Followers

01 November, 2010

Tak boleh... tak boleh la.

Tanggal 3 Oktober 2010, adalah tarikh keramat kerana buat pertama kalinya aku merajinkan diri ikut ekspedisi mendaki ke puncak Gunung Datuk.

Penatnya tak payah cakap la. Namun sepanjang naik dan turun, aku sentiasa coverline depan siswi2 CUTE yang join mendaki tu dengan memperlihatkan kekuatan tenaga dan semangat yang tiada tolok bandingnya. Haha..
MySpace


Mula memanjat sekitar jam 9.50 pagi dan sampai ke puncak sekitar jam 1 petang. Agak lambat kerana aku terpaksa tunggu siswi2 kelompok terkebelakang. Bila diorang rehat, aku terpaksa berhenti jugak. Takpe la, demi keselamatan mereka!
MySpace

Hehehe.. sebenarnya aku pun nak rehat jugak. Kan da cakap penat! Taktik ni mereka tak perasan kot.
MySpace

Benda pertama yang aku cari sebaik saja turun dari gunung adalah… NASI. Pekena nasi lauk ikan sambal ngan kuahnya yang dah kering, sayur goreng sikit dan air sirap beberapa gelas..

inilah menu paling lazat di dunia waktu tu. Alhamdulillah.MySpace


Begitulah cara DIA memberi rahmat dan rahim kepada hamba-Nya. Lupa sekejap McD ke, kfc ke... Bila DIA nak bagi rasa nikmat tu, perkara yang biasa pun boleh jadi luar biasa.


Selepas makan, selesai saja basuh tangan.. telinga aku menangkap satu perbualan.
MySpace


Aidil (bkn nama sebenar) : Ada orang dalam tandas (laki) ni. Biar Aidil masuk tandas perempuan je la.

Hah? Biar betul? (aku cakap dalam ati)MySpace

Bapa Aidil : Eh, tak boleh.


MySpace
Huh! Nasib baik bapak dia ni bijak lagi berakal. (... aku cakap dalam ati lagi)


Aidil: Boleh.

Bapa Aidil: Tak boleh la!

Aidil: Boleh la!


Nak jugak tu! (...aku lagi!)MySpace


Bapa Aidil: Tak boleh, tu TANDAS PEREMPUAN!

Aidil: Boleh, dulu-dulu Aidil dah pernah masuk tandas perempuan.


MySpaceGeram pulak aku dengar. Kalau anak aku, dah kena ‘wachaa’ dah ni. Sebbaik la aku takde anak.
Err.. maksudnya masih bujang dan available. Hee.. (err.. frasa last dibaca penuh sopan santun dan pemalu)
MySpace
(eh, sape yang tibe2 highlight ayat ni??!!)

Bapa Aidil: Tak boleh..

Bagus2. Halang je si kecik ni.. Suka-suka dia pulak. Kalau boleh suka ati masuk camtu, aku pun nak.
MySpace
(Eh, ni bkn ayt aku ye.. sape tah taip ni!)


Selamberrr papa, selamberrr wawa je Aidil ni jawab... BOLEH LA.. AIDIL KAN BUDAK KECIKK!!

Terdiam bapa Aidil. Aku pun diam...MySpace dari tadi pun aku tak bercakap sebenarnya. Ada ke dialog aku?? Takde kan? Hehe.

Aku senyum kat bapa Aidil dan dia senyum balik. Aidil pulak.. dia dah batalkan hajatnya nak ke tandas perempuan.

Kajian membuktikan kanak-kanak cepat belajar. Jadi tak hairan kalau mereka buat perkara yang dilihat dan ditiru daripada orang lain. Lagi-lagilah kalau yang mengajar tu pulak orang besar. Mereka akan buat tanpa banyak soal.

Sabda Dia s.a.w yang lebih kurang maksudnya, anak itu umpama kain putih dan ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya.

Tak kiralah siapa kita.. Mungkin saja sebagai bapa.. mungkin sebagai abang.. pakcik.. makcik.. ibu.. atau kakak. Barangkali juga tiada apa-apa hubungan, sekadar melintas di sisi mereka.

Awasilah sikap kita. Mereka mungkin memerhatikan kita.

Cara kita bercakap..

Cara kita beradab..

Mereka cuba jadi orang besar kerana mereka adalah pelapis.

Aidil masih bernasib baik. Tandas perempuan menjadi alternatif ibunya semasa dia terhenjut-henjut menahan kencing. Bagaimana pula kanak-kanak yang disuruh kencing di tepi jalan, di bawah pokok dan di mana saja yang boleh dilondehkan seluar mereka hanya kerana alasan mereka budak kecil?

Mungkin sampai masanya mereka perlu dilayan dengan lebih bermaruah sebagai seorang insan yang walaupun fizikalnya kecil tetapi tetap dibekalkan dengan maruah dan akal.

Inilah khalifah DIA yang sedang dibentuk. Mereka harus menjadi orang besar, yang besar jiwanya.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

9 comments:

naimisa said...

baru lah sihat sikit naik turun bukit.

-:D

Habib AlWafiy said...

Hebat2! xsangka enzul gi nek gunung datok! two thumbs up!!!

hmm, btul2, melentur buluh biar dari rebung. Kepimpinan melalui teladan...

voltox said...

baru sempat komen

wah lama juga aku tunggu cite yg ko tangguh utk cite kn kat blog ni ye..cite budak nak masuk tandas

apa pun walaupun malaysia boleh..tapi betul kata ayah dia tu..memang tak boleh..tapi kalau dah terdesak sgt apa salahnya kan..jawapan budak tu cakap dia masih kecil tu betul juga..

tapi kata2 ko tentang tidak menggunakan alasan 'budak kecik' tu betul juga..kita perlu ajar diorang supaya belajar menggunakan sesuatu dengan betul..eheh

cmne ni..semua betul..dapat markah penuh la ni kan..hihi

apapun..aku ada dgr cite..masjid2 di jordan..atau mgkn negara arab lain..masjidnya hanya untuk lelaki..kemudian tandas pun cuma disediakan utk lelaki je..jadi payah juga tu org perempuan nak gunakan tandas..jadi konsep darurat boleh digunakan di sini..

tahniah mzke..engkau seorang yang boleh..ehehe

noorain said...

owh, saya dah naik gunung dato' tu..tahun 2008..1st time naik gunung..best-best.. hehe~

Raithab said...

aku pernah sampai di sini

lilo said...

3 october? yg pegi ngan geng pusat sukan k? lau pegi ngan dorg, hehe rugi plak sy tak join..lau tak, dah bleh tgk c.zul cover penat n macho..lol:p

aku mzke said...

naimisa,
demo keno excercise jugak.. jgn bz kejo jah!

Habib Alwafiy,
tq.. jom la cari mane2 ekpedisi, kita pakat2 gi.

Voltox..
komen bersih... serius?!

noorain,
sy pun 1st time.. best. Pegi, balik hari ok la. Kalau camping , kena pikir 2,3x jugak.. susah, xde tandas atas bukit!

raithab,
jauh merantau ye sampai gunung datuk!

lilo lol...
nape x ikut??

lilo said...

sbb xtau c.zul ikut..hehe :p

aku mzke said...

hehe.. kalau lilo ikut, kena tunggu lilo panjat la.