Followers

24 May, 2010

Semuanya dilepaskan di situ..

Dia terlantar kepanasan. Dari semalam badan telah panas, kepalanya telah berdenyut. Dia hanya mampu terbaring. Berselimut. Pandangannya berpinar. Lantas dipejam matanya dan sesekali hanyut dalam mimpi.

"Kau tak kerja kah??"

"Aku demam.."

Semua isi rumah keluar bekerja dan meninggalkan dia sendirian. Dia masih ingin baring. Badannya lemah. Kadang2 perutnya dihambat rasa ingin muntah, maka digagahkan diri ke bilik air. Mujur bersebelahan biliknya. Itupun dia merangkak.

Dia ingin ke klinik. Ambil m.c. Namun, berdiri pun dia gagal, inikan pula bermotorsikal ke klinik. Dia kini hanya mampu baring dan pejamkan mata.

Jam bergerak. Masa beredar. Dari pagi, dia terbaring dan tidur hinggalah...

Pintu kereta dibuka, dia dipapah dan didudukkan di kerusi depan. 'Pesona' itu memecut ke Hospital Putrajaya.

"Aku jenguk bilik dia jam 8 malam tadi. Gelap je. Pelik, takkan masih tidur. Tak bangun solat kah?"

"Bila kejutkan, dia hanya buka mata tapi tak boleh bercakap. Bibir dah mengelupas, macam orang kekeringan di gurun. Badan memang panas"

Namanya dipanggil bukan sekali. Badannya ditepuk-tepuk. Diam tidak berjawab. Matanya memandang wajah mereka. Tiada sepatah kata. Fikirannya nyata kosong. Tidak kenal kawan. Malah tidak sedar apa yang berlaku atas dirinya.

Dia hilang dalam dirinya.

Jam 4 pagi, selepas 2 botol air di'inject' ke dalam badannya. Dia terlantar sambil baru dirasakan ada sedikit kekuatan. Teguran pun berjawab. Sesekali nama kawan2 bermain di bibirnya. Namun, suaranya masih lemah. Langkahnya longlai tapi dibenarkan doktor pulang ke rumah.

Muntah. Muntah dan muntah lagi. Seteguk minum, seteguk keluar dari kerongkong. Dia muntah, baring dan kemudian bangkit muntah lagi. Sendinya 'menangkap'. Sengal. Kepalanya berdenyut. Pening. Sesekali muntah, badannya bagai dipaksa. Kudrat yang sedikit dikerah sehingga berkeringat.

"Allaah.."

Terpacul juga kalimah maha besar lagi maha suci. Berat sungguh sakit ini.

Perjalanan mengambil masa 3 jam. Perak ke Negeri Sembilan. Sewaktu kereta itu memasuki ruang depan rumah, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Pintu rumah dikuak dan tetamu itu melangkah masuk. Tenang menyapa dia yang terbaring kesakitan dan duduk di sisinya.

Bersalaman dan berpelukan.

"Jangan menangis.." pesan ibunya.

Di tangan ibu air matanya gugur. Di bahu ibu dirasakan tempat paling selamat untuk dia berpaut. Semuanya dilepaskan di situ... segala kesakitan, segala kepenatan dan segala beban.

Pengalaman deritanya hilang tatkala melihat wajah tua itu. Wajah yang dia kenal sebelum dia boleh bercakap. Wajah yang dia kenal sebelum dia boleh merangkak.

Biar berapa usia si anak, ibu akan datang kepadanya memberi seluruh nyawa menanggung beban si anak.

Waktu itu, baru ku faham. Betapa hebatnya si ibu. Betapa mulianya An-nisa sehingga diabadikan dalam Kalamullah.

Ibu.. doakan anakmu agar dapat menjagamu.

Kerana menjagamu rupanya sukar.

Perempuan jagalah kemuliaanmu.

Kerana engkau sebenarnya terlalu mulia di 'mata' Tuhan.

Ingatlah ketika sahabat bertanyakan Dia s.a.w, siapa yang paling layak untuk diperlakukan sebaiknya. Maka dijawab "Ibumu" sehingga tiga kali ulangan soalan dan diberi jawapan yang sama.

Harapannya, perempuan menjaga dirinya sesuai dengan kehendak DIA kerana hari ini, cubaannya bukan sedikit. Mungkin ada yang tersalah langkah sehingga menjadi 'ibu segera' tetapi hormatilah status sebagai 'ibu'. Peliharalah bayi itu walau macam mana rintangan.

Mungkin sebagai seorang perempuan, ada yang tewas kepada nafsu, tetapi sebagai 'ibu'.. jangan ulangi kesalahan lagi dengan membuang bayi itu. Mungkin ini dapat menebus dosa dengan mendidiknya menjadi anak yang soleh.

Percaya atau tidak, 'ibu' mungkin kurang imannya tetapi tidak bermakna anak pun begitu. Kerana iman tak dapat diwarisi, tetapi boleh dipupuk dan disemai.

Doa anak yang soleh boleh mengubah qada' dan qadar. Biarkan ia berdoa, memohon keampunan 'ibunya'.




salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe

8 comments:

Insyirah said...

tragis btol cite ni..huhu..x sabo nk blk kg...

aku mzke said...

rindu kampung plok die ni...

adikeica said...

cite sape ni mzke?
cite betul kew?
sedih la..isk isk! sape suh wat cite sedih mcm ni?

aku mzke said...

90% betol la.... lain2 olahan nk sedap kn je... kehkehkeh.

Psl member kene denggi.. dah baik dah.. Alhamdulillah

Naim said...

Zul, terima kasih. Cerita ini menunjukkan anda memang berbakat dalam bercerita.

Semoga dia sudah kembali sihat semula.

aku mzke said...

Naim,

lame x dengar kabar.. bile nk jupe?:-)

LamanKekLapis said...

berani..aku nak komen...aku dah baca...he...he...

wae said...

entah pape la monster ni...tp I dpt 1 pngajaran..ibu adalah ratu dhatiku..hehe