lari dan mereka terpakse kejar aku dan tahan.


Kita merancang dan DIA SWT juga merancang. Perancangan aku, zikir aku dapat bagi aku lepas roadblock dengan mudah. Namun, perancangan DIA SWT rupenyer lagi hebat dan tak terfikir dek aku. DIA 'kantoikan' aku, lepastu DIA dengan mudah DIA lepaskan aku semula. Abis je polis2 tu datang marah2 dan membebel, sorang pun tak cek aku punya ic dan lesen. Akhirnya, aku teruskan perjalan cam tu jer.


Topik ni jadi isu hangat masa aku dan kawan2 minum kat kedai. Bosan ar tenguk mereka senyum2 pasal kejadian ni. Isk!!!

04 May, 2011

Harga Sepinggan Makanan

Oh, Tuhan. Dulu aku menyatakan sesalku dalam tangisku. Sehingga nampak seperti jalan syurga itu makin lebar untuk diriku. Namun, sekelip mata pula aku tutup jalan itu dengan dosa dan nodaku. Oh Tuhanku, ampuni aku... keluargaku, sahabatku, dan muslimin dan muslimat. Selawat dan salam kepada rasul-MU. Amiin.



Nasi putih = RM 1
Sayur goreng = RM 1
Sambal belacan = free kot?
Ayam sambal = RM 2.50
Teh Ais = RM 1.50
Jumlah = RM 6.00

Ni kot harga makan tengahari korang? Atau lagi up? Mungkin kalau korang makan kat gerai, tu la harganya. Tapi kalau makan kat restoran, tak dapat la harga cam tu.

Harga segelas milo ais kat kedai makan ala thai baru berape jer, agaknya dalam RM 1.80 kot. Tapi lain pulak harga kat Kenny Rogers. Aku pernah cancel nak order bile tengok harganya mahal sangat. Bukan spesel pun. Rasa milo jugak. Kalau rasa cheese cake ker, rasa nasi bariani kambing ker, nak jugak aku try. Kalau rasa sayang-sayang hey, pun ok gak! Boleh aku menari sambil tepuk tangan. Keh3.

Berapa harga sepinggan makanan yang kita makan? Kita tak mungkin dapat letak satu harga tetap. Ada makanan harganya murah, tapi tak sedap. Ada yg mahal tapi rasanya puas hati. Aku ni jenis yg sanggup bayar mahal asalkan aku puas hati! Hehe...

Harga atau nilai mempunyai maksud yg lebih kurang sama dari segi bahasa, tapi cukup berbeza dari segi istilah. Harga atau nilai sesuatu makanan bukan saja terletak pada nilai duit, tapi pada apa yg aku gambarkan sebagai 'sentimental value' nya. Teruskan membaca untuk lebih paham, sebab aku pun da tak paham apa yg aku tulis... Huu~

Pernah dengar menu Nasi Spesel? Tak pernah?? Ermm.. Nasi Set? Tak pernah jugak?? Nasi bujang pernah dengar? Tiga nama tapi merujuk pada menu yg sama, nasi putih dihidangkan bersama telur dadar, semangkuk sup kosong panas dan sedikit sambal belacan. Ini cuma sebahagian nama yg aku pernah dengar, mungkin tempat lain ada nama lain lagi.

Semasa belajar kolej dulu, ni menu paling best bila bagi aku dan kawan2 asrama bila kitorang dah start bosan dengan pelbagai menu ala thai yg ada. Dan, ni jugak menu penyelamat di saat kami kesengkekan. Mula2 harganya RM 1.50. Pastu naik kepada RM 1.80. Akak Melayu Siam tu bagi alasan telur mahal. Yeker??

Tika masa dan saat tu, menu lain dah kurang nilainya di mata kami. Tak payah nak rekomen nasi goreng kampung la, u.s.a ker, tom yam ker, sup ekor ker, apatah lagi siakap 3 rasa. Semua tu dah tak berjaya menggugat kami. Kami hanya tergugat kalau diberitahu dibelanja sahaja.

Maknanya, lauk bukan penentu harga dan nilai sesuatu makanan. Kita tetap rasa nikmat makan walaupun lauk sesimple menu nasi spesel.

Sama kes jugak dengan mereka yg sanggup ke tempat yg jauh semata-mata nak makan. Macam Voltox... walaupun dia bawak motor slow, dia tetap gagahkan diri ke restoran RN Teguh hanya kerana air asam. Padahal restoran tu jauh gak ler. Jadi, jarak juga bukan penentu harga dan nilai makanan.

Pandangan peribadi mengenai harga dan nilai makanan oleh Datuk Mustapha Kamal, seorang aktivis Malaysia harus juga diberi perhatian. Dia dan kumpulannya membuat kerja amal membantu muslimin di Mindanao, Filipina.

Dia berpendapat muslimin Malaysia sepatutnya mencari apa yg dia panggil sebagai 'pakej ibadah'. Dia menggambarkan sedemikian;

Ramai muslimin Malaysia suka sponsor moreh atau majlis berbuka puasa di bulan ramadhan sebagai salah satu medium bersedekah. Dan rata-rata muslimin yg mengunjungi surau atau masjid di Malaysia bukan orang susah. Bahkan, boleh dikatakan mereka sendiri mampu berbuka atau moreh dengan juadah yg jauh lebih hebat berbanding dengan apa yg disponsor oleh penyeponsor*. (*Biarlah aku pakai word ni.. Haha)

Walaupun mereka bersyukur dan berterima kasih, tapi dari segi nilai sepinggan makanan pada mereka tetap tidak sama dengan muslimin di Mindanao. Hakikatnya, bagi muslimin di Mindanao untuk dapat makan nasi pun susah, inikan pula makan nasi berlauk!

Pengalamannya di bumi Mindanao sewaktu melaksanakan program korban hasil sumbangan rakyat Malaysia yg prihatin, muslimin Mindanao memberitahu itulah daging pertama yg dimakan dalam tahun itu. Cuba bayangkan!

Pandangan beliau lagi, jika kita memberi makan kepada muslimin Mindanao, kita bukan sahaja mendapat pahala bersedekah tetapi pahala memberi makan orang miskin, pahala memberi makan anak yatim, ibu tunggal dan pelarian perang (Mindanao sedang bergelut dengan masalah politik dengan Filipina. Sila baca sejarah dan isu semasa Filipina). Inilah yg dimaksudkan Datuk Mustapha Kamal sebagai 'pakej ibadah' di Mindanao.

Pelarian perang pula merupakan golongan teraniaya dan janji DIA SWT, doa orang teraniaya adalah doa yg terus kepada-Nya. Sememangnya muslimin Mindanao mendoakan kita yg memberikannya makan. Jadi, apa lagi yg kita cari selain doa baik2 yg dimakbulkan Tuhan?

Renunglah... harga sepinggan makanan kepada penduduk Mindanao? Di sini aku mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit info kalau kawan2 berminat untuk membantu aktiviti sosial Datuk Mustapha. Dia tak bayar aku pun untuk promot, tapi ni tanggungjawab sosial aku. Sila rujuk :

Alamat: ACT Malaysia, Kajang, Selangor.
Tel: 03-87395871
Emel: actmy.care@gmail.com
Web: www.actmalaysia.org.my
No. akaun Maybank: 562142713126

Bagi aku pulak, harga sepinggan makanan yg tiada tolok bandingnya adalah makanan yg disediakan oleh ibu. Tak kiralah samada makanan tu banyak dan mengenyangkan kita atau makanan tu sket dan makan pun tak kenyang.

Baru2 ni, aku pulang ke kampung sempena cuti hari buruh. Malam sebelum aku naik bas untuk kembali bekerja, aku tengok mak aku sibuk menyiapkan karipap kecik nak bekalkan untuk aku, Dan ini bukan kali pertama. Dia dah menyiapkan pelbagai jenis bekal start dari aku sekolah tadika lagi pada tahun 1987. Hingga sekarang aku dah 30 pun masih nak buat bekal. Huhu. Maklum ler anak laki dia ni belum kawin. Hehe.

Melihat kembali harga dan nilai makanan yg kita ada menerbitkan rasa syukur dengan apa yg kita dapat. Mungkin kita makan tidak sehebat makanan orang lain, tetapi yang penting kepuasan dari segi 'harga dan nilai' yg aku nyatakan tadi.

Salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

01 May, 2011

Jangan petik Orang!

Ku angkat doaku kepada Tuhan yang empunya langit dan bumi. Ku mohon keampunan tanda kezaliman diriku. Selawat moga sentiasa membasahi bibirku tatkala aku lapang dan sibuk. Amiin.









Bekerja dalam satu2 organisasi memang banyak cabarannya. Nak berdepan dengan banyak kepala manusia, yg setiap satu macam2 die punyer auta dan loyar buruknyer.



MySpaceMasing-masing suke menonjolkan kebaikan dan kehebatan sendiri sehinggakan langsung tak kisah akibat yg menimpa orang lain hasil perbuatan mereka.



Satu perkara yg aku anti, perangai suke 'petik orang'. Pernah korang berdepan dengan orang yg macam ni?



'Petik orang' yg aku maksudkan disini adalah suke menyalahkan org lain atau mengelak diri sendiri daripada sesuatu perkara dengan cara membabitkan org lain.



Macam2 situasi la dlm kes petik-memetik ni. Ade org yg tak suke diberi tanggungjawab melaksanakan satu2 keje, jadi diberinya nama org lain menggantikannya tanpa persetujuan mereka. Ade pulak yg suke mengelak apabila dipersalahkan tentang satu2 masalah, jadi disalahkan org lain.


Pendek kate, ade jer nama org lain yg akan keluar dari mulut org yg cam ni. Jadi, kalau korang sumer ade kwn2 cam ni, siyes... kena hati2.



Dan jgn pulak korang sumer mengamalkan sikap macam ni. Ini menunjukkan sikap tak matang. Sikap dengki dan khianat.



Aku tinggalkan korang dgn sebuah citer. Mungkin ada iktibar, siapa tau.




Ayah aku penah citer kisah die terjupe kawannya kat bandar. Namanya Li.

Macam mane orgnya, Li ni? Errmm... aku dengar nama Li ni waktu aku sekolah menengah. Jadi aku agak2, waktu tu ayah aku baru berkawan dengan Li.


Li ni kurus je orgnya. Umonya dalam 30-an. Li ni org kampung. Kampungnya sebelah ngan taman perumahan aku. Dia baik dan lurus orgnya. Jadi, tak heranlah senang mintak tolong ngan Li ni, terutama hal2 berkaitan keje2 kampung.


Li ni jugak secara tak langsung merangkap informer polis untuk kawasan kampung dan taman perumahan aku. Maklumlah, dia ni banyak bergaul. Jadi kalu ade kegiatan tak sihat yg berlaku, die mudah dapat tahu.


Dah lame ayah aku tak jupe ngan Li sehingga sampai satu ketika tu, mereka terserempak. Ayah pun menyapa Li.




"Li, lamo tok nampok"





"'Kito' sibuk sket, Abe Jen"





"Oo, mu buat gapo loni?"




"'Kito' ngajar, Abe Jen"




Jawapan Li ni memberikan tanda tanya kat ayah aku. Maklum la, Li yg die kenal adalah seorang pemuda kampung yg blajar pun tak tinggi. Tibe2 je, boleh mengajar pulak!




"Ooo... ngajar? Ngajar gapo?"




"Ngajar beruk, Abe Jen." jawab Li ngan muka selamba dan serius.





Hehe. Die mengajor beruk petik kelapa rupanye. Beruk jer yg pakar petik-memetik ni. Maka kalau org tu ske petik org lain, maka pikir2 kan lah siapa dirinyer. Hahaha.










Salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe


p/s: voltox kah???

15 April, 2011

Semua Manusia Harus Beragama Dengan Agama Yang Benar

Kepada-Mu, aku sampaikan rasa resahku. Semoga siang tidak gelap dibaluti dosaku. Semoga malam tidak terang dengan maksiatku. Aku mohon diselamatkan sewaktu aku sendiri tidak mampu menyelamatkan diriku. Aku bermohon berkat syafaatmu juga, ya Rasul kesayangankku. Amiin.





Aku kan...

MySpaceTakut sket ngan ikan keli. Yg hidup la... Ikan keli sambal takde pulak aku takut.


Nampak ikan keli ni cam ganas je. Misai panjang pulak. Kepala leper. Uii, ganas2. Ermm, sebab tu la aku takut.


Kat tempat keje, ada org nak buat ikan keli sebagai sampel kajian. Ikan itu disimpan dalam icebox berisi air. Penutupnya dibuka sket untuk udara supaya ikan keli tu boleh bernafas.


Semalaman icebox tu dibiarkan di atas meja. Esoknya aku org pertama sampai. Buka je pintu ofis, aku perasan ikan tu dah terkojol atas lantai. Kesian. Aku bukan kesian kat orang tu. Aku lagi kesian kat ikan keli tu. Mati bodo...

MySpace

Biasalah... Ikan keli kan terer melompat. Dah terang2 penutup dibuka, dilompatnya la.. (baca macam intonasi haji bakhil dlm citer pak belalang). Terer la katakan.


Ikan ni pun satu. Yg gi lompat tu saper suruh. Dah elok da dok dalam icebox tu, nak lompat gak.


Kang da merase sekarang...MySpaceHaha




Ikan yg perlukan air, bukan air yg perlukan ikan!!


Sama seperti manusia. Manusia perlukan agama, bukan agama perlukan manusia! Jadi kenapa manusia tak mencari agama yg benar-benar BENAR!! Dan benar-benar BETUL!!


Ramai manusia selesa dengan agama keluarga mereka. Agama yg sudah lama dianuti oleh ibu bapa mereka. Mereka diajar melakukan amalan yg sama. Mereka diberitahu, "Ini agama yg benar!". Mereka setuju tanpa banyak soal dan bersedia mengajar kepada anak2 kecil mereka pula.


Secara semulajadi, manusia perlukan agama. Benar? Cuba tanya pada hati. Banyak soalan2 tentang kehidupan perlukan agama untuk mendapat jawapan. Apa tujuan hidup? Benarkah ada kehidupan selepas mati? Adakah dunia ini kekal? Ini semua tidak mungkin dijawab oleh sains.


Semua agama dikatakan 'baik' dan membawa kepada kemuncak kesempurnaan hidup bagi pengikutnya yg taat. Namun, banyak agama di dunia ini menjadikan begitu banyak 'Tuhan'!


Tuhan menciptakan makhluk. Tuhan mentadbir perjalanan alam semesta dan Tuhan menentukan setiap takdir makhluk-Nya. Begitu banyak tugas Tuhan, adakah bermaksud Tuhan itu banyak?


Cuba lihat, sebuah negara yg mempunyai dua orang Perdana Menteri? Sebuah kereta tetapi mempunyai dua stereng dan dua pemandu? Sebuah keluarga mempunyai 2 orang bapa?


Ironinya, akal manusia yg sihat tidak menerima sebuah negara ditadbir oleh dua pemimpin, kereta mempunyai dua pemandu dan keluarga mempunyai dua orang bapa melainkan semuanya akan menjadi porak peranda dan kacau bilau!


Maka, Tuhan juga tidak mungkin 2, 3 atau banyak. DIA hanya satu Tuhan. DIA yg menentukan semua urusan pentadbiran tanpa ada percanggahan dengan mana-mana 'Tuhan' lain.


Sebagai manusia, kita perlu mencari Tuhan yg satu ini. Tuhan yg benar-benar Tuhan. Bukan menerima bulat2 agama warisan ini dan menjadi pengikut sekadar ikut-ikutan. Sedangkan kita sedar, agama yg benar sahaja yg menjamin masa depan apabila kita mati nanti.


Fitrah atau semulajadi manusia, memang perlu kepada agama. Jika manusia meninggalkan agama seperti yg berlaku kepada banyak manusia sekarang, maka kita akan menerima padah seperti ikan keli yg keluar daripada air yg menjadi habitat asalnya.


Terpulanglah kepada diri manusia sendiri. Jalan untuk mencari kebenaran agama dan Tuhan ini begitu luas terbentang. Sedarlah, kita tidak lagi mempunyai rasul atau dewa untuk memperkenalkan agama dan Tuhan kepada kita.


Kalau lapar dan ingin kenyang, maka cari makanan.


Kalau miskin dan ingin kaya, maka cari harta.


Kalau kurang cerdik dan ingin pandai, maka cari ilmu.


Justeru, kalau ingin beragama, carilah Tuhan yg benar sebenar-benarnya.


Dalam dunia ini, hanya ada 1 agama yg benar dengan Tuhan yg Maha Benar. Cuma manusia yg mencari Tuhan ini perlu lebih terbuka pemikirannya supaya antara dirinya dan petunjuk dari Tuhan itu tidak terhalang.


Untuk mereka yg sudah berjumpa dengan agama dan Tuhan yg sebenar, maka tanyalah pada diri, adakah kita sudah menjadi pengikut-Nya yg sebenar juga?


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

11 April, 2011

Salah, Pandang Memandang!


Suatu ketika, aku cucuk duit kt ATM Bank Muamalat. Aku pakai Bank Islam yg betolnyer. Terang2 la duit aku akan dipotong sehenget sbg charge perkhidmatan.



MySpace Takpe laa... dah nak cepat. Tak sempat pulak nak pusing ke Bank Islam.



Mesin Bank Muamalat ni terletak di kawasan asrama matrikulasi UIA Nilai. Aku tak familiar sangat ngan kawasan ni. Kalau datang pun, datang sarapan je kt Kedai Gulai Kawah. Hehehe.. kedai yg Voltox cukup tak puas ati pasal harganya mahal. Ala, Voltox... Mahal sket je, janji makanan die sedap.



Mesin ATM tu terletak kat bangunan lot kedai. Aku park moto di tepi kaki lima bangunan. Jauh sikit dari tempat mesin ATM tu kerana kat situ ada gelanggang futsal yg dibuat khas menggunakan mattress untuk budak2 UIA ni. Naik je tangga kedai, ada pulak awek misi ( student nurse Kolej Murni ) melintas.



MySpaceAku pun, dalam diam... menjeling. Hehehe...



Selesai mencucuk dan hajat tercapai, aku pun bergegas ke motor. Aiseh! Rupa-rupanya ada sebuah lagi mesin ATM yg sama, betul2 berada depan tangga yang aku guna tadi.



MySpaceCamner aku bleh tak perasan?? Huuuhuuu... Ape da.. Awek punyer pasal.


Biasalah bila kita salah pandang ni. Mata kita bukan boleh fokus sume benda, ye tak?



Namun, ada gak kesalahan lain yg ada kaitan ngan pandang-memandang ni. Kadang2 kita juga salah memberi pandangan. Hehe.. Ataupun, ada jugak antara kita ni memandang orang dengan pandangan menyalahkan mereka. Ini berbeza pulak ngan orang yg suka memandang dengan cara yang salah. Hehehe...



Maklumlah, kita manusia lemah. Memang tak sudah dari salah. Lagi bersalah kalau kita tak mahu mengaku salah.

Ingat tak kisah orang-orang buta yg menilai seekor gajah? Masing2 pegang bahagian yg berlainan pada badan gajah. Ok, anggaplah ni sebagai kesalahan pertama, salah pandang.



Bila ditanya setiap sorang rupa gajah yg sebenar, mereka cerita berdasarkan apa yg mereka pegang. Ada yg kata, gajah ni kurus kerana pegang pada ekor. Ada yg kata, gajah ni macam tiang kerana pegang pada kaki. Macam2 pendapat lagi. Anggaplah ni kesalahan kedua, salah memberi pandangan.



Masing2 melihat kawan yg lain sebagai salah dan mereka membuat kesalahan ketiga, memandang orang lain ngan pandangan menyalahkan mereka. Dan jika mereka sedar, secara tak langsung mereka menambah kesalahan lain, iaitu tidak mahu mengaku salah bila masing2 mempertahankan pendapat mereka.



Situasi ni sama saja dengan apa yang berlaku dalam setiap organisasi. Tak kira di mana. Dalam keluarga, di sekolah atau di pejabat. Hatta jawatankuasa surau kampung pun berdepan ngan masalah ini.



Penyelesaiannya, berbaliklah kepada ajaran DIA dan Dia s.a.w : Berpeganglah kepada kitabullah dan sunnah rasulullah s.a.w.



Ingatlah, Allah lebih mengetahui daripada kita. Maka jadilah manusia yg tidak pernah menganggap pendapat kita benar melainkan apa yg benar yg tercatat dalam al-Quran.



Dan ingatlah, Al-Mutakabbir adalah nama DIA yg Maha Agung. Maka jadilah manusia yg merendahkan sifat ego dan bersedia menerima pandangan org lain.



Ingatlah juga firman DIA, umat Islam itu bersaudara dan damaikanlah di antara mereka. Maka bersedialah untuk menjadikan tiada ruang permusuhan atau perbalahan antara kita. Apa lagi bergaduh hanya untuk mempertahankan pendapat yg kecil dan tidak membantu langsung dalam perjuangan agama.



salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

05 April, 2011

Kawan2 Ejek Kat Skolah

Oh, Tuhan… permudahkanlah jalan istiqomah kepada kami, kerana rasanya berat untuk kami lalui sendiri. Sungguh kami tiada daya, melainkan apa yang Engkau anugerahkan kepada kami. Oh rasul, andai dapat kami kecapi syafaatmu kelak, maka beruntunglah kami dari sekalian makhluk. Maka kami pohonkan Tuhan kami, jadikan kami termasuk golongan itu. Amiin.




ERMMM..


BUNYINYA KASAR…


TAPI CERITANYA LUCU


Sesiapa yang sensitif, tak payah la baca post ni. Pasal… aku nk citer tentang hewan yg ramai tak suke. Binatang kaki pendek, kaler pink… dan semua tau ia HARAM.




Seekor anak babi baru pulang dari skolah dlm keadaan wajah yg tak berapa nak best. Marah dan sedih. Dia disapa ibunya.


“Kenapa kamu ni? Sedih je nampak?”


Sekali lg anak babi tu menunjukkan riak wajahnya yg tak best itu. Kali ni lebih bersifat menunjuk-nunjuk. Puas hati bile ibunya perasan.


“Kawan2 kat skolah ejek saya buu!!!”


“Ce cite.. ce cite? Apa mereka cakap?” ujar maknye yg sudah ada unsur2 filem dalam percakapannya.


“Mereka kate saya babi!!!!” balas anak babi itu dengan nada kecewa.


MySpaceEhehehe… Babi pun marah panggil die babi. Mungkin ada yg pernah dengar citer ni. Aku pn sebenarnya baca kat kolum majalah je, slot kisah2 lucu.


Maaf, aku tak berniat nak gantikan babi dengan khinzir walaupun bunyi lagi sopan. Aku rasa baik aku kekalkan bahasa Melayu sebab tu bahasa ibunda.


Post kali ni mengingatkan aku betapa pentingnya nama kepada kita. Semua org mesti nak dipanggil ngan nama yg baik2 selain dr nama yg mak bapak dah bagi. Kalau orang kata, apa ada pada nama… Cuba korang panggil dia ‘Jamban’… Dia marah tak?


Ramai kawan2 aku sekarang dah jadi ibu dan bapa. Jadi secara langsung, mereka berperanan menentukan nama anak2 yg nanti akan jadi pewaris negara. Kecenderungan memberi nama yang ‘bunyinya sedap’ tapi tak ada maksud yg menarik sebenarnya merugikan.


Mak bapak dulu2 jika mahu anaknya bersifat amanah, maka diberikan nama Aminah. Jika nak anaknya terpuji, maka senang saja… bagi nama bersempena nama Dia s.a.w… Muhammad. Maknanya, nama anak diilhamkan daripada niat pertama yg timbul untuk anak itu. Ini selaras dengan firman DIA, setiap amal itu dikira berdasarkan niat.


Begitulah besarnya harapan mak bapak kepada anaknya sewaktu memberi nama. Seharusnya kita bersyukur dan berterima kasih kepada mereka.


Zaman mak aku kecik2 pendaftaran kelahiran dibuat di balai polis. Polis masa tu tahu menulis dan membaca cukup2 makan je. Bila datuk dan nenek mahu namakan mak aku ngan nama Maziah dan kakaknya dengan nama Fatimah, polis cadangkan nama Zauyah dan Aminah pulak sebab dia pandai eja nama-nama tu. Lagipun, katanya ramai yg pakai nama tu. Kekal la nama tu sampai sekarang. Ape da..


Inipun da kira beruntung. Makcik aku pernah citer betapa terkejutnya dia bile terjumpa perempuan yang bernama Roket. Padahal, nama sebenar yg ingin diberikan oleh keluarganya adalah Rokiah!!


Waktu jumpa Hidayah di KFC, aku bergurau ngan Voltox yg aku nk hidayah. MySpaceAda 2 maksudnya.. hidayah : petunjuk atau hidayah : pelayan KFC. Hahaha… gatal la Voltox ni. (Eh, voltox yg kena)


Aritu pulak, aku ckp kat seorang student ni “awk takde iman”. Sebenarnya masa tu kitorang ngah main2 ngan baby bernama Iman, anak salah sorg staf. Oleh sebab pada nama student tu takde nama iman ( padahal aku pun takde jugak ), jadi aku cakaplah mcm tu. Hahaha… bengang dia.


Aku percaya setiap kita yg namanya ada makna yg baik, kalau dipanggil dengan panggilan nama penuh, insya Allah akan menjelma keberkatan daripada maksud nama itu. Masalahnya, kita dah terbiasa ringkaskan panggilan. Contoh, kalau nama Adib tapi panggilnya Dib. Ape maksud Dib tu pun aku taktau. Kalau dhob tu, aku tau la jugak.


Di akhirat esok pun, kita semua akan dipanggil dengan nama kita. Perkara ini jelas sekali dalam sabda Dia s.a.w.




Berbalik kepada citer babi dan anaknya, pengajarannya mungkin kalau kita nak letakkan sesuatu nama gelaran kepada rakan kita, letaklah dgn nama yg baik.




Ini juga sunnah Dia s.a.w. sebagaimana baginda memanggil Aishah r.a dgn panggilan Humaira. Byk lagi kisah Dia s.a.w memberikan nama yg baik kepada para sahabat, cuma aku tak begitu arif untuk bercerita di sini.


Kita juga perlu ingat, siapa pun kita jadi pada masa ini atau masa akan datang… jadilah diri kita sendiri. Sedarlah diri dan janganlah jadi seperti anak babi di dalam citer di atas.


Seperkara yg tak berkaitan dengan post ni… aku pelik ngape babi ini dijadikan patung2 cenderamata yg konon-kononnya cute. Padahal realitinya, sape2 pun taknak ada muka macam tu dan taknak orang gelarkan dengan nama hewan tu walaupun mereka sendiri makan dagingnya.
MySpace

Huuu… bersyukur aku hewan ini diharamkan kepada org Islam macam kita. Inilah hikmah yg DIA S.W.T. letakkan dlm setiap pengharaman yg ditentukan. Semata-mata untuk menjaga karisma hamba-hamba-Nya yg beriman.


P/s: Penah jugak bertanya pd kawan2 dgn nada melawak... mcm mana kalau kita bg patung ni (natang tu lar) sebagai hadiah suprise kt kwn kita, apa reaksinya agak2??

19 March, 2011

MUHAMMAD INI BAGAIMANA ORANGNYA?

Sungguh hati ini parah kerana melupakan Mu.. Maka Engkau pimpinlah hati ini ke jalan Mu, supaya kami berjumpa kembali dengan Kamu di jalan syurga-Mu. Jadikanlah hati ini murah dengan selawat kepada rasul-Mu, kerana bukan dia yang memerlukan kami bahkan kamilah yang mahu syafaatnya. Amiin.


Terlepas sudah hari kelahiran Dia saw... tak sempat nak tinggalkan apa-apa entry kat blog ini. Padahal aku dah berhajat, nak buat 1 pos bagi 'meraikan' ulangtahun kelahiran Dia saw.Pun begitu, aku raikan juga dengan cara istimewa lain daripada sebelum ni. Untung batu tenggelam, untung sabut pulak timbul. Untung aku, dapat offer join perarakan Maulidur Rasul yang dibuat di Stadium Salak Tinggi.



Apalah nasib pada blog ini? Sekejap terisi, sekejap aku biar isi tak berganti. Harap kalau ada pembaca tegar, janganlah marah aku ni. Beginilah kalau buat sesuatu di luar kemampuan. Macam kata ketam, ajar anak berjalan betul, tapi sendiri berjalan senget. Aku rasa itu situasi tepat nak gambarkan diri aku waktu ini. Huuu..


Sempena sambutan tu, ada program iringan yang dibuat 3 hari selepas hari perarakan. Program deklamasi puisi. Aku disuruh seorang akak untuk sertai. Aku pun buatla sajak tanpa mengetahui nasib yang akan menimpa. Bila berjumpa kali kedua ngan akak tu, dia cakap, "Sorry la, pertandingan tu rupanya untuk 12 tahun ke bawah."

Hahaha, takpe la akak. Sajak pun belum siap... Lagipun setuju nak join pun semata-mata nak meraikan kelahiran Dia saw dengan cara yang belum pernah aku buat. Aku bleh taruk kat blog jer... hehehe.

MUHAMMAD, BAGAIMANA ORANGNYA?


Saban tahun kite berarak
Dengan pakai yg bercorak
Dan berselawat kepada Muhammad
Namun
Muhammad ini bagaimana orangnya

Kalau Muhammad ini anak kecil
Anak kecil yg bagaimana
Kalau dia pemuda
Pemuda yg bagaimana
Kalau Muhammad ini orang tua
Maka tuanya bagaimana
Muhammad ini bagaimana orangnya

Semarak-marak api Majusi
Padam kerana lahirnya Muhammad
Sekaya dan sehebat Khadijah
Lebur dalam cinta pada Muhammad
Di mana lagi nak dicari sahabat seperti Abu Bakar
Rela dipatuk ular
Hanya kerana dirinya Muhammad
Maka
Muhammad ini bagaimana orangnya

Percayalah!
Kanak-kanak bernama Muhammad ini tidak pernah berdusta
Tidak pernah sama sekali, tidak pernah!
Remaja bernama Muhammad tidak mabuk berhibur
Hatta belum sempat seruling berhenti ditiup
Muhammad ini sudah tertidur yang sungguh lena
Dan Muhammad ini
Dewasanya dalam uzlah sendirian mencari erti kehidupan

Ayuh lihat pula
Muhammad yang sudah tua
Membiarkan sahaja belakangnya dipandu
Hussin dan Hassan
Sehingga sujudnya dilamakan

Oh, sungguh…
Muhammad ini bagaimana orangnya

Aku.. Muhammad fulan bin si fulan
Kalian juga kelihatannya seperti aku
Muhammad kalian, Muhammad seperti aku juga
Kita Muhammad yang bagaimana

Kalau Muhammad ditawarkan emas dan pangkat
Atau nyawa mahu dipisahkan dari badan
Katanya
Biar sahaja bulan dan matahari di dua tangannya
Namun, agama ini tetap ditegakkan

Atau ketika bencinya perempuan Yahudi di masa dia benci
Jalanan Muhammad jadi tempat kotor dan duri
Namun sakitnya diziarah Muhammad
Muhammad ini bagaimana orangnya

Oh Muhammad
Aku rasa malu berkongsi nama denganmu
Namun engkau muliakanku dalam namamu
Mereka kata aku Islam kerana namaku Muhammad
Aku bangga kerana aku Islam
Aku lagi berbangga kerana aku Islam keranamu

Sungguh engkau kekasih Allah.
Muhammad Rasulullah.


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

25 January, 2011

Makcik Unik

Ingatlah aku kepada Allah Tuhan yang satu… yang memberikan aku rezeki tanpa diminta. Berselawatlah aku kepada sebaik-baik manusia, junjungan Muhammad saw yang mengajar aku kepada Islam. Ya Allah, berikan pembaca dan penulis, kebaikan dari sisi-Mu. Amin.

Kalau ikut hati, aku nk stop tulis blog.MySpace
Rase dah xde jiwa nk tulis.MySpace

Itu sebab post mkin lame mkin kurang. Kalau stop pn, sape kisah. Voltox je la kot. Sebok suruh post. Nk letak komen, katenye.

Bile pikir amal aku kurang, rse cm blog ni perlu jugak. Lgpn, niat mula2 buka blog dulu nk tulis dan kongsi cite2 yg buat aku jd kagum pd Tuhan dan Nabi Muhammad saw. Di sinilah wujud nama aku.. dia (rasulullah) dan Dia (Allah).

Kalau blog ini stop, rasenye amat rugi pd diri sendiri. Hilang sumber nk dpt pahale care senang… org bace blog je, dah dpt pahala. Buat mase ni, aku teruskn blog ni walaupn merangkak.

MySpace
Cabarannye, byk cite mungkin sesuai ngn aku, tp x best pd org lain. Bile da tulis blog ni, terpikir gak nk memenuhi kehendak pembaca…

MySpaceecececeh.

Dulu, mak aku slalu cite psl sorg kwn. Kalau aku letak name betol, konfem kecoh kalau kwn2 mak aku bace. Ade ke yg bace?? Rasenye xde yg tau blog ni, tp risau gak. Hehehe..

Die ni sgt unik. Kalau x unik, xkn mak aku cite. Hehehe. Keunikannya, die suke minta makanan kwn2 keje satu sudu. Ape pn dorg mkn, beli berbgkus-bgkus ke, byk lauk ke… die x kisah. Cume die nk rase… 1 sudu je. Baru die puas ati. Hehehe… x unik lg ke? Unbelievable.. believe it!
Aku slalu gelak kalu mak cite psl die. MySpace
Org cmni pn ade? Antara ckp2 ati yg muncul. Kalau arini, aku dgr cite die mintak sesudu ngn org ni... Esk atau luse, dgr cite die mintak sesudu ngn org lain pulak.

Suatu ari, mak aku cite lg, tp kali ni lain. Bkn kisah sesudu mcm sebelum2 ni. Mak kate makcik ni ajar die 1 ayat. Kalau ilang barang je, bace ayt ni. Insya-Allah jupe. Waah! Ayt ape tu mak? Cpt je aku tnye. Cm best je. Berilmu tinggi jugak makcik ni. Ayt dr Kiyai mane yg die pakai ni?

Makcik tu ajar, kalau ilang brg… bace la INNALILLAH WA INNA ILAIHI RAJI’UN. Brg tu akn jupe balik.

Ayt ni ke? Tu kn ayt yg biase bce time dpt berita kematian. Aku xtau pulak ade gune lain. Penah juga dbgtau boleh bace jugak kalau ditimpa musibah.

Makna ayt tu: Daripada Allah kita dtg, dan kepada-Nya kite dikembalikan.

Hebat! Memang jd. Mak dah try. Aku pn dah try. Alhamdulillah.. Sbnrnye ade byk rahsia dlm kalimah2 suci DIA yg aku xtau. Mgkin tau tp LUPA. Kalau x blaja dr org2 yg tahu, memang kite xtau!!!

Aku tetbe jd respek plak kt makcik unik ni.MySpace
Smp skg, klu aku bce je ayt tu, mst dlm ati ckp ni la ilmu dr makcik unik tu. Byk phala makcik ni, insya Allah. Pengajaran yg aku dpt, sumber ilmu ni luas. Boleh dpt dr mane dan dr sesiape. Yg penting niat nk blaja. Dan, jgn pandang rendah pd org yg kite nampak mcm x berilmu. Mgkin keberkatan ilmunye lebih dr mereka yg mendapat phD dr mane2 ipt.

Aku try bce ayt yg same bile ade masalah cari parking kt pasaraya. Pada aku, secara konsep situasinya masih same iaitu mencari sesuatu. Kesannya positifff! Aku dpt parking. Hehehe.. jom kite enjoy!!

Dr sepanjang2 surah, hingga sependek2 zikir ‘Allah’… jika dibace dgn yakin, penuh tawakkal, maka tunggu je la keajaiban DIA SWT. Malah, selawat utk Dia saw juga ade kedudukan yg tersendiri.

Try la… Moga peneraian (kata dasar: try) kwn2 menambah pahala makcik unik ni.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

15 January, 2011

Selamat Tahun Baru dgn Kupon akhir tahun

Dapat dua kupon makan buffet free kt hotel bertaraf 5 bintang… memang best!MySpace

Rase cm aku nk nangis, terharu.. huhuhu.
MySpace

Perasaan yang sungguh ikhlas..

Oh ye.. Selamat thn baru

Tahun 2011.
MySpace

Ok sambung cite. Cite ni cite taun lepas. Cite 31 Disember 2010. Esknye 1 jan, taun baru. Kdg2 org melawak, “jupe ko taun dpn! (1 jan)”.

Farid (nama dirahsiakan) ni baik sgt ngn aku. Jd bile aku dpt kupon ni, tergerak ati nk ajak die sama2 melantak. Opps.. die je melantak, aku x. Aku mkn ala kadar je.. (kenyataannya mcm terbalik, tp dah blog sendiri.. ikut ske le).

31 Dis tu kn ari Jumaat, jd kitorg pegi awal ke hotel. Kupon ni tuk mkn tengahari. Kalau nk mkn pas jumaat, takut x sempat atau lauk abis.

Kitorg org pertama smp kt café tu. Jam kol 12 tengahari. Segan gak. Tp kate org bijak pandai, segan.. lapo.
MySpace

Bile aku tunjuk je kupon tu, terus waitres tu bw aku ke meja. Farid ngikut je. Dah rasmi seat tu, aku pn bngun g amik mkn. Farid ngikut lg skali. Bile aku balik ke meja, Farid dok sebok amik mkn lg.

Tbe2, sorg awek waitres dtg. “Nk minum pe encik?”

MySpaceErr… dlm ati, “Kena bayar ke x? Kupon ni ade masuk skali ngn air ke x?”. Ah, sudah…. Farid lak sebok lg dok milih mknan. Kalau x, boleh aku tnye die.

Aku segan nk tnye awek tu. Saham mst mau jage, der. Mkn dah ler berkupon… xkn minum pn nk berkire lg. Hoho… Nanti awek tu pikir mamat ni kedekut giler.. papa giler tp ade ati mkn hotel. Hahaha.. cess!

Aweknye psl… selamber la. “Bg air kiwi 1”MySpace

Xdenye air kiwi kasut di sini!! Jgn ingat aku x reti bezakn air kiwi kasut ngn air buah kiwi. Dan sbb terlalu mengenali air kiwi.. dan menikmati smp habis.. aku dicas RM18 utk segelas air. Berbaloi baloi ikn kaloi kt kolam hotel ni….!

2011 da dtg. Mahu x mahu, 2010 pn meninggalkan kite spt taun2 lain. Umo pn meningkat. Masing2 mula la xnk ngaku tue walaupun betol dah tue.

Semudah mkanan free… itulah yg aku harap kalau ade tuah thn baru ni. Kalau boleh, ari2 mudah pn xpe. Sehingga slalu bka website mudah dot com tiap2 kali ngadap komputer opis. Nk mudah le katekn..

Namun, mudah bkn slalu dtg. DIA xkn beri kite mudah sentiase. Bagaimana kamu boleh katakana kamu beriman, sedangkan kamu tidak diuji?

Seperkara lg, idop ni suatu risiko. Hnye org yg berani mengmbil risiko yg akn berjaya. Mcm contoh, businessman. Mereka memang sanggup tanggung risiko. Jd kalau die bjaya, memag kite xheran duitnye beribu-ribu. Lg la x heran kalau gagal, jatuh miskin terus.

Bukankah DIA pernah berfirman, DIA xkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka kena mengubahnya. Jd perubaha hanya berlaku, jika kite sanggup amik risiko. Kalau kita cm da selesa, kite akn duduk pd tahap tu je.

Mcm aku, sanggup menanggung risiko bile aku mengorder air kiwi tu. Dan akhirnya, aku dpt menikmati air kiwi yg sedap tu… jauh beza ngn air kosong atau teh yg aku slalu dok minum tu.
Itu adalah perubahan, dr baik kepada lebih baik. Dr baik tak payah bayar, kepada lebih baik sy bayar air kiwi yg sy minum ituuu!
MySpace

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe