Followers

30 August, 2010

Sebuah cerita dongeng..

Mereka menunggu seperti muslim yg lain. Di meja penuh dengan makanan dan minuman yg enak-enak.

Mereka berbuka seperti muslim yg lain sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Tetap juga mengutamakan sunnah berbuka awal sebagaimana disyaratkan dalam sabda Dia s.a.w.

Kemudian mereka juga mandi, bersiap-siap seperti mana muslim yang lain. Ibu dan anak perempuannya segera menyarung tudung masing2. Yg laki-laki cukup simple dengan seluar dan tshirt round neck.

Kenderaan mereka dipacu melalui jalan yang sama digunakan muslim yang lain untuk ke masjid menunaikan solat isyak dan terawih. Sampai simpang ke masjid, mereka tidak membelok.

Ganjil.

Mereka didapati memberhentikan kenderaan di tepi tasik, bersebelahan dengan perumahan Desa Anggerik. Berdepan dengan Balai Bomba Baru Nilai.

Si ibu keluar dengan anak perempuannya. Si ayah keluar dengan anak lelakinya. Mereka mengeluarkan joran dan peralatan memancing yang lain di saat orang lain berpusu-pusu ke Masjid Nilai.

Sebuah cerita dongeng bulan Ramadhan yang dicatatkan sekitar jam 8.30 malam, pada minggu kedua ramadhan.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

7 comments:

theSkycrapper said...

dongeng ke betul ni brother?

voltox said...

kebetulan aku baru buat sajak mereka..eleh ko pn nk buat ayat mereka ye..ehehe..

ni bkn dongeng ni..mzke yg aku kenal tak suka buat cite dongeng..cite dr mzke selalunya benar..

naim said...

Zul, tak gi kibar bendera tepi tasik ke?

@naimisa

Habib AlWafiy said...

xpaham ar en.mzke..diaorg gi mane? wat ape tepi tasik? =)

Sayer Best said...

cerita dongeng nk isi slot lagenda kat TV3 ke??ke cerekarama..pergh..kalah kabir bhatia

aku mzke said...

Haha.. ape ke hey nk kibar bendera tepi tasik?? Tentera laut ke?

Insyirah said...

sdhnya kalo cerita tersebut benar~~
harap mzke tdk seperti mereka yep..=)