Followers

11 August, 2010

ZUL..kif..LEE

Aku penah dgr org ckp..

“Diberi 2 telinga supaya lebih mendengar… diberi 1 mulut supaya kurang bercakap”

Simple je. Kene dgr ckp dan kurangkn menjawab. Atau blajar dengar ilmu dan kurangkn mencemuh. Bak kate family aku yg berketurunan Omputih ni.. Just like tat!

Memang benar, lidah ni tak bertulang. Frasa ni seolah2 menggambarkan melalui mulut ni senang utk melakukan kesilapan, samada sengaja atau tak. Kalu bertulang cm tgn tu, mgkin ada asas binaan yg kuat dan boleh dikontrol. Tafsirannye mgkin cm gitu, atau personal interpertasi aku jek. Hehe.. sori la kalu salah, ye!

Dlm dunia lakonan peringkat kebangsaan plak.. maksud aku kt Malaysia le.. byk karya dihasilkan seiring dgn perkembangan industri filem di peringkat global. Usah dipertikaikn samada karya itu hasil kreatif sendiri atau ciplak dr karya2 asing. Hakikatnya, industri kite tgh mengejar utk same2 ke dpn.

Maka aku tak heran la bile ramai sgt pelakon yg aku tak sempat kenal name mereka. Aku juga tak heran bile filem kite semakin beracuan kebaratan… Usah menafikan!!! Faktanye, masyarakatnye pn begitu.

Kaitan antara lidah dan industri filem Malaysia… adalah… pelakon2 kite menggunakan lidah utk memberikan jawapan yg merapu bile ditanye wartawan!!

Tahun 2010, lg 10 tahun nk 2020… dah tak lame nk mencapai status negara Islam maju. Ironinye, ade 2 kes bogel dlm filem Melayu kite. Sape dulu bogel taklah aku tahu. Aku tahu ni pn bile dah kuar dlm paper dan aku harap pembace2 blog aku jugak tau le psl ni ye.

(Jgn pasni ade lg yg tulis kt komen, tak faham ape yg aku post ni…)

Tak kisah la mcm mane dorg nk wat filem tu. Pelakon nk bogel cm mane pun, atau pengarah dan krew pn nk bogel jugak… Tu sendiri mau ingat la. Kalau tanye aku, dari kecik lg mak ajar pakai seluar sebab sejuk… dan sebab kat situ ade **malu**. Kalu dah namenye **malu**, mestila aku malu nk tunjuk. Hahaha.

Yg kereknye bile ditanye “ngape bogel”… jawap pelakon2 ni.. utk memenuhi kehendak skrip dan mahu menghayati watak.

Waa… terharunye.. siyess la.MySpace

Inilah pelakon yg bertaraf Hollywood.. jwpn pn same. Aku percaya, pelakon2 jenis ni kalu diberi watak ustaz sekolah tahfiz, nescaya.. demi penghayatan watak dan memenuhi kehendak skrip, dorg akan menghafaz 30 juzuk Quran tanpa kompromi lg. Tahniah aku ucapkan terlebih dahulu sebelum tahun dpn watak ini diofer kpd dorg.

Dahulu pd zmn Abu Bakar r.a., beliau memerangi 1 kaum hanya kerana menyuarakan keengganan mereka membayar zakat. Mereka beranggapan zakat hanya untuk DIA S.W.T. dan Dia s.a.w. sedangkan baginda s.a.w telahpun wafat. Abu Bakar mengistiharkan mereka murtad walaupn mereka masih beriman kepada DIA. Ini kerana, zakat adalah rukun Islam maka menolaknya tetap bermakna menolak Islam.

Di sekolah dulu2 pulak, ustaz ada mengajar, jika seseorg yg hendak terjatuh ketika menaiki tangga tetapi sempat berpegang pada pemegang tangga, lalu berkate “Mujur ada pemegang ni”, sesungguhnya die telah melakukan syirik kecil yang menggoyahkan akidah walaupun tidak membatalkannye.

Begitulah besarnya kesan lidah kepada akidah.

Jika hukum membuka aurat di tempat awam dan di depan bkn muhrim adalah haram, apa lg kalu berbogel dlm filem. Ape pulak hak utk kite membela tindakan ini? Adakah skrip itu memberi kuasa utk melanggar perkara yg termaktub dlm Quran tanpa apa2 balasan dosa?

Aku percaya pelakon kite juga tiada niat utk menggadaikan akidah tetapi jawapan seperti itu tidak tepat. Jadi apa jawapan yg tepat?

Jgn melanggar larangan Allah, itulah jawapannya. Kalaupun tak mampu, jgn melanggar larangan Allah secara terang-terangan. Kalaupun tak mampu, bertaubatlah dan jgn sesekali membela kesalahan itu dengan seribu alasan.

Sungguh beruntung, tiada 1 pun demonstrasi mengutuk perbuatan ini (bogel dlm filem) seperti mana mereka mengutuk perbuatan yahudi.

Sungguh beruntung, tiada 1 pun tangkapan dibuat atas nama menghina kesucian Islam sebagaimana yang termaktub dlm perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi dan kesucianya mesti dipelihara.

Sungguh beruntung penonton lelaki kalau2 lepas ni ade pelakon wanita yang melakukan tindakan serupa atas dasar yg sama.. utk penghayatan watak.

Hahaha… kelakarnye menjadi manusia. Mcm2 ada!

Zul dah buka… Lee dah buka.. yang tinggal belum buka, Zulkiflee sorang je lg. Keh3.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

13 comments:

theSkycrapper said...

betul..alasan nak berbogel sebab hayati watak tu sungguh merepek..aku suka entry ni brother..sungguh setuju..SETUJU!!!>>>

btw..saya sungguh terasa dgn beberapa statement encik zul..tq

adikeica said...

Zul dah buka..Lee dan buka..tunggu Zulkiflee je..haha..lawak gila ni..

Saya kene menunaikan tuntutan watak yang memerlukan saya memegang dia..
Jangan salah anggap, yang memegang itu bukan saya yang sebenarnya.itu cumalah watak yang saya lakonkan..

amacam? Leh jadi primadona melayu x? LOL

aku mzke said...
This comment has been removed by the author.
aku mzke said...

the skycrapper...
hehe.. terase ke??? gurau je... xkan dah dok jauh dr aku, xleh nk gurau.

huhu

aku mzke said...

eica memang berbakat la..tu dialog eica ke???

voltox said...

kelakarnya menjadi manusia ye..aku dah kata ko ni kelakar..ko tak caya..ehehe..

zul dah buka..lee pun dah buka..


zulkiflee pun dah buka juga...buka puasa...ehehe

takwa la shekh

Insyirah said...

nsb baik ad post dr mzke ni..kalo x sy pun xtau ksh ni..TERketinggalan bas plak..hehe..

cmnila jdnya jika kita asingkan dunia+akhirat..cuba kita sekalikan..maunya kita tkt nak lakukan dosa..

tp lumrah manusia..seringkali terlupa..dan sbgai manusia juga perlu la mengupdate iman sentiasa..

(trpanjang plak..sory ye..hehe)

aku mzke said...

insyirah ni kuat sgt bce buku... tu xperasan bas dah jalan.

aku mzke said...

voltox...

ko pn raja lawak gak. update cepat!!!

naimisa said...

ada satu lagi drama untuk menangkap seorang yang punya wibaya menentang kezaliman di mahkamah Jalan Duta.

Entah apa kesudahannya...

aku mzke said...

oh yeke...naimisa.

lalala.... said...

ni lah jd kalo idup tidak berlandaskn alquran dn sunnah...idup suka nak ikt2 org je....
kemurtadan terjadi bkn kerana pengakuan tp juga perbuatan...mudah2 mereka melakukannya kerana jahil...bukan kerana mencari kebebasan...islam bukan hanya untuk semayang posa zakat..islam adalah cara idup...

aku mzke said...

lalala..

komen membina!