Followers

17 December, 2010

Semoga diberi hati yang soleh

Khabar dari kampung, mak tak sihat. Katanya ada bengkak sebesar penumbuk di bawah telinga. Bengkaknya buat mak terbaring seharian, menahan denyut2 nanah yang sedang bersarang.

Risau dan gelisah. Debarnya dah sampai pada aku di Nilai. Nak atau tak, mesti balik. Biarpun cuti tahunan yang berbaki 4 hari ini makin surut bilangannya. Khamis dan Jumaat dipadankan. Dua hari cuti melayang. Tapi rasanya puas bila kita sendiri ada, mengadap mak nanti.

Pagi 9 Dis 2010, jam 11 mak dibawa ke bilik operate. Aku masih di rumah bila diberitahu kakak yang dari semalam menunggu. Maklumlah, pagi itu tepat jam 4.11, aku baru menjejak kaki di Terminal Bas Kuala Terengganu. Sampai di rumah, aku balas balik tidur yang tadinya belum benar-benar puas. Agak sedikit lewat, aku sempat berada di luar bilik operate sebelum ianya selesai.

Betul kata kakak, tengok-tengok kalau yang ditolak keluar tu mak. Rupanya, di atas stretcher itu orangnya nampak sama saja. Badan diselimut. Kepala dibungkus. Malah, wajah pun dah lain bila sakit.. apa lagi macam mak, yang ada bengkak.

Alhamdulillah, segalanya nampak lancar. Operatenya bagus dan sempurna. Melihat wajah mak, sama melihat wajah insan tua lain. Lemah dan tak berdaya. Namun dari matanya aku dapat mengagak mak cuba jadi kuat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.

Katakanlah, Allah Maha Esa.

Allah adalah tempat meminta.

Dia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan.

Dan tiada sesuatu pun setara atau sebanding dengan-Nya.

Surah Al-Ikhlas dibaca dan diniatkan semoga berkat kemuliannya, Allah menyembuhkan sakit mak.

Wahai Allah.. Tuhan yg rahman.

Wahai Allah.. Tuhan yg rahiim.

Wahai Raja yang memberi penyakit.

Wahai Raja yang menyembuhkan penyakit.

Tiada ubat melainkan dengan izin Mu menjadi ubat. Walaupun dengan hanya seteguk air kosong.
Wahai Allah, aku merayu pada-Mu. Sembuhkan ibu ku, ya Allah.
Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

Sehari yang berlalu di hospital adalah hari-hari yang panjang. Sehari yang amat melemahkan. Hari yang menyaksikan kekerdilan diri. Tiada daya upaya membantu mereka yang tersayang. Sehari yang berlalu dipenuhi munajat pada Tuhan.

Oh Tuhan, sembuhkanlah sekelip mata sakit mak aku!

Mustahil!

Oh Tuhan, tidak mustahil dengan kuasa-Mu. Kau Maha Berkuasa, oh Tuhanku.

Baru percaya kuasa Tuhan? Dulu kau di mana ya?

Aku menulis kisah ini di blog sekadar mahu menjadikan tarikh ini satu kenangan. Sekarangpun, mak masih di wad. Setiap hari luka perlu dicuci kerana lukanya besar. Aku beriman ini semua ujian pada kami sekeluarga. Aku juga yakin ini kifarah dosa mak khasnya dan kami amnya.

Uniknya kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Seboleh-boleh dosa kita dikifarahkan dulu sebelum kita meninggal dunia kerana DIA tahu azab di sana lagi dahsyat dan jika kita diazab, ianya akan kekal sampai bila-bila.

Sebagai manusia biasa, hati kita sering gagal mengingati Allah. Bila kita diberikan ujian berbentuk kesedihan, kehilangan harta benda atau nyawa barulah kita kembali merangkak mengingati DIA. Namun, kita kembali gagal mengingati DIA bila hati kita berputik rasa gembira.

Semoga diberikan hati yang soleh dan solehah.
Salah ke aku cakap? My opinion la... hehe.

8 comments:

voltox said...

diwaktu aku memberi komen ini..dirimu sdg menaik bas pulang ke terengganu melawat emak mu..amboih skemanya

sedih aku baca luahan hati seorang anak mithali..kalau lah ada anugerah anak mithali bagi peringkat universiti..aku pasti cadangkan ko sbg calon yg paling sesuai utk menerimanya..namun anugerah itu tidak wujud..maka aku sedih utk kali kedua..

apa pun semoga mak ko cepat sihat..mudah2an insyaAllah..

pengorbanan mu memanfaatkan cuti berbaki 4 hari ini sekali lagi menjadikan aku kagum dgn dirimu..sesungguhnya anak mithali itu milikmu..

p/s:terharu tak baca komen ni..jgn senyum sorang2 tau..

adikeica said...

syafakillah mak mzke..
moga cepat sembuh..

aku mzke said...

tenkiu eica kwn ku..

tenkiu voltox musuhku..

sungguh kate org, untuk melihat keburukan diri kita, maka bertanyalah kepada musuh mu kerana die adalah orang yang jujur tentang dirimu.

alhamdulillah. insya Allah, mak makin baik.

lilo said...

semoga diberi hati yang tabah macam en.zul :)

Insyirah said...

wah sedihnya baca entri kali ni..besenya entri mzke mampu membuatkan sy tersenyum..

smoga mak mzke cpt sembuh..sesudah kesulitan pasti ada kemudahan..insyaAllah..~~

aku mzke said...

tq sume....

naimisa said...

Zul anak yang baik. Amin.

Raithab said...

mudahan emaknya sembuh sedia kala.....amin...