Followers

08 November, 2010

sunnah yang DILUPAI

Aku buka coretan kali ini dengan pertanyaan “Apakah itu sunnah?”

Di kepala kita kini tentu saja segala perbuatan Dia s.a.w adalah sunnah. Sembahyang itu sunnah. Puasa itu sunnah. Bersedekah itu sunnah. Kalau diperhalusi lagi, menyimpan janggut itu sunnah. Bercelak dan memakai serban itu juga sunnah. Apa lagi??

Sudah tentu sunnah yang paling ‘panas’ adalah… poligami?

Hahaha.. aku sekadar meng ‘hangat’kan isu. Namun bukan ini fokus diskusi. Biarlah mereka yang arif yang meng ‘goreng’ topik-topik sedemikian.. cukuplah begitu.

Aku lemparkan pula persoalan kedua, “Apakah sunnah yang dilupai?”

Di kepala kini.. banyak.. kot? Memang.. aku percaya banyak. Aku juga bukan ‘pengamal sunnah yang baik’. Namun cubalah semampunya. Sekurang-kurangnya, dari satu sunnah, bertambah menjadi dua. Dari kadang-kadang, bertukar menjadi sedikit-sedikit. Dari sedikit-sedikit, bertukar menjadi jarang-jarang. Dari jarang-jarang, bertukar kepada banyak-banyak. Dari banyak-banyak, insya-Allah disebatikan dan diistiqomahkan.

Bukankah amalan DIA sukai adalah amalan sedikit tetapi berterusan?

Majalah MASTIKA keluaran November 2010, kisah Munah Abdullah berusia 80 tahun pemangkin entry ini disiapkan. Walhal aku sudah mula menaip entry lain yang ada kena mengena dengan bulan sepuluh yang aku tinggalkan tanpa post terbaru.

Sila beli majalah ini jika mahu menikmati cerita makcik Munah dengan bahasa sasteranya yang tinggi. Secara tak langsung, aku menjadi agen promosi majalah ini. Aku tak kisah pun dikatakan demikian sebab aku tak untung satu sen pun!

Aku ceritakan serba ringkas, supaya mereka yang kekurangan bajet bulan ini tak perlu habiskan wang untuk beli majalah. Dan juga, kepada mereka yang tak sempat mendapatkan keluaran tersebut di pasaran.

Makcik Munah diserang pembantu rumahnya pada waktu subuh! Bibiknya bersenjatakan pisau dapur menerkam ke arah Munah sewaktu dia ralit berzikir seusai solat.

Gerak-geri bibiknya yang mundar mandir sebelum kejadian, sedikit mencalit rasa gusar di hati Makcik Munah. Perasaan itu tepat apabila bibiknya tercegat di depan bersama pisau dan bersiap sedia untuk menikam.

Kata orang tua-tua.. berpantang maut sebelum ajal. Langkah diatur Makcik Munah. Tanganya pantas menepis pisau hinggakan terlepas daripada tangan bibiknya. Makcik Munah mengambil pisau dan bersiap untuk sebarang kemungkinan.

Bibik sedar diri telah tewas bila senjata sudah beralih tangan. Langkah seribu diatur. Dia yang berusia 30-an akur dengan kekalahan ditangan nenek yang jauh berusia. Perempuan tua ini rupanya pandai bersilat!!!

Dahulu, Dia s.a.w bersama para sahabat mengangkat pedang turun ke medan jihad. Paling masyhur, kisah Uhud di mana tentera Islam kalah dan Dia s.a.w sendiri mendapat luka dan giginya patah.

Logiknya, seorang pahlawan perang akan mempersiapkan diri dengan ilmu ketenteraan jika mahu berperang. Jelasnya, ilmu bela diri adalah cabang dari ilmu perang kerana tanpanya, masuk ke medan perang umpama mencampakkan diri ke dalam kebinasaan!!

Agak bertepatan dengan satu maksud hadis, galakan agar mengajar anak menunggang kuda, memanah dan berenang. Jika diteliti, semua kemahiran ini adalah keperluan sewaktu perang!!

Jika ini dilakukan Dia s.a.w, bukankah ini sunnah yang sama kategorinya dengan poligami yang ‘panas’ itu?? Maka mengapa dilupai sunnah ini….

DIA SWT menghadirkan bangsa Korea dengan Taekwondonya, Jepun dengan Judo.. Aikido.. dan karatenya, India dengan kalari payat dan silambamnya, Cina dengan kungfunya dan Melayu dengan silatnya. Semuanya adalah rahmah dari sisi-Nya maka mengapa dipinggirkan nikmatnya…

Hahaha.. aku rasa sungguh kelakar kepada mereka yang berkata, “Zaman ini, penjahat guna pistol”. Nak saja aku tanya, yang selama ini kita baca di dada surat khabar tu apa? Berapa banyak kes bunuh pakai parang dan pisau?

Agaknya itu dilakukan oleh orang yang baik-baik menggunakan parang dan pisau tetapi dengan tidak sengaja mencucuk jantung dan mengelar-ngelar leher mangsa secara penuh simpati.

Kita belum berdepan di satu situasi di mana kita hanya mampu melihat mereka yang kita sayangi dicederakan, diikat, diacu dengan parang malah dirobek kesuciannya di depan mata!

Si suami dan si bapa mungkin tidak terfikir isteri dan anak gadisnya akan dijahati. Si isteri dan si ibu mungkin tidak menyangka si suami dan anaknya akan dianiyai. Begitu juga Makcik Munah yang tidak pernah menyangka akan bersilat pada umurnya 80 tahun!!

Na’uzubillah. Moga2 DIA melindungi kita sepanjang hidup ini dari sebarang perkara buruk. Amiin.

Andai kata ada sedikit kebaikan daripada entry ini ialah diharap dapat membuka minda kita semua tentang seni bela diri yang ada di sekitar kita. Tak kisahlah seni bela diri yang mana semuanya ilmu DIA SWT. Cuma hayati pesan guru-guru tua, “Ambillah hak diri sebagai pakaian diri”. Jika kita Melayu, ambillah hak orang melayu sebagai pakaian (amalan) diri.

Aku memetik rakaian kata-kata sahabat sekolej, Hisyammudin Shukor dan dia memetik kata-kata ini daripada seorang ustaz..

Jika tidak kita, siapa??

Jika tidak sekarang, bila??

Aku sekadar berkongsi sebuah lagu yang biasa didendangkan di pusat karaoke..

Dengar wahai teman,

Dengarkan pesanan,

Aku menulis bukan kerna nama..

Kerna sifat kasih,

Pada sesama insan,

Yang mengharapkan kasih dan sayang..

Akhir kata, jika ini sunnah… mengapa dilupai?

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

9 comments:

adikeica said...

pandai silat ke mzke?lolx ;p

voltox said...

amboih serius benar post kali ni..tau la masa ko bersilat..muka ko serius..

serius?kata2 kak rina mengajuk aku..

apa pun aku tak takut la dgn keseriusan ko tu..serius..

muka aku pun serius je ni masa memberi komen ni..












hihihihi

aku mzke said...

Adikeica..

Mzke cite psl makcik munah pandai bersilat la.. bkn cite mzke. Lol..

Pastikan adikeica boleh mengalahkan org jahat bile umo 80 tahun nanti ye. Kalau x, senang kena buli. Skg pn rasenye dah selalu kena buli. Hehehe

aku mzke said...

ko memang serius voltox.. pawa nizam!!

adikeica said...

hahah,mana ada kene buli...saya buli orang adalahhhhhhhhh..nak?

adikeica said...

hahah,mana ada kene buli...saya buli orang adalahhhhhhhhh..nak?

voltox said...

mzke pun selalu kena buli dgn aku..ngaku je la mzke..

aku mzke said...

voltox.. pawa nizam!!

naimisa said...

Sunnah yang dilupai, bila makan dgn tangan, kita lupa (@ barangkali malu) menjilat jari. Malah ada juga orang yang lebih bangga bersudu bergarpu.