Followers

30 August, 2010

Sebuah cerita dongeng..

Mereka menunggu seperti muslim yg lain. Di meja penuh dengan makanan dan minuman yg enak-enak.

Mereka berbuka seperti muslim yg lain sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Tetap juga mengutamakan sunnah berbuka awal sebagaimana disyaratkan dalam sabda Dia s.a.w.

Kemudian mereka juga mandi, bersiap-siap seperti mana muslim yang lain. Ibu dan anak perempuannya segera menyarung tudung masing2. Yg laki-laki cukup simple dengan seluar dan tshirt round neck.

Kenderaan mereka dipacu melalui jalan yang sama digunakan muslim yang lain untuk ke masjid menunaikan solat isyak dan terawih. Sampai simpang ke masjid, mereka tidak membelok.

Ganjil.

Mereka didapati memberhentikan kenderaan di tepi tasik, bersebelahan dengan perumahan Desa Anggerik. Berdepan dengan Balai Bomba Baru Nilai.

Si ibu keluar dengan anak perempuannya. Si ayah keluar dengan anak lelakinya. Mereka mengeluarkan joran dan peralatan memancing yang lain di saat orang lain berpusu-pusu ke Masjid Nilai.

Sebuah cerita dongeng bulan Ramadhan yang dicatatkan sekitar jam 8.30 malam, pada minggu kedua ramadhan.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

27 August, 2010

Diorang tak tahu... Hehehe.

Kalau la aku bleh thn mengantuk ni.. memang aku da thn.MySpace

Masalahnye, tdo ni best. (oh, itu pn masalah ke?) Mahu tak mahu, aku layan je.. Waa… seronoknye~
MySpace

Kalau la ibu bapa kt Malaysia ni lebey bertanggungjawab.. aku rse takde budak2 kecik yg dtg masjid tp dok main2.

Slalu sgt kite dpt tgk.. terutama time bln ramadhan cm ni la. (aik, cm iklan coke plak.. cm ni la). Mcm2 gaya… Berlari.. Ketawa.. Terpekik.. Terlolong.. Bermain.. Bertumbuk! Hoh!!!
MySpace


Ade gak pdpt setengah2 org kate, bagus la kanak2 dah diajar mendekatkn diri ngn masjid, atau surau. OK, aku stuju.


MySpaceMasalahnye, kalau pandai smayang takpe. Ni tah pape!

Seeloknya, pastikan dulu ank2 tu terer smayang baru bawa ke masjid. Kalau tak reti, tau hormat org smayang pn OK.. bleh dok diam pn kire OK gak. Takpun, gaji la bibik sorg tuk senang mak bapak gi msjid.

Risaunye, bile dorg dah besar nanti, dorg tak rase kebesaran masjid dan solat plak. Na’uzubillah.

Kalau la Jumaat kat sini cuti cm kat Terengganu, tak payah la aku keje.. tak payah la budak2 skolah gi skolah.

Masalahnya, tak cuti. Terpakse la keje, terpakse la skolah. Terpakse la ke masjid solat jumaat ngn baju keje dan baju skolah.

Kalau la ade kajian psl benda yang tak berubah atau sedikit berubah.. korang rase ape hasil kajiannye?

Haha.. kalau tny aku, mau aku jawab khutbah Jumaat. Gaya tu la aku jupe waktu aku kecik, gaya tu la aku jupe waktu aku besar. Nape tak diberi kebebasan sikit ye pada khatib tu? Kalau boleh berceramah cara semulajadi, lagi best kot. Stakat dgr die bace je, tido la aku…huhu.
MySpace


Tibe2 aku terjage.. bdk2 skolah ngah main tepuk2 daun kt sebelah aku. Aku agk dlm darjah 2 kot. Khatib masih membace teks khutbah dibantu oleh speaker yg bergema-gema seperti dlm gua musang.

Kalau la bdk ni faham, dorg ni mengganggu tido aku.. mau kene flying kick sorang2 ni. Aku sambung tido lg.
MySpace


Terjage lg. Kali ni psl bdk2 ni kecoh, member die buka tabung masjid yg sepatutnye tolak kt org sebelah. Sorg tu ckp, "Mane bleh bukak!"

Yg die jawab, "Aku nk tgk je." cpt2 die tutup. Ok.. da tutup. Tup.. Tup.. (jgn bace tutup plak) die bukak balik.

Isk tak bleh jd bdk ni. Aku tak sedap ati. Ati aku ngantok.. hehe. Aku takot org ckp bdk ni curi duit masjid je. Walaupun aku yakin die tak buat begitu. Aku cuit die, sambil geleng2kan kepala dan kerutkan kening. Aku pn kompius samada kerut pasal tabung tu ke atau pasal dorg da ganggu aku tido.
MySpace


Akhirnya budak tu tolak tabung tu kat aku. Aku pn seluk poket belakang. Kuarkan semua duit tuk aku pilih. Biase la, aku pilih duit biru la tuk tabung masjid. Hehe...

"Eh, die letak lima puloh la..." tibe2 aku dgr bdk tadi cakap kt kawan die dgn nada penuh kagum kt aku.

Oh, bdk tu nampak duit lima ploh aku tu.. Memang la ade sekeping dlm byk2 duit td sebab pasni nk gi bayar bil tepon.

Isk..

Kalau la dorg tau aku cume letak duit biru je... maluu akuu!!!MySpace


salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

11 August, 2010

ZUL..kif..LEE

Aku penah dgr org ckp..

“Diberi 2 telinga supaya lebih mendengar… diberi 1 mulut supaya kurang bercakap”

Simple je. Kene dgr ckp dan kurangkn menjawab. Atau blajar dengar ilmu dan kurangkn mencemuh. Bak kate family aku yg berketurunan Omputih ni.. Just like tat!

Memang benar, lidah ni tak bertulang. Frasa ni seolah2 menggambarkan melalui mulut ni senang utk melakukan kesilapan, samada sengaja atau tak. Kalu bertulang cm tgn tu, mgkin ada asas binaan yg kuat dan boleh dikontrol. Tafsirannye mgkin cm gitu, atau personal interpertasi aku jek. Hehe.. sori la kalu salah, ye!

Dlm dunia lakonan peringkat kebangsaan plak.. maksud aku kt Malaysia le.. byk karya dihasilkan seiring dgn perkembangan industri filem di peringkat global. Usah dipertikaikn samada karya itu hasil kreatif sendiri atau ciplak dr karya2 asing. Hakikatnya, industri kite tgh mengejar utk same2 ke dpn.

Maka aku tak heran la bile ramai sgt pelakon yg aku tak sempat kenal name mereka. Aku juga tak heran bile filem kite semakin beracuan kebaratan… Usah menafikan!!! Faktanye, masyarakatnye pn begitu.

Kaitan antara lidah dan industri filem Malaysia… adalah… pelakon2 kite menggunakan lidah utk memberikan jawapan yg merapu bile ditanye wartawan!!

Tahun 2010, lg 10 tahun nk 2020… dah tak lame nk mencapai status negara Islam maju. Ironinye, ade 2 kes bogel dlm filem Melayu kite. Sape dulu bogel taklah aku tahu. Aku tahu ni pn bile dah kuar dlm paper dan aku harap pembace2 blog aku jugak tau le psl ni ye.

(Jgn pasni ade lg yg tulis kt komen, tak faham ape yg aku post ni…)

Tak kisah la mcm mane dorg nk wat filem tu. Pelakon nk bogel cm mane pun, atau pengarah dan krew pn nk bogel jugak… Tu sendiri mau ingat la. Kalau tanye aku, dari kecik lg mak ajar pakai seluar sebab sejuk… dan sebab kat situ ade **malu**. Kalu dah namenye **malu**, mestila aku malu nk tunjuk. Hahaha.

Yg kereknye bile ditanye “ngape bogel”… jawap pelakon2 ni.. utk memenuhi kehendak skrip dan mahu menghayati watak.

Waa… terharunye.. siyess la.MySpace

Inilah pelakon yg bertaraf Hollywood.. jwpn pn same. Aku percaya, pelakon2 jenis ni kalu diberi watak ustaz sekolah tahfiz, nescaya.. demi penghayatan watak dan memenuhi kehendak skrip, dorg akan menghafaz 30 juzuk Quran tanpa kompromi lg. Tahniah aku ucapkan terlebih dahulu sebelum tahun dpn watak ini diofer kpd dorg.

Dahulu pd zmn Abu Bakar r.a., beliau memerangi 1 kaum hanya kerana menyuarakan keengganan mereka membayar zakat. Mereka beranggapan zakat hanya untuk DIA S.W.T. dan Dia s.a.w. sedangkan baginda s.a.w telahpun wafat. Abu Bakar mengistiharkan mereka murtad walaupn mereka masih beriman kepada DIA. Ini kerana, zakat adalah rukun Islam maka menolaknya tetap bermakna menolak Islam.

Di sekolah dulu2 pulak, ustaz ada mengajar, jika seseorg yg hendak terjatuh ketika menaiki tangga tetapi sempat berpegang pada pemegang tangga, lalu berkate “Mujur ada pemegang ni”, sesungguhnya die telah melakukan syirik kecil yang menggoyahkan akidah walaupun tidak membatalkannye.

Begitulah besarnya kesan lidah kepada akidah.

Jika hukum membuka aurat di tempat awam dan di depan bkn muhrim adalah haram, apa lg kalu berbogel dlm filem. Ape pulak hak utk kite membela tindakan ini? Adakah skrip itu memberi kuasa utk melanggar perkara yg termaktub dlm Quran tanpa apa2 balasan dosa?

Aku percaya pelakon kite juga tiada niat utk menggadaikan akidah tetapi jawapan seperti itu tidak tepat. Jadi apa jawapan yg tepat?

Jgn melanggar larangan Allah, itulah jawapannya. Kalaupun tak mampu, jgn melanggar larangan Allah secara terang-terangan. Kalaupun tak mampu, bertaubatlah dan jgn sesekali membela kesalahan itu dengan seribu alasan.

Sungguh beruntung, tiada 1 pun demonstrasi mengutuk perbuatan ini (bogel dlm filem) seperti mana mereka mengutuk perbuatan yahudi.

Sungguh beruntung, tiada 1 pun tangkapan dibuat atas nama menghina kesucian Islam sebagaimana yang termaktub dlm perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi dan kesucianya mesti dipelihara.

Sungguh beruntung penonton lelaki kalau2 lepas ni ade pelakon wanita yang melakukan tindakan serupa atas dasar yg sama.. utk penghayatan watak.

Hahaha… kelakarnye menjadi manusia. Mcm2 ada!

Zul dah buka… Lee dah buka.. yang tinggal belum buka, Zulkiflee sorang je lg. Keh3.

salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

06 August, 2010

Jadi ke rotinya??

Dia seorang gadis cantik.

Entah mengapa, dia memilih untuk menyayangi seekor raksaksa yang huduh rupanya dan liar perwatakannya.

Dia dicemuh tetapi dia tidak peduli. Dia tahu, raksaksa itu mempunyai hati yang jauh lebih baik daripada pemuda-pemuda yang bertopeng dengan seribu satu watak.


Itu cebisan cerita ‘Beauty and the Beast’ yang ‘sempat’ menarik minat aku sewaktu kecil. Sekitar 80-an siri ini ditayangkan dan pelakon wanitanya memang cukup untuk membuatkan aku terpaku kerana… ye la, kerana beberapa sebab. Hehe.

Suatu hari, aku didatangi seorang kenalan. Gadis yang masih muda dan belum cukup ‘tinggi’. Kami bercerita dan tak disangka, kisahnya membuatkan aku memberi kritik spontan “Kisah ni seperti Beauty and the Beast..”

“.. Bezanya, awaklah ‘Beast’nya dan dialah ‘Handsome’nya”

‘Handsome’ merujuk kepada lelaki yang diceritakannya.

“Nanti sy tulis dalam blog, tajuk ‘Handsome and the Beast’" terangku.

Ayat itu bukanlah satu janji padaku. Namun sering saja dia meminta-minta dikotakan kata-kata itu. Wai-ma, aku sibuk dan amat keberatan melunaskan permintaan itu.

Ada apa dengan cinta?

Itu persoalan unik yang perlu dijawab tanpa skema jawapan. Tiada jawapan khusus.

Justeru, siapa yang berhak mendapat kesetiaan apabila cinta bertembung antara keluarga dan kekasih?

Maka bagaimana pula jika 'the Beast’ mendapat ’Beauty’? Tidakkah janggal?
Mahu jawapan? Bukan, ini bukan masa mencari jawapan tetapi masa memahami kehendak soalan. Haha… aku bercakap seperti seorang pensyarah kepada pelajar. Bukan kerja aku.

Manusia tetap manusia. Hamba…

Dan DIA S.W.T juga Tuhannya.

Manusia tetap manusia. Di mana dia berjalan dan merancang hidupnya…

Tetap dia akan menuju kepada-Nya.

Maka carilah keredhaan DIA dan keredhaan-Nya ada dalam keredhaan ibu bapa selagi mana mereka mematuhi DIA.

Kekasih juga manusia dan perlu kepada keredhaan-Nya. Oleh itu, aku amat hairan bagi mereka yang 'memenangkan’ kekasih yang tidak bersolat, menipu, mencuri, baran dan hidupnya mengikut nafsu syahwat hanya semata-mata dengan alasan sayang.

Cukupkah sayang mereka untuk mendapat secebis bahagia?

Berbaloikah menggadaikan silaturrahim keluarga yang dipupuk belasan dan puluhan tahun untuk insan bernama kekasih?

Fahami kehendak soalan, dan jawab dengan tenang.

Akhir sekali..

Padankah 'Beast’ dengan ’Beauty’?

Jawapan ini ada pada sepotong ayat Quran yang bermaksud lebih kurang begini; lelaki muslim yang baik untuk perempuan muslimah yang baik, dan begitulah sebaliknya bagi mereka yang jahat.

Tapi perlu diingat;

DIA tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri mengubahnya.

Kebaikan yang tidak dirancang sering saja dikalahkan oleh kebatilan yang dirancang.

Sesiapa yang berusaha, maka dia akan dapat.

Kamu merancang dan DIA juga merancang, namun perancangan-Nya lebih tepat.

Kepada kenalanku, aku tidak mungkin menulis pasal 'Handsome and the Beast’ sebagaimana yang diharapkan. Segala cerita kita adalah sulit dan tidak direkodkan. Hahaha.. Err.. p/s: jadi ke belajar buat roti?? Nampak rupe cam xde seni je..hehe.
MySpacesalah ke aku cakap? My opinion la.. hehe