Followers

06 August, 2010

Jadi ke rotinya??

Dia seorang gadis cantik.

Entah mengapa, dia memilih untuk menyayangi seekor raksaksa yang huduh rupanya dan liar perwatakannya.

Dia dicemuh tetapi dia tidak peduli. Dia tahu, raksaksa itu mempunyai hati yang jauh lebih baik daripada pemuda-pemuda yang bertopeng dengan seribu satu watak.


Itu cebisan cerita ‘Beauty and the Beast’ yang ‘sempat’ menarik minat aku sewaktu kecil. Sekitar 80-an siri ini ditayangkan dan pelakon wanitanya memang cukup untuk membuatkan aku terpaku kerana… ye la, kerana beberapa sebab. Hehe.

Suatu hari, aku didatangi seorang kenalan. Gadis yang masih muda dan belum cukup ‘tinggi’. Kami bercerita dan tak disangka, kisahnya membuatkan aku memberi kritik spontan “Kisah ni seperti Beauty and the Beast..”

“.. Bezanya, awaklah ‘Beast’nya dan dialah ‘Handsome’nya”

‘Handsome’ merujuk kepada lelaki yang diceritakannya.

“Nanti sy tulis dalam blog, tajuk ‘Handsome and the Beast’" terangku.

Ayat itu bukanlah satu janji padaku. Namun sering saja dia meminta-minta dikotakan kata-kata itu. Wai-ma, aku sibuk dan amat keberatan melunaskan permintaan itu.

Ada apa dengan cinta?

Itu persoalan unik yang perlu dijawab tanpa skema jawapan. Tiada jawapan khusus.

Justeru, siapa yang berhak mendapat kesetiaan apabila cinta bertembung antara keluarga dan kekasih?

Maka bagaimana pula jika 'the Beast’ mendapat ’Beauty’? Tidakkah janggal?
Mahu jawapan? Bukan, ini bukan masa mencari jawapan tetapi masa memahami kehendak soalan. Haha… aku bercakap seperti seorang pensyarah kepada pelajar. Bukan kerja aku.

Manusia tetap manusia. Hamba…

Dan DIA S.W.T juga Tuhannya.

Manusia tetap manusia. Di mana dia berjalan dan merancang hidupnya…

Tetap dia akan menuju kepada-Nya.

Maka carilah keredhaan DIA dan keredhaan-Nya ada dalam keredhaan ibu bapa selagi mana mereka mematuhi DIA.

Kekasih juga manusia dan perlu kepada keredhaan-Nya. Oleh itu, aku amat hairan bagi mereka yang 'memenangkan’ kekasih yang tidak bersolat, menipu, mencuri, baran dan hidupnya mengikut nafsu syahwat hanya semata-mata dengan alasan sayang.

Cukupkah sayang mereka untuk mendapat secebis bahagia?

Berbaloikah menggadaikan silaturrahim keluarga yang dipupuk belasan dan puluhan tahun untuk insan bernama kekasih?

Fahami kehendak soalan, dan jawab dengan tenang.

Akhir sekali..

Padankah 'Beast’ dengan ’Beauty’?

Jawapan ini ada pada sepotong ayat Quran yang bermaksud lebih kurang begini; lelaki muslim yang baik untuk perempuan muslimah yang baik, dan begitulah sebaliknya bagi mereka yang jahat.

Tapi perlu diingat;

DIA tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri mengubahnya.

Kebaikan yang tidak dirancang sering saja dikalahkan oleh kebatilan yang dirancang.

Sesiapa yang berusaha, maka dia akan dapat.

Kamu merancang dan DIA juga merancang, namun perancangan-Nya lebih tepat.

Kepada kenalanku, aku tidak mungkin menulis pasal 'Handsome and the Beast’ sebagaimana yang diharapkan. Segala cerita kita adalah sulit dan tidak direkodkan. Hahaha.. Err.. p/s: jadi ke belajar buat roti?? Nampak rupe cam xde seni je..hehe.
MySpacesalah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

14 comments:

wae said...

salam....hahaha...akhirnye....thanks la pakcik ye...I appreciate what u have done..tp kne tkar ckit..."beauty n handsome"..kahkahkah..

wae said...

sy anggap ni hadiah besday sy..hahaha...wlupn tercepat bbrapa hari..huhu~

adikeica said...

ecececece mzke!
ehem ehem~
jgn lupa jemput!

voltox said...

owh kerana roti kau sanggup memilih raksasa ye..raksasa ye bukan raksaksa..asal maksud raksasa tu ialah rak..rak ni digunakan utk meletakkan roti..kemudian penulis blog ni badannya sasa..jd digabungkan jd lah raksasa..

tp aku kecik2 dulu sebut rasaksa gak..hehehe

gelak2 (gaya wae provoke kita)..di ulang..gelak2 (gaya wae yg menakutkan)..hahaha

apa pun jgn kerana roti..tiba2 ada orang call..kemudian bgtau.."en zul takde..dia pergi toilet.."

aku ada pantun roti buatmu

makan roti dipagi hari
memang sepadan lah wae dan mzke..

hehehehehehehe

Da Lilo said...

hahahahahaha :D
gelak gaya wae ;p

pandai betul encik voltox wt lawak kat sini..hak3 ;p geli usus.

theSkycrapper said...

encik brother..aku x fhm ni..apa kena roti dgn entry ni?..kau suka buat aku blur kan..baca entry baru je mesti blur..hish..

Insyirah said...

sy stuju dgn the Skycrapper..
lari tajuk la..kalo esei ni maunya dpt 20/100..hehe

papepun lelaki yg baik utk prempuan yg baik..mzke baik..so akan dpt prmpuan yg baik..=)

Sufi AlFaruqi said...

hahahah (gelak gaya wae bak kata en.Voltox)..

aku mzke said...

komen voltox membuatkan sy menangis berhari-hari..

terlalu jujur..!

aku mzke said...

adik eica..
jemput2 lg sedap dr roti tau..

skycrapper..1 pengajaran tuk ko;
don't judge a book by its cover.

insyirah.. mentang2 la dok UPSI.. tau nk bg markah je kat org.

da lilo n sufi ni.. dtg gelak je ke?

aku mzke said...

wae.. sori x bg hadiah besday. Xjupe brg2 yg diskaun.. wakaka.

wae said...

voltox: amboi...nk jd match maker lak ye...cite2 dlu nk jd match maker ek???mcm dh ade ciri2 2...kahkahkah (gelak bagai en voltox)
lilo:hahahaaa..
mzke: xkira....klu xde diskaun, bg je...asalkan ikhlas..kurg2, dpt secret recipe...hahahahaaaaaaaa...
cikides jgn lupa...klu x, thu la...

naimisa said...

aik? Roti?
nasi minyak bila?

Habib AlWafiy said...

haha... nak gelak gak. gaya wae..(gelak gaya wae bak kata en.Voltox n sufi)