Followers

05 September, 2010

Kisah Benar Angin yang dipaksa...

"Akak tak diajar sembahyang terawih atau sembahyang raya. Selalunya akak dok rumah je", ucap Akak Siti Nurahsia.

Tak diajar bukan dia tak tahu sembahyang. Maksudnya, keluarganya tak jadikan terawih atau sunat hari raya ni sebagai budaya keluarga. Cakap mudah, ko nak sembahyang, ko pergi.. taknak sudah.

Itu cerita Siti Nurahsia bila kami bersembang. Aku cuma bagi pendapat kat dia, eloknya biasa-biasakan la pergi. Takkan la kerana waktu kecik tak biasa, dah tua pun taknak biasakan juga. Kisah Pakcik Rahsia Nor yang tinggal kat Kota Bharu ni, boleh juga diambil iktibar.

Suatu hari, Pakcik Rahsia Nor ni meneruskan aktiviti biasanya pada waktu petang iaitu membeli barang-barang keperluan untuk keluarga. Macam-macamlah hendak dibeli. Keperluan dapur yg pelbagai, keperluan rumah dan sedikit buah-buahan. Pendek kata, penuhlah raga motorsikalnya setiap kali aktiviti ini dijalankan.

Pernah seorang penjual menyapa, "Ko punya motor ni dah macam kereta dah aku tengok. Penuh barang"

Pakcik Rahsia Nor pasrah. Dia lebih senang macam tu daripada terperangkap dengan kesesakan jalan atau setidak-tidaknya kesukaran mendapatkan parking.

Plastik barang dibimbit laju ke tempat parking motorsikal. Dari tadi, dia berasa kurang selesa dengan keadaan perutnya. Ber'angin' benar. Dia hanya mampu menahannya semasa ke sana ke mari membeli barang.

"Sampai kat motor, aku lepas je angin ni", katanya dalam hati.

Pada masa yang sama, ada seorang lelaki berjalan di belakangnya. Dia tak peduli kalau-kalau lelaki itu dengar bunyi 'meriam'nya nanti. Lagipun, bukan lelaki ni nak berjalan di belakangnya sampai ke sudah. Bila tiba di motorsikal, lelaki ni mesti akan terus saja berjalan.

'Prrrruuuuuuttt!!!!!!' Bunyi yang cukup mengkagumkan. Ahh.. lega. Dilepaskan sepenuh hati. Dipaksa sehingga tiada berbaki sikitpun 'angin' dalam perutnya.

Dalam riak wajah yang kecerian kerana berjaya membebaskan 'beban' yang disimpan selama ini, dia sempat memandang lelaki itu. Dia hairan apabila lelaki itu berhenti. Namun kehairanannya hanya sekejap bila didapati lelaki tadi ingin mengambil motorsikal yang diletakkan bersebelahan motorsikal Pakcik Rahsia Nor. Oh... parking sebelah je rupanya.

Itu kisah Pakcik Rahsia Nor dan iktibarnya, kalau kita paksa diri kita dalam melakukan sesuatu, hasilnya luar biasa.

'Angin' yang dipaksa menghasilkan bunyi yang kuat.

Hidup barangkali tidak seronok kalau rutinnya berjalan macam biasa saja. Kalau dulu selalu makan nasi je, apa kata kalau paksa makan kfc pulak. Kalau dulu belajar ikut mood je, apa kata kalau paksa diri supaya belajar. Kalau biasa tak pergi sembahyang terawih, apa kata tahun ni paksa diri... pergi la buat 8 rakaat je.

Sesiapa yang biasa bersenam contoh cam jogging atau pumping, bila dah biasa buat 20 minit jogging atau 10x pumping, sampai 1 tahap jika masih dalam rutin yang sama, kita takkan berpeluh atau penat. Ini maknanya, rutin tu semakin kurang berkesan kepada diri kita. Jadi, kalau kita sayangkan senaman tu, kita kena la paksa diri untuk tambah bilangannya.

Kita amat bersyukur kerana DIA S.W.T. menganugerahkan nafsu dalam diri kita. Secara sedar atau tidak, nafsu berperanan sebagai agen memaksa secara fitrah. Contohnya, bila lapar, nafsu akan mengarahkan kita mencari makanan dan kita pula cuba memenuhi selera makan kita dengan pelbagai juadah. Cuba bayangkan kalau kita tiada nafsu, mungkin kita akan membiarkan sahaja badan kelaparan dan akhirnya membawa mudarat.

Mungkin banyak lagi yang boleh difikirkan bersama. Paksa.. mungkin keterlaluan kalau selalu memaksa. Namun, ada masanya kita perlu memaksa untuk mencapai 1 tahap yang lebih baik. Fikirlah di mana dan bila untuk kita memaksa diri kita.

p/s: mungkin 10 ramadhan yang akhir, aku perlu memaksa diri untuk terus beristiqamah..
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

7 comments:

huurun ain said...

ap la cik zul..x d analogi len ke..kentut gk y dipilih..hehe...anyway,sm2 rebut sisa ramadhan y berbaki ni=)

voltox said...

sukar juga utk bayangkan kita takde nafsu..sbb malaikat je yg dijadikan tiada nafsu..eheh..apa pun aku faham apa yg cuba disampaikan

menarik perkongsian kali ini..kena paksa diri utk beribadah..terutamanya 10 mlm terakhir

apa pun kita jangan beribadat kerana ramadhan..tapi beribadat lah kerana Allah..

theSkycrapper said...

aku suka x fhm apa kaitan crita dlm crita yang kau crita ni brother..ke kau memang saja tulis bagi aku x fhm kaitan dia?..hahaha..

naimisa said...

apa-apalah..

Zul, selamat hari raya.
Nanti jumpa, di Manir.

wae said...

selamat hari raya en zul!!!!pape pn nk mintak maaf dulu klu ade salah silap...
perkongsian y baik...insyaALLAH, smae tingkatkan amalan....bkn dlm bln ramadhan je...syawal ni pn kte kne bt amalan....jgn ble bln pose je nk jd baik....sentiasa jaga hati...sekian..:-P

adikeica said...

x senonoh mzke cite pasal lepas angin..haishh~

tp setuju, from day to day, we have to force ourself to do something better..

beruntunglah mereka yang harinya hari ini lebih baik dari semalam..
rugilah mereka yang harinya hari ini sama seperti semalam,
celakahlah mereka yang harinya hari ini lebih buruk dari semalam

=)
Eid mubarak mzke
taqabbalahuminna waminkum

Raithab said...

apa kena mengena kentut dengan KFC?