Followers

27 December, 2010

Saravanan

Saravanan!

Mak Saravanan terjerit2 dok panggil anak dia. Aku tgk je.

Sume org tau, Saravanan dah lame meninggal. 30 tahun dulu. MySpace

Mak dia sendiri yg jupe die mase Saravanan terbaring kt kebun yg die biase lalu bile balik skolah. Die mati kena racun!

MySpace

Ramai org kate mak Saravanan ni gile. Percaya sgt ckp sami yg bgtau Saravanan ni boleh idup balik. Kate sami, Saravanan spesel la.. dia akn lahir semula.

Tapi nk lahirkan balik Saravanan ni bkn senang. Mak die kena korban. Mak die kena dok bertapa kt 1 kuil yg spesel gak. Kejap je.. 30 tahun! Mak aihh.. Mak die buat pulak tu.

Aku tgk Dr. Bala yg slalu ngn mak Saravanan ni pn dah puas dah nasihat makcik ni. Keje gile je bertapa bagai nk rak slame 30 tahun smate-mate nk lahirkn smula Saravanan.

Aku ingatkn da xde peluang nk tgk lg mak Saravanan ni. Aritu dpt tgk kejap je psl aku ade hal. Sebbaik la, tv2 wat ulangtayang… dpt la aku layan lg skali cite ni. Lyn smp habis tu… hehe.

Saravanan mati wktu umo 10 tahun kalu x silap. Die kne bunuh ngn Thanasegaran, ketua gangster kampungnye psl die ternampak ketua ni dok bincang rancangan jahat. Die kne tangkap n dipakse minum racun.

Time nazak nk mati tu, Saravanan asyik sebut mak saje. MySpaceHuhu.. tragis. (mase tu nak ngalir air mate, tp aku tahan. Tgk sorg je, nk nangis pn bleh xde org nampak. Hoho)

MySpace

Bile da 30 thn, sami tu wat upacara khas nk terima kemunculan Saravanan. Dikatekan aritu ari yg sepatutnya Saravanan muncul balik kalu ikut ramalan kitab. Mase tu, da heboh da. Wartawan tv pn ade skali, disiarkn secara langsung.

Tunggu punye tunggu, Dr. Bala tibe2 je ngaku die Saravanan. MySpaceMaka mule la wartawan tny mcm2 soklan nk konfemkn yg die tu Saravanan. Segala-gala dicite balik oleh Dr. Bala termasuk mcm mane die mati.

Ade plak kwn Saravanan mase skolah dulu trime upah drpd Thanasegaran nk kantoikan Dr. Bala. Die mintak Dr. tu ckp bahasa daerah mane tah yg xramai org tau tp Saravanan tau. Dr. Bala terdiam.

MySpace

Aku ingat kantoi la kali ni. Tp rupenye2 selamber Dr. tu speaking bahasa tu.MySpace

Sume org konfem tu Saravanan. Thanasegaran pn dah takut. Lg takut bile ikut kitab tu, die akn mati di tgn Saravanan. Thana pulak dah jd org politik dan sedang melobi nk jd wakil rkyat.

Tp di dpn sami tu, Dr. Bala mengaku die bkn Saravanan. Kononnye mlm kemunculan Saravanan tu, die dpt tau penjahat dah upah org mengaku Saravanan. Nk elak makcik tu kena tipu, Dr. Bala mengaku.

Cite psl Saravanan mati dan bahasa yg die tahu pulak dicitekn dan diajar secara detail oleh ayah Saravanan supaya Dr. Bala tak kantoi. Namun, sami tu tetap yakin Dr. Bala adalah kelahiran Saravanan.

Dipendekkn cite, akhirnya Thanasegaran kena blasah ngn Dr. Bala sebab die cube nk wat jahat pada mak Saravanan. Mase tu dah kantoi abis dah. Dlm keadaan lembik, die lari ke kuil. Dr. Bala dah kesian nk blasah dan nk serah pd polis. Org kampung mase tu suruh bunuh je. Lgpn ramalan ckp, Saravanan akan bunuh Thanasegaran. Sekali lg Dr. Bala x ngaku die Saravanan. Tetap die xnak bunuh.MySpace

Dr. Bala amik susu yg ade kt patung kuil tu bg minum kt Thanasegaran. Tbe2 Thanasegaran mengerang dan mati. Rupenya susu td ade racun yg diletak pengikut Thanasegaran yg nk dajalkan mak Saravanan. Akhirnya, Thana mati disebabkn susu yg diberikn Dr. Bala.

Abis la 1 cite Tamil. Hahaha… Da jimat. Korang x payah nk beli cd Tamil tu.

Yg menariknye, ayat di akhir cite. Lbh kurang gini la bunyi die… “Siapa yang percaya kepada kelahiran semula, maka Dr. Bala adalah Saravanan. Bagi yang tidak percaya, Dr. Bala adalah dirinya sendiri”

Manusia sering kali sukar menerima kehilangan orang yang tersayang sehingga ada yang mahu menganggap mereka yang sudah meninggal masih berada di samping tetapi dalam bentuk roh atau entiti lain. Kedegilan inilah yang mencetuskan andaian sedemikian.

Bagi yang menyesal dengan hidup pula, sering berharap agar dia dihidupkan balik supaya dia dapat mengubah kesilapannya. Mungkin juga dihidupkan dalam bentuk seekor burung supaya dia bebas terbang, tak perlu fikirkan apa-apa masalah hidup. Ini semua bentuk kepalsuan yang dibuat untuk menyedapkan hati.

(Biar aku mengarut sedikit di sini…)

Betul atau tidak kelahiran semula?

Betul jika kena pada masanya. Jika kelahiran semula dilukis dalam bentuk graf kelahiran semula melawan masa, kita hanya perlu memanjangkan skala masa.

Jika dalam cerita tadi, masa kelahiran semula adalah di dunia dan ini sesuatu yang tidak tepat. Sedikit ubahsuai pada graf perlu dilakukan, kita perlu panjangkan sikit masa kelahiran semula. Jadikan skala masanya di akhirat!

Kelahiran semula Saravanan di akhirat adalah 1 kepastian. Dia bukan lahir sebagai Dr. Bala tetapi Saravanan yang sebenar. Pastinya yang dicari adalah Thanasegaran dan konco-konco yang terbabit membunuhnya. Saravanan akan mendapat pembelaan, bukan di tangan polis tetapi DIA dan para malaikat yang patuh kepada-Nya.

Di sini, Saravanan tidak membuktikannya. Dia hanya perlu mengadu. Thanasegaran yang akan dipanggil untuk membuktikannya sendiri. Maka keluarlah saksi-saksi yang Thanasegaran tidak mengetahuinya. Rupanya di depan DIA, tangannya bercakap dan mengaku menangkap Saravanan. Kakinya juga mengaku membawa Saravanan untuk ditinggalkan seorang diri terbaring keracunan.

Di saat Thanasegaran terhimpit, datang lagi saksi yang pernah dilihatnya. Semangkuk racun yang petah berkata-kata mengaku diberi minum kepada Saravanan. Dan juga sebatang pokok yang mengaku melihat Saravanan terbaring nazak di bawahnya.

Tatkala ini malaikat yang patuh kepada DIA, mengheret kasar Thanasegaran untuk dihukum. Tiada lagi belas ihsan sebagaimana Dr. Bala. Terhukumlah dia tanpa ada penamatnya.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

17 December, 2010

Semoga diberi hati yang soleh

Khabar dari kampung, mak tak sihat. Katanya ada bengkak sebesar penumbuk di bawah telinga. Bengkaknya buat mak terbaring seharian, menahan denyut2 nanah yang sedang bersarang.

Risau dan gelisah. Debarnya dah sampai pada aku di Nilai. Nak atau tak, mesti balik. Biarpun cuti tahunan yang berbaki 4 hari ini makin surut bilangannya. Khamis dan Jumaat dipadankan. Dua hari cuti melayang. Tapi rasanya puas bila kita sendiri ada, mengadap mak nanti.

Pagi 9 Dis 2010, jam 11 mak dibawa ke bilik operate. Aku masih di rumah bila diberitahu kakak yang dari semalam menunggu. Maklumlah, pagi itu tepat jam 4.11, aku baru menjejak kaki di Terminal Bas Kuala Terengganu. Sampai di rumah, aku balas balik tidur yang tadinya belum benar-benar puas. Agak sedikit lewat, aku sempat berada di luar bilik operate sebelum ianya selesai.

Betul kata kakak, tengok-tengok kalau yang ditolak keluar tu mak. Rupanya, di atas stretcher itu orangnya nampak sama saja. Badan diselimut. Kepala dibungkus. Malah, wajah pun dah lain bila sakit.. apa lagi macam mak, yang ada bengkak.

Alhamdulillah, segalanya nampak lancar. Operatenya bagus dan sempurna. Melihat wajah mak, sama melihat wajah insan tua lain. Lemah dan tak berdaya. Namun dari matanya aku dapat mengagak mak cuba jadi kuat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani.

Katakanlah, Allah Maha Esa.

Allah adalah tempat meminta.

Dia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan.

Dan tiada sesuatu pun setara atau sebanding dengan-Nya.

Surah Al-Ikhlas dibaca dan diniatkan semoga berkat kemuliannya, Allah menyembuhkan sakit mak.

Wahai Allah.. Tuhan yg rahman.

Wahai Allah.. Tuhan yg rahiim.

Wahai Raja yang memberi penyakit.

Wahai Raja yang menyembuhkan penyakit.

Tiada ubat melainkan dengan izin Mu menjadi ubat. Walaupun dengan hanya seteguk air kosong.
Wahai Allah, aku merayu pada-Mu. Sembuhkan ibu ku, ya Allah.
Amin, ya Rabbal ‘Alamin.

Sehari yang berlalu di hospital adalah hari-hari yang panjang. Sehari yang amat melemahkan. Hari yang menyaksikan kekerdilan diri. Tiada daya upaya membantu mereka yang tersayang. Sehari yang berlalu dipenuhi munajat pada Tuhan.

Oh Tuhan, sembuhkanlah sekelip mata sakit mak aku!

Mustahil!

Oh Tuhan, tidak mustahil dengan kuasa-Mu. Kau Maha Berkuasa, oh Tuhanku.

Baru percaya kuasa Tuhan? Dulu kau di mana ya?

Aku menulis kisah ini di blog sekadar mahu menjadikan tarikh ini satu kenangan. Sekarangpun, mak masih di wad. Setiap hari luka perlu dicuci kerana lukanya besar. Aku beriman ini semua ujian pada kami sekeluarga. Aku juga yakin ini kifarah dosa mak khasnya dan kami amnya.

Uniknya kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Seboleh-boleh dosa kita dikifarahkan dulu sebelum kita meninggal dunia kerana DIA tahu azab di sana lagi dahsyat dan jika kita diazab, ianya akan kekal sampai bila-bila.

Sebagai manusia biasa, hati kita sering gagal mengingati Allah. Bila kita diberikan ujian berbentuk kesedihan, kehilangan harta benda atau nyawa barulah kita kembali merangkak mengingati DIA. Namun, kita kembali gagal mengingati DIA bila hati kita berputik rasa gembira.

Semoga diberikan hati yang soleh dan solehah.
Salah ke aku cakap? My opinion la... hehe.